Total Pageviews

Monday, 17 February 2014

Pengumuman Mingguan PERTIS





Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 17 Februari 2014, bersamaan 17 Rabi’ul-Akhir 1435 Hijrah.


Pengumuman Terkini

1. Pengumuman Daripada Biro Pendidikan Dan Pembangunan Ummah.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak PERTIS melalui biro pendidikan dan pembangunan ummah akan mengadakan majlis ceramah berkaitan harta dan pelaburan yang halal dan batil pada 2 Mac 2014 yaitu pada hari Ahad jam 2,00 petang bertempat di Dewan Dr Ismail Mat Salleh Kompleks MAB, Brickfields Kuala Lumpur. Penceramah yang dijemput ialah Ustaz Muhammad Zaki dari Bank Rakyat. Disamping itu, pada majlis tersebut juga, satu taklimat dari Syarikat QMG Network juga akan diadakan bagi mempertingkatkan ekonomi ahli yang berminat. Sehubungan itu, PERTIS ingin menjemput semua ahli dan bukan ahli untuk menghadiri majlis tersebut. Sebarang pertanyaan dan maklumat anda bolehlah menghubungi En Zamzuri di talian 019-3869700.


2. Pengumuman Daripada PESROB Selangor.

Persatuan Sukan Orang Buta (PESROB) Negeri Selangor akan mengadakan Bengkel Urutan Sukan seperti berikut:
Tarikh: 24 Februari 2014 (Isnin)
Tempat: Dewan Rukun Tetangga Brickfields, Kuala Lumpur
Masa: 9:00 a.m - 5:00 p.m
Yuran: RM 20
Tarikh tutup penyertaan: 20 Februari 2014
Penyertaan terhad kepada 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan. Minum pagi, makan tengah hari dan minum petang disediakan. Untuk maklumat lanjut dan penyertaan, sila hubungi Abul Faris Bin Mohd Ali di talian 017-5159764.


Pengumuman Ulangan

1. Jawatan Kosong Di Ibu Pejabat PERTIS Malaysia

1.1 Sukacita dimaklumkan, terdapat satu kekosongan jawatan di ibu pejabat PERTIS Malaysia iaitu jawatan pembantu am.

1.2 Antara tugas utama untuk jawatan ini ialah bertanggungjawab terhadap kebersihan dalam pejabat serta melaksanakan tugasn luar pejabat seperti urusan di bank, pejabat pos dan sebagainya.

1.3 Gaji permulaan yang ditawarkan setelah disahkan dalam jawatan ialah RM 900.00. Pemegang jawatan ini juga layak untuk mendapatkan faedah tuntutan perubatan berdasarkan terma dan syarat di samping KWSP dan PERKESO.

1.4 Antara syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

(1) Berkelulusan sekurang-kurangnya SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya lulus Bahasa Melayu;

(2) Mempunyai kadar penglihatan sekurang-kurangnya penglihatan terhad B2 (rabun);

(3) Boleh menulis dan membaca tulisan biasa dengan lancar;

(4) Sanggup melaksanakan kerja luar pejabat pada bila-bila masa;

(5) Kebolehan memandu kenderaan akan merupakan kelebihan yang akan diberikan pertimbangan khusus.

1.5 Mereka yang berminat dipersilakan menghantar permohonan secara bertulis dengan menyertakan surat permohonan, sijil-sijil yang bersangkutan, lain-lain dokumen sokongan jika ada serta sekeping gambar berukuran paspot kepada Setiausaha Agung Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia di alamat, 32A, Jalan 6/21D, Taman Ibu Kota, 53100 Gombak, Kuala Lumpur. Semua permohonan hendaklah sampai ke ibu pejabat PERTIS tidak lewat daripada 21 Februari 2013 (Jumaat).




2. Yuran Tahun 2014

Sukacita dimaklumkan iaitu yuran tahunan (kecuali ahli seumur hidup) bagi persatuan ini sudah boleh mula dijelaskan bermula sekarang.Sebagai maklumat, yuran bagi ahli biasa adalah sebanyak RM6.00 seorang.Manakala bagi ahli bersekutu pula ialah sebanyak RM3.00 seorang.Untuk ahli tanggungan pula ialah sebanyak RM1.00 sahaja. Ahli tanggungan ialah ketika yuran dijelaskan, ahli berkenaan berada dalam tanggungan nafkah atau di bawah jagaan seorang ahli yang lain (Perlembagaan PERTIS, Perkara 5 (3)).Untuk ahli-ahli peringkat wilayah, pembayaran yuran boleh dibuat kepada bendahari di wilayah-wilayah masing-masing.Manakala bagi ahli PERTIS pusat pula, pembayaran yuran boleh dilakukan kepada bendahari pusat.Tarikh akhir untuk membuat pembayaran yuran ialah pada 30 Jun.


3. Pengumuman Daripada PERTIS Wilayah Negeri Sembilan

3.1 Sukacita dimaklumkan bahawa PWNSDK akan mengadakan satu lawatan muhibbah ke Negeri Kelantan Darul Naim dan Ke Negeri Terengganu Darul Imaan. Justeru itu, PWNSDK mengalu-alukan pendaftaran kepada yang berminat untuk menyertai lawatan tersebut. Maklumat lawatan adalah seperti berikut:
Tarikh : 21-23 Mac 2014/19-21 Jamadil-Awwal 1435
Masa : 3 hari
Hari : Jumaat-Ahad
Syarat-syarat pendaftaran adalah seperti berikut:
 Telah menjelaskan yuran semasa tahunan dan yuran tertunggak PERTIS.
 Keutamaan ahli yang aktif dengan aktiviti PWNSDK.
 Pendaftaran diangap sah sekiranya Telah menjelaskan wang pendaftaran, memberikan nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit untuk dihubungi. Wang pendaftaran adalah seperti berikut:
- Ahli PWNSDK = RM 50.00 seorang
Anak ahli PWNSDK yang memerlukan tempat duduk = RM 25.00 seorang
- Ahli PERTIS Pusat = RM 70.00 seorang
Anak ahli PERTIS Pusat yang memerlukan tempat duduk = RM 35.00 seorang
- Bukan ahli PERTIS = RM 200.00 seorang
 Pendaftaran dibuka pada tarikh 27 Januari 2014 sehingga 28 Februari 2014
 Perhatian: sekiranya telah berdaftar, Wang pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya tuan/puan membatalkan lawatan.
 Pendaftaran hendaklah dibuat kepada Ustaz Mohd Nasir bin Haji Muhammed Yusoff, Bendahari Kehormat PERTIS Pusat merangkap Penyelaras PERTIS Wilayah Negeri Sembilan di talian 019-3941441
 Sebagai makluman awal, tempat penginapan secara dorm disediakan di mana 10 orang didalam 1 dorm. Untuk jadual penuh akan dimaklumkan kemudian.
 Sehubungan itu, dengan sokongan daripada ahli PERTIS Pusat dan ahli PWNSDK terhadap program yang dianjurkan sebelum ini, pihak PWNSDK membuka pendaftaran kepada 20 orang ahli PERTIS Pusat dan 20 orang kepada ahli PWNSDK. Cepat! Tempat adalah terhat.


4. Pengumuman Pelbagai Tabung Amal PERTIS.

4.1 TABUNG PREMIS PERTIS

Untuk rekod, Tabung Premis PERTIS telah dilancarkan oleh Yang Dipertua PERTIS pada 21 Sya’ban 1434Hijrah bersamaan 30Jun 2013 Masihi bersempena Majlis Di Ambang Ramadhan Al Mubarak. Tabung khas ini adalah antara pelbagai usaha dan perancangan pengumpulan dana ke arah pembelian premis Persatuan. Justeru, sumbangan berterusan berbentuk kewangan, barangan berharga, wasiat, zakat dan apa juga jenis sumbangan amatlah dialu-alukan daripada semua ahli juga bukan ahli PERTIS. Sumbangan bolehlah disalurkan ke Ibu Pejabat PERTIS yang beralamat di “No. 32A, Jalan 6/21D, Taman Ibu Kota, 53100 Gombak, Kuala Lumpur” atau berhubung terus dengan Ibu Pejabat di talian, 03-4021 2631 (jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, hari Isninhingga hari Jumaat). Semoga Allah SWT akan melimah gantikan juga mengurniakan sesuatu yang lebih baik lagi bernilai daripada apa yang telah dan akan disumbangkan.

4.2 TABUNG KEBAJIKAN AHLI-AHLI TERBENCANA

Dimaklumkan bahawa pengwujudan tabung adalah dengan misi dan objektif membantu ahli-ahli Persatuan yang ditimpa musibah, bencana, terlantar sakit atau seumpamanya. Tabung kebajikan khas ini akan diaktifkan secara berterusan dan dikendalikan oleh Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS. Sumbangan derma berbentuk kewangan atau barangan bolehlah disalurkan kepada Cik Lele Suyarni binti Omar di talian bimbitnya, 019-254 4212 atau talian pejabat MAB, 03-2272 2672/2677.

4.3 Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud, “Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangai itu pula mengandungi seratus biji.Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah maha luas kurniaannya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” – hari ini kita embantu insan lain, esok mungkin insan lain pula membantu kita!!


5. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

5.1 Kemas Kini Maklumat Ahli.

Ibu pejabat PERTIS memohon kerjasama daripada semua ahli agar dapat mengemas kini maklumat mengenai keahlian masing-masing seperti alamat tempat tinggal terkini, nombor telefon, alamat email dan sebagainya.Semua maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada pembantu hal ehwal pentadbiran/kewangan, En.Mohamad Azim firdaus di talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat.


Peringatan:

1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950),sila maklumkannya kepada Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

2. Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


Diselaraskan oleh

(Zakaria bin Yahya)
Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)



Monday, 10 February 2014

Pengumuman Mingguan PERTIS




Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 10 Februari 2014, bersamaan 10 Rabi’ul-Akhir 1435 Hijrah.


Pengumuman Terkini

1. Hebahan Majlis Tilawah Alquran Peringkat Wilayah Persekutuan.

1.1 Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

1.2 Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan akan menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2014M/1435H. Majlis ini adalah untuk memilih Qari dan Qariah yang akan mewakili Wilayah Persekutuan ke Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan.

1.3 Sehubungan dengan itu, Jabatan ini berbesar hati memohon kerjasama Y.Bhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan untuk membuat hebahan kepada sesiapa yang berminat menyertai majlis ini berhubung perkara berikut:-

i. Borang Penyertaan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2014M/1435H telah diedarkan mulai 15 Januari 2014 dan boleh diperolehi melalui laman web Jabatan ini:

http://www.jawi.gov.my/
atau Urus setia di alamat seperti berikut :-

Urus setia Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2014M/1435H
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tingkat 5 Timur, Menara Pusat Islam, Jalan Perdana
50676 Kuala Lumpur.
Telefon: 03 22749333 samb. 1525/1523/1503

ii. Borang penyertaan yang telah lengkap diisi, hendaklah dikembalikan kepada urus setia pada atau sebelum 14 Februari 2014 dan sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan urus setia seperti alamat di atas.

1.4 Bersama-sama ini disertakan syarat-syarat penyertaan untuk diiklankan kepada sesiapa yang berminat menyertai majlis ini.

1.5 Kerjasama serta perhatian Y. Bhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,

MOHD. KASSIM BIN MAAROF
Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
No. Tel.: 03-22749333 sam. 1013.
No. Fax.: 03-22731575.


1.6 Untuk ahli PERTIS yang berminat, anda boleh mendapatkan borang penyertaan tilawah serta syarat-syarat penuh penyertaan dengan menghubungi Cik Siti Haida di talian ibu pejabat PERTIS 03-40212631 pada waktu pejabat.


2. Jemputan Daripada Cikgu Rubiah Abu Amin.

Salam hormat dari cikgu rubiah kepada semua. Saya dengan segala rendah hati ingin menjemput anda semua ke majlis kesyukuran dan doa selamat serta majlis promosi "Orchard Homestay Hulu Langat" pada hari ahad 16 febuari 2014 masihi bersamaan 16 rabiul-akhir 1435 hijrah.. Majlis bermula pada jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang yang bertempat di Dewan Santika, Lot670 Orchard Homestay, lorong HJ Bajuri, KG.Jawa, batu 18.5, Hulu Langat Selangor. Perkhidmatan bas di sediakan pada 8 pagi di kompleks mab.. Untuk pendaftaran, bolehlah hubungi Muhamad firdaus bin hairi di talian 0192021931, atau saudari nur azurah binti aziz di talian 0176968297, atau saudara mohd shafiri di talian 0122002140.. Pendaftaran adalah percuma dan terbuka untuk semua.. Saling berkenalan, rapatkan persahabatan, kukuhkan persaudaraan, eratkan hubungan, kuatkan perpaduan.


Pengumuman Ulangan





1. Jawatan Kosong Di Ibu Pejabat PERTIS Malaysia

1.1 Sukacita dimaklumkan, terdapat satu kekosongan jawatan di ibu pejabat PERTIS Malaysia iaitu jawatan pembantu am.

1.2 Antara tugas utama untuk jawatan ini ialah bertanggungjawab terhadap kebersihan dalam pejabat serta melaksanakan tugasn luar pejabat seperti urusan di bank, pejabat pos dan sebagainya.

1.3 Gaji permulaan yang ditawarkan setelah disahkan dalam jawatan ialah RM 900.00. Pemegang jawatan ini juga layak untuk mendapatkan faedah tuntutan perubatan berdasarkan terma dan syarat di samping KWSP dan PERKESO.

1.4 Antara syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

(1) Berkelulusan sekurang-kurangnya SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya lulus Bahasa Melayu;

(2) Mempunyai kadar penglihatan sekurang-kurangnya penglihatan terhad B2 (rabun);

(3) Boleh menulis dan membaca tulisan biasa dengan lancar;

(4) Sanggup melaksanakan kerja luar pejabat pada bila-bila masa;

(5) Kebolehan memandu kenderaan akan merupakan kelebihan yang akan diberikan pertimbangan khusus.

1.5 Mereka yang berminat dipersilakan menghantar permohonan secara bertulis dengan menyertakan surat permohonan, sijil-sijil yang bersangkutan, lain-lain dokumen sokongan jika ada serta sekeping gambar berukuran paspot kepada Setiausaha Agung Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia di alamat, 32A, Jalan 6/21D, Taman Ibu Kota, 53100 Gombak, Kuala Lumpur. Semua permohonan hendaklah sampai ke ibu pejabat PERTIS tidak lewat daripada 21 Februari 2013 (Jumaat).


2. Pakej 1AZAM Daripada KPWKM

Sukacita dimaklumkan dan selaras dengan dasar sosial negara, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) sedang menawarkan bantuan pakej untuk memulakan perusahaan tertentu kepada ahli PERTIS dan juga golongan cacat penglihatan. Kepada mereka yang berminat untuk mendapat info lanjut, sila hubungi Cik Raihah di talian ibu pejabat PERTIS 03-40212631 pada waktu pejabat. Untuk senarai penuh pakej bantuan yang ditawarkan, anda juga boleh melayari laman sesawang PERTIS di pertis-malaysia.blogspot.com. Kepada yang berminat untuk memohon, anda boleh mendaftar dengan Cik Raihah di talian ibu pejabat PERTIS dengan menyatakan nama penuh serta nombor kad pengenalan sebelum 14 Februari ini.



3. Yuran Tahun 2014

Sukacita dimaklumkan iaitu yuran tahunan (kecuali ahli seumur hidup) bagi persatuan ini sudah boleh mula dijelaskan bermula sekarang.Sebagai maklumat, yuran bagi ahli biasa adalah sebanyak RM6.00 seorang.Manakala bagi ahli bersekutu pula ialah sebanyak RM3.00 seorang.Untuk ahli tanggungan pula ialah sebanyak RM1.00 sahaja. Ahli tanggungan ialah ketika yuran dijelaskan, ahli berkenaan berada dalam tanggungan nafkah atau di bawah jagaan seorang ahli yang lain (Perlembagaan PERTIS, Perkara 5 (3)).Untuk ahli-ahli peringkat wilayah, pembayaran yuran boleh dibuat kepada bendahari di wilayah-wilayah masing-masing.Manakala bagi ahli PERTIS pusat pula, pembayaran yuran boleh dilakukan kepada bendahari pusat.Tarikh akhir untuk membuat pembayaran yuran ialah pada 30 Jun.


4. Pengumuman Daripada PERTIS Wilayah Negeri Sembilan

4.1 Sukacita dimaklumkan bahawa PWNSDK akan mengadakan satu lawatan muhibbah ke Negeri Kelantan Darul Naim dan Ke Negeri Terengganu Darul Imaan. Justeru itu, PWNSDK mengalu-alukan pendaftaran kepada yang berminat untuk menyertai lawatan tersebut. Maklumat lawatan adalah seperti berikut:
Tarikh : 21-23 Mac 2014/19-21 Jamadil-Awwal 1435
Masa : 3 hari
Hari : Jumaat-Ahad
Syarat-syarat pendaftaran adalah seperti berikut:
 Telah menjelaskan yuran semasa tahunan dan yuran tertunggak PERTIS.
 Keutamaan ahli yang aktif dengan aktiviti PWNSDK.
 Pendaftaran diangap sah sekiranya Telah menjelaskan wang pendaftaran, memberikan nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit untuk dihubungi. Wang pendaftaran adalah seperti berikut:
- Ahli PWNSDK = RM 50.00 seorang
Anak ahli PWNSDK yang memerlukan tempat duduk = RM 25.00 seorang
- Ahli PERTIS Pusat = RM 70.00 seorang
Anak ahli PERTIS Pusat yang memerlukan tempat duduk = RM 35.00 seorang
- Bukan ahli PERTIS = RM 200.00 seorang
 Pendaftaran dibuka pada tarikh 27 Januari 2014 sehingga 28 Februari 2014
 Perhatian: sekiranya telah berdaftar, Wang pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya tuan/puan membatalkan lawatan.
 Pendaftaran hendaklah dibuat kepada Ustaz Mohd Nasir bin Haji Muhammed Yusoff, Bendahari Kehormat PERTIS Pusat merangkap Penyelaras PERTIS Wilayah Negeri Sembilan di talian 019-3941441
 Sebagai makluman awal, tempat penginapan secara dorm disediakan di mana 10 orang didalam 1 dorm. Untuk jadual penuh akan dimaklumkan kemudian.
 Sehubungan itu, dengan sokongan daripada ahli PERTIS Pusat dan ahli PWNSDK terhadap program yang dianjurkan sebelum ini, pihak PWNSDK membuka pendaftaran kepada 20 orang ahli PERTIS Pusat dan 20 orang kepada ahli PWNSDK. Cepat! Tempat adalah terhat.


5. Pengumuman Pelbagai Tabung Amal PERTIS.

5.1 TABUNG PREMIS PERTIS

Untuk rekod, Tabung Premis PERTIS telah dilancarkan oleh Yang Dipertua PERTIS pada 21 Sya’ban 1434Hijrah bersamaan 30Jun 2013 Masihi bersempena Majlis Di Ambang Ramadhan Al Mubarak. Tabung khas ini adalah antara pelbagai usaha dan perancangan pengumpulan dana ke arah pembelian premis Persatuan. Justeru, sumbangan berterusan berbentuk kewangan, barangan berharga, wasiat, zakat dan apa juga jenis sumbangan amatlah dialu-alukan daripada semua ahli juga bukan ahli PERTIS. Sumbangan bolehlah disalurkan ke Ibu Pejabat PERTIS yang beralamat di “No. 32A, Jalan 6/21D, Taman Ibu Kota, 53100 Gombak, Kuala Lumpur” atau berhubung terus dengan Ibu Pejabat di talian, 03-4021 2631 (jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, hari Isninhingga hari Jumaat). Semoga Allah SWT akan melimah gantikan juga mengurniakan sesuatu yang lebih baik lagi bernilai daripada apa yang telah dan akan disumbangkan.

5.2 TABUNG KEBAJIKAN AHLI-AHLI TERBENCANA

Dimaklumkan bahawa pengwujudan tabung adalah dengan misi dan objektif membantu ahli-ahli Persatuan yang ditimpa musibah, bencana, terlantar sakit atau seumpamanya. Tabung kebajikan khas ini akan diaktifkan secara berterusan dan dikendalikan oleh Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS. Sumbangan derma berbentuk kewangan atau barangan bolehlah disalurkan kepada Cik Lele Suyarni binti Omar di talian bimbitnya, 019-254 4212 atau talian pejabat MAB, 03-2272 2672/2677.

5.3 Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud, “Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangai itu pula mengandungi seratus biji.Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah maha luas kurniaannya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” – hari ini kita embantu insan lain, esok mungkin insan lain pula membantu kita!!


6. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

6.1 Kemas Kini Maklumat Ahli.

Ibu pejabat PERTIS memohon kerjasama daripada semua ahli agar dapat mengemas kini maklumat mengenai keahlian masing-masing seperti alamat tempat tinggal terkini, nombor telefon, alamat email dan sebagainya.Semua maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada pembantu hal ehwal pentadbiran/kewangan, En.Mohamad Azim firdaus di talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat.


Peringatan:

1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950),sila maklumkannya kepada Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

2. Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


Diselaraskan oleh

(Zakaria bin Yahya)
Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)


Tuesday, 4 February 2014

Pengumuman Mingguan PERTIS



Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 3 Februari 2014, bersamaan 3 Rabi’ul-Akhir 1435 Hijrah.


Pengumuman Terkini

1. Majlis Sambutan Maulidul Rasul PERTIS Pusat 1435 Hijrah

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak PERTIS melalui biro pendidikan dan pembangunan ummah akan mengadakan majlis sambutanMauludirrasul pada 9 Februari 2014 yaitu pada hari Ahad jam 9.30 pagi bertempat di Dewan Dr Ismail Mat Salleh Kompleks MAB, Brickfields Kuala Lumpur. Sehubungan dengan itu, PERTIS ingin menjemput semua ahli dan bukan ahli untuk menghadiri majlis tersebut. sebarang pertanyaan dan maklumat anda bolehlah menghubungi En Zamzuri di talian 019-3869700.


2. Pakej 1AZAM Daripada KPWKM

Sukacita dimaklumkan dan selaras dengan dasar sosial negara, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) sedang menawarkan bantuan pakej untuk memulakan perusahaan tertentu kepada ahli PERTIS dan juga golongan cacat penglihatan. Kepada mereka yang berminat untuk mendapat info lanjut, sila hubungi Cik Raihah di talian ibu pejabat PERTIS 03-40212631 pada waktu pejabat. Untuk senarai penuh pakej bantuan yang ditawarkan, anda juga boleh melihatnya menerusi laman sesawang ini. Kepada yang berminat untuk memohon, anda boleh mendaftar dengan Cik Raihah di talian ibu pejabat PERTIS dengan menyatakan nama penuh serta nombor kad pengenalan sebelum 14 Februari ini.


Pengumuman Ulangan

1. Jawatan Kosong Di Ibu Pejabat PERTIS Malaysia

1.1 Sukacita dimaklumkan, terdapat satu kekosongan jawatan di ibu pejabat PERTIS Malaysia iaitu jawatan pembantu am.

1.2 Antara tugas utama untuk jawatan ini ialah bertanggungjawab terhadap kebersihan dalam pejabat serta melaksanakan tugasn luar pejabat seperti urusan di bank, pejabat pos dan sebagainya.

1.3 Gaji permulaan yang ditawarkan setelah disahkan dalam jawatan ialah RM 900.00. Pemegang jawatan ini juga layak untuk mendapatkan faedah tuntutan perubatan berdasarkan terma dan syarat di samping KWSP dan PERKESO.

1.4 Antara syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

(1) Berkelulusan sekurang-kurangnya SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya lulus Bahasa Melayu;

(2) Mempunyai kadar penglihatan sekurang-kurangnya penglihatan terhad B2 (rabun);

(3) Boleh menulis dan membaca tulisan biasa dengan lancar;

(4) Sanggup melaksanakan kerja luar pejabat pada bila-bila masa;

(5) Kebolehan memandu kenderaan akan merupakan kelebihan yang akan diberikan pertimbangan khusus.

1.5 Mereka yang berminat dipersilakan menghantar permohonan secara bertulis dengan menyertakan surat permohonan, sijil-sijil yang bersangkutan, lain-lain dokumen sokongan jika ada serta sekeping gambar berukuran paspot kepada Setiausaha Agung Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia di alamat, 32A, Jalan 6/21D, Taman Ibu Kota, 53100 Gombak, Kuala Lumpur. Semua permohonan hendaklah sampai ke ibu pejabat PERTIS tidak lewat daripada 21 Februari 2013 (Jumaat).


2. Yuran Tahun 2014

Sukacita dimaklumkan iaitu yuran tahunan (kecuali ahli seumur hidup) bagi persatuan ini sudah boleh mula dijelaskan bermula sekarang.Sebagai maklumat, yuran bagi ahli biasa adalah sebanyak RM6.00 seorang.Manakala bagi ahli bersekutu pula ialah sebanyak RM3.00 seorang.Untuk ahli tanggungan pula ialah sebanyak RM1.00 sahaja. Ahli tanggungan ialah ketika yuran dijelaskan, ahli berkenaan berada dalam tanggungan nafkah atau di bawah jagaan seorang ahli yang lain (Perlembagaan PERTIS, Perkara 5 (3)).Untuk ahli-ahli peringkat wilayah, pembayaran yuran boleh dibuat kepada bendahari di wilayah-wilayah masing-masing.Manakala bagi ahli PERTIS pusat pula, pembayaran yuran boleh dilakukan kepada bendahari pusat.Tarikh akhir untuk membuat pembayaran yuran ialah pada 30 Jun.


3. Pengumuman Daripada PERTIS Wilayah Negeri Sembilan

3.1 Pihak PERTIS Wilayah Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli dan bukan ahli PERTIS yang telah menghadiri Program Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada 25 Januari yang lalu. Semoga Allah merahmati dan memberi kelapangan kepada tuan/puan untuk menghadiri program yang dianjurkan pada masa akan datang.
3.2 Sukacita dimaklumkan bahawa PWNSDK akan mengadakan satu lawatan muhibbah ke Negeri Kelantan Darul Naim dan Ke Negeri Terengganu Darul Imaan. Justeru itu, PWNSDK mengalu-alukan pendaftaran kepada yang berminat untuk menyertai lawatan tersebut. Maklumat lawatan adalah seperti berikut:
Tarikh : 21-23 Mac 2014/19-21 Jamadil-Awwal 1435
Masa : 3 hari
Hari : Jumaat-Ahad
Syarat-syarat pendaftaran adalah seperti berikut:
 Telah menjelaskan yuran semasa tahunan dan yuran tertunggak PERTIS.
 Keutamaan ahli yang aktif dengan aktiviti PWNSDK.
 Pendaftaran diangap sah sekiranya Telah menjelaskan wang pendaftaran, memberikan nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit untuk dihubungi. Wang pendaftaran adalah seperti berikut:
- Ahli PWNSDK = RM 50.00 seorang
Anak ahli PWNSDK yang memerlukan tempat duduk = RM 25.00 seorang
- Ahli PERTIS Pusat = RM 70.00 seorang
Anak ahli PERTIS Pusat yang memerlukan tempat duduk = RM 35.00 seorang
- Bukan ahli PERTIS = RM 200.00 seorang
 Pendaftaran dibuka pada tarikh 27 Januari 2014 sehingga 28 Februari 2014
 Perhatian: sekiranya telah berdaftar, Wang pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya tuan/puan membatalkan lawatan.
 Pendaftaran hendaklah dibuat kepada Ustaz Mohd Nasir bin Haji Muhammed Yusoff, Bendahari Kehormat PERTIS Pusat merangkap Penyelaras PERTIS Wilayah Negeri Sembilan di talian 019-3941441
 Sebagai makluman awal, tempat penginapan secara dorm disediakan di mana 10 orang didalam 1 dorm. Untuk jadual penuh akan dimaklumkan kemudian.
 Sehubungan itu, dengan sokongan daripada ahli PERTIS Pusat dan ahli PWNSDK terhadap program yang dianjurkan sebelum ini, pihak PWNSDK membuka pendaftaran kepada 20 orang ahli PERTIS Pusat dan 20 orang kepada ahli PWNSDK. Cepat! Tempat adalah terhat.


4. Pengumuman Pelbagai Tabung Amal PERTIS.

4.1 TABUNG PREMIS PERTIS

Untuk rekod, Tabung Premis PERTIS telah dilancarkan oleh Yang Dipertua PERTIS pada 21 Sya’ban 1434Hijrah bersamaan 30Jun 2013 Masihi bersempena Majlis Di Ambang Ramadhan Al Mubarak. Tabung khas ini adalah antara pelbagai usaha dan perancangan pengumpulan dana ke arah pembelian premis Persatuan. Justeru, sumbangan berterusan berbentuk kewangan, barangan berharga, wasiat, zakat dan apa juga jenis sumbangan amatlah dialu-alukan daripada semua ahli juga bukan ahli PERTIS. Sumbangan bolehlah disalurkan ke Ibu Pejabat PERTIS yang beralamat di “No. 32A, Jalan 6/21D, Taman Ibu Kota, 53100 Gombak, Kuala Lumpur” atau berhubung terus dengan Ibu Pejabat di talian, 03-4021 2631 (jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, hari Isninhingga hari Jumaat). Semoga Allah SWT akan melimah gantikan juga mengurniakan sesuatu yang lebih baik lagi bernilai daripada apa yang telah dan akan disumbangkan.

4.2 TABUNG KEBAJIKAN AHLI-AHLI TERBENCANA

Dimaklumkan bahawa pengwujudan tabung adalah dengan misi dan objektif membantu ahli-ahli Persatuan yang ditimpa musibah, bencana, terlantar sakit atau seumpamanya. Tabung kebajikan khas ini akan diaktifkan secara berterusan dan dikendalikan oleh Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS. Sumbangan derma berbentuk kewangan atau barangan bolehlah disalurkan kepada Cik Lele Suyarni binti Omar di talian bimbitnya, 019-254 4212 atau talian pejabat MAB, 03-2272 2672/2677.

4.3 Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud, “Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangai itu pula mengandungi seratus biji.Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah maha luas kurniaannya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” – hari ini kita embantu insan lain, esok mungkin insan lain pula membantu kita!!


5. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

5.1 Kemas Kini Maklumat Ahli.

Ibu pejabat PERTIS memohon kerjasama daripada semua ahli agar dapat mengemas kini maklumat mengenai keahlian masing-masing seperti alamat tempat tinggal terkini, nombor telefon, alamat email dan sebagainya.Semua maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada pembantu hal ehwal pentadbiran/kewangan, En.Mohamad Azim firdaus di talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat.





6. Pengumuman Daripada Lain-lain Organisasi

6.1 Pengumuman Daripada Persatuan Sukan Orng Buta Negeri Selangor

Persatuan Sukan Orng Buta Negeri Selangor akan mengadakan ceramah
sukan dan kesihatan seperti berikut:

Trik: 8Februari 2014 (Sabtu)
Masa: 9:00 pagi
Tempat: Dewan Rukun Tetangga Brickfields
Penceramah: Pegawa Sukan MSN dan Pakar Pemakanan
Yuran: RM 2

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Abul Faris Bi Mohd Ali di talian 017 5159764


Peringatan:

1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950),sila maklumkannya kepada Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

2. Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


Diselaraskan oleh

(Zakaria bin Yahya)
Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)



Pakej 1AZAM Daripada KPWKM




Sukacita dimaklumkan dan selaras dengan dasar sosial negara, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) sedang menawarkan bantuan pakej untuk memulakan perusahaan terpilih kepada ahli PERTIS dan juga golongan cacat penglihatan. Kepada mereka yang berminat untuk mendapat info lanjut, sila hubungi Cik Raihah di talian ibu pejabat PERTIS 03-40212631 pada waktu pejabat. Kepada yang berminat untuk memohon, anda boleh mendaftar dengan Cik Raihah di talian ibu pejabat PERTIS dengan menyatakan nama penuh, alamat terkini serta nombor kad pengenalan sebelum 14 Februari ini.

Pakej yang ditawarkan merangkumi:

Pakej Char Kuey Teow

Pakej Ice Blanded

Pakej Nasi Lemak Kukus

Pakej ABC & Cendol

Pakej Roti John

Pakej Burger

Pakej Air Tebu

Pakej Jagung Manis/ Waffle

Pakej Gorengan Pelbagai

Pakej Kuih Muih

Pakej Sejuk Beku

Pakej Kedai Makan

Pakej Roti Canai

Pakej Jahitan

Pakej Cuci Kereta

Pakej Gunting Rambut

Pakej Mesin Rumput

Pakej Urutan & Refleksologi

Pakej Sejuk Beku

Pakej Spa Secara Mobil

Pakej Katering