Total Pageviews

Monday, 17 July 2017

Maklumat Terkini Program Forum dan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2017

    Sebagaimana dimaklumkan bahawa PPERTIS menerusi Biro Kesejahteraan dan Khidmat Komuniti OKU,
Akan menganjurkan program Forum dan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh:
23 Julai 2017 Masihi bersamaan
29 Syawal 1438 Hijjrah (Ahad)
Lokasi:
Perkarangan Kompleks MAB Brickfields.
Masa:
8:30 Pagi – 4:00 Petang.
Peserta 300 orang.
Terbuka kepada semua ahli dan bukan ahli termasuk yang bukan beragama islam.
Yuran penyertaan:
Untuk ahli dan anak-anak bawah 12 tahun, dikecualikan dari bayaran.
Untuk bukan ahli dan anak 13 tahun ke atas RM3.00 seorang.
Kufon akan diedarkan kepada yang berdaftar sahaja.
 
Di antara aktiviti yang akan dijalankan ialah seperti berikut:
Forum, cabutan bertuah, pertandingan pakaian tercantik untuk anak-anak bawah 12 tahun dan orang dewasa, meneka biskut dalam bekas, karaoke dan sebagainya.
Bagi menjayakan aktiviti di atas, sumbangan  dari semua pihak amat di alu-alukan sama ada dalam bentuk wang ringgit atau barangan.
 pihak PERTIS dahului dengan ucapan ribuaan terima kasih.
 
Untuk sebarang pertanyaan atau pendaftaran sila hubungi sama ada SMS atau watsap ustaz Mohamad Nor Bin Awang Ngah pengerusi Biro Kesejahteraan dan Khidmat Komuniti OKU PERTIS merangkap pengerusi penganjur program dua dalam satu  di talian 012-342 8745 atau 013-203 8510.
Atau Pn. Ruslina pembantu tadbir PERTIS di talian 03-4021 2631 pada waktu pejabat.
 
Perhatian:
sila maklumkan nama penuh, jumlah kehadiran berapa dewasa dan berapa  kanak-kanak.
 
Aturcara program:
8:30 Pagi:
Penyemakan pendaftaran dan sarapan pagi.
9.00 Pagi:
Ketibaan VIP dan tetamu jemputan.
9:45 Pagi:
Majlis perasmian.
10:30 Pagi:
Forum bersama ahli panel jemputan.
12:30 Tengahari:
Program  sambutan Hariraya Aidil Fitri sesi  1.
1:15 Petang:
Berehat dan solat zohor.
1:45 Petang:
Program Sambutan Hariraya Aidil fitri 2017 sesi 2.
4:00 Petang
Bersurai.

No comments:

Post a Comment