Total Pageviews

Monday, 15 May 2017

pengumuman-pengumuman terkini dari PERTIS, 18 Sya'ban 1438H (15 Mei 2017)

1. Pengumuman Seminar Alquran Braille
 
Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) melalui Biro Penerbitan, akan menganjurkan satu seminar mengenai Alquran Braille.  Butiran seminar adalah seperti berikut:
 
Tarikh: 20 Mei 2017 (Sabtu);
Tempat: Hotel City Villa, Kuala Lumpur.
Masa: 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
 
Seminar tersebut akan diisi dengan 2 pembentangan kertas kerja di sebelah pagi dan forum di sebelah petang.
 
Seminar ini terbuka kepada semua individu dan pihak yang berminat.  Setiap penyertaan akan dikenakan bayaran sebanyak RM40.00 yang merangkumi kos makan minum serta bahan-bahan seminar.
 
Pendaftaran untuk menyertai seminar ini telah dibuka.  Sesiapa yang berhasrat untuk menyertainya bolehlah menghubungi Pn. Ruslina, kakitangan di ibu pejabat PERTIS Gombak di talian 03-40212631 pada waktu pejabat.  Beliau akan membantu untuk mengisi borang penyertaan.  Penyertaan hanya dianggap sah setelah bayaran yang berkaitan dilunaskan.
 
Maklumat lanjut mengenai seminar berkenaan akan diumumkan dari semasa ke semasa.
 
2. PENGUMUMAN DARI PERTUBUHAN AMAL PEMBANGUNAN USAHAWAN OKU PENGLIHATAN MALAYSIA (PERKUM).
 
" ASSALAMU ALAIKUM WRT WBT "
 
PROGRAM "RAMADHAN SHAHRUL MUSAWWAH (BULAN KEPRIHATINAN DAN
KESAMARATAAN)" DAN IFTAR TAHUNAN PERKUM dengan kerjasama Majlis Agama
Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
 
Pertubuhan Amal Pembangunan Usahawan OKU Penglihatan Malaysia (PERKUM)
dengan penuh rasa ukhwah Muslim ingin menjemput saudara-saudari ke
majlis yang akan dilaksanakan seperti butiran berikut:-
Tarikh: 23 Ramadhan 1438H bersamaan 18 Jun 2017M.
Hari: Ahad.
Waktu: 4:00 petang hingga 10:00 malam.
Tempat: Kafetaria MAB, Konpleks MAB, Brickfields.
Bil. peserta: 150 orang (ruang kafetaria yang agak terbatas).
 
Bagi maksud pendaftaran atau sebarang pertanyaan, sila berhubung
dengan penteraju Biro Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Kesejahteraan
masyarakat berikut:
(1) Cikgu Saifuddin bin Mohamad: 013-364 3303;
(2) Cikgu Siti Nurshuhada Chong Abdullah: 0111-579 2431;
(3) Cikgu Nazri bin Sahmad: 012-300 3079.
 
Di atas kerjasama dan kehadiran saudara-saudari, Pertubuhan dahului
dengan kalungan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih
"jazakumullahu khairan jazak, siiru 'ara barakatillah".
 

Pada kesempatan ini juga, kami seluruh saf kepimpinan Pertubuhan dan
ahli-ahli korporat PERKUM ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah
puasa tahun 1438H kepada sekalian muslimin-muslimat - mudah-mudahan
ibadah puasa kita diterima Allah SWT serta lebih berkualiti dari
tahun-tahun sebelumnya. Mohon ampun dan maaf di atas sebarang
kesilapan serta kekurangan yang kedapatan...dari kami insan-insan
lemah lagi kerdil.....Ramadhan karim!!
 
Sekian, wassalamu alaikum wrt wbt.
 
 
PERINGATAN:
Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti emel atau ke peti SMS
Yand Dipertua PERTIS
selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat. alamat dan nombor telefon beliau ialah:
mfcy76@gmail.com
dan no. telefon 012-9376539Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak
dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan
ucapan jutaan terima kasih.
Diselaraskan Oleh
En Mohd Faizal Che Yusuf
Yang Dipertua
Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia
(PERTIS

No comments:

Post a Comment