Total Pageviews

Monday, 17 April 2017

LANGSUNG DARI JAKIM, PUTRAJAYA 5PM [13 APR 2017]

Pengumuman-pengumuman Daripada Biro Kesenian & Kemasyarakatan PERTIS, 17 April 2017

1. Forum Bicara Seni dalam Islam
Satu Program Forum akan diadakan seperti makluman berikut :
Tajuk Forum : Bicara Seni Dalam Islam
Tarikh / Hari : 7 Mei 2017 bersamaan 10 Sya'ban 1438H / Ahad.
Masa : 8.30 pagi.
Tempat : Dewan Kompleks MAB Brickfeilds KL.
Ahli Panel :
a. Ustat Mohd Hafiz Mohd jan - Penolong Hal Ehwal Islam JAWI.
b. Shamril Mohd Salleh - Sham Kamikaze.
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut boleh berhubung dengan Pn. Roslina di
Ibu Pejabat PERTIS Gombak talian 03 4021 2631 atau 03 4032 2631.
Tarikh tutup pendaftaran ialah sebelum atau pada 28 April 2017 bersamaan 1
Sya'ban 1438H Hari Jumaat.
Semua dijemput hadir.
Sebagai maklumat tambahan, pihak PERTIS juga akan memberikan Set Al-Quran
kepada ahli yang berkehendak pada hari kejadian tersebut. Justeru, untuk
pendaftaran sila berikan Nama, No Kad Pengenalan dan No Telefon kepada Pn.
Roslina di talian seperti di atas.
Terima Kasih.

2. Kelab Kompang PERTIS.
Pihak biro masih lagi menjalankan proses penyusunan semula kelab ini.
Justeru itu, pendaftaran semula ahli kelab dilanjutkan sehingga 28 April
2017 bersamaan 1 Sya'ban 1438H hari Jumaat. Untuk pendaftaran dan maklumat
lanjut boleh berhubung dengan pengerusi biro En. Jasmadin bin Budin di
talian / WhatsApp 019 808 7707
Terima Kasih.

3. Pemberian Sumbangan Barang keperluan.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pertubuhan Islamic Relief Malaysia (IRM) akan
memberikan sumbangan barang keperluan harian. Justeru, pihak IRM telah
mewakilkan pihak PERTIS dibawah Biro Kesenian, Kemasyarakatan dan ICT untuk
memberikan sumbangan tersebut kepada ahlinya berdasarkan keutamaan berikut
:
a. Menjelaskan yuran keahlian.
b. Memerlukan bantuan barangan keperluan harian.
c. Satu bantuan untuk satu isi rumah.
Tarikh pembahagian barangan akan diadakan pada 28 Mei 2017 bersamaan 2
Ramadhan 1438H, bertempat di Kompleks MAB Brickfields KL.
Peruntukan pembahagian adalah seramai 100 orang.
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut boleh berhubung dengan Pn. Roslina di
Ibu Pejabat PERTIS Gombak talian 03 4021 2631 atau 03 4032 2631.
Tarikh tutup pendaftaran ialah sebelum atau pada 5 Mei 2017 bersamaan 8 Sya'ban
1438H
Sila nyatakan Nama penuh, no Kad Pengenalan dan no telefon semasa
pendaftaran.
Sebagai maklumat tambahan, pihak PERTIS juga akan memberikan Set Al-Quran
kepada ahli yang berkehendak pada hari kejadian tersebut. Justeru, untuk
pendaftaran sila berikan Nama, No Kad Pengenalan dan No Telefon kepada Pn.
Roslina di talian seperti di atas.

Terima Kasih.

Wednesday, 12 April 2017

pengumuman program Isra' Mi'raj

PERTIS melalui Biro Pendidikan dan Dakwah akan menganjurkan programCeramah
Isra' Mi'raj seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 30 April 2017Ahad.
Masa; 9:00 pagi hingga 1:00 tengah hari.
Tempat: Dewan Ismail Salleh, Kompleks MAB, Brickfields.

Untuk pendaftaran, sila hubungi Saudari Raihah Binti Pauzi di ibu pejabat
PERTIS Gombak di talian 03-40212631.
Terima kasih.
--
*Muhammad Shahril Azrie bin Zainudin*

Tuesday, 11 April 2017

update Pengumuman Seminar Alquran Braille

Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) melalui Biro Penerbitan, akan menganjurkan satu seminar mengenai Alquran Braille.  Butiran seminar adalah seperti berikut:
 
Tarikh: 20 Mei 2017 (Sabtu);
Tempat: Hotel City Villa, Kuala Lumpur.
Masa: 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
 
Seminar tersebut akan diisi dengan 2 pembentangan kertas kerja di sebelah pagi dan forum di sebelah petang.
 
Seminar ini terbuka kepada semua individu dan pihak yang berminat.  Setiap penyertaan akan dikenakan bayaran sebanyak RM40.00 yang merangkumi kos makan minum serta bahan-bahan seminar.
 
Pendaftaran untuk menyertai seminar ini telah dibuka.  Sesiapa yang berhasrat untuk menyertainya bolehlah menghubungi Pn. Ruslina, kakitangan di ibu pejabat PERTIS Gombak di talian 03-40212631 pada waktu pejabat.  Beliau akan membantu untuk mengisi borang penyertaan.  Penyertaan hanya dianggap sah setelah bayaran yang berkaitan dilunaskan.
 
Maklumat lanjut mengenai seminar berkenaan akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Monday, 3 April 2017

Pengumuman Seminar Alquran Braille

Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) melalui Biro Penerbitan, akan menganjurkan satu seminar mengenai Alquran Braille.  Butiran seminar adalah seperti berikut:
 
Tarikh: 20 Mei 2017 (Sabtu);
Tempat: Hotel City Villa, Kuala Lumpur.
Masa: 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
 
Seminar tersebut akan diisi dengan 2 pembentangan kertas kerja di sebelah pagi dan forum di sebelah petang.
 
Seminar ini terbuka kepada semua individu dan pihak yang berminat.  Setiap penyertaan akan dikenakan bayaran sebanyak RM60.00 yang merangkumi kos makan minum serta bahan-bahan seminar.
 
Pendaftaran untuk menyertai seminar ini telah dibuka.  Sesiapa yang berhasrat untuk menyertainya bolehlah menghubungi Pn. Ruslina, kakitangan di ibu pejabat PERTIS Gombak di talian 03-40212631 pada waktu pejabat.  Beliau akan membantu untuk mengisi borang penyertaan.  Penyertaan hanya dianggap sah setelah bayaran yang berkaitan dilunaskan.
 
Maklumat lanjut mengenai seminar berkenaan akan diumumkan dari semasa ke semasa menerusi talian ini.