Total Pageviews

Wednesday, 29 January 2014

Pengumuman Mingguan PERTIS



Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 27 Januari 2014, bersamaan 25 Rabi’ul-Awwal 1435 Hijrah.


Pengumuman Terkini




1. Jawatan Kosong Di Ibu Pejabat PERTIS Malaysia

1.1 Sukacita dimaklumkan, terdapat satu kekosongan jawatan di ibu pejabat PERTIS Malaysia iaitu jawatan pembantu am.

1.2 Antara tugas utama untuk jawatan ini ialah bertanggungjawab terhadap kebersihan dalam pejabat serta melaksanakan tugasn luar pejabat seperti urusan di bank, pejabat pos dan sebagainya.

1.3 Gaji permulaan yang ditawarkan setelah disahkan dalam jawatan ialah RM 900.00. Pemegang jawatan ini juga layak untuk mendapatkan faedah tuntutan perubatan berdasarkan terma dan syarat di samping KWSP dan PERKESO.

1.4 Antara syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

(1) Berkelulusan sekurang-kurangnya SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya lulus Bahasa Melayu;

(2) Mempunyai kadar penglihatan sekurang-kurangnya penglihatan terhad B2 (rabun);

(3) Boleh menulis dan membaca tulisan biasa dengan lancar;

(4) Sanggup melaksanakan kerja luar pejabat pada bila-bila masa;

(5) Kebolehan memandu kenderaan akan merupakan kelebihan yang akan diberikan pertimbangan khusus.

1.5 Mereka yang berminat dipersilakan menghantar permohonan secara bertulis dengan menyertakan surat permohonan, sijil-sijil yang bersangkutan, lain-lain dokumen sokongan jika ada serta sekeping gambar berukuran paspot kepada Setiausaha Agung Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia di alamat, 32A, Jalan 6/21D, Taman Ibu Kota, 53100 Gombak, Kuala Lumpur. Semua permohonan hendaklah sampai ke ibu pejabat PERTIS tidak lewat daripada 21 Februari 2013 (Jumaat).


2. Yuran Tahun 2014

Sukacita dimaklumkan iaitu yuran tahunan (kecuali ahli seumur hidup) bagi persatuan ini sudah boleh mula dijelaskan bermula sekarang.Sebagai maklumat, yuran bagi ahli biasa adalah sebanyak RM6.00 seorang.Manakala bagi ahli bersekutu pula ialah sebanyak RM3.00 seorang.Untuk ahli tanggungan pula ialah sebanyak RM1.00 sahaja. Ahli tanggungan ialah ketika yuran dijelaskan, ahli berkenaan berada dalam tanggungan nafkah atau di bawah jagaan seorang ahli yang lain (Perlembagaan PERTIS, Perkara 5 (3)).Untuk ahli-ahli peringkat wilayah, pembayaran yuran boleh dibuat kepada bendahari di wilayah-wilayah masing-masing.Manakala bagi ahli PERTIS pusat pula, pembayaran yuran boleh dilakukan kepada bendahari pusat.Tarikh akhir untuk membuat pembayaran yuran ialah pada 30 Jun.


3. Pengumuman Daripada PERTIS Wilayah Negeri Sembilan

3.1 Pihak PERTIS Wilayah Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli dan bukan ahli PERTIS yang telah menghadiri Program Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada 25 Januari yang lalu. Semoga Allah merahmati dan memberi kelapangan kepada tuan/puan untuk menghadiri program yang dianjurkan pada masa akan datang.
3.2 Sukacita dimaklumkan bahawa PWNSDK akan mengadakan satu lawatan muhibbah ke Negeri Kelantan Darul Naim dan Ke Negeri Terengganu Darul Imaan. Justeru itu, PWNSDK mengalu-alukan pendaftaran kepada yang berminat untuk menyertai lawatan tersebut. Maklumat lawatan adalah seperti berikut:
Tarikh : 21-23 Mac 2014/19-21 Jamadil-Awwal 1435
Masa : 3 hari
Hari : Jumaat-Ahad
Syarat-syarat pendaftaran adalah seperti berikut:
 Telah menjelaskan yuran semasa tahunan dan yuran tertunggak PERTIS.
 Keutamaan ahli yang aktif dengan aktiviti PWNSDK.
 Pendaftaran diangap sah sekiranya Telah menjelaskan wang pendaftaran, memberikan nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit untuk dihubungi. Wang pendaftaran adalah seperti berikut:
- Ahli PWNSDK = RM 50.00 seorang
Anak ahli PWNSDK yang memerlukan tempat duduk = RM 25.00 seorang
- Ahli PERTIS Pusat = RM 70.00 seorang
Anak ahli PERTIS Pusat yang memerlukan tempat duduk = RM 35.00 seorang
- Bukan ahli PERTIS = RM 200.00 seorang
 Pendaftaran dibuka pada tarikh 27 Januari 2014 sehingga 28 Februari 2014
 Perhatian: sekiranya telah berdaftar, Wang pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya tuan/puan membatalkan lawatan.
 Pendaftaran hendaklah dibuat kepada Ustaz Mohd Nasir bin Haji Muhammed Yusoff, Bendahari Kehormat PERTIS Pusat merangkap Penyelaras PERTIS Wilayah Negeri Sembilan di talian 019-3941441
 Sebagai makluman awal, tempat penginapan secara dorm disediakan di mana 10 orang didalam 1 dorm. Untuk jadual penuh akan dimaklumkan kemudian.
 Sehubungan itu, dengan sokongan daripada ahli PERTIS Pusat dan ahli PWNSDK terhadap program yang dianjurkan sebelum ini, pihak PWNSDK membuka pendaftaran kepada 20 orang ahli PERTIS Pusat dan 20 orang kepada ahli PWNSDK. Cepat! Tempat adalah terhat.


4. Pengumuman Daripada Lain-lain Organisasi

4.1 Pengumuman Daripada Persatuan Sukan Orng Buta Negeri Selangor

Persatuan Sukan Orng Buta Negeri Selangor akan mengadakan ceramah
sukan dan kesihatan seperti berikut:

Trik: 8Februari 2014 (Sabtu)
Masa: 9:00 pagi
Tempat: Dewan Rukun Tetangga Brickfields
Penceramah: Pegawa Sukan MSN dan Pakar Pemakanan
Yuran: RM 2

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Abul Faris Bi Mohd Ali di talian 017 5159764


Pengumuman Ulangan


1. Pelbagai Tabung Amal PERTIS.

1.1 TABUNG PREMIS PERTIS

Untuk rekod, Tabung Premis PERTIS telah dilancarkan oleh Yang Dipertua PERTIS pada 21 Sya’ban 1434Hijrah bersamaan 30Jun 2013 Masihi bersempena Majlis Di Ambang Ramadhan Al Mubarak. Tabung khas ini adalah antara pelbagai usaha dan perancangan pengumpulan dana ke arah pembelian premis Persatuan. Justeru, sumbangan berterusan berbentuk kewangan, barangan berharga, wasiat, zakat dan apa juga jenis sumbangan amatlah dialu-alukan daripada semua ahli juga bukan ahli PERTIS. Sumbangan bolehlah disalurkan ke Ibu Pejabat PERTIS yang beralamat di “No. 32A, Jalan 6/21D, Taman Ibu Kota, 53100 Gombak, Kuala Lumpur” atau berhubung terus dengan Ibu Pejabat di talian, 03-4021 2631 (jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, hari Isninhingga hari Jumaat). Semoga Allah SWT akan melimah gantikan juga mengurniakan sesuatu yang lebih baik lagi bernilai daripada apa yang telah dan akan disumbangkan.

1.2 TABUNG KEBAJIKAN AHLI-AHLI TERBENCANA

Dimaklumkan bahawa pengwujudan tabung adalah dengan misi dan objektif membantu ahli-ahli Persatuan yang ditimpa musibah, bencana, terlantar sakit atau seumpamanya. Tabung kebajikan khas ini akan diaktifkan secara berterusan dan dikendalikan oleh Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS. Sumbangan derma berbentuk kewangan atau barangan bolehlah disalurkan kepada Cik Lele Suyarni binti Omar di talian bimbitnya, 019-254 4212 atau talian pejabat MAB, 03-2272 2672/2677.

1.3 Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud, “Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangai itu pula mengandungi seratus biji.Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah maha luas kurniaannya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” – hari ini kita embantu insan lain, esok mungkin insan lain pula membantu kita!!

2. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

2.1 Kemas Kini Maklumat Ahli.

Ibu pejabat PERTIS memohon kerjasama daripada semua ahli agar dapat mengemas kini maklumat mengenai keahlian masing-masing seperti alamat tempat tinggal terkini, nombor telefon, alamat email dan sebagainya.Semua maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada pembantu hal ehwal pentadbiran/kewangan, En.Mohamad Azim firdaus di talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat.





Peringatan:

1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950),sila maklumkannya kepada Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

2. Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


Diselaraskan oleh

(Zakaria bin Yahya)
Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)



Monday, 6 January 2014

Pengumuman Mingguan PERTIS



Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 6 Januari 2014, bersamaan 4 Rabi’ul-Awwal 1435 Hijrah.


Pengumuman Terkini

1. Majlis Sambutan Maulidul Rasul Peringkat PERTIS Negeri Sembilan



PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul – Khusus (PWNSDK) akan mengadakanMajlis Sambutan Maulidur-Rasul 1435 Hijriah seperti berikut:

Tarikh: 25Januari 2014/23 Rabiul-Awwal1435
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 Pagi
Tempat: Pejabat PWNSDK, No 16, Taman Syukor Ampangan Seremban.
Bas disediakan di MAB
Sarapan pagi turut disediakan. Kepada yang berminat boleh medaftar sekarang!
Sila hubungi/SMS Ustaz Mohd Nasir bin Haji Muhammed Yusoff Bendahari Kehormat PERTIS merangkap Penyelaras PWNSDK ditalian 019-3941441.

Antara pengisian majlis adalah seperti berikut:

 Bacaan Barzanji
 Ceramah Maulidur-Rasul oleh Ustaz Jasni bin Ajom, Penolong Pegawai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
 Ucapan Pengurusi Penganjur
 Ucapan perasmian penutup
 Jamuan Tengah hari
 Solat Zohor dan bersurai


2. Yuran Tahun 2014

Sukacita dimaklumkan iaitu yuran tahunan (kecuali ahli seumur hidup) bagi persatuan ini sudah boleh mula dijelaskan bermula sekarang. Sebagai maklumat, yuran bagi ahli biasa adalah sebanyak RM6.00 seorang. Manakala bagi ahli bersekutu pula ialah sebanyak RM3.00 seorang. Untuk ahli tanggungan pula ialah sebanyak RM1.00 sahaja. Ahli tanggungan ialah ketika yuran dijelaskan, ahli berkenaan berada dalam tanggungan nafkah atau di bawah jagaan seorang ahli yang lain (Perlembagaan PERTIS, Perkara 5 (3)). Untuk ahli-ahli peringkat wilayah, pembayaran yuran boleh dibuat kepada bendahari di wilayah-wilayah masing-masing. Manakala bagi ahli PERTIS pusat pula, pembayaran yuran boleh dilakukan kepada bendahari pusat. Tarikh akhir untuk membuat pembayaran yuran ialah pada 30 Jun.


3. Pengumuman Daripada Lain-lain Organisasi

3.1 Pengumuman dari Persatuan Kebajikan OKU Penglihatan Bekerja Sendiri Kuala Lumpur (PKB)

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Aktiviti Majlis Rumah Terbuka PKB yang sepatutnya diadakan pada hari Ahad, 19hb Januari 2014 telah dijadualkan semula. Aktiviti ini telahpun ditunda ke hari Ahad, 23hb Februari 2014 bertempat di Dewan dan Dataran Rukun Tetangga Brickfields, Kuala Lumpur. Pelbagai acara akan diadakan. Antaranya, persembahan pancaragam secara langsung. Semua warga OKU penglihatan (Ahli mahupun bukan ahli) adalah dijemput hadir. Majlis akan bermula dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Bagi anda yang ingin menghulurkan sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan ataupun makanan, anda adalah digalakkan untuk berbuat demikian dan bedrhubung terus sama ada dengan mana-mana Ahli Jawatankuasa PKB ataupun Yang Mulia Raja Zainudin Bin Raja Ghazali, Pengerusi PKB di talian bimbitnya, 019-3013455. Segala kesulitan ini amatlah dikesali.


Peringatan:

1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950),sila maklumkannya kepada Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

2. Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


Diselaraskan oleh

(Zakaria bin Yahya)
Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)