Total Pageviews

Monday, 23 May 2016

telemaklumat pertis 23 Mei 2016

membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada23 MEI 2016 Masihi, bersamaan 16 Sya'ban  1437 Hijrah Isnin.
 
Pengumuman Terkini.
 
1. Pengumuman dari ibu pejabat PERTIS.
 
1.1Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-21/2016
Sebagaimana yang telah dimaklumkan bahwa Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-21/2016
akan diadakan seperti berikut:
20 dan 21 Sya'ban 1437 Hijrah bersamaan 27 dan 28 Mei 2016 (Jumaat dan Sabtu)
Tempat: City Villa Hotel.
Perhatian kepada semua peserta-peserta yang akan mengikuti Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-21/2016:
1.1.1 Kepada peserta  yang menginap  di hotel:
Pendaftaran masuk ialah bermula dari pukul 3.00 hingga 6.30 Petang,
Pada 20 Sya'ban 1437 Hijrah bersamaan 27 Mei 2016 Masihi  hari Jumaat.
Makan malam dan kodapan (minum malam) akan disediakan pada hari tersebut.
1.1.2 Kepada peserta yang tidak menginap:
Anda dikehendaki hadirkan diri  sebelum pukul 8.30 Pagi
pada21 Sya'ban 1437 Hijrah bersamaan 28 Mei 2016 Masihi  hari Sabtu
Ini ialah kerana  pada pukul 9.00 Pagi akan berlangsung majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-21/2016.
1.2 Pemilehan Ahli Jawatankuasa Pusat PERTIS
Pada tahun ini akan diadakan pemilehan Ahli Jawatankuasa Pusat PERTIS bagi sesi 2016-2018. Semua jawatan akan dipertandingkan dari peringkat Yang Di Pertua PERTIS hingga ke Ahli Jawatankuasa pusat  biasa.
Sehubungan dengan itu, borang pencalunan  telah  dibuka dan ianya boleh diperolehi di pejabat PERTIS. Borang yang telah siap iisi hendaklah dikembalikan kepada Jawatankuasa pemilehan  pada 20 Sya'ban  1437 Hijrah bersamaan 27 Mei 2016 (Jumaat)
 sebelum atau pada pukul 10.00 Malam.
1.3 Dokumen Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-21/2016.
Dokumen Mesyuarat agung Tahunan Kali ke-21/2016 telah pun berada
Dokumen Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-21/2016 telah berada 
di pejabat PERTIS. Sesiapa yang berkehendakan dokumen tersebut boleh diperolehi di pejabat PERTIS di bahagian unit penerbitan Brickfields.
Walau bagaimana pun untuk memudahkan pengurusan sila hubungi Setiausaha agung PERTIS  dan nyatakan sama ada berkehendakan dalam bentuk braille atau print. Kerjasama dari semua pihak amat diharapkan
dan didahului dengan ucapan ribuan terimakasih.
 
2. Pengumuman dari PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus.
Pada 14 Sya'ban 1437 Hijrah versamaan 21 Mei 2016 Masihi (Sabtu)
PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-9/2016. Mesyuarat tersebut telah dijalankan di Pejabat PERTIS Wilayah
Negeri Sembilan Darul Khusus. Suatu pemilhan Ahli Jawatankuasa PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus Bagi sesi 2016-2018 Telah diadakan.
Berikut adalah keputusan:
1. Pengerusi:  En. salam Bin Sarip
2. Naib Pengerusi   En. Mohd Nasir Bin Mohammed Yusoff
3. Setiausaha  En. Mohd Hairie Bin Aris
4. Bendahari  Puan Hazainorli Binti Hassan
5. Ajk biasa  Puan Safiah Binti Jaini dan En. Mohd Fais Bin Isa
6. Juru audit   Mohd Khairul Azwan Bin Wahab
 
Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah dilantik dan semoga PERTIS wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus teru berkembang dan setanding dengan PERTIS Wilayah yang lain.
 
Peringatan:
 
Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti emel atau ke peti SMS Setiausaha Agung PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat. alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut,
rosmelati60@gmail.com,
dan no. telefon 012-216 3354/012-288 7676
 atau 03-2034 7007 Pada waktu pejabat.
 
Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih
 
Diselaraskan Oleh
Puan Rosnah Ahmad
Setiausaha Agung
persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTI

Wednesday, 18 May 2016

telemaklumat pertis 16 Mei 2016

membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada16 MEI 2016 Masihi, bersamaan 9 Sya'ban  1437 Hijrah Isnin.
 
Pengumuman Terkini.
 
1. Pengumuman dari ibu pejabat PERTIS.
 
1.1 Majlis  Isra' Mikraj Hijrah.
PERTIS melalui Biro Pendidikan dan Dakwah Pusat, telah menganjurkan Majlis Isra'ban 1437 Hijrah. Sehubungan dengan itu, pihak penganjur merakamkan ribuan terima kasih atas sambutan yang begitu menggalakan.
Pihak penganjur juga memohon kemaafan apa yang telah  berlaku.
Sesungguhnyakita  hanya merancang namun apa yang berlaku di luar kemampuan kita.
 
1.2 Majlis di ambang Ramadhan 2016.
PERTIS melalui Biro Pendidikan dan Dakwah dan Biro Kesejahteraan Kemasyarakatan Pusat PERTIS akan menganjurkan Majlis di ambang Ramadhan 2016.
Majlis tersebut akan dijalankan seperti berikut:
Tarikh: 28 Sya'ban 1437 Hijrah bersamaan 04 Jun  2016 Masihi (Sabtu)
Tempat: Madrasah Gouthiyyah (Surau Kampung Katijah)
Brickfields Kuala Lumpur.
Masa: 9.00 Pagi.
Selain daripada diadakan bacaan doa, Al-Quran dan ceramah dari penceramah jemputan suatu majlis penyampaian sumbungan dalam bentuk barangan harian akan diadakan pada hari tersebut.
Sehubungan dengan itu, sesiapa yang berhasrat untuk mengikuti  majlis di atas, sila beri nama
 dan nombor kad pengenalan kepada En. Jasmadin Bin Budin di talian 016 3315707.
Keutamaan akan diberi kepada mereka seperti berikut:
1. Ahli PERTIS.
2. Menerima pendapatan tidak tetap.
3. Seorang yang aktif megikuti program anjuran PERTIS.
4. Yang menetap di kawasaan Lembah Kelang/Kuala Lumpur.
Penapisan akan dilakukan jika pendaftaran melebihi 100 penyertaan.
 
1.3 Majlis bacaan Yasin dan tahlil.
PERTIS melalui Biro Kesejahteraan dan kemasyarakatan dengan kerjasama guru-guru
 dan pelatih-pelatihPusat Latihan Gurney Brickfields akan menganjurkan Majlis bacaan yasin
dan Tahlil. Majlis tersebut akan dijalankan seperti berikut:
Tarikh: 19 Sya'ban 1437 Hijrah bersamaan 26 Mei 2016 (khamis)
Tempat: Kombleks MAB Brickfields Kuala Lumpur.
Masa: 8.00 Malam.
Semua dijemput dan Kerjasama dari semua pihak amat diharapkan demi menjayakan majlis tersebut.
 
1.4 Mesyuarat Agung Tahunan Kali Keduapuluh Satu 2016.
Sebagaimana yang telah  diketahui umum, PERTIS akan mengadakan Mesyuarat agung Tahunan 
Kali Keduapuluh Satu 2016. suatu pemilehan  Ahli Jawatankuasa Pusat PERTIS,  dari peringkat
 yang Di Pertua PerTIS hingga Ahli Jawatankuasa Pusat PERTIS bagi sesi 2016 hingga 2018
akan diadakan. Sehubungan dengan itu, borang pencalunan telah pun dibuka bagi mereka yang berhasrat untuk menjadi Ahli Jawatankuasa PERTIS.
Borang-borang pencalunan  boleh diperolehi di pejabat PERTID di bahagian Unit Penerbitan.
Brickfields Kuala Lumpur. Borang yang telah siap diisi hendaklah dikembalikan kepada  Jawatankuasa Pemilehan selewat-lewatnya pada 20 Sya'ban 1437 Hijrah bersamaan 27 Mei 2016 (Jumaat)
Jam pukul 10.00Malam.
 
1.5 Dokumen Mesyuarat.
Kepada mereka yang akan hadir ke mesyuarat Agung Tahunan Kali  Keduapuluh Satu dan memerlukan dokumen mesyuarat  sama ada dalam bentuk braille atau print sila hubungi setiausaha Agung PERTIS di talian 012 288 7676 atau 012 216 3354.
 
2. Berita ditimpa musibah
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah kita di kembalikan.
Dengan rasa sedih dan dukacita dimaklumkan bahwa salah seorang dari rakan kita iaitu
Salmah Binti Md Ali telah  kembali ke rahmatullah.
Beliau meninggal pada 7 Sya'ban 1437 Hijrah bersamaan 14 Mei 2016 Masihi (sabtu) pukul 4.00 pagi. Marilah sama-sama kita doakan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman Al fatihah.
 
 
Peringatan:
 
Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti emel atau ke peti SMS Setiausaha Agung PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat. alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut,
rosmelati60@gmail.com,
dan no. telefon 012-216 3354/012-288 7676
 atau 03-2034 7007 Pada waktu pejabat.
 
Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih
 
Diselaraskan Oleh
Puan Rosnah Ahmad
Setiausaha Agung
persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTI

Tuesday, 10 May 2016

telemaklumat pertis 9 Mei 2016

membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 9 MEI 2016 Masihi, bersamaan 2 Sya'ban  1437 Hijrah Isnin.
 
Pengumuman Terkini.
 
1. Pengumuman dari ibu pejabat PERTIS.
1.1 Majlis  Isra' Mikraj 2016.
Sebagaimana yang telah diwar-warkan, PERTIS melalui Biro Pendidikan Dan Dakwah Pusat PERTIS akan menganjurkan Majlis Isra' Mikraj 2016.
Majlis tersebut akan dijalankan seperti berikut:
Tarikh: 8 Sya'ban 1437 Hijrah bersamaan 15 Mei 2016 (ahad)
Tempat: Dewan Dr Ismail Salleh,
Kompleks MAB Brickfields.
Masa: 8.00 Pagi – 12.30  Tengah Hari.
Yuran penyertaan adalah seperti berikut:
Ahli dan anak-anak bawah 12 tahun RM3.00
Bukan ahli RM5.00
Penceramah jemputan: Yang Berbahagia Ustaz Zaidi bin Ramli Ketua Penolong Pengarah bahagian Dakwah JAKIM.
Tajuk ceramah: Pemantapan Akidah Dan Keteguhan Iman Melalui Peristiwa Isra' Mikraj.
Sarapan pagi disediakan dari pukul 8.00 – 9.15 pagi.
 
Aturcara majlis:
8.00 – 9.15 pagi: Pendaftaran dan sarapan pagi.
9.25 Pagi: Kata-kata aluan daripada pengerusi majlis.
9.30 Pagi: Bacaan doa
9.35 Pagi: bacaan ayat suci Al-quran dan terjermahannya.
9.50 Pagi: Kata-kata aluan daripada pengerusi Biro Pendidikan dan Dakwah Pusat PERTIS.
10.00 pagi: Ucapan dan perasmian oleh Yang Di Pertua PERTIS (YDPP)
10.10 pagi: Ceramah dimulakan.
11.45 Pagi: Soal jawab bersama ustaz.
12.15 Tengah Hari: Penyampaian cendrahati kepada peserta yang ambil bahagian dan penceramah.
12.30 Tengah Hari: Makan tengah Hari dan brsurai.
 
1.2 Mesyuarat Agung Tahunan Kali Keduapuluh Satu 2016.
Sebagaimana yang telah dimaklumkan bahwa PERTIS akan mengadakan Mesyuarat agung Kali Keduapuluh Satu 2016.
Mesyuarat tersebut akan dijalankan seperti berikut:
Tarikh: 20 dan 21 Sya'ban1437 Hijrah bersamaan
27 dan 28 Mei 2016 Masihi (Jumaat dan Sabtu)
Tempat: City Villa Hotel,
No. 69 Jalan Raja Hussein Off Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50350, Kuala Lumpur.
No. Tel: 03-2692 6077
 
Tarikh pendaftaran untuk megikuti mesyuarat tersebut sudah  ditutup.
Walau bagaimana pun kepada sesiapa yang belum menjelaskan yuran pendaftaran untuk mengikuti mesyuarat tersebut  dan yuran tahunan boleh menjelaskannya pada hari majlis Isra' Mikraj.
Pihak PERTIS akan membuka kaunter pembayaran pada hari tersebut.
 
1.3 Usul dan cadangan:
Kepada sesiapa yang mempunyai usul atau  cadangan  dan berhasrat untuk dibentangkan di dalam mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-21/2016 sila hantar email kepada Setiausaha Agung PERTIS di email beliau
rosmelati60@gmail.com
selewat-lewatnya pada tarikh 16 Sya'ban 1437 Hijrah bersamaan 23 Mei 2016 Masihi (Isnin. Sekian harap maklum dan di dahului dengan ucapan ribuan terimakasih.
 
 
Peringatan:
 
Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti emel atau ke peti SMS Setiausaha Agung PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat. alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut,
rosmelati60@gmail.com,
dan no. telefon 012-216 3354/012-288 7676
 atau 03-2034 7007 Pada waktu pejabat.
 
Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih
 
Diselaraskan Oleh
Puan Rosnah Ahmad
Setiausaha Agung
persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTI

Tuesday, 3 May 2016

telemaklumat pertis 2 Mei 2016

membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 2 MEI 2016 Masihi, bersamaan 24 Rejab  1437 Hijrah Isnin.
 
Pengumuman Terkini.
 
1. Pengumuman dari ibu pejabat PERTIS.
 
1.1 Majlis Isra' Mikraj 2016.
Sebagaimana yang telah dimaklumkanbahwa PERTIS melalui Biro Pendidikan dan Dakwah Pusat akan menganjurkan Majlis Isra'  Mikraj 2016.
Majlis tersebut akan dijalankan seperti berikut:
Tarikh:
8 Sya'ban 1437 Hijrah bersamaan 15 Mei 2016 (Ahad)
Tempat:
Tempat Dewan Dr Ismail Salleh,
Kompleks MAB, Brickfields.
Masa:
9.00 Pagi.
Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakan, Program Saudara Baru 2016yang dijadualkan  diadakan pada sebelah petang pada hari yang sama  terpaksa ditunda pada tarikh yang akan ditentukan kelak. Segala kesulitan amat dikesalkan dan pihak PERTIS Mohon ribuan kemaafan.
Yuran penyertaan bagi Majlis Isra' Mikraj adalah seperti berikut:
Untuk ahli dan kanak-kanak bawah umur RM3.00 seorang.
Untuk bukan ahli RM5.00 seorang.
Untuk pendaftran silaSMS, wasap atau  hubungi Ustaz Mohamad Noor Awang Ngah pengerusi Biro Pendidikan dan Dakwah   di talian 012-342 8745 atau 013-203 8510
Atau Pn. Arilzoh di talian 013-392 9280 atau Pn. Rosnah Hj Ahmad di talian 012-288 7676 atau 012-216 3354.
Tujuannya untuk memudahkan urusan makan tengah hari.
Kerjasama semua pihak amat diharapkan demi melicinkan majlis pada hari tersebut.
 
1.2 Mesyuarat Agung Tahunan Kali Keduapuluh Satu 2016.
Peringatan daripada  Setiausaha Agung PERTIS.
Notis Mesyuarat Agung Tahunan Ke-21/2016.
 
Assalamualaikum.
Dengan segala hormat dan takzimnya adalah dimaklumkan bahwa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)kali yang ke-21/2016
akan diadakan seperti berikut:
Tarikh:
20 dan 21 Sya'ban 1437 Hijrah bersamaan 27 dan 28 Mei 2016 (Jumaat dan Sabtu)
Tempat:
City Villa Hotel,
No. 69 Jalan Raja Hussein off Jalan Tuanku Abdul rahman,
Kuala Lumpur.
No. Tel: 03-2692 6077.
Masa:
3.0 Petang 20 Sya'ban 1437 Hijrah bersamaan 27 Mei 2016 Masihi (Jumaat)
Hingga 05.00 Petang 21 Sya/ban 1437 Hijrah bersamaan 28 Mei 2016 Masihi (Sabtu)
 
1.  Syarat-syarat Untuk Menyertai Mesyuarat Agung Tahunan Ke-21/2016.
Berikut adalah syarat-syarat untuk  menyertai Mesyuarat Agung Tahunan Ke-21/2016.
1.1 Ahli PERTIS sahaja.
1.2 Telah menjelaskan segala yuran keahlian sama ada  yuran semasa atau yang tertunggak.
1.3 Telah menjelaskan pembayaran  yuran  penyertaan ke mesyuarat.
2. Yuran Penyertaan.
2.1 Untuk ahli:
 yang menginap:    RM50.00
Yang tidak menginap:   RM20.00
2.2 Yang bukan ahli atau kanak-kanak:
Menginap:    RM150.00
Yang tidak menginap:   RM60.00
2.3 Untuk ahli PERTIS wilayah bayarannya adalah sama seperti PERTIS Pusat.
Walau bagaimana pun sekiranya terdapat kos tambahan ianya adalah tertakluk kepada pengerusi Wilayah masing-masing.
 
3. Penyertaan dianggap sah setelah segala pembayaran yang berkaitan selesai  dilunaskan.
 
4. Tujuan Pendaftaran dan Pembayaran:
4.1 Bagi ahli Pusat, Sila hubungi En. mMohd Azim Pembantu pentadbir Kewangan PERTIS di talian 03-4021 2631 pada waktu pejabat.
Atau En. Jasmadin Ahli Jawatankuasa Pusat di talian 016-331 5707.
4.2  Bagi Ahli Wilayah, sila hubungi pengerusi atau  pembantu tadbir wilayah masing-masing.
4.3 Tarikh tutup pendaftaran atau pembayaran seperti berikut:
Bagi ahli PERTIS Pusat ialah 28 Rejab 1437 Hijrah bersamaan 06 Mei 2016 Masihi (Jumaat)
Bagi ahli PERTIS Wilayah ialah 27 Rejab 1437 Hijrah bersamaan 05 Mei 2016 Masihi (Khamis) 
4.4 Pendaftaran atau pembayaran yang dilakukan selepas tarikh yang  tersebut di atas tidak akan dilayan.
4.5 Semasa membuat  pendaftaraan sila nyatakan sama ada perlu penginapan atau tidak perlu  penginapan.
 
1.3 Mesyuarat Agung Wilayah.
1.3.1 PERTIS Wilayah Terengganu Darul Iman.
PERTIS Wilayah Terengganu Darul Iman telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi peringkat PERTIS Wilayah Terengganu Darul Iman.
Mesyuarat tersebut telah dijalankan pada tarikh seperti berikut:
22 Rejab 1437 Hijrah bersamaan 30 April 2016 (Sabtu)
Tahniah diucapkan kepada En. Mohd Fauzi Bin Mansor kerana masih kekal dilantik menjawat jawatan pengerusi PERTIS Wilayah PERTIS.
Tahniah juga diucapkan kepada semua barisan Ahli Jawatankuasa yang masih mengekalkan jawatan masing-masing.
1.3.2PERTIS Wilayah Kedah Darul Aman.
PERTIS Wilayah Kedah Darul Aman juga telah menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan Peringkat PERTis Wilayah Kedah Darul Aman.
Mesyuarat tersebut dijalanan seperti berikut:
23 Rejab 1437 Hijrah bersamaan 1 Mei 2016 (Ahad)
Tahniah juga diucapkan kepada En. Musa Abdul Rahman kerana masih mengekalkan jawatan sebagai pengerusi PERTIS Wilayah Kedah Darul Aman.
 
2. Berita ahli ditimpa musibah.
Kepada sesiapa yang mengenali Pn. Salmah Md Ali ahli PERTIS, beliau sekarang berada di hospital Serdang. Beliau menginap penyakit kanser pangkal rahim peringkat 4. Menurut kata doktor, kansernya sudah merebak ke bahagian usus.
Pada hari rabu atau khamis doktor akan menjalankan rawatan kimo ke atas beliau.
Kemungkinan besar akan menjalani pembedahan dan itu pun bergantung kepada keadan kerana beliau sekarang dalam keadaan yang agak lemah disebabkan tak ada selera untuk   makann.
Beliau ingin berjumpa rakan-rakan beliau yang sudah lama beliau tak jumpa.
Sehubungan  dengan itu, sesiapa yang ada kelapangan boleh lah menziarah beliau di hospital Serdang tingkat6 katil no. 25.
 Suami beliau juga tak sihat menginap penyakit stroke peringkat awal.  Sama-sama kita doakan semoga kedua-duanya  pulih seperti sedia kala.
Amin.
 

Peringatan:
Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti emel atau ke peti SMS Setiausaha Agung PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat. alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut,
rosmelati60@gmail.com,
dan no. telefon 012-216 3354/012-288 7676
 atau 03-2034 7007 Pada waktu pejabat.
 
Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih
 
Diselaraskan Oleh
Puan Rosnah Ahmad
Setiausaha Agung
persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTI