Total Pageviews

Wednesday, 31 May 2017

pengumuman mengenai Ihya' Ramadhan

PERTIS melalui Biro Pendidikan dan Dakwah akan menganjurkan program Ihya'
Ramadhan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 22- 23 Ramadhan 1438 H bersamaan 17- 18 Jun 2017 M (Sabtu - Ahad)
Masa: 2:30 petang hingga 7 pagi.
Tempat: Surau dan Kantin Kompleks MAB.

Tentatif:

17 Jun 2017
2:30 p.m: Persediaan untuk tadarus Al-Quran di surau MAB
3:00 p.m: Tadarus Al-Quran.
4:30 p.m: Solat Asar berjemaah.
5:00 p.m: Khatam Al-Quran beramai-ramai.
5:30 p.m: Pendaftaran untuk majlis berbuka puasa di Kantin MAB.
6:00 p.m: Majlis Penyampaian cenderahati kepada peserta tadarus dan
sumbangan kepada penerima zakat.
7:00 p.m: Bacaan tahlil dan doa selamat.
7:26 p.m: Berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah.
8:42 p.m: Solat Isyak dan tarawih berjemaah serta tazkirah Ramadhan.
10:00 p.m: Moreh.

18 Jun 2017
3:30 a.m: Qiyamulail.
4:30 a.m: Sahur.
5:40 a.m: Solat Subuh berjemaah dan tazkirah subuh.
7:00 a.m: Bersurai.

Semua ahli dijemput hadir. Untuk pendaftaran, sila hubungi Puan Ruslina di
Ibu Pejabat PERTIS Gombak di talian 03-40212631.

terima kasih.
--
*Muhammad Shahril Azrie bin Zainudin*

Friday, 19 May 2017

Pengumuman daripada Biro Pendidikan dan Dakwah

Pengumuman daripada Biro Pendidikan dan Dakwah PERTIS Pusat.

PERTIS melalui Biro Pendidikan dan Dakwah akan menganjurkan program di
ambang Ramadhan. Berikut adalah maklumat mengenai program tersebut:

Tarikh: 26 - 27 Mei 2017 bersamaan 29 Sya'ban - 1 Ramadhan 1438 H (Jumaat -
Sabtu).
Tempat: Surau MAB.
Masa: 8:30 malam - 7:00 pagi.

Tentatif program:
8:30 p.m: Solat Isyak dan Solat Tarawih berjemaah serta tazkirah.
10:30 p.m: Minum malam dan tidur.
4:00 a.m: Qiyamulail berjemaah.
5:00 a.m: Sahur.
5:40 a.m: Solat Subuh berjemaah dan Kuliah Subuh.
7:00 a.m: Bersurai.

Semua ahli dijemput hadir. Untuk pendaftaran, sila hubungi Cik Raihah Binti
Pauzi di ibu pejabat PERTIS Gombak di talian 03-40212631.

*Muhammad Shahril Azrie bin Zainudin*

Monday, 15 May 2017

pengumuman-pengumuman terkini dari PERTIS, 18 Sya'ban 1438H (15 Mei 2017)

1. Pengumuman Seminar Alquran Braille
 
Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) melalui Biro Penerbitan, akan menganjurkan satu seminar mengenai Alquran Braille.  Butiran seminar adalah seperti berikut:
 
Tarikh: 20 Mei 2017 (Sabtu);
Tempat: Hotel City Villa, Kuala Lumpur.
Masa: 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
 
Seminar tersebut akan diisi dengan 2 pembentangan kertas kerja di sebelah pagi dan forum di sebelah petang.
 
Seminar ini terbuka kepada semua individu dan pihak yang berminat.  Setiap penyertaan akan dikenakan bayaran sebanyak RM40.00 yang merangkumi kos makan minum serta bahan-bahan seminar.
 
Pendaftaran untuk menyertai seminar ini telah dibuka.  Sesiapa yang berhasrat untuk menyertainya bolehlah menghubungi Pn. Ruslina, kakitangan di ibu pejabat PERTIS Gombak di talian 03-40212631 pada waktu pejabat.  Beliau akan membantu untuk mengisi borang penyertaan.  Penyertaan hanya dianggap sah setelah bayaran yang berkaitan dilunaskan.
 
Maklumat lanjut mengenai seminar berkenaan akan diumumkan dari semasa ke semasa.
 
2. PENGUMUMAN DARI PERTUBUHAN AMAL PEMBANGUNAN USAHAWAN OKU PENGLIHATAN MALAYSIA (PERKUM).
 
" ASSALAMU ALAIKUM WRT WBT "
 
PROGRAM "RAMADHAN SHAHRUL MUSAWWAH (BULAN KEPRIHATINAN DAN
KESAMARATAAN)" DAN IFTAR TAHUNAN PERKUM dengan kerjasama Majlis Agama
Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
 
Pertubuhan Amal Pembangunan Usahawan OKU Penglihatan Malaysia (PERKUM)
dengan penuh rasa ukhwah Muslim ingin menjemput saudara-saudari ke
majlis yang akan dilaksanakan seperti butiran berikut:-
Tarikh: 23 Ramadhan 1438H bersamaan 18 Jun 2017M.
Hari: Ahad.
Waktu: 4:00 petang hingga 10:00 malam.
Tempat: Kafetaria MAB, Konpleks MAB, Brickfields.
Bil. peserta: 150 orang (ruang kafetaria yang agak terbatas).
 
Bagi maksud pendaftaran atau sebarang pertanyaan, sila berhubung
dengan penteraju Biro Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Kesejahteraan
masyarakat berikut:
(1) Cikgu Saifuddin bin Mohamad: 013-364 3303;
(2) Cikgu Siti Nurshuhada Chong Abdullah: 0111-579 2431;
(3) Cikgu Nazri bin Sahmad: 012-300 3079.
 
Di atas kerjasama dan kehadiran saudara-saudari, Pertubuhan dahului
dengan kalungan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih
"jazakumullahu khairan jazak, siiru 'ara barakatillah".
 

Pada kesempatan ini juga, kami seluruh saf kepimpinan Pertubuhan dan
ahli-ahli korporat PERKUM ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah
puasa tahun 1438H kepada sekalian muslimin-muslimat - mudah-mudahan
ibadah puasa kita diterima Allah SWT serta lebih berkualiti dari
tahun-tahun sebelumnya. Mohon ampun dan maaf di atas sebarang
kesilapan serta kekurangan yang kedapatan...dari kami insan-insan
lemah lagi kerdil.....Ramadhan karim!!
 
Sekian, wassalamu alaikum wrt wbt.
 
 
PERINGATAN:
Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti emel atau ke peti SMS
Yand Dipertua PERTIS
selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat. alamat dan nombor telefon beliau ialah:
mfcy76@gmail.com
dan no. telefon 012-9376539Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak
dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan
ucapan jutaan terima kasih.
Diselaraskan Oleh
En Mohd Faizal Che Yusuf
Yang Dipertua
Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia
(PERTIS

Monday, 8 May 2017

Pengumuman Seminar Alquran Braille

Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) melalui Biro Penerbitan, akan menganjurkan satu seminar mengenai Alquran Braille.  Butiran seminar adalah seperti berikut:
 
Tarikh: 20 Mei 2017 (Sabtu);
Tempat: Hotel City Villa, Kuala Lumpur.
Masa: 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
 
Seminar tersebut akan diisi dengan 2 pembentangan kertas kerja di sebelah pagi dan forum di sebelah petang.
 
Seminar ini terbuka kepada semua individu dan pihak yang berminat.  Setiap penyertaan akan dikenakan bayaran sebanyak RM40.00 yang merangkumi kos makan minum serta bahan-bahan seminar.
 
Pendaftaran untuk menyertai seminar ini telah dibuka.  Sesiapa yang berhasrat untuk menyertainya bolehlah menghubungi Pn. Ruslina, kakitangan di ibu pejabat PERTIS Gombak di talian 03-40212631 pada waktu pejabat.  Beliau akan membantu untuk mengisi borang penyertaan.  Penyertaan hanya dianggap sah setelah bayaran yang berkaitan dilunaskan.
 
Maklumat lanjut mengenai seminar berkenaan akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Wednesday, 3 May 2017

Pengumuman daripada Biro Kesenian, Kemasyarakatan dan ICT

Pengumuman Daripada Biro Kesenian, Kemasyarakatan dan ICT PERTIS. 
    Assalamualaikum... Berikut adalah tentatif program pada 7 Mei ini  : 
Nama Program : Forum Bicara Seni dalam Islam 
Tarikh : 7 Mei 2017 bersamaan 10 Sya'ban 1438H. 
Hari Ahad. 
Tempat Dewan Prof Dr. Ismail Salleh (Kompleks MAB) Brickfields KL. 
Masa : 
8.30 - 9.00 : Pendaftaran peserta / sarapan pagi. 
9.00 - 9.30 : Ketibaan tetamu jemputan / sarapan pagi. 
9.30 - 9.45 : Majlis bermula, Ucapan pengerusi, bacaan doa, ucapan aluan. 
9.45 : Forum bermula. 
12.00PM : Sesi soal jawab / persembahan.  
12.30PM : Makan tengah hari. 
1.00PM : Majlis bersurai. 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya : Jasmadin bin Budin tel / WhatsApp  : 0198087707. 

Kehadiran anda adalah sangat dialu-alukan.   
Terima Kasih.