Total Pageviews

Monday, 12 January 2015

AlQuran braille, sokongan anda kami perlukan!

SERING kali saya dan rakan-rakan didatangi dengan pelbagai tawaran termasuklah tajaan AlQuran untuk OKU penglihatan miskin dengan jumlah-jumlah tertentu.

Saya amat berharap catatan ini dapat diambil manfaat oleh seluruh umat Islam terutamanya mereka yang amat prihatin tentang keperluan OKU penglihatan. Setidak-tidaknya kami dari Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) terus mampu membantu meningkatkan keupayaan menguasai AlQuran di kalangan OKU penglihatan dengan apa jua cara sekali pun.

 

Pertamanya buat masa ini, Pertis telah diberikan kebenaran oleh Kementerian Dalam Negeri KDN untuk menerbitkan AlQuran Braille bagi kegunaan OKU penglihatan di Malaysia khususnya, dan lain-lain Negara umumnya. Sebelum kebenaran ini kami perolehi dari KDN, pelbagai peringkat pembetulan AlQuran Braille cetakan berkomputer ini telah kami lalui untuk tempoh yang agak lama.

 

Kedua, agihan AlQuran Braille kepada OKU penglihatan adalah dibuat secara percuma tertakluk kepada keupayaan kami menerbitkan set-set AlQuran dari semasa ke semasa.

 

Untuk makluman semua, satu mesin cetak Braille yang disebut “emboser” bagi penerbitan AlQuran Braille berharga sekitar RM20k. bayangkanlah cabaran yang perlu kami depani dengan kos yang tinggi ini. Buat masa ini dengan sumbangan pelbagai pihak, kami hanya punyai enam unit mesin emborser yang digunakan secara sepenuh masa untuk penerbitan bahan-bahan Braille Islam termasuklah AlQuran Braille.

 

Dalam masa terdekat, kami memerlukan sekurang-kurangnya empat unit lagi mesin emborser memangdagkan kami perlu bersedia untuk proses penyelenggaraan setiap unit dari semasa ke semasa.

 

Itu baru berkaitan mesin emborser dan belum lagi proses penjilidan AlQuran Braille. Justeru, untuk setiap set AlQuran Braille disiapkan, kos keseluruhannya adalah sebanyak RM200.00.

Justeru, kami mengedarkan AlQuran Braille kepada OKU penglihatan yang memerlukan secara percuma memandangkan tidak mudah untuk OKU penglihatan memiliki naskah AlQuran ini yang begitu berbeza dengan naskah AlQuran biasa.

 

Selain penerbitan AlQuran Braille, kami juga menerbitkan set Tafsir AlQuran pimpinan AlRahman Braille kepada OKU penglihatan yang memerlukannya. Bagi tujuan ini, kami hanya mampu menawarkan separuh harga kepada mereka yang memerlukan dengan kadar RM400.00 setiap set. Kos keseluruhan penerbitan Tafsir AlQuran Braille ini adalah sebanyak RM800.00.

 

Buat masa ini, kami amat perlukan sokongan pelbagai pihak untuk kami menggiatkan usaha-usaha kea rah kefahaman OKU penglihatan kepada ilmu AlQuran. Antara langkah yang sedang dijalankan dan dirancang termasuklah:

 

1.   Menggiatkan kelas pengajian AlQuran Braille dengan disediakan alaun-alaun khas kepada setiap peserta. Untuk makluman semua, kami perlu mengadakan alaun-alaun khas tersebut memandangkan hamper seluruh peserta yang terlibat perlu menyara keluarga. Dengan mengikuti sesi pengajian tersebut, mereka kurang berpeluang menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi.

 

Program seumpama ini sedang giat dijalankan terutamanya di Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan.

 

2.   Kami berharap program seumpama ini dapat kami perluaskan ke tempat-tempat lain dengan sumbangan dan sokongan berterusan dari seluruh pihak.

 

3.   Seterusnya kami juga bercadang mewujudkan sebuah pusat sumber Braille Islam memandangkan tempat yang sedia ada kini kian sempit dengan pelbagai urusan.

 

Kami mengalu-alukan tajaan awam untuk kami mendapatkan premis yan gsesuai dengan kelengkapan yang sewajarnya.

 

4.   Bagi mendekatkan pihak awam kepada OKU penglihatan dan Pertis khususnya serta OKU umumnya, saya mempelawa mereka yang prihatin untuk berkunjung di premis kami di alamat: No. 32A, Jalan 6/21D, Taman Ibu Kota, 53100 Gombak, Kuala Lumpur Malaysia. Tel: (pejabat) +603-40212631, pada setiap hari khamis, minggu pertama setiap bulan.

 

Sesungguhnya saya amat bersyukur dengan izin Allah kami disibukkan dengan urusan Islam dalam dunia yang penuh pancaroba pada hari ini.

 

Moga catatan ringkas ini membuka hati sekalian sahabat pembaca untuk terus iltizam bersama kami membantu agama Allah agar Islam terus dekat kepada OKU penglihatan khususnya dan OKU pelbagai katagori umumnya.

 

Bersua di lain waktu, dengan izin Allah S.W.T.

 

Mohammad Faizal Che Yusof,

Yang Dipertua Pertis.

Tuesday, 6 January 2015

Talian Maklumat PERTIS 5 Januari 2015

 

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 5 Januari  2015,  bersamaan 14 Rabiul-awal  1436 Hijrah.(Isnin)

 

 

Pengumuman Terkini

 

1.  Pengumuman dari  ibu pejabat Pertis.

 

1.1   Pekerja Baru.

 

Pihak Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)  telah mengambil seorang pekerja baru  secara kontrak  di ibu pejabat PERTIS.

 

 

Beliau ialah Encik Ahmad Bin Abdul Wahab dan  akan mula bertugas pada 14 Rabiul-awal 1436 Hijrah bersamaan 5 Januari 2015 Masihi (Isnin.)

 

 

Kepada Encik Ahmad Bin Abdul Wahab, pihak PERTIS mengucapkan selamat bertugas. Semoga kehadiran Encik Ahmad Bin Abdul Wahab dapat melincinkan lagi tugas-tugas di pejabat PERTIS khasnya di ibu pejabat.

 

1.2 PROGRAM  AKADEMI PENGAJIAN SAHABAT INSANI.

 

Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar-pelajar OKU penglihatan lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bagi menyertai program-program kendalian AKADEMI PENGAJIAN SAHABAT INSANI sebagaimana berikut:

 

a.  Sekolah Menengah Islam Integrasi Tahfiz Insani (Sahabat Insani Penglihatan)

 

Sekolah Menengah Islam Integrasi Tahfiz Insani (SMIITI Sahabat Insani Penglihatan)

 

Sekolah yang menyediakan pendidikan peringkat menengah rendah dan menengah tinggi dan berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan ini dikhususkan untuk:

 

1. Pelajar lelaki dan perempuan lepasan sekolah rendah/UPSR

2. Pelajar yang menghadapi masalah penglihatan

3. Pelajar yang berminat untuk mendalami ilmu agama dan menghafaz Al-Quran

 

Kelebihan SMIITI Sahabat Insani Penglihatan:

 

1. Menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

2. Mempraktikkan pendekatanPendidikan Berasaskan Atribut (Attribute Based Education)

3. Membentuk pelajar yang seimbang kemahiran dunia dan akhirat

4. Menyediakan kemudahan asrama

5. Mempunyai Pakar/Penasihat Pendidikan berwibawa

 

B.  Program Persijilan Lepasan SPM (Persijilan Islam Sahabat Insani)

 

Program Persijilan Lepasan SPM (Persijilan Islam SahabatInsani)

 

Program ini merangkumi:

 

1. Sijil Pengajian Al-Quran

2. Sijil Pengajian Syariah

3. Sijil Pengajian Usuluddin

4. Sijil Tahfiz al-Quran

 

Program yang diadakan dengan kerjasama Pusat Pengajian Berterusan Universiti Malaya (UMCCED) ini dikhususkan untuk:

 

1. Pelajar lelaki dan perempuan lepasan sekolah menengah/SPM

2. Pelajar yang menghadapi masalah penglihatan

3. Pelajar yang berminat untuk mendalami ilmu agama dan menghafaz Al-Quran.

 

Kelebihan Persijilan Islam Sahabat Insani:

 

1. Menggunakan program persijilan yang berakreditasi

2. Mempunyai Pakar/Penasihat Pendidikan berwibawa

3. Membuka peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi terus Yang Dipertua Pertis, Encik Mohammad FaizalBin  Che Yusof di talian 012 937 6539.

 

 1.3 Yuran Tahunan:

 

Kepada semua ahli-ahli PERTIS sama ada ahli biasa atau ahli bersekutu PERTIS, anda boleh menjelaskan pembayaran yuran tahun 2015kepada bendahari Kehormat PERTIS iaitu Encik Mohd Nasir Bin Mohd Yusoff mulai sekarang. Talian bimbit beliau ialah 019394 1441 

I. Untuk Ahli Biasa: RM6.00(Enam Ringgit Malaysia)  Setahun.

II.Untuk Ahli Bersekutu: RM3.00(Tiga Ringgit Malaysia)  setahun.

III. Untuk AhliTanggungan: RM1.00 (Satu ringgit Malaysia) setahun.

 

Kepada mereka yang telah menjadi ahli PERTIS dan berhasrat untuk menjadi Ahli SeumurHidupPERTIS, Mereka perlu menjelaskan  RM56.00 (Lima puluh Enam  Ringgit Malaysia.).

 

Walau bagaimana pun beliau perlu menjadi ahli PERTIS sekurang-kurangnya setahun baru dibolehkan  memohon menjadi   Ahli Semur Hidup PERTIS.

 

Tarikh akhir menjelaskan yuran tahunan ahli PERTIS ialah pada 30 Jun setiap tahun.

 

Kepada mereka yang belum menjadi ahli PERTIS dan berhasrat untuk menjali ahli PERTIS, mereka perlu mengisi borang keahlian.

 

Untuk yuran  kemasukan  di kenakan kepadaAhli Biasa sahaja iaitu RM1.00 (Satu Ringgit Malaysia.)

 

Borang-borang tersebut boleh diperolehi di pejabat PERTIS atau setiausaha Agung PERTIS.

 

Peringatan:

 

1.      Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950), sila maklumkannya kepada Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

 

2.      Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS Setiausaha Agong PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat.alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut, email:  rosmelati60@gmail.com,   no. telefon 012 216 3354/013 261 7278 atau  03 2034 7007 pada waktu pejabat.

 

 

 Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat, daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Diselaraskan Oleh

Puan Rosnah BintiHaji   Ahmad

Setiausaha Agung 

Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)