Total Pageviews

Tuesday, 24 November 2015

Program Pemerkasaan OKU terkini.

Assalamualaikum wrt wbt.

 

Berikut disenaraikan program-program pemerkasaan OKU penglihatan anjuran Pertis di beberapa negeri:

 

1.      Program Bengkel pemerkasaan OKU, Pertis Kedah.

 

Tarikh: 25-26 November 2015.

Tempat: Hotel Koperasi, Jalan Ibrahim, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

 

Program akan dikendalikan sendiri oleh Yang Dipertua Pertis Malaysia, Mohammad Faizal Che Yusof yang merupakan seorang pengamal undang-undang dan Naib Yang Dipertua Pertis, Zamzuri Ghani yang merupakan seorang kaunselor bertauliah.

 

Objektif program:

 

·        Pemantapan organisasi kepada peserta.

·        Memahami hak seorang OKU dari sudut perundangan.

·        Memahami hebatnya Islam membentuk sahsiah diri seorang OKU.

 

2.      Program teknik dan kaedah penulisan AlQuran Braille.

 

Tarikh: 28 November 2015.

Tempat: Pusat Kegiatan Pertis, No. 42a, Jalan Padang Belia, Brickfields, Kuala Lumpur.

Masa: 8:30 pagi hingga 1:00 tengahhari.

 

Program akan dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Quran Braille Pertis, Zakaria Yahya yang merupakan seorang guru cukup berwibawa yang berkompiten dalam hal-ehwal penulisan Quran braille.

 

Objektif:

 

·        Mendedahkan kepada peserta kaedah dan teknik penulisan AlQuran Braille.

·        Mendedahkan kepada peserta perbezaan-perbezaan antara penulisan arab Braille dan arab biasa.

Penghargaan:

 

Kami mearakamkan setinggi penghargaan kepada seluruh pihak yang terus menyokong usaha-usaha pengupayaan OKU penglihatan yang dijalankan oleh pihak Pertis Malaysia.

 

Kami amat mengalu-alukan sumbangan dari seluruh pihak bagi membolehkan kami mempergiatkan lagi program-program sedia ada bagi menyerlahkan potensi diri setiap OKU penglihatan berteraskan Islam.

 

Setiap sumbangan kepada Pertis Malaysia berhak memperolehi pengecualian cukai.

 

Sumbangan boleh dibuat melalui akaun Pertis Malaysia di Bank Islam (M) Bhd, 14014010086992.

 

Salam hormat.

Tuesday, 2 June 2015

Kesyukuran dan penghargaan

Saya bagi pihak seluruh Ahli Jawatankuasa Pusat Pertis merakamkan setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan kelangsungan Mesyuarat Agung Tahunan Pertis kali Ke 20 pada 30-31 Mei bersamaan 12-13 Syaaban 1436H yang lalu.

 

Pada kesempatan ini juga, suka saya merakamkan sekalung penghargaan kepada seluruh ahli, pasukan Jawatankuasa Induk Mesyuarat Agung Tahunan (JIMAT) dan mereka yang terlibat hingga memungkinkan kelancaran Mesyuarat Agung Tahunan pada kali ini.

 

Khusus kepada seluruh ahli Pertis, sebagaimana yang saya tekankan sepanjang mesyuarat, kita bergerak secara satu pasukan, saling memperkuat dan saling melengkapi antara satu sama lain. Teruslah membantu Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat termasuklah dengan memberi sokongan kepada setiap program dijalankan, memberi teguran di mana salah dan silap, serta saling memperingat agar kita terus mampu menjadi hamba Allah yang bertaqwa melalui wadah perjuangan ini.

 

Biarpun kita dilihat kecil berbanding pertubuhan-pertubuhan lain, ia bukanlah satu kompromi untuk kita tidak melakukan sehabis baik dalam setiap tindakan dan ikhtiar. Dengan menjadikan Islam sebagai asas gerak kerja kita, sehabis daya kita pastikan setiap yang dilakukan adalah yang terbaik.

 

Buat seluruh pihak sama ada jabatan atau agensi kerajaan, para penyumbang, rakan-rakan media dan seluruh masyarakat, setiap jasa kalian kepada kami didoakan moga Allah melipatgandakan ganjarannya ke atas kalian.

 

Ayuh, terus beristiqamah di jalan yang diredhai Allah S.W.T!

 

(Mohammad Faizal Che Yusof)

(Yang Dipertua)

(Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia)

Wednesday, 20 May 2015

Talian Maklumat Terkini

Talian Maklumat PERTIS.

 

Membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada hari Isnin, 29 Rejab 1436H (18 Mei 2015)

 

1. Pengumuman dari Ibu Pejabat Pertis.

 

 1.1 Mesyuarat Agung Tahunan (MAT)  Kali Ke-20.

 

Pihak PERTIS akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-20.

 

Tarikh: 12 dan 13 Sya’ban 1436 Hijrah bersamaan,  30 dan 31 Mei 2015 Masihi. (Sabtu dan Ahad)

Tempat: Adamson Hotel No 79 Lorong Haji Hussein 2 Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz 50300 Kuala Lumpur Tel:  03-2698 8557

Masa: 2.00 Petang, (12 Sya’ban 1436 Bersamaan,  30 Mei 2015 Masihi (Sabtu)  hingga 2.00 Petang, 13 Sya’ban 1436 Hijrah Bersamaan 31 Mei 2015 (Ahad.

 

1.2. pertis wilayah negeri Sembilan  darul khusus dengan kerjasama jabatan agama islam negeri sembilan, akan mengadakan kursus pemantapan akidah  pada 19 dan 20 Sya’ban 1436 Hijrah bersamaan, 6 dan 7 jun 2015 bersamaan hari sabtu dan ahad.  Bertempat di pusat dakwah negeri sembilan. peserta seramai 40 orang diperlukan. bas untuk pergi dan  balik dari lokasi kursus disediakan, dan  akan mula bertolak dari perkarangan kompleks mab pada 19 Sya’ban 1436 Hijrah bersamaan, 6 jun, tepat pukul 8 pagi.

 

Bagi maksud pendaftaran, sila hubungi/SMS  segera nama, nombor kad pengenalan   dan  nombor telefon anda kepada cik azmar izzaidah iaitu setiausaha pertis wilayah negeri Sembilan  darul khusus di nombor 012-267 8428.

 

 Peringatan:

 

1.      Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950), sila maklumkannya kepada Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

 

2.      Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS Setiausaha Agong PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat.alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut, email:  rosmelati60@gmail.com,   no. telefon 012 216 3354/013 261 7278 atau  03 2034 7007 pada waktu pejabat.

 

Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat, daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Diselaraskan Oleh

Puan Rosnah BintiHaji   Ahmad

Setiausaha Agung 

Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

 

Tuesday, 17 February 2015

Talian Maklumat PERTIS 16 Februari 2015

          Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 16  Februari 2015 bersamaan  26 Rabiul-akhir 1436 Hijrah. (isnin)

 

Pengumuman Terkini

 

1.     Pengumuman dari ibu pejabat Pertis.

 

1.1 Ucapan setinggi terima kasih kepada Saudara Mohd Nasir Mohd Yusof dan Wan Suhaimi Wan Zawil Abiddin. 

Adalah dimaklumkan bahawa kedua-dua ahli Jawatankuasa Pusat PERTIS  yang tersebut di atas masing-masing telah melepaskan jawatan mereka yang berkuatkuasa  pada19 Rabiul-akhir 1436 Hijrah bersamaan  9Februari 2015Masihi dan 25 Rabiul-akhir 1436 Hijrah bersamaan   15 Februari 2015Masihi   lalu.

 

Bagi pihak seluruh ahli Jawatankuasa Pusat PERTIS dan Pengerusi-pengerusi Wilayah PERTIS serta seluruh ahli PERTIS  Malaysia dengan ini merakamkan setinggi terima kasih kepada Saudara Mohd Nasir Mohd Yusof dan Wan Suhaimi Wan Zawil Abiddin yang telah menyumbang tenaga sepanjang menjawat Jawatankuasa Pusat PERTIS tersebut.

 

Adalah juga dimaklumkan dengan kekosongan jawatan Bendahari KehormatPERTIS dan Seorang Ahli Jawatankuasa Pusat PERTIS, pelarasan tugasan berkaitan kedua-dua jawatankuasa  tersebut sedang diselaraskan oleh Jawatankuasa Kerja PERTIS  bagi melicikan pentadbiran dan perancangan aktiviti PERTIS  sehingga satu pengumuman mutakhir dikeluarkan.

 

1.2 Klub Anak Muda Amro Al-as.

 

Pihak PERTIS akan mengwujudkan suatu klub iaitu Klub Anak Muda Amro Al-As.

 

Tujuannya ialah mengumpul anak-anak muda yang berusia 35 kebawah.Tidak kira sama ada lelaki atau wanita. Beberapa aktiviti akan di rancang dan di jalankan sesuai dengan kehendak anak-anak muda. Untuk pendaftaran sila hubungi  Encik Ahmad Bin Wahab Kerani  PERTIS.  di talian pejabat PERTIS  03-4021 2631 pada waktu pejabat isnin sampai jumaat.

 

1.3 Cuti Sempena Tahun Baru Cina 2015.

 

Sempena dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina, pejabat PERTIS akan ditutup pada 29 Rabiul-akhir 1436 Hijrah bersamaan 19 Februari 2015 Masihi khamis.

 

Pejabat akan di buka semula pada 4 Jamadil-awal Hijrah bersamaan 23 Februari 2015 Masihi  Isnin. Jika ada sebarang urusan sila hubungi pejabat PERTIS pada hari isnin.

 

2. Pengumuman Dari PERTIS  Wilayah.

 

2.1 PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus.

 

PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus akan mengadakan lawatan ke Langkawi.

 

Program tersebut akan di jalankan seperti berikut:

 

Tarikh: 11 Rejab 1436 Hijrah bersamaan  30 April  khamis

 hingga 14 Rejab 1436 Hijrah bersamaan  3 Mei 2015 Masihi  Ahad

 

Bagi tujuan pendaftaran sila sediakan wang tunai, Salinan kad pengenalan dan Salinan  kad  OKU. Bagi ahli PERTIS dikenakan bayaran RM200.00 (dua ratus Ringgit Malaysia)

 Manakala bukan ahli PERTIS dikenakan sebanyak  RM300.00 (tiga ratus Ringgit Malaysia)

 

Perhatian:

 

Pendaftaran di anggap  sah setelah melunaskan  pembayaran 

 

Wang tidak akan dekembalikan sekiranya gagal menyertai program ini.

 

Untuk pendaftaran sila hubungi Pengerusi PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus di talian 013 638 1327.

 

Tarikh tutup pendaftaran sebelum atau  pada 11 Jamadil-akhir 1436 Hijrah

 bersamaan 1 April 2015 Masihi rabu Dan selagi kekosongan masih ada.

 

Peringatan:

 

1.      Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950), sila maklumkannya kepada Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

 

2.      Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS Setiausaha Agong PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat.alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut, email:  rosmelati60@gmail.com,   no. telefon 012 216 3354/013 261 7278 atau  03 2034 7007 pada waktu pejabat.

 

Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat, daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Diselaraskan Oleh

Puan Rosnah BintiHaji   Ahmad

Setiausaha Agung 

Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Monday, 12 January 2015

AlQuran braille, sokongan anda kami perlukan!

SERING kali saya dan rakan-rakan didatangi dengan pelbagai tawaran termasuklah tajaan AlQuran untuk OKU penglihatan miskin dengan jumlah-jumlah tertentu.

Saya amat berharap catatan ini dapat diambil manfaat oleh seluruh umat Islam terutamanya mereka yang amat prihatin tentang keperluan OKU penglihatan. Setidak-tidaknya kami dari Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) terus mampu membantu meningkatkan keupayaan menguasai AlQuran di kalangan OKU penglihatan dengan apa jua cara sekali pun.

 

Pertamanya buat masa ini, Pertis telah diberikan kebenaran oleh Kementerian Dalam Negeri KDN untuk menerbitkan AlQuran Braille bagi kegunaan OKU penglihatan di Malaysia khususnya, dan lain-lain Negara umumnya. Sebelum kebenaran ini kami perolehi dari KDN, pelbagai peringkat pembetulan AlQuran Braille cetakan berkomputer ini telah kami lalui untuk tempoh yang agak lama.

 

Kedua, agihan AlQuran Braille kepada OKU penglihatan adalah dibuat secara percuma tertakluk kepada keupayaan kami menerbitkan set-set AlQuran dari semasa ke semasa.

 

Untuk makluman semua, satu mesin cetak Braille yang disebut “emboser” bagi penerbitan AlQuran Braille berharga sekitar RM20k. bayangkanlah cabaran yang perlu kami depani dengan kos yang tinggi ini. Buat masa ini dengan sumbangan pelbagai pihak, kami hanya punyai enam unit mesin emborser yang digunakan secara sepenuh masa untuk penerbitan bahan-bahan Braille Islam termasuklah AlQuran Braille.

 

Dalam masa terdekat, kami memerlukan sekurang-kurangnya empat unit lagi mesin emborser memangdagkan kami perlu bersedia untuk proses penyelenggaraan setiap unit dari semasa ke semasa.

 

Itu baru berkaitan mesin emborser dan belum lagi proses penjilidan AlQuran Braille. Justeru, untuk setiap set AlQuran Braille disiapkan, kos keseluruhannya adalah sebanyak RM200.00.

Justeru, kami mengedarkan AlQuran Braille kepada OKU penglihatan yang memerlukan secara percuma memandangkan tidak mudah untuk OKU penglihatan memiliki naskah AlQuran ini yang begitu berbeza dengan naskah AlQuran biasa.

 

Selain penerbitan AlQuran Braille, kami juga menerbitkan set Tafsir AlQuran pimpinan AlRahman Braille kepada OKU penglihatan yang memerlukannya. Bagi tujuan ini, kami hanya mampu menawarkan separuh harga kepada mereka yang memerlukan dengan kadar RM400.00 setiap set. Kos keseluruhan penerbitan Tafsir AlQuran Braille ini adalah sebanyak RM800.00.

 

Buat masa ini, kami amat perlukan sokongan pelbagai pihak untuk kami menggiatkan usaha-usaha kea rah kefahaman OKU penglihatan kepada ilmu AlQuran. Antara langkah yang sedang dijalankan dan dirancang termasuklah:

 

1.   Menggiatkan kelas pengajian AlQuran Braille dengan disediakan alaun-alaun khas kepada setiap peserta. Untuk makluman semua, kami perlu mengadakan alaun-alaun khas tersebut memandangkan hamper seluruh peserta yang terlibat perlu menyara keluarga. Dengan mengikuti sesi pengajian tersebut, mereka kurang berpeluang menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi.

 

Program seumpama ini sedang giat dijalankan terutamanya di Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan.

 

2.   Kami berharap program seumpama ini dapat kami perluaskan ke tempat-tempat lain dengan sumbangan dan sokongan berterusan dari seluruh pihak.

 

3.   Seterusnya kami juga bercadang mewujudkan sebuah pusat sumber Braille Islam memandangkan tempat yang sedia ada kini kian sempit dengan pelbagai urusan.

 

Kami mengalu-alukan tajaan awam untuk kami mendapatkan premis yan gsesuai dengan kelengkapan yang sewajarnya.

 

4.   Bagi mendekatkan pihak awam kepada OKU penglihatan dan Pertis khususnya serta OKU umumnya, saya mempelawa mereka yang prihatin untuk berkunjung di premis kami di alamat: No. 32A, Jalan 6/21D, Taman Ibu Kota, 53100 Gombak, Kuala Lumpur Malaysia. Tel: (pejabat) +603-40212631, pada setiap hari khamis, minggu pertama setiap bulan.

 

Sesungguhnya saya amat bersyukur dengan izin Allah kami disibukkan dengan urusan Islam dalam dunia yang penuh pancaroba pada hari ini.

 

Moga catatan ringkas ini membuka hati sekalian sahabat pembaca untuk terus iltizam bersama kami membantu agama Allah agar Islam terus dekat kepada OKU penglihatan khususnya dan OKU pelbagai katagori umumnya.

 

Bersua di lain waktu, dengan izin Allah S.W.T.

 

Mohammad Faizal Che Yusof,

Yang Dipertua Pertis.

Tuesday, 6 January 2015

Talian Maklumat PERTIS 5 Januari 2015

 

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 5 Januari  2015,  bersamaan 14 Rabiul-awal  1436 Hijrah.(Isnin)

 

 

Pengumuman Terkini

 

1.  Pengumuman dari  ibu pejabat Pertis.

 

1.1   Pekerja Baru.

 

Pihak Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)  telah mengambil seorang pekerja baru  secara kontrak  di ibu pejabat PERTIS.

 

 

Beliau ialah Encik Ahmad Bin Abdul Wahab dan  akan mula bertugas pada 14 Rabiul-awal 1436 Hijrah bersamaan 5 Januari 2015 Masihi (Isnin.)

 

 

Kepada Encik Ahmad Bin Abdul Wahab, pihak PERTIS mengucapkan selamat bertugas. Semoga kehadiran Encik Ahmad Bin Abdul Wahab dapat melincinkan lagi tugas-tugas di pejabat PERTIS khasnya di ibu pejabat.

 

1.2 PROGRAM  AKADEMI PENGAJIAN SAHABAT INSANI.

 

Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar-pelajar OKU penglihatan lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bagi menyertai program-program kendalian AKADEMI PENGAJIAN SAHABAT INSANI sebagaimana berikut:

 

a.  Sekolah Menengah Islam Integrasi Tahfiz Insani (Sahabat Insani Penglihatan)

 

Sekolah Menengah Islam Integrasi Tahfiz Insani (SMIITI Sahabat Insani Penglihatan)

 

Sekolah yang menyediakan pendidikan peringkat menengah rendah dan menengah tinggi dan berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan ini dikhususkan untuk:

 

1. Pelajar lelaki dan perempuan lepasan sekolah rendah/UPSR

2. Pelajar yang menghadapi masalah penglihatan

3. Pelajar yang berminat untuk mendalami ilmu agama dan menghafaz Al-Quran

 

Kelebihan SMIITI Sahabat Insani Penglihatan:

 

1. Menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

2. Mempraktikkan pendekatanPendidikan Berasaskan Atribut (Attribute Based Education)

3. Membentuk pelajar yang seimbang kemahiran dunia dan akhirat

4. Menyediakan kemudahan asrama

5. Mempunyai Pakar/Penasihat Pendidikan berwibawa

 

B.  Program Persijilan Lepasan SPM (Persijilan Islam Sahabat Insani)

 

Program Persijilan Lepasan SPM (Persijilan Islam SahabatInsani)

 

Program ini merangkumi:

 

1. Sijil Pengajian Al-Quran

2. Sijil Pengajian Syariah

3. Sijil Pengajian Usuluddin

4. Sijil Tahfiz al-Quran

 

Program yang diadakan dengan kerjasama Pusat Pengajian Berterusan Universiti Malaya (UMCCED) ini dikhususkan untuk:

 

1. Pelajar lelaki dan perempuan lepasan sekolah menengah/SPM

2. Pelajar yang menghadapi masalah penglihatan

3. Pelajar yang berminat untuk mendalami ilmu agama dan menghafaz Al-Quran.

 

Kelebihan Persijilan Islam Sahabat Insani:

 

1. Menggunakan program persijilan yang berakreditasi

2. Mempunyai Pakar/Penasihat Pendidikan berwibawa

3. Membuka peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi terus Yang Dipertua Pertis, Encik Mohammad FaizalBin  Che Yusof di talian 012 937 6539.

 

 1.3 Yuran Tahunan:

 

Kepada semua ahli-ahli PERTIS sama ada ahli biasa atau ahli bersekutu PERTIS, anda boleh menjelaskan pembayaran yuran tahun 2015kepada bendahari Kehormat PERTIS iaitu Encik Mohd Nasir Bin Mohd Yusoff mulai sekarang. Talian bimbit beliau ialah 019394 1441 

I. Untuk Ahli Biasa: RM6.00(Enam Ringgit Malaysia)  Setahun.

II.Untuk Ahli Bersekutu: RM3.00(Tiga Ringgit Malaysia)  setahun.

III. Untuk AhliTanggungan: RM1.00 (Satu ringgit Malaysia) setahun.

 

Kepada mereka yang telah menjadi ahli PERTIS dan berhasrat untuk menjadi Ahli SeumurHidupPERTIS, Mereka perlu menjelaskan  RM56.00 (Lima puluh Enam  Ringgit Malaysia.).

 

Walau bagaimana pun beliau perlu menjadi ahli PERTIS sekurang-kurangnya setahun baru dibolehkan  memohon menjadi   Ahli Semur Hidup PERTIS.

 

Tarikh akhir menjelaskan yuran tahunan ahli PERTIS ialah pada 30 Jun setiap tahun.

 

Kepada mereka yang belum menjadi ahli PERTIS dan berhasrat untuk menjali ahli PERTIS, mereka perlu mengisi borang keahlian.

 

Untuk yuran  kemasukan  di kenakan kepadaAhli Biasa sahaja iaitu RM1.00 (Satu Ringgit Malaysia.)

 

Borang-borang tersebut boleh diperolehi di pejabat PERTIS atau setiausaha Agung PERTIS.

 

Peringatan:

 

1.      Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950), sila maklumkannya kepada Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

 

2.      Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS Setiausaha Agong PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat.alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut, email:  rosmelati60@gmail.com,   no. telefon 012 216 3354/013 261 7278 atau  03 2034 7007 pada waktu pejabat.

 

 

 Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat, daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Diselaraskan Oleh

Puan Rosnah BintiHaji   Ahmad

Setiausaha Agung 

Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)