Total Pageviews

Thursday, 7 January 2016

Pengumuman terkini Pertis Pusat

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 04 Januari 2016 Masihi, bersamaan 23  Rabiul awal 1437Hijrah Isnin.

 

Pengumuman Terkini

 

Pengumuman dari ibu pejabat Pertis.

 

1.1    Pertukaran  Tarikh Majlis Maulidur Rasul.

 

Atas sebab-sebab yang tad dapat dielakan, Majlis Maudir Rasul yang sepatutnya dijalankan pada 28 Rabiul-awal 1437  Hijrah bersamaan 09 Januari 2016 Masihi (Sabtu) telah ditunda ke tarikh 29 Rabiul-awal 1437 Hijrah bersamaan 10 Januari 2016 Masihi (Ahad)

 

Walau bagaimana pun lokasi dan masanya adalah sama seperti yang dijadulkan iaitu:

Tempat: Dewan Dr Ismail Salleh, Kompleks MAB, Brickfields Kuala Lumpur.

Masa: 08.00 pagi hingga 01.00 Petang.

 

Untuk maksud pendaftaran sila hubungi atau SMS kepada ustaz Mohammad Noor Awang Ngah Pengerusi Biro Pendidikan dan Dakwah Pusat di talian: 012-342 8745/013-340 8510. Atau Pn. Arilzoh Binti Mokhtar di talian: 013-392 9280/019-242 6737.

 

Sila nyatakan nama dan jumlah kehadiran.

 

Pihak PERTIS akan mengedarkan kopon pada hari tersebut.

 

Berikut merupakan tentatif aturcara majlis:

 

08.00 – 09.30  Pagi: Pendaftaran dan sarapan pagi.

09.30 Pagi: Kata-kata aluan daripada pengerusi majlis.

09.35 Pagi: caan doa.

09.40 Pagi: Bacaan dan terjermahan Al-qur’an.

09.50 Pagi: Ucapan dan kata-kata aluan   daripada Pengerusi Biro Pendidikan dan Dakwah, merangkap pengerusi program Iaitu Ustaz Mohamad Noor Bin Awang Ngah.

10.00 Pagi: Ucapan  perasmian dan sekaligus  perlancaran Pusat Talian  Kemuskilan Agama Oleh En. Mohamad Faizal Bin Che Yusuf Yang Di Pertua PERTIS (YDPP.)

10.15 Pagi: Ceramah Maulidur Rasul yang akan disampaikan oleh Ustaz Syed  Abu Bakar Bin Syed Esa  seorang pendakwah bebas.

Tajuk ceramah ialah Rasulullah Adalah Rahmat Dan Cahaya Sekelian Alam.

11.30 Pagi: Sesi soal jawab atau kemuskilan Agama.

12.00 Tengah Hari: nyampaian cendrahati.

12.15 Tengah Hari: selawat ke atas junjungan Nabi Muhamad SAW  dan bacaan doa penutup.

12.30 Tengah Hari: Makan Tengah Hari.

1.0     Petang: Bersurai.

 

1.2 Yuran Tahunan PERTIS.

 

Bayaran yuran tahun PERTIS bagi tahun 2016 telah pun dibuka.

 

Sehubungan dengan itu kepada ahli yang berhasrat untuk membayar yuran tahunan boleh menjelaskannya kepada Bendahari Kehormatt PERTIS iaitu En. Osman Nordin Bin Omar di talian 013-364 1994 atau ke pejabat PERTIS di talian 2276 2634 pada waktu pejabat.

 

Pastikan anda mendapat risit pembayaran. Sempena dengan program Maulidur Rasul yang akan dijalankan, kaunter pembayaran yuran akan dibuka. Sesiapa yang ingin membayar yuran tahunan boleh berbuat demikian.

 

1.3 Usrah Bulanan.

 

Kelab Belia PERTIS (Kelab Amru Al As) melalui Biro Kesejahteraan dan Kemasyarakatan akan mengadakan Program Usrah bulanan bermula pada bulan Januari 2016.

 

Cadangan Usrah tersebut adalah pada hujung minggu terakhir setiap bulan.

 

Walau bagaimanapun, perjumpaan tersebut tertakluk kepada keselesaan peserta program usrah berkenaan.  Justeru, pihak Biro dengan sukacitanya mempelawa kepada belia PERTIS yang berminat agar mendaftarkan diri untuk mengikuti usrah berkenaan.  Pendaftaran boleh dibuat dengan menghubungi ibu pejabat PERTIS pada waktu pejabat. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 15 Januari. 2016. Mudah-mudahan dengan adanya program Usrah ini dapat memantapkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT Insya'Allah Ammin.

 

1.4Pusat Aduan PERTIS.

 

 Pusat Khidmmat Aduan PERTIS melalui Biro Kesejahteraan dan Kemasyarakatan ingin meminta kerja sama kepada semua ahli PERTIS yang mengghadapi masalah dengan pemberian Bantuan Kewangan daripada Pihak Kebajikan Masyarakat (APC) agar dapat menghubungi staf PERTIS iaitu Puan Roslina di talian Ibu Pejabat PERTIS pada waktu pejabat sebelum atau pada 15 Januari 2015 untuk dipanjangkan serta diambil tindakan oleh pihak berkenaan.  Sila nyatakan nama, no kad pengenalan

 

1.5 Tafsir Pimpinan Ar-rahman Untuk Diedarkan.

 

Pihak PERTIS sedang  mengedarkan Tafsir Pimpinan Ar-rahman yakni Al-qur’an yang mengandungi terjermahan dan intisarinya. Harga senaskah Al-qur’an berserta terjermahannya ialah Rm800.00 (Lapan Ratus Ringgit Malaysia).

 

Walau bagaimana pun pihak PERTIS mempunyai 200 naskah yang akan diedarkan atau diberi secara percuma kepada ahli dan bukan ahli. Sehubungan dengan itu, sesiapa yang berkehendakan Tafsir Pimpinan Ar-rahman tersebut sila hubungi Pn. Siti Haida Pembantu pentadbir PERTIS  di talian pejabat PERTIS 03-2276 2634 pada waktu pejabat.

 

1.6 Kemaskini Biodata Ahli.

 

Pihak PERTIS  sedang  mengemaskini biodata keahlian PERTIS. Tujuannya untuk memudahkan urusan pentadbiran.Sila hubungi pn. Siti Haida di talian pejabat PERTIS seperti yang dinyatakan di atas. Atau  Pn. Ruslina di talian 4021 2631 pada waktu pejabat. Atau hubungi/SMS   Setiausaha Agung PERTIS iaitu 012-216 3354 / 012 288 7676 atau email beliau rosmelati60@gmail.com.

 

Butir-butir yang dikehendaki adalah seperti   berikut:

 

A.      Nama penuh.

B.      No. Kad pengenalan yang terkini.

C.      Alamat rumah/pejabat/tempat kerja.

D.      No. Telepon yang mudah dihubungi sama ada talian tetap atau telepon bimbit.

 

Kerjasama semua pihak amat diharapkan dan pihak PERTIS dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

 

Peringatan:

 

1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950), sila maklumkannya kepada Pn. Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-2276 2634 pada waktu pejabat.

 

2. Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti emel atau ke peti SMS Setiausaha Agung PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat. alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut, rosmelati60@gmail.com, no. telefon 012-216 3354/012-288 7676 atau 03-2034 7007 Pada waktu pejabat.

 

Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Diselaraskan Oleh

Puan Rosnah Ahmad

Setiausaha Agung

persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

This email has been sent from a virus-free computer protected by Avast.
www.avast.com