Total Pageviews

Aktiviti Kami

Antara aktiviti yang telah, sedang dan yang akan terus dilaksanakan ialah:

1.       Menganjurkan pelbagai kelas pengajian seperti kelas pelajaran Jawi Braille, kelas pengajian Al-Quran dan kelas bahasa Arab.

2.       Menganjurkan pelbagai kegiatan bersempena dengan hari-hari kebesaran Islam, seperti sambutan maulidul Rasul, sambutan Maal Hijrah, majlis berbuka puasa, sambutan dan jamuan hariraya dan sebagainya.

3.       Menganjurkan majlis-majlis ceramah, motivasi, seminar dan yang seumpamanya.

4.       Menganjurkan ceramah-ceramah lain seperti ceramah kesihatan, ceramah berkaitan wanita dan sebagainya.

5.       Menganjurkan perjumpaan dengan agensi-agensi tertentu seperti perjumpaan dengan CUEPACS, JPA dan Jabatan Buruh untuk kepentingan ahli dan golongan cacat penglihatan pada keseluruhannya.

6.       Menganjurkan pelbagai pertandingan seperti pertandingan nasyid, pertandingan membaca khutbah, pertandingan menulis dan membaca jawi Braille, tilawah Alquran  dan sebagainya.

7.       Terlibat dalam pelbagai pertandingan anjuran NGO lain yang difikirkan sesuai dan bermanfaat untuk ahli seperti pernah menyertai pertandingan ping-pong Piala Datuk L. Krishnan anjuran Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB).

8.       Menguruskan hal ehwal saudara baru dalam kalangan mereka yang cacat penglihatan.

9.       Menguruskan kebajikan ahli seperti tabung khairat kematian, kutipan dan bantuan untuk mereka yang ditimpa musibah, menziarahi mereka yang sakit atau dalam kesusahan dan sebagainya.

10.    Menganjurkan pelbagai aktiviti sosial yang sesuai seperti hari keluarga, lawatan jarak dekat mahupun jarak jauh sambil mempraktikkan kewajipan tertentu seperti solat secara jamak dan kasar.

11.    PERTIS merupakan satu-satunya badan yang memiliki softcopy Al-Quran Braille atas daya usaha ahlinya yang kemudiannya telah mendapat pengesahan daripada JAKIM serta pengesahan daripada Bahagian Teks Dan Kawalan Alquran, Kementerian Dalam Negeri.

12.    Menerbit dan mengedarkan naskah Al-Quran Braille kepada setiap ahli selaras dengan matlamat “Seorang oku penglihatan, senaskah Al-Quran Braille”.

13.    Membuat penyelidikan terutamanya mengenai tulisan Al-Quran Braille khasnya yang digunakan di peringkat antarabangsa.

14.    Menyimpan maklumat/info mengenai Al-Quran Braille dari pelbagai aspek termasuklah sejarah dan perkembangannya di dalam negeri dan di peringkat antarabangsa.

15.    Berkongsi dan menyebarkan maklumat terkini mengenai perkembangan Al-Quran Braille yang diperolehi sama ada menerusi penyelidikan mahupun menerusi info di peringkat antarabangsa kepada ahli menerusi pelbagai kaedah yang difikirkan sesuai.

16.    Menerbitkan pelbagai bahan bacaan keagamaan selain Alquran Braille ke dalam bentuk Braille untuk faedah ahli.

17.    Mengembangkan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan ahli-ahlinya.

18.    Menganjurkan aktiviti lain seperti majlis bacaan surah Yasin dan tahlil dan qiamullail.