Total Pageviews

Objektif Kami







Antara objektif Persatuan ini sebagaimana yang termaktub dan berkuat kuasa dalam Perlembagaannya adalah seperti berikut:


1. Memupuk dan mengeratkan tali persaudaraan dalam kalangan ahli khasnya, dan dalam kalangan golongan mereka yang cacat penglihatan amnya.

2. Menganjurkan dan menggalakkan kegiatan-kegiatan dakwah bagi faedah orang-orang cacat penglihatan Islam.

3.       Meningkatkan taraf pendidikan dalam kalangan orang-orang cacat penglihatan Islam.

4.       Mendedah, menggalak dan meneroka peluang-peluang ekonomi bagi faedah orang-orang cacat penglihatan Islam.

5.       Menyelenggara dan menyelaras apa-apa kegiatan yang bertujuan membela dan bertanggungjawab atas kebajikan orang-orang cacat penglihatan Islam.

6.       Menyalur, menyelaras dan menyelia bantuan atau pemberian daripada badan-badan atau orang perseorangan kepada orang-orang cacat penglihatan Islam.

7.       Melibatkan dalam apa-apa kegiatan lain yang difikirkan berfaedah kepada ahli-ahli dan/atau orang-orang cacat penglihatan Islam.

8.       Segala kegiatan yang bercorak keagamaan hendaklah sebaiknya dirujuk terlebih dahulu kepada pihak berkuasa agama Islam untuk persetujuan dan kebenaran.