Total Pageviews

Keahlian

1.       Ahli Biasa yang terbuka kepada semua orang cacat penglihatan yang beragama Islam, sudah mencapai umur 15 tahun, warganegara dan bermastautin di Malaysia.  Kelulusan ibu bapa atau penjaga yang sah mesti diperolehi oleh mereka yang berumur 18 tahun ke bawah sebelum diterima sebagai ahli.

2.       Ahli Sekutu yang terbuka kepada orang-orang Islam yang tidak cacat penglihatan, sudah mencapai umur 18 tahun, warganegara dan bermastautin di Malaysia.

3.       Ahli Seumur Hidup pula ialah mana-mana ahli yang telah menjadi ahli sekurang-kurangnya setahun, telah menjelaskan semua yuran tertunggak dan yuran semasa serta membayar RM50.00.  Ahli yang berkenaan tidak perlu lagi menjelaskan yuran tahunannya.