Total Pageviews

Monday, 21 April 2014

Pengumuman Mingguan PERTIS

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 21 April 2014, bersamaan 21 Jamadil-Akhir 1435 Hijrah.

Pengumuman Terkini

1. Notis Mesyuarat Agung Tahunan PERTIS Kali Ke-19

Untuk notis penuh mesyuarat agung tahunan kali ke-19, sila rujuk pengumuman pada 31 Mac lalu atau sila tekan butang 8. Semua maklumat terkini mengenai mesyuarat agung tahunan kali ke-19 akan diwar-warkan menerusi talian ini. Sementara itu, kepada yang berhasrat untuk menghadiri mesyuarat agung tahunan kali ke-19, anda dinasihatkan agar membuat pendaftaran segera dan jangan tunggu saat akhir. Pendaftaran di saat akhir mungkin mengundang pelbagai implikasi kurang sesuai.

2. Pengumuman Daripada Biro Pendidikan Dan Pembangunan Ummah.

Sukacita dimaklumkan bahawa biro pendidikan dan pembangunan ummah PERTIS akan menganjurkan forum yang membincangkan tentang undang-undang hudud pada hari khamis 1 Mei 2014 bertempat di Dewan Dr Ismail Salleh, Kompleks MAB, Brickfields, Kuala Lumpur. Program tersebut akan bermula jam 9,30 pagi dan akan berakhir pada 1,00 tengahari. Majlis tersebut juga akan diserikan dengan bacaan Yasin dan tahlil untuk ahli-ahli PERTIS yang telah meninggal dunia dan khususnya kepada keluarga En Abdul Aziz Bin Yusuf. Justeru, kami mengalu-alukan kehadiran tuan/puan dalam program tersebut. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah menghubungi pengerusi biro iaitu En Zamzuri Bin Ghani di talian telefon bimbitnya 019-3869700. Kerjasama tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

3. Maklumat Terkini Mengenai Kursus Di Pusat Dakwah Paroi Anjuran PERTIS Negeri Sembilan.

Sebagaimana yang telah dimaklumkan pada minggu lalu, kursus berkenaan yang sepatutnya diadakan pada 26 dan 27 April 2014, telah ditunda tarikhnya pada 10 dan 11 Mei 2014 (Sabtu dan Ahad). Di bawah ini disertakan tentatif program kursus berkenaan:

TENTATIF PROGRAM SOLAT JAMAK DAN SOLAT KETIKA SAKIT
TARIKH : 10-11 MAY 2014
HARI : SABTU DAN AHAD
TEMPAT : PUSAT DAKWAH ISLAMIAH PAROI NEGERI SEMBILAN

10 May 2014(Sabtu)

9.30 pagi : Pendaftaran dan Taklimat kepada peserta oleh Pusat Dakwah Negeri Sembilan
10.30 pagi : Kudapan Pagi
11.00 Pagi : Ceramah 1: Sembahyang; Peranan dan Falsafahnya
12.30 tgh hari : Makan Tengah Hari dan Solat Zohor Berjemaah

2.30 Petang : Ceramah 2 : Keagungan Dan Kebesaran Sembahyang
4.00 Petang : Minum Petang dan Solat Asar berjemaah
5.00 Petang : Riadhah/Sukan
6.15 Petang : Bersihkan diri
6.45 Petang : Makan Malam
7.20 Malam : Solat Mahrib berjemaah
8.00 Malam : Ceramah 3: Solat Musafir dan Solat Ketika Sakit
(teori)
10.00 Malam : Minum malam dan Solat Isyak berjemaah

11 May 2014 (Ahad)

5.00 Pagi : Persiapan diri
5.49 Pagi : Solat Subuh berjemaah
6.15 Pagi : Kulih Subuh
7.00 Pagi : Sarapan Pagi
8.00 Pagi : Ceramah 4: Solat Musafir dan Solat Ketika Sakit
(Praktikal) Bahagian 1
10.00 Pagi : Kudapan Pagi
10.30 Pagi : Ceramah 5: Solat Musafir dan Solat Ketika Sakit
(Praktikal) Bahagian 2

12.00 Tgh Hari : Majlis Penutup
-- Aluan Pengacara Majlis
-- Ucapan Pengarah Program
-- Ucapan Perasmian Penutup
-- Penyampaian sijil dan cenderahati
1.00 Petang : Makan tengah hari dan Solat Zohor berjemaah
3.00 Petang : Bersurai

4. Pengumuman Daripada Pertubuhan amal pembangunan usahawan oku penglihatan (PERKUM)

Pertubuhan amal pembangunan usahawan oku penglihatan (PERKUM) akan menganjurkan program Perkongsian ilmu penjagaan kesihatan dalaman wanita yg berkaitan dgn barah pangkal rahim, punca & cara pencegahan yg akan disampaikan oleh Pakar penceramah pn zahayu yusof pd 4 mei 2014 (ahad) jam 2.00 - 5.00 ptg di blok b tingkat 1 kompleks mab brickfields kl. Yuran penyertaan rm10 merangkumi byran door gift bernilai rm13, minum ptg & sijil. Tkh tutup pd 25/4/14. Sila daftar kpd sy noor hazira 0192182517, alia 0133322945 & maria 0122462923 unt mendptkan kupon. Cabutan no. bertuah ada disediakan

5. Pengumuman Daripada PESROB Selangor.

PESROB Selangor akan menganjurkan Pertandingan Ten Pin Bowling seperti berikut:

Tarikh: 18 Mei 2014 (Ahad)
Masa: 9:00 a.m - 1:00 p.m
Tempat: Mid Valley
Yuran: RM 90 setiap kumpulan
Syarat penyertaan:
Setiap kumpulan mempunyai 3 orang ahli. Salah seorang daripadanya mestilah B1. Setiap kumpulan mesti ada seorang perempuan

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi Abul Faris di talian 019-5474837. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 April 2014.

Pengumuman Ulangan

1. Perlucutan Jawatan Salah Seorang AJK Pusat PERTIS.

Untuk maklumat bersama, selaras dengan peruntukan Perkara 8 (5) Perlembagaan PERTIS, En. Abdul Majid Mohd Yusuf telah terlucut jawatannya selaku AJK Biasa Pusat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) berkuat kuasa pada 12 April 2014. Oleh kerana tarikh mesyuarat agung tahunan kali ke-19 sudah sangat hampir, maka mesyuarat AJK Pusat PERTIS pada 12 April lalu telah memutuskan iaitu tempat En. Abdul Majid tidak akan diisi sehingga ke tarikh mesyuarat agung tahunan PERTIS kali ke-19 hujung Mei nanti.

2. Pengumuman Daripada PERTIS Negeri Sembilan

2.1 Notis Mesyuarat Agung PERTIS Negeri Sembilan Kali Ke-7

mesyuarat Agung PERTIS Wilayah Negeri Sembilan kali ke tujuh akan diadakan pada tarikh 3 Rejab 1435H bersamaa 3 Mei 2014 hari Sabtu pukul 10.45pagi bertempat di pejabat PERTIS Negeri Sembilan di No 16 Taman Syukor Ampangan. Justeru itu ahli PWNSDK hendaklah berdaftar bagi pengurusan penyediaanmakanan dan keperluan mesyuarat yang lain., Syarat menghadiri mesyuarat Agung hendaklah menyelesaikan yuran semasa dan yuran tertunggak PERTIS. tarikh tutup pendaftaran mesyuarat agung pada 29 April 2014, hari selasa. Pendaftaran boleh dibuat menerusi talian 013-6381327.

3. Sesi Penerangan Tertutup Kepada Pengguna Buku Iqra’ Braille

Selepas mendengar pelbagai pandangan daripada para pengguna buku iqra’ Braille, Biro Penerbitan dan Pembangunan ICT PERTIS Pusat terpanggil untuk mengadakan satu sesi penerangan tertutup khusus kepada mereka yang telah memiliki dan sedang menggunakan buku iqra’ Braille. Sesi berkenaan akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 26 April 2014 (Sabtu)
Masa: Jam 2.30 petang
Tempat: Bilik mesyuarat, ibu pejabat PERTIS Malaysia.
Kepada sesiapa yang ingin menghadiri sesi berkenaan, anda dipersilakan mendaftar dengan Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat. Oleh kerana tempat terhad, maka yang mendaftar dahulu akan diutamakan.

4. Pengumuman Pelbagai Tabung Amal PERTIS.

5.1 TABUNG PREMIS PERTIS

Untuk rekod, Tabung Premis PERTIS telah dilancarkan oleh Yang Dipertua PERTIS pada 21 Sya’ban 1434Hijrah bersamaan 30Jun 2013 Masihi bersempena Majlis Di Ambang Ramadhan Al Mubarak. Tabung khas ini adalah antara pelbagai usaha dan perancangan pengumpulan dana ke arah pembelian premis Persatuan. Justeru, sumbangan berterusan berbentuk kewangan, barangan berharga, wasiat, zakat dan apa juga jenis sumbangan amatlah dialu-alukan daripada semua ahli juga bukan ahli PERTIS. Sumbangan bolehlah disalurkan ke Ibu Pejabat PERTIS yang beralamat di “No. 32A, Jalan 6/21D, Taman Ibu Kota, 53100 Gombak, Kuala Lumpur” atau berhubung terus dengan Ibu Pejabat di talian, 03-4021 2631 (jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, hari Isninhingga hari Jumaat). Semoga Allah SWT akan melimah gantikan juga mengurniakan sesuatu yang lebih baik lagi bernilai daripada apa yang telah dan akan disumbangkan.

5.2 TABUNG KEBAJIKAN AHLI-AHLI TERBENCANA

Dimaklumkan bahawa pengwujudan tabung adalah dengan misi dan objektif membantu ahli-ahli Persatuan yang ditimpa musibah, bencana, terlantar sakit atau seumpamanya. Tabung kebajikan khas ini akan diaktifkan secara berterusan dan dikendalikan oleh Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS. Sumbangan derma berbentuk kewangan atau barangan bolehlah disalurkan kepada Cik Lele Suyarni binti Omar di talian bimbitnya, 019-254 4212 atau talian pejabat MAB, 03-2272 2672/2677.

5.3 Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud, “Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangai itu pula mengandungi seratus biji.Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah maha luas kurniaannya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” – hari ini kita embantu insan lain, esok mungkin insan lain pula membantu kita!!

6. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

6.1 Yuran Tahunan 2014

Sukacita dimaklumkan iaitu yuran tahunan (kecuali ahli seumur hidup) bagi persatuan ini sudah boleh mula dijelaskan bermula sekarang.Sebagai maklumat, yuran bagi ahli biasa adalah sebanyak RM6.00 seorang.Manakala bagi ahli bersekutu pula ialah sebanyak RM3.00 seorang.Untuk ahli tanggungan pula ialah sebanyak RM1.00 sahaja. Ahli tanggungan ialah ketika yuran dijelaskan, ahli berkenaan berada dalam tanggungan nafkah atau di bawah jagaan seorang ahli yang lain (Perlembagaan PERTIS, Perkara 5 (3)).Untuk ahli-ahli peringkat wilayah, pembayaran yuran boleh dibuat kepada bendahari di wilayah-wilayah masing-masing.Manakala bagi ahli PERTIS pusat pula, pembayaran yuran boleh dilakukan kepada bendahari pusat.Tarikh akhir untuk membuat pembayaran yuran ialah pada 30 Jun.

6.2 Kemas Kini Maklumat Ahli.

Ibu pejabat PERTIS memohon kerjasama daripada semua ahli agar dapat mengemas kini maklumat mengenai keahlian masing-masing seperti alamat tempat tinggal terkini, nombor telefon, alamat email dan sebagainya.Semua maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada pembantu hal ehwal pentadbiran/kewangan, En.Mohamad Azim firdaus di talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat.

Peringatan:

1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950),sila maklumkannya kepada Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

2. Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Diselaraskan oleh

(Zakaria bin Yahya)
Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Wednesday, 16 April 2014

Pengumuman Mingguan PERTIS

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 14 April 2014, bersamaan 14 Jamadil-Akhir 1435 Hijrah.

Terlebih dahulu kami ingin memohon maaf kerana terdapat gangguan teknikal pada telemaklumat PERTIS menerusi telefon sepanjang minggu lepas.

Pengumuman Terkini

1. Notis Mesyuarat Agung Tahunan PERTIS Kali Ke-19

Untuk notis penuh mesyuarat agung tahunan kali ke-19, sila rujuk pengumuman pada 31 Mac lalu atau sila tekan butang 8 jika mengikuti telemaklumat ini menerusi telefon. Semua maklumat terkini mengenai mesyuarat agung tahunan kali ke-19 akan diwar-warkan menerusi talian ini. Sementara itu, kepada yang berhasrat untuk menghadiri mesyuarat agung tahunan kali ke-19, anda dinasihatkan agar membuat pendaftaran segera dan jangan tunggu saat akhir. Pendaftaran di saat akhir mungkin mengundang pelbagai implikasi kurang sesuai.

2. Perlucutan Jawatan Salah Seorang AJK Pusat PERTIS.

Untuk maklumat bersama, selaras dengan peruntukan Perkara 8 (5) Perlembagaan PERTIS, En. Abdul Majid Mohd Yusuf telah terlucut jawatannya selaku AJK Biasa Pusat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) berkuat kuasa pada 12 April 2014. Oleh kerana tarikh mesyuarat agung tahunan kali ke-19 sudah sangat hampir, maka mesyuarat AJK Pusat PERTIS pada 12 April lalu telah memutuskan iaitu tempat En. Abdul Majid tidak akan diisi sehingga ke tarikh mesyuarat agung tahunan PERTIS kali ke-19 hujung Mei nanti.

3. Barisan AJK Terkini PERTIS Pahang Sesi 2014-2015

PERTIS Pahang telah pun mengadakan mesyuarat agung tahunannya pada 5 April 2014 (Sabtu) yang lalu. Berikut adalah senarai AJK PERTIS Pahang yang telah dipilih menerusi mesyuarat berkenaan untuk sesi 2014-2015:

Pengerusi: En. Ismail bin Mamat
Naib Pengerusi: En. Zulkifli bin Siwok
Setiausaha: En. Ahmad Hanafiah bin Didok.
Bendahari: En. Bidin bin Md Ali
2 orang AJK Biasa ialah En. Muhammad bin Kassim dan Cikgu Rosminah binti Abdul Rani.
Manakala pemeriksa kira-kira pula ialah Normaliza binti Abdul Aziz.

Pengumuman Ulangan

1. Pengumuman Daripada PERTIS Negeri Sembilan

1.1 Notis Mesyuarat Agung PERTIS Negeri Sembilan Kali Ke-7

mesyuarat Agung PERTIS Wilayah Negeri Sembilan kali ke tujuh akan diadakan pada tarikh 3 Rejab 1435H bersamaa 3 Mei 2014 hari Sabtu pukul 10.45pagi bertempat di pejabat PERTIS Negeri Sembilan di No 16 Taman Syukor Ampangan. Justeru itu ahli PWNSDK hendaklah berdaftar bagi pengurusan penyediaanmakanan dan keperluan mesyuarat yang lain., Syarat menghadiri mesyuarat Agung hendaklah menyelesaikan yuran semasa dan yuran tertunggak PERTIS. tarikh tutup pendaftaran mesyuarat agung pada 29 April 2014, hari selasa. Pendaftaran boleh dibuat menerusi talian 013-6381327.

1.2 Penundaan Tarikh Kursus di Pusat Dakwah Paroi

Dimaklumkan bahawa disebabkan pada tarikh 26 dan 27 April 2014 berlangsungnya tilawah al-Quran peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Pusat dakwah Paroi, maka tarikh kursus solat jamak dan solat ketika sakit ditunda tarikhnya pada 10 dan 11 rejab 1435 H bersamaan 10 dan 11 Mei 2014 (Sabtu dan Ahad).Bas akan bertolak dari Kompleks MAB pada jam 7.30 pagi 10 Mei 2014.

2. Sesi Penerangan Tertutup Kepada Pengguna Buku Iqra’ Braille

Selepas mendengar pelbagai pandangan daripada para pengguna buku iqra’ Braille, Biro Penerbitan dan Pembangunan ICT PERTIS Pusat terpanggil untuk mengadakan satu sesi penerangan tertutup khusus kepada mereka yang telah memiliki dan sedang menggunakan buku iqra’ Braille. Sesi berkenaan akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 26 April 2014 (Sabtu)
Masa: Jam 2.30 petang
Tempat: Bilik mesyuarat, ibu pejabat PERTIS Malaysia.
Kepada sesiapa yang ingin menghadiri sesi berkenaan, anda dipersilakan mendaftar dengan Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat. Oleh kerana tempat terhad, maka yang mendaftar dahulu akan diutamakan.

3. Pengumuman Pelbagai Tabung Amal PERTIS.

3.1 TABUNG PREMIS PERTIS

Untuk rekod, Tabung Premis PERTIS telah dilancarkan oleh Yang Dipertua PERTIS pada 21 Sya’ban 1434Hijrah bersamaan 30Jun 2013 Masihi bersempena Majlis Di Ambang Ramadhan Al Mubarak. Tabung khas ini adalah antara pelbagai usaha dan perancangan pengumpulan dana ke arah pembelian premis Persatuan. Justeru, sumbangan berterusan berbentuk kewangan, barangan berharga, wasiat, zakat dan apa juga jenis sumbangan amatlah dialu-alukan daripada semua ahli juga bukan ahli PERTIS. Sumbangan bolehlah disalurkan ke Ibu Pejabat PERTIS yang beralamat di “No. 32A, Jalan 6/21D, Taman Ibu Kota, 53100 Gombak, Kuala Lumpur” atau berhubung terus dengan Ibu Pejabat di talian, 03-4021 2631 (jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, hari Isninhingga hari Jumaat). Semoga Allah SWT akan melimah gantikan juga mengurniakan sesuatu yang lebih baik lagi bernilai daripada apa yang telah dan akan disumbangkan.

3.2 TABUNG KEBAJIKAN AHLI-AHLI TERBENCANA

Dimaklumkan bahawa pengwujudan tabung adalah dengan misi dan objektif membantu ahli-ahli Persatuan yang ditimpa musibah, bencana, terlantar sakit atau seumpamanya. Tabung kebajikan khas ini akan diaktifkan secara berterusan dan dikendalikan oleh Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS. Sumbangan derma berbentuk kewangan atau barangan bolehlah disalurkan kepada Cik Lele Suyarni binti Omar di talian bimbitnya, 019-254 4212 atau talian pejabat MAB, 03-2272 2672/2677.

3.3 Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud, “Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangai itu pula mengandungi seratus biji.Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah maha luas kurniaannya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” – hari ini kita embantu insan lain, esok mungkin insan lain pula membantu kita!!

4. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

4.1 Yuran Tahunan 2014

Sukacita dimaklumkan iaitu yuran tahunan (kecuali ahli seumur hidup) bagi persatuan ini sudah boleh mula dijelaskan bermula sekarang.Sebagai maklumat, yuran bagi ahli biasa adalah sebanyak RM6.00 seorang.Manakala bagi ahli bersekutu pula ialah sebanyak RM3.00 seorang.Untuk ahli tanggungan pula ialah sebanyak RM1.00 sahaja. Ahli tanggungan ialah ketika yuran dijelaskan, ahli berkenaan berada dalam tanggungan nafkah atau di bawah jagaan seorang ahli yang lain (Perlembagaan PERTIS, Perkara 5 (3)).Untuk ahli-ahli peringkat wilayah, pembayaran yuran boleh dibuat kepada bendahari di wilayah-wilayah masing-masing.Manakala bagi ahli PERTIS pusat pula, pembayaran yuran boleh dilakukan kepada bendahari pusat.Tarikh akhir untuk membuat pembayaran yuran ialah pada 30 Jun.

4.2 Kemas Kini Maklumat Ahli.

Ibu pejabat PERTIS memohon kerjasama daripada semua ahli agar dapat mengemas kini maklumat mengenai keahlian masing-masing seperti alamat tempat tinggal terkini, nombor telefon, alamat email dan sebagainya.Semua maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada pembantu hal ehwal pentadbiran/kewangan, En.Mohamad Azim firdaus di talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat.

Peringatan:

1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950),sila maklumkannya kepada Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

2. Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Diselaraskan oleh

(Zakaria bin Yahya)
Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Tuesday, 8 April 2014

Pengumuman Mingguan PERTIS

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 7 April 2014, bersamaan 7 Jamadil-Akhir 1435 Hijrah.

Pengumuman Terkini

1. Notis Mesyuarat Agung Tahunan PERTIS Kali Ke-19

Untuk notis penuh mesyuarat agung tahunan kali ke-19, sila rujuk pengumuman pada 31 Mac lalu. Semua maklumat terkini mengenai mesyuarat agung tahunan kali ke-19 akan diwar-warkan menerusi laman ini.

2. Barisan AJK PERTIS Pahang Sesi 2014-2015

PERTIS Pahang telah pun mengadakan mesyuarat agung tahunannya pada 5 April 2014 (Sabtu) yang lalu. Berikut adalah senarai AJK PERTIS Pahang yang telah dipilih menerusi mesyuarat berkenaan untuk sesi 2014-2015:

Pengerusi: En. Ismail bin Mamat
Naib Pengerusi: En. Zulkifli bin Siwok
Setiausaha: (akan dipilih kemudian)
Bendahari: En. Bidin bin Md Ali
2 orang AJK Biasa ialah En. Muhammad bin Kassim dan Cikgu Rosminah binti Abdul Rani.
Manakala pemeriksa kira-kira pula ialah Normaliza binti Abdul Aziz.

3. Ahli PERTIS Terengganu Kembali Ke Rahmatullah

Dukacita dimaklumkan iaitu salah seorang ahli biasa PERTIS Terengganu, En. Wan Abdullah bin Wan Nik, telah kembali ke rahmatullah pada 6 April 2014 (Ahad). Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Nurzahirah, Kuala Terengganu. Seluruh warga PERTIS mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham. Kami juga tidak lupa untuk mendoakan semoga Allahyarham sentiasa dalam cucuran rahmat daripada Allah serta dihimpunkan beserta dengan golongan solihin. Marilah kita sama-sama membacakan surah Alfatihah untuk roh Allahyarham.

4. Pengumuman Daripada PERTIS Negeri Sembilan

4.1 Notis Mesyuarat Agung PERTIS Negeri Sembilan Kali Ke-7

mesyuarat Agung PERTIS Wilayah Negeri Sembilan kali ke tujuh akan diadakan pada tarikh 3 Rejab 1435H bersamaa 3 Mei 2014 hari Sabtu pukul 10.45 pagi bertempat di pejabat PERTIS Negeri Sembilan di No 16 Taman Syukor Ampangan. Justeru itu ahli PWNSDK hendaklah berdaftar bagi pengurusan penyediaan makanan dan keperluan mesyuarat yang lain., Syarat menghadiri mesyuarat Agung hendaklah menyelesaikan yuran semasa dan yuran tertunggak PERTIS. tarikh tutup pendaftaran mesyuarat agung pada 29 April 2014, hari selasa. Pendaftaran boleh dibuat menerusi talian 013-6381327.

4.2 Penundaan Tarikh Kursus di Pusat Dakwah Paroi

Dimaklumkan bahawa disebabkan pada tarikh 26 dan 27 April 2014 berlangsungnya tilawah al-Quran peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Pusat dakwah Paroi, maka tarikh kursus solat jamak dan solat ketika sakit ditunda tarikhnya pada 10 dan 11 rejab 1435 H bersamaan 10 dan 11 Mei 2014 (Sabtu dan Ahad). Bas akan bertolak dari Kompleks MAB pada jam 7.30 pagi 10 Mei 2014.

5. Sesi Penerangan Tertutup Kepada Pengguna Buku Iqra’ Braille

Selepas mendengar pelbagai pandangan daripada para pengguna buku iqra’ Braille, Biro Penerbitan dan Pembangunan ICT PERTIS Pusat terpanggil untuk mengadakan satu sesi penerangan tertutup khusus kepada mereka yang telah memiliki dan sedang menggunakan buku iqra’ Braille. Sesi berkenaan akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 26 April 2014 (Sabtu)
Masa: Jam 2.30 petang
Tempat: Bilik mesyuarat, ibu pejabat PERTIS Malaysia.
Kepada sesiapa yang ingin menghadiri sesi berkenaan, anda dipersilakan mendaftar dengan Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat. Oleh kerana tempat terhad, maka yang mendaftar dahulu akan diutamakan.

6. Pengumuman Daripada PESROB Selangor

PESROB Selangor akan menyambut ulang tahun ke 3 dan akan mengadakan ceramah insurans dan unit teras. Berikut merupakan butiran lanjut mengenai program tersebut: Tarikh: 12 April 2014 (Sabtu) Masa: 9:00 a.m - 1:00 p.m Tempat: Dewan RUkun Tetangga Brickfields, Kuala Lumpur Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Izadin Bin Abd Razak di talian 012-3450312Semua dijemput hadir. Ahli PESROB Selangor yang belum menjelaskan yuran tahunan boleh berbuat demikian pada program tersebut. Sekian, terima kasih

7. Program Perkongsian Ilmu Sihat Daripada Reflex Jariku Services

REFLEX JARIKU SERVICES Akan menganjurkan Program perkongsian Ilmu Sihat (PIS) merangkumi topik berikut:
1. Apa maksud kanser servik.
2. Punca berlakunya barah pangkal rahim.
3. Cara pencegahan dan rawatan
Penceramah: Dr. Zahayu binti Yusof, Pakar penjagaan kesihatan wanita
Tarikh: 4 mei 2014 (Ahad)
Masa: 2.00 hingga 5.00 petang
Tempat: Dewan Dr. Ismail salleh, kompleks MAB, Brickfields, Kuala Lumpur.
Yuran: RM10.00 seorang merangkumi door gift bernilai RM13.00; sijil; makan dan minum. Hadiah cabutan bertuah juga disediakan. Sila hadir semasa program bagi mendapatkan door gift. Program ini Terbuka kepada lelaki dan wanita. Untuk pendaftaran, sila hubungi Puan rosmaria 012-2462329 atau nor alia 013-3322945. Pertanyaan: Puan Norhazira 019-2525351 atau 019-2182517. Tarikh tutup Pendaftaran: 20 April 2014:

Pengumuman Ulangan

1. Pengumuman Pelbagai Tabung Amal PERTIS.

1.1 TABUNG PREMIS PERTIS

Untuk rekod, Tabung Premis PERTIS telah dilancarkan oleh Yang Dipertua PERTIS pada 21 Sya’ban 1434Hijrah bersamaan 30Jun 2013 Masihi bersempena Majlis Di Ambang Ramadhan Al Mubarak. Tabung khas ini adalah antara pelbagai usaha dan perancangan pengumpulan dana ke arah pembelian premis Persatuan. Justeru, sumbangan berterusan berbentuk kewangan, barangan berharga, wasiat, zakat dan apa juga jenis sumbangan amatlah dialu-alukan daripada semua ahli juga bukan ahli PERTIS. Sumbangan bolehlah disalurkan ke Ibu Pejabat PERTIS yang beralamat di “No. 32A, Jalan 6/21D, Taman Ibu Kota, 53100 Gombak, Kuala Lumpur” atau berhubung terus dengan Ibu Pejabat di talian, 03-4021 2631 (jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, hari Isninhingga hari Jumaat). Semoga Allah SWT akan melimah gantikan juga mengurniakan sesuatu yang lebih baik lagi bernilai daripada apa yang telah dan akan disumbangkan.

1.2 TABUNG KEBAJIKAN AHLI-AHLI TERBENCANA

Dimaklumkan bahawa pengwujudan tabung adalah dengan misi dan objektif membantu ahli-ahli Persatuan yang ditimpa musibah, bencana, terlantar sakit atau seumpamanya. Tabung kebajikan khas ini akan diaktifkan secara berterusan dan dikendalikan oleh Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS. Sumbangan derma berbentuk kewangan atau barangan bolehlah disalurkan kepada Cik Lele Suyarni binti Omar di talian bimbitnya, 019-254 4212 atau talian pejabat MAB, 03-2272 2672/2677.

1.3 Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud, “Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangai itu pula mengandungi seratus biji.Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah maha luas kurniaannya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” – hari ini kita embantu insan lain, esok mungkin insan lain pula membantu kita!!

2. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

2.1 Yuran Tahunan 2014

Sukacita dimaklumkan iaitu yuran tahunan (kecuali ahli seumur hidup) bagi persatuan ini sudah boleh mula dijelaskan bermula sekarang.Sebagai maklumat, yuran bagi ahli biasa adalah sebanyak RM6.00 seorang.Manakala bagi ahli bersekutu pula ialah sebanyak RM3.00 seorang.Untuk ahli tanggungan pula ialah sebanyak RM1.00 sahaja. Ahli tanggungan ialah ketika yuran dijelaskan, ahli berkenaan berada dalam tanggungan nafkah atau di bawah jagaan seorang ahli yang lain (Perlembagaan PERTIS, Perkara 5 (3)).Untuk ahli-ahli peringkat wilayah, pembayaran yuran boleh dibuat kepada bendahari di wilayah-wilayah masing-masing.Manakala bagi ahli PERTIS pusat pula, pembayaran yuran boleh dilakukan kepada bendahari pusat.Tarikh akhir untuk membuat pembayaran yuran ialah pada 30 Jun.

2.2 Kemas Kini Maklumat Ahli.