Total Pageviews

Tuesday, 19 April 2016

telemaklumat pertis 18 April 2016

membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 18 April  2016, bersamaan 10 Rejab  1437 Hijrah Isnin.
 
 Pengumuman Terkini.
 
1. Pengumuman dari ibu pejabat PERTIS.
 
1.1Pengumuman lanjut mengenai   Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-duapuluh satu 2016.
Sebagaimana dimaklumkan bahwa Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-21/2016 PERTIS 
akan dijalankan seperti berikut:
Tarikh: 20 dan 21 Sya'ban 1437 Hijrah bersamaan 27 dan 28 Mei 2016 (Jumaat dan Sabtu)
Tempat: City Villa Hotel,
No. 69 Jalan Raja Hussein off Jalan Tuanku Abdul rahman,
Kuala Lumpur.
No. Tel: 03-2692 6077.
Masa: 3.0 Petang 20 Sya'ban 1437 Hijrah bersamaan 27 Mei 2016 Masihi (Jumaat) Hingga 05.00 Petang 21 Sya/ban 1437 Hijrah bersamaan 28 Mei 2016 Masihi (Sabtu)
 
Kepada ahli-ahli yang akan menyertai Mesyuarat Agung Tahunan ke-21/2016
Perlu melunaskan  yuran tahunan sama ada semasa atau yang tertunggak.
Ahli  juga perlu menjelaskan yuran penyertaan untuk Mesyuarat agung Tahunan kali Ke-21/2016.
Berikut merupakan yuran penyertaan:
 
1. Untuk Ahli PERTIS Pusat:
 yang menginap:   RM50.00
yang tidak menginap:   RM20.00
2. Bukan Ahli:
Yang menginap:    RM150.00
Yang tidak menginap:   RM60.00
 
Untuk ahli PERTIS Wilayah bayarannya adalah sama seperti ahli PERTIS  Pusat.
Walau bagaimana pun jika ada kos penambahan ianya tertakluk kepada pengerusi PERTIS wilayah masing-masing.
 
 Untuk sebarang pendaftaran dan pembayaran yuran penyertaan sila hubungi:
En. mMohd Azim Firdaus Bin Mohd Fekkeri:
Pembantu Tadbir PERTIS Pusat di talian 03-4021 2631 pada waktu pejabat.
Untuk ahli PERTIS  Wilayah sila berdaftar dengan pengerusi atau pembantu tadbir PERTIS Wilayah masing-masing
 
Pendaftaran dianggap sah setelah menjelaskan yuran penyertaan tersebut.
 
Tarikh tutup pendaftaran dan pembayaran adalah seperti berikut:
ahli PERTIS Pusat: 28 Rejab 1437 Hijrah bersamaan 06 Mei 2016 Masihi (Jumaat)
ahli PERTIS Wilayah: 27 Rejab 1437 Hijrah bersamaan 05 Mei 2016 Masihi (Khamis) 
 
Pendaftaran atau pembayaran yang dilakukan selepas tarikh yang  tersebut di atas
tidak akan dilayan.
 
Semasa membut pendaftaraan sila nyatakan sama ada perlu penginapan atau tidak perlu penginapan.
 
Pihak PERTIS akan menyediakan bas dari Brickfields ke hotel dan sebaliknya  sekiranya menerima permintaan dari ahli-ahli.
Sehubungan dengan itu sila maklumkan jika memerlukan  pengangkutan.
Kerjasama dari semua pihak amat diharapkan dan pihak PERTIS dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
1.2 Majlis Isra' Mikraj dan Program Saudara Baru 2016.
PERTIS menerusi Biro Pendidikan dan Dakwah Pusat,
Akan menganjurkan Majlis Isra' Mikraj dan Program Saudara Baru 2016.
Kedua-dua program tersebut akan dijalankan seperti berikut:
Tarikh: 8 Sa'ban 1437 Hijrah bersamaan, 15 Mei 2016 (Ahad)
Tempat: Kompleks MAB.
Masa: 9.00 pagi – 4.30 Petang.
Yuran penyertaan:
I. Ahli PERTIS:   RM5.00
II. Bukan ahli:   RM10.00
III. Kanak-kanak bawah 12 tahun:   RM3.00
 
Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran sila SMS, wassap atau hubungi ustaz Mohammad Noor Bin Awang Ngah Pengerusi Biro Pendidikan dan Dakwah di talian 012-342 8745 atau 013-203 8510
 
Peringatan:
Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti emel atau ke peti SMS Setiausaha Agung PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat. alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut,
rosmelati60@gmail.com,
dan no. telefon 012-216 3354/012-288 7676
 atau 03-2034 7007 Pada waktu pejabat.
 
Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih
 
Diselaraskan Oleh
Puan Rosnah Ahmad
Setiausaha Agung
persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS

Monday, 11 April 2016

telemaklumat pertis 11 April 2016

membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 11 April  2016 Masihi, bersamaan 3 Rejab  1437 Hijrah Isnin.
 
Pengumuman Terkini.
 
1. Pengumuman dari ibu pejabat PERTIS.
 
1.1 Ucapan Ribuan Terima Kasih.
PERTIS menerusi Biro Muslimah, Kebudayaan dan Kesenian Pusat,
Merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah hadir ke program ceramah Nikah,  kahwin, rujuk dan cerai yang telah diadakan pada  2 Rejab 1437 Hijrah
bersamaan 10 April 2016 (Ahad.  Semoga apa yang disampaikan oleh penceramah tersebut memberi manfaat dan pedoman kepada kita semua.
 
1.2 Pengumuman daripada Setiausaha Agung PERTIS.
Notis Mesyuarat Agung Tahunan Ke-21/2016.
 
Assalamualaikum.
Dengan segala hormat dan takzimnya adalah dimaklumkan bahwa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)kali yang ke-21/2016
akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 20 dan 21 Sya'ban 1437 Hijrah bersamaan 27 dan 28 Mei 2016 (Jumaat dan Sabtu)
Tempat: City Villa Hotel,
No. 69 Jalan Raja Hussein off Jalan Tuanku Abdul rahman,
Kuala Lumpur.
No. Tel: 03-2692 6077.
Masa: 3.0 Petang 20 Sya'ban 1437 Hijrah bersamaan 27 Mei 2016 Masihi (Jumaat)
Hingga 05.00 Petang 21 Sya/ban 1437 Hijrah bersamaan 28 Mei 2016 Masihi (Sabtu)
 
1.  Syarat-syarat Untuk Menyertai Mesyuarat Agung Tahunan Ke-21/2016.
Berikut adalah syarat-syarat untuk  menyertai Mesyuarat Agung Tahunan Ke-21/2016.
1.1 Ahli PERTIS sahaja.
1.2 Telah menjelaskan segala yuran keahlian sama ada  yuran semasa atau yang tertunggak.
1.3 Telah menjelaskan pembayaran  yurant penyertaan ke mesyuarat.
1.4 Tarikh akhir  untuk menjelaskan  yuran tahunan bagi tahun 2016 ialah pada 21 Rejab 1437 Hijrah bersamaan 29 April 2016 Masihi (Jumaat)
 
2. Yuran Penyertaan.
2.1 Untuk yang menginap:    RM50.00
2.2 Untuk yang tidak menginap:    RM20.00
2.3 Kanak-kanak atau bukan ahli   RM150.00
2.4 Untuk ahli PERTIS wilayah bayarannya adalah sama seperti PERTIS Pusat.
Walau bagaimana pun sekiranya terdapat kos tambahan ianya adalah tertakluk kepada pengerusi Wilayah masing-masing.
 
3. Penyertaan dianggap sah setelah segala pembayaran yang berkaitan selesai  dilunaskan.
 
4. Tujuan Pendaftaran dan Pembayaran:
4.1 Bagi ahli Pusat, Sila hubungi
En. mMohd Azim Pembantu pentadbir Kewangan PERTIS di talian
03-4021 2631 pada waktu pejabat.
Atau En. Jasmadin Ahli Jawatankuasa Pusat di talian
016-331 5707.
4.2 Bagi Ahli Wilayah, sila hubungi pengerusi atau  pembantu tadbir wilayah masing-masing.
4.3 Tarikh tutup pendaftaran atau pembayaran seperti berikut:
Bagi ahli PERTIS Pusat ialah 28 Rejab 1437 Hijrah bersamaan 06 Mei 2016 Masihi (Jumaat)
Bagi ahli PERTIS Wilayah ialah 27 Rejab 1437 Hijrah bersamaan 05 Mei 2016 Masihi (Khamis) 
4.4 Pendaftaran atau pembayaran yang dilakukan selepas tarikh yang  tersebut di atas tidak akan dilayan.
4.5 Semasa membut pendaftaraan sila nyatakan sama ada perlu penginapan atau tidak.
 
2. Pengumuman dari lain-lain  organisasi.
 
Hari Keluarga & Mesyuarat Agung                                                                                                  Pertubuhan/Koperasi                                                                                                                                                                                Orang Kurang Upaya Penglihatan Perak Berhad
 
Majlis ini akan diadakan pada 30 APRIL sehingga 2 MEI 2016 bertempat di Pusat Latihan UiTM Sungai Galah, Tanjung Tualang Perak. Bagi ahli-ahli pertubuhan ini yang ingin menyertai majlis tersebut hendaklah mendaftarkan diri sebelum 20 APRIL 2016. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 60.00 (DEWASA) dan RM 40.00 (KANAK-KANAK DI BAWAH 12 TAHUN KE BAWAH). Pengangkutan bas akan disediakan. Bertolak dari perkarangan M.A.B  pada 30 APRIL 2016 jam 8.00 pagi dan bertolak balik pada 2 MEI 2016 jam 11.00 pagi.
Untuk mendaftar dan membuat pembayaran, sila hubungi
ENCIK YUSOF B ABDULLAH:
013 3404406
PN JAMALIAH BT SIDI
016 6984414
Atau terus kepada
EN AHMAD NIZAR B YEOB AHMAD:
012 5251190


Peringatan:
 
Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti emel atau ke peti SMS Setiausaha Agung PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat. alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut,
rosmelati60@gmail.com,
dan no. telefon
012-216 3354/013-261 7278
atau
03-2034 7007 Pada waktu pejabat.
 
Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
 
Diselaraskan Oleh
Puan Rosnah Ahmad
Setiausaha Agung
persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Tuesday, 5 April 2016

telemaklumat pertis 04 April 2016

membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 4 April 2016  Masihi, bersamaan 26 Jamadil-akhir 1437 Hijrah Isnin.
 
Pengumuman Terkini
 
Pengumuman dari ibu pejabat PERTIS.
 
Ceramah Umum.
 
PERTIS melalui Biro Muslimah, Kebudayaan dan Kesenian, akan menganjurkan program Ceramah Umum.
Program tersebut akan dijalankan seperti berikut:
Tarikh: 2 Rejab 1437 Hijrah bersamaan, 10 April 2016 Masihi (Ahad)
Tempat: Dewan Dr Ismail Salleh, Kompleks MAB, Brickfields, Kuala Lumpur.
Masa: 10.00 Pagi.
Penceramah: Ustaz Nor azman.
Tajuk ceramah: Rujuk, nikah dan cerai dalam undang-undang islam.
Yuran pendaftaran: Setiap peserta dikenakan RM3.00
Tempat di hadkan kepada 100 orang.
 
Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaraan sila hubungi Pn. Sariyah Binti Nordin di talian
013 341 1066
 
Tentatif program:
09.30 Pagi pendaftaran.
10.00 Pagi: Kata-kata aluan daripada pengerusi Majlis dan di ikuti dengan bacaan doa.
10.10 Pagi: Ceramah.
12.30 Tengah hari: Makan tengah hari.
 
Sayugia dimaklumkan bahwa pihak penganjur tidak menyediakan sarapan pagi.
 
Sekian terima kasih.
 

Peringatan:
Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti emel atau ke peti SMS Setiausaha Agung PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat. alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut,rosmelati60@gmail.com, dan no. telefon 012-216 3354/012-288 7676     atau 03-2034 7007 Pada waktu pejabat. Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
 
Diselaraskan Oleh
Puan Rosnah Ahmad
Setiausaha Agung
persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Friday, 1 April 2016

update: pembetulan telemaklumat pertis 28mac2016

1.3 Kakitangan/staf Bertugas Bergilir-gilir Pada Hari Sabtu.
Mulai 24 Jamadil-akhir 1437 Hijrah bersamaan  02 April 2016 (Sabtu)
Pejabat PERTIS  Kawasan Brickfields Kuala Lumpur akan beroperasi.
Ianya akan bermula pada 09.00 pagi hingga 05.00 petang setiap hari sabtu.
Salah seorang kakitangan/staf akan bergilir-gilir menjalankan  tugas di pejabat tersebut.
Untuk minggu pertama, En. Azim akan mula bertugas. Sesiapa yang berhasrat untuk menjelaskan
yuran tahunan atau  mempumyai sebarang urusan sila ke pejabat PERTIS Kawasan Brickfields
pada masa yang telah ditetapkan. Alamat PERTIS Kawasan Brickfields ialah 42A,  Jalan Padang Belia, Brickfields, Kuala Lumpur. No. telepon 03-2276 2634.
Sayugia diingatkan bahwa ini merupakan peringkat percubaan. Ianya akan berjalan selama 2 bulan berturut-turut. Jika tiada sambutan dari ahli-ahli, perkhidmatan  tersebut akan dihentikan.
Sehubungan dengan itu, , kerjasama dari semua pihak amat diharapkan.