Total Pageviews

Tuesday, 27 May 2014

Pengumuman Mingguan PERTIS

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 26 Mei 2014, bersamaan 26 Rajab 1435 Hijrah.

Pengumuman Terkini

1. Maklumat Terkini Mesyuarat Agung Tahunan PERTIS Kali Ke-19

1.1 Untuk maklumat bersama, pendaftaran untuk menghadiri ke mesyuarat agung tahunan PERTIS kali ke-19 telah pun ditutup. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, hanya mereka yang telah berdaftar dan membayar yuran mesyuarat sahaja yang akan dibenarkan menghadiri mesyuarat agung kali ini.

1.2 Untuk maklumat bersama, borang pencalonan bagi AJK Pusat PERTIS telah pun dikeluarkan bermula 16 Mei yang lalu. Dalam mesyuarat agung kali ini, semua jawatan AJK Pusat akan diprtandingkan. Mereka yang berminat untuk menjadi calon, sila dapatkan borang berkenaan dengan menghubungi ibu pejabat PERTIS di talian 03-40212631 pada waktu pejabat dan bercakap dengan En. Azim, kakitangan yang bertugas. Semua borang pencalonan hendaklah diisi dengan lengkap dan dikembalikan kepada jawatankuasa pemilihan yang dipengerusikan oleh YDP sendiri selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah hari, 31 Mei 2014 (Sabtu). Jika bakal-bakal calon menghadapi sebarang masalah dalam mengisi borang pencalonan berkenaan, anda dipersilakan untuk menghubungi terus pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Cikgu Zakaria Yahya di talian 013-3407580. Borang yang dikembalikan selepas daripada tarikh/masa yang telah ditetapkan dikira tidak berminat untuk menjadi calon.

1.3 Mengenai dokumen mesyuarat, selaras dengan Perkara 7 (9) Perlembagaan PERTIS, maka semua dokumen mesyuarat telah pun mula diedarkan pada 24 Mei 2014 (Sabtu) yang lalu. Ia boleh diperolehi dari ibu pejabat PERTIS. Hanya mereka yang telah berdaftar untuk menghadiri mesyuarat agung sahaja yang akan diberikan dokumen mesyuarat. Sila hubungi En. Azim untuk mendapatkan dokumen bertulisan biasa, atau Cik Siti Haida Hamedan untuk mendapatkan dokumen yang bertulisan Braille. Kedua-dua kakitangan PERTIS berkenaan boleh dihubungi pada waktu pejabat menerusi talian 03-40212631. Anda juga boleh memperoleh dokumen berkenaan pada hari mesyuarat dengan menempahnya terlebih dahulu daripada kedua-dua kakitangan berkenaan.

1.4 Bagi ahli mesyuarat yang telah mendaftar untuk menginap, anda boleh mula daftar masuk ke hotel bermula jam 3.00 petang, 30 Mei 2014, Jumaat. Sesi daftar masuk akan berakhir pada jam 6.30 petang. Bagi peserta mesyuarat yang datang lewat daripada masa tersebut, anda dinasihatkan untuk menghubungi En. Azim di talian 013-2682661 atau Cik Siti Haida di talian 019-2308330 untuk bantuan lanjut.

1.5 Manakala bagi ahli mesyuarat tanpa penginapan, anda dinasihatkan supaya tiba awal ke lokasi mesyuarat pada 31 Mei 2014, Sabtu, bermula jam 7,30 pagi. Sarapan untuk anda juga turut disediakan. Walau bagaimanapun, kemudahan pengangkutan untuk peserta mesyuarat tanpa penginapan tidak disediakan.

1.6 Kami amat berharap kerjasama daripada semua ahli mesyuarat agar sentiasa mematuhi arahan daripada urusetia dan sukarelawan bertugas setiap masa bagi memastikan kelancaran perjalanan sepanjang mesyuarat berlangsung.

1.7 Untuk jadual penuh perjalanan mesyuarat, bagi yang mengikuti telemaklumat PERTIS menerusi telefon, sila tekan butang 9.

1.8 Untuk notis penuh mesyuarat agung tahunan kali ke-19, sila rujuk pengumuman pada 31 Mac lalu atau sila tekan butang 8 bagi mereka yang mengikuti pengumuman ini menerusi talian telefon.

Pengumuman Ulangan

1. Majlis Penyampaian Bantuan Alquran Braille.

Satu majlis penyampaian bantuan Alquran Braille kepada ahli-ahli PERTIS akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya pada 29 Mei 2014 (Khamis). Majlis berkenaan akan berlangsung sekitar jam 1.30 tengah hari. Untuk itu, seramai 40 orang ahli PERTIS telah dijemput untuk menghadiri majlis berkenaan dan seterusnya akan menjadi penerima bantuan berkenaan. Bas akan disediakan dan bertolak dari perkarangan Kompleks MAB, Brickfields, pada jam 11.30 pagi 29 Mei. Kepada yang berminat untuk menghadiri majlis berkenaan, anda dipersilakan untuk berdaftar dengan Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS 03-40212631 pada waktu pejabat.

2. Pengumuman Pelbagai Tabung Amal PERTIS.

2.1 TABUNG PREMIS PERTIS

Untuk rekod, Tabung Premis PERTIS telah dilancarkan oleh Yang Dipertua PERTIS pada 21 Sya’ban 1434Hijrah bersamaan 30Jun 2013 Masihi bersempena Majlis Di Ambang Ramadhan Al Mubarak. Tabung khas ini adalah antara pelbagai usaha dan perancangan pengumpulan dana ke arah pembelian premis Persatuan. Justeru, sumbangan berterusan berbentuk kewangan, barangan berharga, wasiat, zakat dan apa juga jenis sumbangan amatlah dialu-alukan daripada semua ahli juga bukan ahli PERTIS. Sumbangan bolehlah disalurkan ke Ibu Pejabat PERTIS yang beralamat di “No. 32A, Jalan 6/21D, Taman Ibu Kota, 53100 Gombak, Kuala Lumpur” atau berhubung terus dengan Ibu Pejabat di talian, 03-4021 2631 (jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, hari Isninhingga hari Jumaat). Semoga Allah SWT akan melimah gantikan juga mengurniakan sesuatu yang lebih baik lagi bernilai daripada apa yang telah dan akan disumbangkan.

2.2 TABUNG KEBAJIKAN AHLI-AHLI TERBENCANA

Dimaklumkan bahawa pengwujudan tabung adalah dengan misi dan objektif membantu ahli-ahli Persatuan yang ditimpa musibah, bencana, terlantar sakit atau seumpamanya. Tabung kebajikan khas ini akan diaktifkan secara berterusan dan dikendalikan oleh Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS. Sumbangan derma berbentuk kewangan atau barangan bolehlah disalurkan kepada Cik Lele Suyarni binti Omar di talian bimbitnya, 019-254 4212 atau talian pejabat MAB, 03-2272 2672/2677.

2.3 Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud, “Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangai itu pula mengandungi seratus biji.Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah maha luas kurniaannya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” – hari ini kita embantu insan lain, esok mungkin insan lain pula membantu kita!!

3. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

3.1 Yuran Tahunan 2014

Sukacita dimaklumkan iaitu yuran tahunan (kecuali ahli seumur hidup) bagi persatuan ini sudah boleh mula dijelaskan bermula sekarang.Sebagai maklumat, yuran bagi ahli biasa adalah sebanyak RM6.00 seorang.Manakala bagi ahli bersekutu pula ialah sebanyak RM3.00 seorang.Untuk ahli tanggungan pula ialah sebanyak RM1.00 sahaja. Ahli tanggungan ialah ketika yuran dijelaskan, ahli berkenaan berada dalam tanggungan nafkah atau di bawah jagaan seorang ahli yang lain (Perlembagaan PERTIS, Perkara 5 (3)).Untuk ahli-ahli peringkat wilayah, pembayaran yuran boleh dibuat kepada bendahari di wilayah-wilayah masing-masing.Manakala bagi ahli PERTIS pusat pula, pembayaran yuran boleh dilakukan kepada bendahari pusat.Tarikh akhir untuk membuat pembayaran yuran ialah pada 30 Jun.

3.2 Kemas Kini Maklumat Ahli.

Ibu pejabat PERTIS memohon kerjasama daripada semua ahli agar dapat mengemas kini maklumat mengenai keahlian masing-masing seperti alamat tempat tinggal terkini, nombor telefon, alamat email dan sebagainya.Semua maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada pembantu hal ehwal pentadbiran/kewangan, En.Mohamad Azim firdaus di talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat.

4. Iklan.

4.1 Jualan Kek Lapis Sarawak

Salam sejahtera... Kami kini kembali menjual kek lapis Sarawak.Ianya masih pada harga Rm20.00 seketul. Senarai jenis perasa adalah seperti berikut:

1. Blueberry Cheese.
2. Masam Manis.
3. Sisik Ikan.
4. Chocolate Cheese.
5. Lapis Horlick.
6. Lapis Cheese.
7. Lapis Honeydew.
8. Lapis Keladi.
9. Lapis Oreo.
10. Lapis Tembikai.
11. Lapis Coklat.
12. Lapis Susu.
13. Lapis Kopi.
14. Evergreen.
15. Satu Malaysia.
16. Tiga Rasa.
17. Chocolate Strawbeery.
18. Honeydew Cheese.
19. Hati Pari.
20. Lapis Mutiara.

Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin membuat tempahan, sila hubungi kami di talian 012-2046863 atau 019-3494744 (Abian Jambot), 012-2155645 (Rasida MohamedZali) dan 019-3427069 (Mahsuri Mansor).Sekian, harap maklum.

Yang benar,
Abian Jambot.

Peringatan:

1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950),sila maklumkannya kepada Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

2. Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Diselaraskan oleh

(Zakaria bin Yahya)
Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Monday, 19 May 2014

Pengumuman Mingguan PERTIS

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 19 Mei 2014, bersamaan 19 Rajab 1435 Hijrah.

Pengumuman Terkini

1. Maklumat Terkini Mesyuarat Agung Tahunan PERTIS Kali Ke-19

1.1 Untuk maklumat bersama, pendaftaran untuk menghadiri ke mesyuarat agung tahunan PERTIS kali ke-19 telah pun ditutup. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, hanya mereka yang telah berdaftar dan membayar yuran mesyuarat sahaja yang akan dibenarkan menghadiri mesyuarat agung kali ini.

1.2 Untuk maklumat bersama, borang pencalonan bagi AJK Pusat PERTIS telah pun dikeluarkan bermula 16 Mei yang lalu. Dalam mesyuarat agung kali ini, semua jawatan AJK Pusat akan diprtandingkan. Mereka yang berminat untuk menjadi calon, sila dapatkan borang berkenaan dengan menghubungi ibu pejabat PERTIS di talian 03-40212631 pada waktu pejabat dan bercakap dengan En. Azim, kakitangan yang bertugas. Semua borang pencalonan hendaklah diisi dengan lengkap dan dikembalikan kepada jawatankuasa pemilihan yang dipengerusikan oleh YDP sendiri selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah hari, 31 Mei 2014 (Sabtu). Jika bakal-bakal calon menghadapi sebarang masalah dalam mengisi borang pencalonan berkenaan, anda dipersilakan untuk menghubungi terus pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Cikgu Zakaria Yahya di talian 013-3407580. Borang yang dikembalikan selepas daripada tarikh/masa yang telah ditetapkan dikira tidak berminat untuk menjadi calon.

1.3 Mengenai dokumen mesyuarat, selaras dengan Perkara 7 (9) Perlembagaan PERTIS, maka semua dokumen mesyuarat akan mula diedarkan mulai 24 Mei 2014 (Sabtu). Ia boleh diperolehi dari ibu pejabat PERTIS. Untuk kemudahan bersama, ibu pejabat PERTIS akan dibuka dari jam 8.30 pagi hingga jam 1.00 tengah hari pada hari tersebut.

1.4 Sila ikuti talian maklumat ini untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai mesyuarat agung PERTIS kali ke-19. Untuk notis penuh mesyuarat agung tahunan kali ke-19, sila rujuk pengumuman pada 31 Mac lalu atau sila tekan butang 8 bagi mereka yang mengikuti pengumuman ini menerusi talian telefon.

2. Penghargaan Dan Terima Kasih.

PERTIS menerusi Biro Pendidikan Dan Pembangunan Ummah ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah hadir dalam ceramah yang diadakan pada 17 Mei lalu. PERTIS juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu yang tealh menaja sepenuhnya majlis ceramah berkenaan. Mudah-mudahan kita semua akan beroleh manfaat daripadanya.

3. Keputusan Pemilihan PERTIS Kedah.

Pada 13 Mei 2014 lalu, PERTIS Kedah telah mengadakan mesyuarat agung tahunannya. Berikut adalah barisan pimpinan PERTIS Kedah yang telah dipilih menerusi mesyuarat agung berkenaan:

Pengerusi: Cikgu musa abdul rahman
Naib Pengerusi: En. kasim bin matludin
Setiausaha: En. bakari abdul azis
Bendahari: Pn. sabariah bahari
AJK Biasa 1: En. azizan mat
AJK Biasa 2: En. mustafa saat.

Pengumuman Ulangan

1. Majlis Penyampaian Bantuan Alquran Braille.

Satu majlis penyampaian bantuan Alquran Braille kepada ahli-ahli PERTIS akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya pada 29 Mei 2014 (Khamis). Majlis berkenaan akan berlangsung sekitar jam 1.30 tengah hari. Untuk itu, seramai 40 orang ahli PERTIS telah dijemput untuk menghadiri majlis berkenaan dan seterusnya akan menjadi penerima bantuan berkenaan. Bas akan disediakan dan bertolak dari perkarangan Kompleks MAB, Brickfields, pada jam 11.30 pagi 29 Mei. Kepada yang berminat untuk menghadiri majlis berkenaan, anda dipersilakan untuk berdaftar dengan Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS 03-40212631 pada waktu pejabat.

Peringatan:

1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950),sila maklumkannya kepada Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

2. Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Diselaraskan oleh

(Zakaria bin Yahya)
Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Monday, 5 May 2014

Pengumuman Mingguan PERTIS

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 5 Mei 2014, bersamaan 5 Rajab 1435 Hijrah.

Pengumuman Terkini

1. Maklumat Terkini Mesyuarat Agung Tahunan PERTIS Kali Ke-19

Untuk maklumat bersama, tarikh tutup pendaftaran untuk menghadiri mesyuarat agung tahunan PERTIS kali ke-19 ialah pada 5 Mei untuk peserta peringkat wilayah dan 6 Mei untuk peserta PERTIS Pusat. Hanya mereka yang telah membuat pendaftaran dan telah menjelaskan yuran mesyuarat sahaja yang layak menghadiri mesyuarat agung tahunan kali ini.Sesiapa yan tidak membuat pembayaran yuran mesyuarat selepas daripada tarikh yang telah ditetapkan, anda dikira tidak berminat untuk menyertai mesyuarat berkenaan.Untuk notis penuh mesyuarat agung tahunan kali ke-19, sila rujuk pengumuman pada 31 Mac lalu atau sila tekan butang 8 bagi mereka yang mengikuti pengumuman ini menerusi talian telefon.

2. Penghargaan Dan Terima Kasih.

Biro Pendidikan Dan Pembangunan Ummah PERTIS Pusat ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang telah menghadiri forum berkenaan hukum hudud yang telah dilaksanakan pada 1 Mei lalu.Semoga forum berkenaan telah benar-benar memberi manfaat kepada kita semua.

3. Keputusan Mesyuarat Agung PERTIS Terengganu.

PERTIS Terengganu telah pun mengadakan mesyuarat agung tahunannya pada 3 Mei 2014 yang lalu. Berikut adalah barisan kepimpinan PERTIS Terengganu yang telah dipilih menerusi mesyuarat berkenaan:

I. En. Mohd Fauzi bin Haji Mansor (Pengerusi);
II. En. Asmadi bin Abd Wahab (Naib Pengerusi);
III. En. Ramli bin Mat Shom (Setiausaha);
IV. En. Mohamad bin Awang (Bendahari);
V. En. Mohd Tahir bin Ismail (AJK Biasa);
VI. En. Hanafi bin Abdul Rahman (AJK Biasa);

4. Keputusan Mesyuarat Agung PERTIS Negeri Sembilan.

Pada 3 Mei 2014 juga, PERTIS Negeri Sembilan telah mengadakan mesyuarat agungnya. Berikut adalah barisan kepimpinan PERTIS Negeri Sembilan yang telah terpilih menerusi mesyuarat agung berkenaan:

Pengerusi: Encik Mohd Hairie Bin Aris
Naib Pengerusi: Tuan Haji Kamal bin Majid
Setiausaha: Cikgu Azmar Izzaidah binti Azhar
Bendahari: Encik Abdullah bin Abu Bakar
2 orang AJK biasa: Puan Safiah binti Jaini dan Puan Hafzainorly binti Haji Hassan
Juru Audit dalam: Puan Daratun Zuraini binti Haji Ariffin

5. Keputusan Mesyuarat Agung PERTIS Kelantan.

PERTIS Kelantan telah pun mengadakan mesyuarat agungnya pada 26 April 2014 (Sabtu) yang lalu. Berikut adalah senarai AJK PERTIS Kelantan yang telah dipilih menerusi keputusan mesyuarat berkenaan:
Pengerusi : Encik Ismail bin Awang Ngah;
Naib pengerusi : Encik Abdul Latif bin Husin;
Setiausaha : Encik Mohd Nazri bin Nawi;
Bendahari : Encik Rahimin bin Abdul Rahman;
AJK 1 : Encik Mustapha bin Jusoh;
AJK 2 : Puan siti Esah binti Ismail.

6. Maklumat Terkini Mengenai Kursus Di Pusat Dakwah Paroi, Negeri Sembilan.

Perhatian kepada peserta yang telah mendaftar untuk program kursus pada 10 dan 11 May 2014 bertempat di Pusat Dakwah Paroi hendaklah berkumpul di MAB pada jam 7 Pagi 10 May hari sabtu, bas akan bertolak dari Kompleks MAB pada jam 7.15 Pagi. Sarapan disediakan didalam bas.Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian PWNSDK bernombor 013-6381327.

Pengumuman Ulangan

1. Pengumuman Pelbagai Tabung Amal PERTIS.

1.1 TABUNG PREMIS PERTIS

Untuk rekod, Tabung Premis PERTIS telah dilancarkan oleh Yang Dipertua PERTIS pada 21 Sya’ban 1434Hijrah bersamaan 30Jun 2013 Masihi bersempena Majlis Di Ambang Ramadhan Al Mubarak. Tabung khas ini adalah antara pelbagai usaha dan perancangan pengumpulan dana ke arah pembelian premis Persatuan. Justeru, sumbangan berterusan berbentuk kewangan, barangan berharga, wasiat, zakat dan apa juga jenis sumbangan amatlah dialu-alukan daripada semua ahli juga bukan ahli PERTIS. Sumbangan bolehlah disalurkan ke Ibu Pejabat PERTIS yang beralamat di “No. 32A, Jalan 6/21D, Taman Ibu Kota, 53100 Gombak, Kuala Lumpur” atau berhubung terus dengan Ibu Pejabat di talian, 03-4021 2631 (jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, hari Isninhingga hari Jumaat). Semoga Allah SWT akan melimah gantikan juga mengurniakan sesuatu yang lebih baik lagi bernilai daripada apa yang telah dan akan disumbangkan.

1.2 TABUNG KEBAJIKAN AHLI-AHLI TERBENCANA

Dimaklumkan bahawa pengwujudan tabung adalah dengan misi dan objektif membantu ahli-ahli Persatuan yang ditimpa musibah, bencana, terlantar sakit atau seumpamanya. Tabung kebajikan khas ini akan diaktifkan secara berterusan dan dikendalikan oleh Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS. Sumbangan derma berbentuk kewangan atau barangan bolehlah disalurkan kepada Cik Lele Suyarni binti Omar di talian bimbitnya, 019-254 4212 atau talian pejabat MAB, 03-2272 2672/2677.

1.3 Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud, “Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangai itu pula mengandungi seratus biji.Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah maha luas kurniaannya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” – hari ini kita embantu insan lain, esok mungkin insan lain pula membantu kita!!

2. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

2.1 Yuran Tahunan 2014

Sukacita dimaklumkan iaitu yuran tahunan (kecuali ahli seumur hidup) bagi persatuan ini sudah boleh mula dijelaskan bermula sekarang.Sebagai maklumat, yuran bagi ahli biasa adalah sebanyak RM6.00 seorang.Manakala bagi ahli bersekutu pula ialah sebanyak RM3.00 seorang.Untuk ahli tanggungan pula ialah sebanyak RM1.00 sahaja. Ahli tanggungan ialah ketika yuran dijelaskan, ahli berkenaan berada dalam tanggungan nafkah atau di bawah jagaan seorang ahli yang lain (Perlembagaan PERTIS, Perkara 5 (3)).Untuk ahli-ahli peringkat wilayah, pembayaran yuran boleh dibuat kepada bendahari di wilayah-wilayah masing-masing.Manakala bagi ahli PERTIS pusat pula, pembayaran yuran boleh dilakukan kepada bendahari pusat.Tarikh akhir untuk membuat pembayaran yuran ialah pada 30 Jun.

2.2 Kemas Kini Maklumat Ahli.

Ibu pejabat PERTIS memohon kerjasama daripada semua ahli agar dapat mengemas kini maklumat mengenai keahlian masing-masing seperti alamat tempat tinggal terkini, nombor telefon, alamat email dan sebagainya.Semua maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada pembantu hal ehwal pentadbiran/kewangan, En.Mohamad Azim firdaus di talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat.

3. Pengumuman Daripada Pesrob Selangor.

PESROB Selangor akan menganjurkan Pertandingan Ten Pin Bowling seperti berikut:

Tarikh: 18 Mei 2014 (Ahad)
Masa: 9:00 a.m - 1:00 p.m
Tempat: Mid Valley
Yuran: RM 90 setiap kumpulan
Syarat penyertaan:
Setiap kumpulan mempunyai 3 orang ahli. Salah seorang daripadanya mestilah B1. Setiap kumpulan mesti ada seorang perempuan

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi Abul Faris di talian 019-5474837. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 April 2014.

4. Iklan.

4.1 Jualan Kek Lapis Sarawak

Salam sejahtera... Kami kini kembali menjual kek lapis Sarawak.Ianya masih pada harga Rm20.00 seketul. Senarai jenis perasa adalah seperti berikut:

1. Blueberry Cheese.
2. Masam Manis.
3. Sisik Ikan.
4. Chocolate Cheese.
5. Lapis Horlick.
6. Lapis Cheese.
7. Lapis Honeydew.
8. Lapis Keladi.
9. Lapis Oreo.
10. Lapis Tembikai.
11. Lapis Coklat.
12. Lapis Susu.
13. Lapis Kopi.
14. Evergreen.
15. Satu Malaysia.
16. Tiga Rasa.
17. Chocolate Strawbeery.
18. Honeydew Cheese.
19. Hati Pari.
20. Lapis Mutiara.

Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin membuat tempahan, sila hubungi kami di talian 012-2046863 atau 019-3494744 (Abian Jambot), 012-2155645 (Rasida Mohamed Zali) dan 019-3427069 (Mahsuri Mansor).Sekian, harap maklum.