Total Pageviews

Tuesday, 22 November 2016

telemaklumat pertis 21 November 2016

Membawakan pengumuman-pengumuman mingu ini yang bermula pada 21 Safar 1438 Hijrah (21 November 2016, Isnin.)
 
PENGUMUMAN TERKINI TENTANG MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA OKU PENGLIHATAN.
 
Pindaan tarikh majlis khatam al-quran perdana OKU Penglihatan.
Tarikh Majlis khatam Al-quran perdana OKU Penglihatan telah dipinda dari 12 Disember 2016
Ke 7 Januari 2017 yaitu hari Sabtu. Majlis akan bermula dari jam 8,00 pagi dan akan berakhir pada jam 2,30 petang. Pindaan tarikh dilakukan atas sebab kekurangan tajaan dan kehendak majlis permuafakatan surau dan masjid Setiawangsa. Pihak PERTIS memohon maaf kepada semua peserta yang terlibat atas pindaan ini. Namun begitu, kami amat berharap para peserta yang sudah mendaftar tetap menyertai majlis ini. Sasaran peserta bagi menjayakan majlis ini ialah 500 orang. Majlis ini akan dicatatkan ke dalam Malaysia book of record'. Sedikit saguhati akan diberikan kepada peserta yang terlibat bergantung kepada jumlah tajan yang diperolehi.
Untuk makluman semua, para peserta akan dibahagikan kepada 30 kumpulan berdasarkan juzuk yang perlu dibaca. Oleh yang demikian, setiap peserta hanya perlu membaca satu juzuk sahaja secara beramai-rami bersama ahli kumpulan masing-masing yang akan diketuai oleh seorang ketua. Pembahagian kumpulan dan juzuk akan dibuat lebih awal agar para peserta dapat membuat latihan dan anda hanya perlu membawa juzuk yang perlu dibaca sahaja. Bagi peserta yang belum memiliki al-quran Brl, anda boleh mendapatkannya secara percuma di pejabat PERTIS Brickfields.
 
Oleh yang demikian, sesiapa yang belum mendaftar, diharap dapat berbuat demikian dengan kadar segera dengan menghubungi pn Roslina di talian ibu pejabat PERTIS Malaysia yaitu 03-40212631. Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi En Zamzuri Bin Ghani di talian bimbit 019-3869700.
 
Semoga majlis ini berjalan lancer sebagaimana dirancang dengan izin Allah dan kami amat memerlukan sokongan dan dokongan anda semua.
 
PERINGATAN:
Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti emel atau ke peti SMS
Yand Dipertua PERTIS
selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat. alamat dan nombor telefon beliau ialah:
mfcy76@gmail.com
dan no. telefon 012-9376539Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak
dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan
ucapan jutaan terima kasih.
Diselaraskan Oleh
En Mohd Faizal Che Yusuf
Yang Dipertua
Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia
(PER

Tuesday, 15 November 2016

telemaklumat pertis 14 November 2016

Membawakan pengumuman-pengumuman mingu ini yang bermula pada 14 Safar 1438 Hijrah (14 November 2016, Isnin.)
 
PENGUMUMAN TERKINI MAJLIS KHATAM QURAN PERDANA OKU PENGLIHATAN.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh majlis khatam al-quran perdana OKU Penglihatan telah dianjak dari 11 disember 2016 ke 12 Disember 2016 yaitu hari isnin bersempena hari maulidirrasul. Majlis akan bermula pada jam 8,00 pagi dan akan berakhir pada jam 2,00 petang.Bas akan bertolak dari perkarangan Kompoleks MAB pada jam 7.30 pagi. Sesiapa yang ingin terus ke Masjid Muaz bin Jabal di Setiawangsa, para sukarelawan akan menuggu di Stesen LRT Setiawangsa.
 
Para peserta yang menyertai majlis ini akan dimaklumkan lebih awal tentang juzuk yang perlu dibaca semasa majlis tersebut. Oleh yang demikian, para peserta hanya perlu membawa juzuk atau jilid al-quran yang perlu dibaca sahaja. Bagi peserta yang belum memiliki al-quran, pihak PERTIS akan memberikan al-quran secara percuma kepada mereka.
 
Sesiapa yang berminat, diharap dapat mendaftarkan diri dengan segera dengan pn Roslina di talian ibu pejabat PERTIS Malaysia di talian 03-40212631. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En Zamzuri Bin Ghani di talian bimbit 019-3869700. Segala perkembangan terkini akan diwar-warkan di telemaklumat pertis dan juga melalui kumpulan whatsapp PERTIS iaitu info pertis setiap minggu.
 
 
PERINGATAN:
Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti emel atau ke peti SMS
Yand Dipertua PERTIS
selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat. alamat dan nombor telefon beliau ialah:
mfcy76@gmail.com
dan no. telefon 012-9376539Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak
dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan
ucapan jutaan terima kasih.
Diselaraskan Oleh
En Mohd Faizal Che Yusuf
Yang Dipertua
Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia
(PER