Total Pageviews

Monday, 10 July 2017

Pengumuman Dari Biro Kesejahteraan dan Khidmat Komuniti OKU PERTIS

PERTIS menerusi Biro Kesejahteraan dan Khidmat Komuniti (BKKK) OKU akan menganjurkan program dua  dalam satu iaitu Forum dan Sambutan Hariraya Aidil Fitri 2017 pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh:
23 Julai 2017 Masihi bersamaan
29 Syawal 1438 Hijjrah (Ahad)
Lokasi:
Perkarangan Kompleks MAB,
Brickfields, Kuala Lumpur.
Masa:
8:30 Pagi - 4:00 Petang.
Penyertaan 300 orang.
Ianya terbuka kepada semua ahli dan bukan ahli PERTIS.
Yuran penyertaan:
Untuk ahli dan anak-anak ahli bawah 12 tahun RM3.00 seorang.
Untuk bukan ahli dan anak-anak 13 tahun ke atas RM5.00 seorang.
Kupon akan diberi kepada mereka yang telah berdaftar sahaja.
 
Di antara aktiviti yang akan dijalankan ialah seperti berikut:
Forum, cabutan bertuah, pertandingan pakaian tercantik untuk anak-anak bawah 12 tahun dan orang dewasa, meneka biskut dalam bekas, karaoke dan sebagainya.
Bagi menjayakan aktiviti di atas, sumbangan  dari semua pihak amat di alu-alukan sama ada dalam bentuk wang ringgit atau barangan.
Kepada mereka yang menghulurkan sumbangan, yuran penyertaan akan dikecualikan dan pihak PERTIS dahului dengan ucapan ribuaan terima kasih.
 
Untuk sebarang pertanyaan atau pendaftaran sila hubungi sama ada SMS atau watsap ustaz Mohamad Nor Bin Awang Ngah pengerusi Biro Kesejahteraan dan Khidmat Komuniti OKU PERTIS merangkap pengerusi penganjur program dua dalam satu  di talian 012-342 8745 atau 013-203 8510.
Atau Pn. Ruslina pembantu tadbir PERTIS di talian 03-4021 2631 pada waktu pejabat.
 
Perhatian:
sila maklumkan nama penuh, jumlah kehadiran berapa dewasa dan berapa  kanak-kanak.
 
Aturcara program:
8:30 Pagi:
Penyemakan pendaftaran dan sarapan pagi.
9.00 Pagi:
Ketibaan VIP dan tetamu jemputan.
9:45 Pagi:
Majlis perasmian.
10:30 Pagi:
Forum bersama ahli panel jemputan.
12:30 Tengahari:
Program  sambutan Hariraya Aidil Fitri sesi  1.
1:15 Petang:
Berehat dan solat zohor.
1:45 Petang:
Program Sambutan Hariraya Aidil fitri 2017 sesi 2.
4:00 Petang
Bersurai.
 
Sekian terima kasih wassalam.

No comments:

Post a Comment