Total Pageviews

Tuesday, 2 June 2015

Kesyukuran dan penghargaan

Saya bagi pihak seluruh Ahli Jawatankuasa Pusat Pertis merakamkan setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan kelangsungan Mesyuarat Agung Tahunan Pertis kali Ke 20 pada 30-31 Mei bersamaan 12-13 Syaaban 1436H yang lalu.

 

Pada kesempatan ini juga, suka saya merakamkan sekalung penghargaan kepada seluruh ahli, pasukan Jawatankuasa Induk Mesyuarat Agung Tahunan (JIMAT) dan mereka yang terlibat hingga memungkinkan kelancaran Mesyuarat Agung Tahunan pada kali ini.

 

Khusus kepada seluruh ahli Pertis, sebagaimana yang saya tekankan sepanjang mesyuarat, kita bergerak secara satu pasukan, saling memperkuat dan saling melengkapi antara satu sama lain. Teruslah membantu Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat termasuklah dengan memberi sokongan kepada setiap program dijalankan, memberi teguran di mana salah dan silap, serta saling memperingat agar kita terus mampu menjadi hamba Allah yang bertaqwa melalui wadah perjuangan ini.

 

Biarpun kita dilihat kecil berbanding pertubuhan-pertubuhan lain, ia bukanlah satu kompromi untuk kita tidak melakukan sehabis baik dalam setiap tindakan dan ikhtiar. Dengan menjadikan Islam sebagai asas gerak kerja kita, sehabis daya kita pastikan setiap yang dilakukan adalah yang terbaik.

 

Buat seluruh pihak sama ada jabatan atau agensi kerajaan, para penyumbang, rakan-rakan media dan seluruh masyarakat, setiap jasa kalian kepada kami didoakan moga Allah melipatgandakan ganjarannya ke atas kalian.

 

Ayuh, terus beristiqamah di jalan yang diredhai Allah S.W.T!

 

(Mohammad Faizal Che Yusof)

(Yang Dipertua)

(Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia)