Total Pageviews

Monday, 27 March 2017

Notis Pemakluman Mesyuarat Agung PERTIS Kali Ke-22.

Notis Pemakluman Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Orang-Orang Cacat
Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS).
 
Kepada:  Semua Ahli PERTIS.
Daripada:  Setiausaha Agung PERTIS Pusat.
Tarikh:  24 Jamadil Akhir 1438 H bersamaan 23 Mac 2017 M
Perkara:  Notis Pemakluman Mesyuarat Agung PERTIS Kali Ke-22.
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
PERTIS akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan tahun 2017 seperti
ketetapan berikut:
 
Tarikh:  13 Mei 2017 M bersamaan 16 Syaban 1438 H.
Tempat:  Hotel City Villa, Kuala Lumpur.
Masa: 8:00 pagi hingga 4:00 petang.
 
Untuk makluman semua ahli, yurat untuk mesyuarat tersebut adalah
seperti berikut:
 
Ahli yang menginap:  RM 90.
Ahli yang tidak menginap:  RM 40.
Bukan Ahli yang menginap:  RM 150.
Bukan ahli yang tidak menginap:  RM 60.
 
Untuk pendaftaran, sila hubungi Cik Raihah binti Pauzi di talian
03-40212631.  Pembayaran yuran boleh dijelaskan dengan Encik Ahmad Bin
Abdul Wahab di Pejabat PERTIS Brickfields pada atau sebelum 28 April
2017.
 
Pendaftaran akan
dianggap sah apabila yuran tahunan keahlian dan yuran mesyuarat agung
telah dijelaskan.  Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan
Setiausaha Agung PERTIS Pusat, Encik Muhammad Shahril Azrie Bin
Zainudin di talian 013-4315539.
 
Diharapkan semua ahli jelas dengan maklumat ini.
 
Sekian, terima kasih.
 
Yang benar
 
MUHAMMAD SHAHRIL AZRIE BIN ZAINUDIN
Setiausaha Agung
Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia  (PERTIS)
--
*Muhammad Shahril Azrie bin Zainudin*

Pengumuman daripada Biro Kesejahteraan dan Khidmat Komuniti OKU

PERTIS menerusi Biro Kesejahteraan dan Khidmat Komuniti OKU, akan menganjurkan program Sepetang Bersama Saudara Baru 2017 pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh:

18 Rejab 1438 Hijrah bersamaan 15 April 2017 (Sabtu)

Tempat:

Dewan  Dr Ismail Salleh, Brickfields.

Masa:

2.00 hinggga 5.00 Petang.

 

Semua saudara baru dijemput untuk mengikuti program tersbut.

 Untuk  sebarang kemusykilan dan pendaftaran sila hubungi atau SMS kepada

1.       Ustaz Mohammad Noor Bin Awang Ngah pengerusi Biro Kesejahteraan dan Khidmat Komuniti OKU Pusat PERTIS di talian 012-342 8745 /  013-203 8510 atau watsap di talian 012 beliau.

 

2.       Pn. Rosnah Binti Hj Ahmad di talian 012-216 3354 atau 012-288 7676.

Untuk watsap di talian 012-638 3354. Kerjasama dari semua pihak amat diharapkan

demi  melicinkan dan menjayakan program yang telah dirancang. Pihak penganjur dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Wednesday, 15 March 2017

Pengumuman-Pengumuman Dari Biro Pendidikan dan Dakwah PERTIS

Pengumuman 1:
Biro Pendidikan dan Dakwah PERTIS akan menganjurkan program Kursus Bilal
seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 26 Mac 2017, Ahad.
Tempat: Dewan MAB, Kompleks MAB.
Masa: 8:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.
Kursus ini hanya untuk 20 peserta lelaki yang terawal sahaja.
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila berhubung dengan Cik Raihah
Binti Pauzi di Ibu Pejabat PERTIS Gombak di talian 03-40322631.

Pengumuman 2:
Pihak PERTIS telah mendapat jemputan daripada Masjid Bukhari Hang Tuah untuk
menyertai Majlis Khatam Perdana Peringkat Parlimen Bukit Bintang. Berikut
merupakan maklumat lanjut mengenai program tersebut:
Tarikh: 1 April 2017, Sabtu.
Tempat: Masjid Bukhari, Hang Tuah.
Masa: 4:00 petang hingga 10:30 malam.
Pihak masjid menjemput seramai 40 orang peserta lelaki untuk menyertai
program tersebut. Peserta daripada PERTIS akan membaca juzuk 1 hingga 10
sahaja. untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi Cik Raihah
Binti Pauzi di Ibu Pejabat PERTIS Gombak di talian 03-40322631.

Terima kasih.

*Muhammad Shahril Azrie bin Zainudin*

Tuesday, 14 March 2017

Pengumuman daripada Biro Kesenian dan Kemasyarakatan PERTIS

    Pengumuman daripada Biro Kesenian dan Kemasyarakatan PERTIS
Kelab Kompang PERTIS sedang mengadakan penyusunan semula Kelab ini. Justeru,  sesiapa dikalangan ahli PERTIS yang berminat untuk
menyertai kelab ini adalah dialu-alukan. Pendaftaran ahli kelab ini  dibuka sehingga 14 April 2017M bersamaan 17 Rejab 1438H hari Jumaat.
Untuk Pendaftaran dan  maklumat lanjut boleh berhubung dengan
Penguerusi Biro En. Jasmadin di talian/WhatsApp:
0198087707
Atau
En Ahmad bin Wahab di talian/WhatsApp:
017 875 1260.
Terima Kasih.

Wednesday, 1 March 2017

PENGUMUMAN PENTING TENTANG PROGRAM KHATAM AL-QURAN.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua peserta program khatam al-quran di masjid muaz bin jabal pada 5 mac 2017. Disini ada beberapa perkara penting yang sangat memerlukan perhatian anda semua.
1. Bas akan berada di perkarangan kompleks MAB seawall jam 6.45 pagi. Bas yang telah penuh akan bergerak terlebih dahulu. Bas yang terakhir akan bergerak tepat pada jam 7.30 pagi. Oleh yang demikian, anda dirayu untuk  dating lebih awal supaya bas dapat bergerak lebih awal dari jam 7.30 pagi.
2. Bagi yang menaiki LRT, anda boleh turun di stesen LRT Setiawangsa dan berjalan kaki ke masjid Muaz bin Jabal. Para sukarelawan akan membantu anda disana.
3. Anda diharap dapat menyimpan kasut/selipar di dalam beg masing-masing semasa hadhir ke majlis nanti bagi mengelakkan kehilangan.
4. Anda perlu membawa sendiri juzuk al-quran yang anda perlu baca sahaja.
5. Anda akan diberi senaskah al-quran Braille secara percuma tajaan Islamic Rilief. Tetapi Al-quran tersebut akan diberikan selepas program dan dan anda boleh mengambilnya pada bila-bila masa sahaja.
 Akhir kalam, pihak PERTIS mengucapkan jutaan terimakasih atas kerjasama tuan/puan bagi menjayakan program ini. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah selalu.



Avast logo

This email has been checked for viruses by Avast antivirus software.
www.avast.com