Total Pageviews

Monday, 31 March 2014

Pengumuman Mingguan PERTIS

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 31 Mac 2014, bersamaan 29 Jamadil-Awwal 1435 Hijrah.

Pengumuman Terkini

1. Notis Mesyuarat Agung Tahunan PERTIS Kali Ke-19

Kepada
Semua ahli PERTIS Pusat dan Wilayah

Tuan,

Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut di atas akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 1 - 3 Sya’ban 1435 / 30 May – 1 Jun 2014 (Jumaat - Ahad)
Tempat : Hotel City Vila
69, Jalan Haji Hussein, Off Jalan Tuanku Abdul Rahman
50350, Kuala Lumpur

3. Kehadiran tuan ke mesyuarat berkenaan adalah seperti berikut:-
i. Ahli PERTIS sahaja
ii. Menjelaskan segala yuran keahlian tahunan, semasa dan tertunggak
iii. Telah menjelaskan bayaran penyertaan ke mesyuarat:-
a. Ahli PERTIS tanpa penginapan = RM25.00
b. Ahli PERTIS yang ingin menginap = RM60.00
c. Bukan Ahli PERTIS = RM 220.00 (untuk yang menginap) atau RM 85.00 (tanpa penginapan) / tertakluk kepada budibicara PERTIS.
d. Ahli PERTIS Wilayah adalah sama seperti pusat. Bagaimanapun sekiranya terdapat kos tambahan adalah tertakluk kepada Pengerusi Wilayah masing-masing.

iv. Pendaftaran dianggap sah selepas segala bayaran berkaitan selesai dilunaskan

4. Untuk tujuan pendaftaran:

i. Bagi ahli PERTIS Pusat, sila berdaftar dengan Cik Raihah binti Fauzi di talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat;
ii. Bagi ahli PERTIS di wilayah pula, sila berdaftar dengan pengerusi PERTIS wilayah masing-masing.
iii. Semua pendaftaran hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 6 May 2014 (Selasa) bagi PERTIS Pusat dan 5 May 2014 (Isnin) bagi PERTIS wilayah. Pendaftaran selepas tarikh-tarikh di atas tidak akan dilayan.

5. Borang Pencalonan AJK Pusat PERTIS: Sila Ambil maklum bahawa MAT 19 akan melibatkan pemilihan barisan kepimpinan baru PERTIS iaitu semua jawatan tertinggi seperti Yang di Pertua, Naib Yang di Pertua, Bendahari, Setiausaha Agung dan 3 orang Ahli Jawatankuasa Biasa PERTIS Malaysia.
6. Borang pencalonan akan mula dibuka pada 16 May 2914. Tarikh tutup penyerahan borang pertandingan ialah pada hari Mesyuarat Agung Tahunan berlangsung iaitu sebelum Jam 12.00 tengahari, 31 Mei 2014 (Sabtu). Senarai nama calon akan diwar-warkan pada hari mesyuarat itu juga. Borang pencalonan boleh diperolehi daripada Ibu Pejabat PERTIS Malaysia atau Pejabat-pejabat PERTIS Wilayah. Borang akan dihantar melalui emel / hard copy (tertakluk kepada permintaan). Borang pencalonan yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan kepada Yang di Petua PERTIS selaku pengerusi jawatankuasa pemilihan AJK Pusat pada tarikh, waktu dan tempat yang telah dinyatakan di atas.

7. Dokumen MAT 19 dalam bentuk braille atau cetak boleh diperolehi daripada Ibu Pejabat PERTIS Malaysia dan Pejabat-pejabat PERTIS Wilayah bermula 15 Mei 2014. Dokumen mesyuarat juga akan hanya dibekalkan kepada peserta berdaftar sahaja

8. Selaras dengan Perkara 7, Fasa (8), Perlembgaan PERTIS, semua usul atau perkara yang hendak dibincang atau dimasukkan ke dalam Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-19 perlu sampai kepada Setiausaha Agung sebelum atau pada 2 May 2014.

9. Perkara-perkara lain mengenai mesyuarat agung ke-19 atau sebarang pindaan yang berkaitan (jika ada) akan dimaklumkan menerusi talian ini dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(Norlita Hanim Md Taha)
Setiausaha Agung
Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)
Tarikh : 29 Jamadil-Awwal 1435h (31 March 2014)

2. Pengumuman Daripada Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM)

PENGUMUMAN DARI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MODAL INSAN SBM

Semperna ulang tahun ke-50 SBM, jawatankuasa pembangunan modal insan (JPMI) ingin mempelawa anda untuk menyumbangkan karia antologi cerpin atau lencana
berkaitan dengan perbagai aspet kehidupan OKU penglihatan.

Antara syarat-syarat yang dikenakan kepada anda yang ingin menyumbangkan antologi cerpin atau lencana adalah seperti berikut

a) Berumur 18 tahun ke atas

b) Setiap peserta dibenarkan menghantar tidak melebehi tiga buah rencana

c) Setiap rencana mestilah original (bukan diambil dari mana-mana penerbitan atau yang pernah diterbitkan di mana-mana sumber lain)

d) Bahasa penghantar yang digunakan sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris

e) Setiap rencana akan dibayar sebanyak rm80 sahaja. Bayaran hanya dibayar kepada rencana yang dipilih oleh jawatankuasa pemilihan dan keputusannya adalah mutamak

f) Rencana yang dipilih akan diterbitkan sebagai antologi rencana dan diterbitkan

g) Tulisan anda tidak melebihi 3 helai microsoft word

butir-butir yang diperlukan seperti berikut

a. Nama penuh

b. Kad pengenalan

c. Alamat surat menyurat

d. Nomber telifon bimbit

e. Tajuk atikal

f. Umur

Sila emailkan kariah anda kepada Encik Muhammad Adha Bin Shamsuri melalui emialnya adhashamsuri@gmail.com

Tarikh tutup penyetaan sebelum 30 April 2014

Pengumuman Ulangan

1. Pengumuman Daripada PERTIS Negeri Sembilan

Pertis Negeri Sembilan dengan kerjasama pusat dakwah islamiah paroi akan mengadakan kursus solat jamak dan solat ketika sakit seperti berikut:
Tarik: 26 dan 27 jamadil akir 1435/26 dan 27 april 2014 .
Hari: Sabtu dan ahad (Dua hari satu malam)
Tempat: pusat dakwah paroi, Negeri Sembilan.
Kursus ini dikira sebagai kursus tahunan bagi kakitangan kerajaan/swasta. Bagi yang berminat sila hubungi /sms nama penuh dan no kp di talian pertis Negeri Sembilan 0136381327. Penyertaan seramai 40 orang. Bas disediakan di mab pada 26 april 2014 jam 7 pagi. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 15 april 2014.

2. Yuran Tahun 2014

Sukacita dimaklumkan iaitu yuran tahunan (kecuali ahli seumur hidup) bagi persatuan ini sudah boleh mula dijelaskan bermula sekarang.Sebagai maklumat, yuran bagi ahli biasa adalah sebanyak RM6.00 seorang.Manakala bagi ahli bersekutu pula ialah sebanyak RM3.00 seorang.Untuk ahli tanggungan pula ialah sebanyak RM1.00 sahaja. Ahli tanggungan ialah ketika yuran dijelaskan, ahli berkenaan berada dalam tanggungan nafkah atau di bawah jagaan seorang ahli yang lain (Perlembagaan PERTIS, Perkara 5 (3)).Untuk ahli-ahli peringkat wilayah, pembayaran yuran boleh dibuat kepada bendahari di wilayah-wilayah masing-masing.Manakala bagi ahli PERTIS pusat pula, pembayaran yuran boleh dilakukan kepada bendahari pusat.Tarikh akhir untuk membuat pembayaran yuran ialah pada 30 Jun.

3. Pengumuman Pelbagai Tabung Amal PERTIS.

3.1 TABUNG PREMIS PERTIS

Untuk rekod, Tabung Premis PERTIS telah dilancarkan oleh Yang Dipertua PERTIS pada 21 Sya’ban 1434Hijrah bersamaan 30Jun 2013 Masihi bersempena Majlis Di Ambang Ramadhan Al Mubarak. Tabung khas ini adalah antara pelbagai usaha dan perancangan pengumpulan dana ke arah pembelian premis Persatuan. Justeru, sumbangan berterusan berbentuk kewangan, barangan berharga, wasiat, zakat dan apa juga jenis sumbangan amatlah dialu-alukan daripada semua ahli juga bukan ahli PERTIS. Sumbangan bolehlah disalurkan ke Ibu Pejabat PERTIS yang beralamat di “No. 32A, Jalan 6/21D, Taman Ibu Kota, 53100 Gombak, Kuala Lumpur” atau berhubung terus dengan Ibu Pejabat di talian, 03-4021 2631 (jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, hari Isninhingga hari Jumaat). Semoga Allah SWT akan melimah gantikan juga mengurniakan sesuatu yang lebih baik lagi bernilai daripada apa yang telah dan akan disumbangkan.

3.2 TABUNG KEBAJIKAN AHLI-AHLI TERBENCANA

Dimaklumkan bahawa pengwujudan tabung adalah dengan misi dan objektif membantu ahli-ahli Persatuan yang ditimpa musibah, bencana, terlantar sakit atau seumpamanya. Tabung kebajikan khas ini akan diaktifkan secara berterusan dan dikendalikan oleh Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS. Sumbangan derma berbentuk kewangan atau barangan bolehlah disalurkan kepada Cik Lele Suyarni binti Omar di talian bimbitnya, 019-254 4212 atau talian pejabat MAB, 03-2272 2672/2677.

3.3 Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud, “Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangai itu pula mengandungi seratus biji.Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah maha luas kurniaannya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” – hari ini kita embantu insan lain, esok mungkin insan lain pula membantu kita!!

4. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

4.1 Kemas Kini Maklumat Ahli.

Ibu pejabat PERTIS memohon kerjasama daripada semua ahli agar dapat mengemas kini maklumat mengenai keahlian masing-masing seperti alamat tempat tinggal terkini, nombor telefon, alamat email dan sebagainya.Semua maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada pembantu hal ehwal pentadbiran/kewangan, En.Mohamad Azim firdaus di talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat.

Peringatan:

1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950),sila maklumkannya kepada Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

2. Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Diselaraskan oleh

(Zakaria bin Yahya)
Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Tuesday, 25 March 2014

Ucapan Takziah

Sekitar jam 10.00 malam tadi (24 Mac), YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan perkembangan mutakhir mengenai tragedi MH370 penerbangan Malaysia. Menurut beliau, kapal terbang berkenaan telah dikesan terbang di Lautan Hindi dan hilang di bahagian selatan lautan berkenaan iaitu sebelah barat Perth, Australia. Usaha-usaha mencari masih diteruskan oleh pihak antarabangsa bagi memperoleh lebih banyak bukti mengenai misteri kehilangan kapal terbang berkenaan.

Kami, seluruh ahli Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) dengan ini ingin melahirkan rasa yang amat sedih dan rasa dukacita yang amat mendalam terhadap tragedi yang menimpa MH370 serta seluruh penumpang dan anak kapal. Kami juga ingin melahirkan rasa empati yang amat mendalam kepada seluruh ahli keluarga, sanak saudara serta rakan taulan para penumpang dan anak-anak kapal MH370.

Kami berharap seluruh ahli keluarga, sanak saudara serta rakan taulan yang terlibat akan sentiasa tabah dalam menghadapi masa yang saat sukar ini. Kami juga berdoa semoga Allah akan menempatkan mereka yang berkenaan beserta dengan para solihin sebagaimana yang telah dijanjikan-Nya. Sesungguhnya Dia tidak pernah memungkiri janji.

Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali.

Monday, 10 March 2014

Pengumuman Mingguan PERTIS

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 10 Mac 2014, bersamaan 8 Jamadil-Awwal 1435 Hijrah.

Pengumuman Terkini

1. Maklumat Kepada Ahli PERTIS Yang Mempunyai Anak Yang Akan Menduduki SPM Tahun Ini

Adalah dimaklumkan iaitu PERTIS sedang dalam usaha mengumpul butiran anak-anak ahli yang akan menduduki peperiksaan SPM pada hujung tahun ini. Tujuan utamanya ialah untuk memudahkan penyaluran bantuan yang difikirkan perlu yang akan diputuskan tidak lama lagi. Untuk itu, kerjasama daripada ahli-ahli PERTIS yang mempunyai anak sedemikian amatlah diharapkan untuk memaklumkan kepada PERTIS butiran seperti berikut: nama anak, nombor kad pengenalan anak serta nama ibu atau bapa (salah seorang) yang merupakan ahli PERTIS dan nombor telefon yang mudah dihubungi. Ia terbuka kepada semua kategori ahli PERTIS. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, tuan/puan boleh menghubungi Yang Di-Pertua PERTIS, Cikgu Zakaria Yahya di talian bimbitnya, 013-3407580 atau menerusi emailnya, zairia67@gmail.com. Untuk tujuan pendaftaran pula, tuan/puan boleh hubungi terus Cik Raihah binti Fauzi di talian ibu pejabat PERTIS 03-40212631 pada waktu pejabat.

2. Pengumuman Daripada PERTIS Negeri Sembilan

Pertis Negeri Sembilan dengan kerjasama pusat dakwah islamiah paroi akan mengadakan kursus solat jamak dan solat ketika sakit seperti berikut:
Tarik: 26 dan 27 jamadil akir 1435/26 dan 27 april 2014 .
Hari: Sabtu dan ahad (Dua hari satu malam)
Tempat: pusat dakwah paroi, Negeri Sembilan.
Kursus ini dikira sebagai kursus tahunan bagi kakitangan kerajaan/swasta. Bagi yang berminat sila hubungi /sms nama penuh dan no kp di talian pertis Negeri Sembilan 0136381327. Penyertaan seramai 40 orang. Bas disediakan di mab pada 26 april 2014 jam 7 pagi. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 15 april 2014.

Pengumuman Ulangan

1. Yuran Tahun 2014

Sukacita dimaklumkan iaitu yuran tahunan (kecuali ahli seumur hidup) bagi persatuan ini sudah boleh mula dijelaskan bermula sekarang.Sebagai maklumat, yuran bagi ahli biasa adalah sebanyak RM6.00 seorang.Manakala bagi ahli bersekutu pula ialah sebanyak RM3.00 seorang.Untuk ahli tanggungan pula ialah sebanyak RM1.00 sahaja. Ahli tanggungan ialah ketika yuran dijelaskan, ahli berkenaan berada dalam tanggungan nafkah atau di bawah jagaan seorang ahli yang lain (Perlembagaan PERTIS, Perkara 5 (3)).Untuk ahli-ahli peringkat wilayah, pembayaran yuran boleh dibuat kepada bendahari di wilayah-wilayah masing-masing.Manakala bagi ahli PERTIS pusat pula, pembayaran yuran boleh dilakukan kepada bendahari pusat.Tarikh akhir untuk membuat pembayaran yuran ialah pada 30 Jun.

2. Pengumuman Daripada PERTIS Wilayah Negeri Sembilan

2.1 Sukacita dimaklumkan bahawa PWNSDK akan mengadakan satu lawatan muhibbah ke Negeri Kelantan Darul Naim dan Ke Negeri Terengganu Darul Imaan. Justeru itu, PWNSDK mengalu-alukan pendaftaran kepada yang berminat untuk menyertai lawatan tersebut. Maklumat lawatan adalah seperti berikut:
Tarikh : 21-23 Mac 2014/19-21 Jamadil-Awwal 1435
Masa : 3 hari
Hari : Jumaat-Ahad
Syarat-syarat pendaftaran adalah seperti berikut:
 Telah menjelaskan yuran semasa tahunan dan yuran tertunggak PERTIS.
 Keutamaan ahli yang aktif dengan aktiviti PWNSDK.
 Pendaftaran diangap sah sekiranya Telah menjelaskan wang pendaftaran, memberikan nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit untuk dihubungi. Wang pendaftaran adalah seperti berikut:
- Ahli PWNSDK = RM 50.00 seorang
Anak ahli PWNSDK yang memerlukan tempat duduk = RM 25.00 seorang
- Ahli PERTIS Pusat = RM 70.00 seorang
Anak ahli PERTIS Pusat yang memerlukan tempat duduk = RM 35.00 seorang
- Bukan ahli PERTIS = RM 200.00 seorang
 Pendaftaran dibuka pada tarikh 27 Januari 2014 sehingga 28 Februari 2014
 Perhatian: sekiranya telah berdaftar, Wang pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya tuan/puan membatalkan lawatan.
 Pendaftaran hendaklah dibuat kepada Ustaz Mohd Nasir bin Haji Muhammed Yusoff, Bendahari Kehormat PERTIS Pusat merangkap Penyelaras PERTIS Wilayah Negeri Sembilan di talian 019-3941441
 Sebagai makluman awal, tempat penginapan secara dorm disediakan di mana 10 orang didalam 1 dorm. Untuk jadual penuh akan dimaklumkan kemudian.
 Sehubungan itu, dengan sokongan daripada ahli PERTIS Pusat dan ahli PWNSDK terhadap program yang dianjurkan sebelum ini, pihak PWNSDK membuka pendaftaran kepada 20 orang ahli PERTIS Pusat dan 20 orang kepada ahli PWNSDK. Cepat! Tempat adalah terhat.

3. Pengumuman Pelbagai Tabung Amal PERTIS.

3.1 TABUNG PREMIS PERTIS

Untuk rekod, Tabung Premis PERTIS telah dilancarkan oleh Yang Dipertua PERTIS pada 21 Sya’ban 1434Hijrah bersamaan 30Jun 2013 Masihi bersempena Majlis Di Ambang Ramadhan Al Mubarak. Tabung khas ini adalah antara pelbagai usaha dan perancangan pengumpulan dana ke arah pembelian premis Persatuan. Justeru, sumbangan berterusan berbentuk kewangan, barangan berharga, wasiat, zakat dan apa juga jenis sumbangan amatlah dialu-alukan daripada semua ahli juga bukan ahli PERTIS. Sumbangan bolehlah disalurkan ke Ibu Pejabat PERTIS yang beralamat di “No. 32A, Jalan 6/21D, Taman Ibu Kota, 53100 Gombak, Kuala Lumpur” atau berhubung terus dengan Ibu Pejabat di talian, 03-4021 2631 (jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, hari Isninhingga hari Jumaat). Semoga Allah SWT akan melimah gantikan juga mengurniakan sesuatu yang lebih baik lagi bernilai daripada apa yang telah dan akan disumbangkan.

3.2 TABUNG KEBAJIKAN AHLI-AHLI TERBENCANA

Dimaklumkan bahawa pengwujudan tabung adalah dengan misi dan objektif membantu ahli-ahli Persatuan yang ditimpa musibah, bencana, terlantar sakit atau seumpamanya. Tabung kebajikan khas ini akan diaktifkan secara berterusan dan dikendalikan oleh Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS. Sumbangan derma berbentuk kewangan atau barangan bolehlah disalurkan kepada Cik Lele Suyarni binti Omar di talian bimbitnya, 019-254 4212 atau talian pejabat MAB, 03-2272 2672/2677.

3.3 Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud, “Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangai itu pula mengandungi seratus biji.Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah maha luas kurniaannya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” – hari ini kita embantu insan lain, esok mungkin insan lain pula membantu kita!!

4. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

4.1 Kemas Kini Maklumat Ahli.

Ibu pejabat PERTIS memohon kerjasama daripada semua ahli agar dapat mengemas kini maklumat mengenai keahlian masing-masing seperti alamat tempat tinggal terkini, nombor telefon, alamat email dan sebagainya.Semua maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada pembantu hal ehwal pentadbiran/kewangan, En.Mohamad Azim firdaus di talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat.

5. Pengumuman Dari Pesrob Selangor.
PESROB Selangor dengan kerjasama MSN akan mengadakan ceramah sukan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 22 Mac 2014 (Sabtu)
Masa: 10:00 pagi - 1:00 tengah hari
Tempat: Dewan MAB
Penceramah: Pegawai Paralimpik MSN
Tajuk: Peluang OKU dalam bidang sukan Negara
Makan tengah hari disediakan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Izadin Bin Abd Razak di talian 012-3045312

Peringatan:

1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950),sila maklumkannya kepada Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

2. Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Diselaraskan oleh

(Zakaria bin Yahya)
Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Monday, 3 March 2014

Pengumuman Mingguan PERTIS

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 3 Mac 2014, bersamaan 1 Jamadil-Awwal 1435 Hijrah.

Pengumuman Terkini

1. Kakitangan PERTIS
Adalah dimaklumkan iaitu Saudara Norhar bin Majid telah pun meletakkan jawatannya selaku kakitangan di PERTIS atas sebab kesihatan. Mulai 3 Mac 2014, Pn. Siti Noorhana binti Ali akan bertugas bagi mengisi kekosongan yang ada.

2. Kakitangan Baru PERTIS Di Peringkat Wilayah.
Sukacita dimaklumkan juga, PERTIS Kelantan dan Pahang turut mendapat kakitangan yang baru. Pn. Norhidayah Hashim merupakan kakitangan baru bagi PERTIS Pahang. En. Abdullah Yunus pula merupakan kakitangan yang baru di PERTIS Kelantan. Semoga kehadiran mereka akan merancakkan lagi aktiviti persatuan kita, insha-Allah.

3. Pengumuman Dari Pesrob Selangor.