Total Pageviews

Tuesday, 25 November 2014

Makluman terkini Pertis

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS).  Membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 24 November  2014 Masihi bersamaan 1 Saffar 1436 Hijrah.(Isnin)

 

Pengumuman Terkini

 

1.         Pengumuman dari ibu pejabat Pertis.

 

1.1 Temuduga Jawatan Secara Kontrak.

Pihak PERTIS telah  mengadakan sesi temuduga untuk jawatan secara kontrak.

 

Temuduga tersebut telah di jalankan pada30 Muharram 1436 Hijrah  bersamaan  23 November (ahad)Bertempat di ibu pejabat PERTIS.

 

Empat orang calun telah hadir ke sesi temuduga tersebut.

 

Keputusannya akan diketahui insya Allah dalam masa  seminggu dua lagi.

 

1.2 Bengkel Smart Solat.

 

Sebagaimana yang telah di umumkan sebelum ini, Bahagian Pembangunan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) dengan kerjasama  Biro Pendidikan Dan Dakwah PERTIS Pusat akan menganjurkan  Bengkel Smart Solat. Bengkel tersebut akan di jalankan seperti berikut:

 

Tarikh: 6 Saffar  1436 Hijrah bersamaan 29 November 2014 Masihi, Hari sabtu.

Tempat: Surau, Persatuan Orang Buta Malaysia, Malaysian association For The Blind MAB, Kompleks MAB, Jalan Tebing Of Jalan Tun Sambathan 4, Brickfields, Kuala Lumpur.

Masa: Bengkel akan bermula jam 7.30 pagi dengan pendaftaran para peserta dan dijangka tamat pada jam 5.00 petang.

 

Bengkel ini juga akan melibatkan praktikal (amali) solat bagi memantapkan lagi solat kita.

 

Kepada mereka yang telah berdaftar untuk mengikuti program tersebut di harap dapat   hadirkan diri pada tarikh, tempat dan masa seperti yang tertera di atas.

 

Sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi Pengerusi Biro Pendidikan dan Dakwah, iaitu Encik Wan Mohd Suhaimi bin Wan Mohd Zawil Abidin di talian bimbitnya, 013-4030531

 

1.3. Kelas Alquran Braille.

 

Pendaftaran untuk kelas Asas al-Quran Braille sesi baharu anjuran Biro Pendidikan dan Dakwah PERTIS Pusat masih di buka kepada semua ahli yang berhasrat untuk mengikuti kelas tersebut.

 

Kelas Al quran  akan di mulakan pada awal  januari 2015. Sila  berdaftar dengan Pengerusi Biro Pendidikan Dan Dakwah, iaitu Encik Wan Mohd Suhaimi bin Wan Mohd Zawil Abidin di talian bimbitnya, 013-4030531 melalui panggilan telefon atau SMS.

 

 Pendaftaran melalui pihak lain dianggap tidak sah.

 

2. Pengumuman dari PERTIS Wilayah.

 

2.1 PERTIS Wilayah Trengganu.

 

Ahli Jawatankuasa PERTIS Wilayah Trengganu Darul Iman akan mengadakanMesyuarat Ahli JawatankuasaPERTIS Wilayah Trengganu.

 

Mesyuarat tersebut akan di jalankan seperti berikut:

 

Tarikh: 11 Saffar 1436 Hijrah. Bersamaan 4 Disember 2014 Masihi.(Khamis)

Bertempat: Di bilik mesyuarat Pusat Kegiatan PERTIS Wilayah Trengganu.

Masa: Pukul 10.00 pagi.

 

Peringatan:

 

1.      Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950), sila maklumkannya kepada Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

 

2.      Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS Setiausaha Agong PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat.alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut, email:  rosmelati60@gmail.com,   no. telefon 012 216 3354/013 261 7278 atau  03 2034 7007 pada waktu pejabat.

 

 

 Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat, daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Diselaraskan Oleh

Puan Rosnah BintiHaji   Ahmad

Setiausaha Agung 

Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Tuesday, 11 November 2014

Makluman terkini Pertis

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 10   November  2014 Masihi, bersamaan 17 Muharram  1436 Hijrah.(Isnin)

 

Pengumuman Terkini

 

1. Dari ibu pejabatPERTIS.

 

1.1 Majlis Sambutan Maal Hijrah 1436Hijrah, bersamaan 2014 Masihi.

 

PERTIS melalui Biro Pendidikan Dan Dakwah akan menganjurkan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1436Hijrah bersamaan 2014 Masihi.

 

Majlis tersebut akan di jalankan seperti berikut:

 

Tarikh: 22 Muharram 1436Hijrah  bersamaan  15 November 2014Masihi (hari sabtu)

Tempat: di Dewan Datuk Dr. Ismail Saleh, Persatuan Orang Buta Malaysia, Malaysian association For The Blind MAB, Kompleks MAB, Jalan Tebing Of Jalan Tun Sambathan 4, Brickfields, Kuala Lumpur.

Masa: Majlis akan bermula jam 8.30 pagi dengan pendaftaran para hadirin, dan dijangka tamat pada jam 1.00 petang.

Penceramah jemputan: Insya Allah, Penceramah Jemputan yang bakal menghiasi majlis ini nanti ialah Imam Muda Miril.

Tajuk: “Sambutan Maal Hijriah, Satu Penghayatan atau Rutin Tahunan Yang Wajib Disambut”.

 

Sebanyak 150 kupon  disediakan untuk para ahli bagi tujuan penyediaan  makanan tengah hari. Ahli PERTIS yang ingin menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijriah ini sila berdaftar dengan Pengerusi Biro Pendidikan Dan Dakwah PERTIS  iaitu Encik Wan Mohd Suhaimi bin Wan Mohd Zawil Abidin sahaja di talian bimbitnya, 013-4030531 melalui panggilan telefon atau SMS. Pendaftaran melalui pihak lain dianggap tidak sah.

 

Kupon akan di edarkan atau di beri  pada hari penyemakan  pendaftaran nanti.

 

1.2 Bengkel Smart Solat.

 

Bahagian Pembangunan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) dengan kerjasama  Biro Pendidikan Dan Dakwah PERTIS Pusat akan menganjurkan  Bengkel Smart Solat.

 

Bengkel tersebut akan di jalankan seperti berikut:

 

Tarikh: 6 Saffar  1436 Hijrah bersamaan 29 November 2014 Masihi. Hari sabtu.

Tempat: bertempat di Surau, Persatuan Orang Buta Malaysia, Malaysian association For The Blind MAB, Kompleks MAB, Jalan Tebing Of Jalan Tun Sambathan 4, Brickfields, Kuala Lumpur.

Masa: Bengkel akan bermula jam 7.30 pagi dengan pendaftaran para peserta dan dijangka tamat pada jam 5.00 petang.

 

Bengkel ini juga akan melibatkan praktikal (amali) solat bagi memantapkan lagi solat kita.

 

Para ahli yang berminat untuk menyertai bengkel ini sila hubungi Pengerusi Biro Pendidikan dan Dakwah, iaitu Encik Wan Mohd Suhaimi bin Wan Mohd Zawil Abidin sahaja di talian bimbitnya, 013-4030531 dengan mengemukakan nama Penuh dan nombor kad Pengenalan para peserta untuk tujuan penyediaan sijil.

 

Insya Allah sijil akan disediakan oleh Pihak JAWI pada akhir  bengkel ini.

 

Pendaftaran melalui pihak lain dianggap tidak sah.

 

Hanya 50 orang peserta sahaja buat masa ini dibuka untuk menyertai bengkel ini.

 

Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat penambahan kuota, ianya akan diwar-warkan semula di dalam telemaklumat ini. sila ikutinya dari semasa ke semasa.

 

1.3Kelas Alquran Braille.

 

Kelas Asas al-Quran Braille sesi baharu akan dibuka kepada para ahli PERTIS. Ia akan dijalankan pada awal Januari 2015.

 

Kepada para ahli yang berminat untuk mengikuti kelas asas al-Quran Braille ini, sila  berdaftar dengan Pengerusi Biro Pendidikan Dan Dakwah, iaitu Encik Wan Mohd Suhaimi bin Wan Mohd Zawil Abidin sahaja di talian bimbitnya, 013-4030531 melalui panggilan telefon atau SMS.

 

Pendaftaran melalui pihak lain dianggap tidak sah.

 

2. Pengumuman dari  PERTIS Wilayah.

 

2.1 PERTIS Wilayah Negeri Sembilan.

 

Ucapan Terimakasih.

 

PihakPengerusi PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus, mengucapkan terimakasih kepada semua ahli-ahli PERTIS Wilayah Negeri Sembilan DarulKhusus dan ahli-ahli pusat termasuk Wakil Ahli Jawatankuasa Pusat yang telah sudi meruangkan masa hadir ke Majlis Sambutan Maal Hijrah 1436 Hijrah.

 

Majlis tersebut telah dijalankan pada15 Muharram 1436 Hijrah bersamaan 8 November 2014 bersamaan sabtu bertempat di pejabat PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Khusus.

 

Pengerusi PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus, Encik Hairie Aris memohon maaf andai terdapat salah dan silap sepanjang majlis tersebut di jalankan.

 

3. Pengumuman daripada NGO atau persatuan lain.

 

3.1 Pertubuhan Orang Cacat penglihatan Malaysia, Society Of The Blind In Malaysia (SBM)

Atas beberapa sebab  yang tak dapat dielakan Program Sesi Percambahan Fikiran di antara OKU Penglihatan dan  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang sepatutnya dijalankan pada 15 Muharram 1436 Hijrah bersamaan 8 November  2014 sabtu, terpaksa di tunda ke  suatu tarikh yang akan di tentukan nanti.

 

Pihak Jawatankuasa Komunikasi, Advokasi dan Hak Asasi (JAKAHA)selaku penganjur program tersebut, memohon ribuan kemaafan  dan  Segala kesulitan yang berlaku amat di kesalkan.

 

3.2 Program Lawatan/Hari Keluarga ke Banting.

 

SBM Cawangan Kuala Lumpur/Selangor akan menganjurkan program Lawatan/Hari Keluarga ke Banting.

 

Program tersebut akan dijalankan pada 30 Muharram 1436 Hijrah bersamaan 23 November 2014 (ahad)

 

Bas akan bertolak di perkarangan Kompleks MAB pada pukul 8.00 pagi.

 

Setiap penyertaan di kenakan RM10.00 seorang.

 

Sebarang pertanyaan dan pendaftaran sila hubungi Puan Seri Alam Bin Mansor di talian 012 350 6741.

 

Peringatan:

 

1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950), sila maklumkannya kepada Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

 

2. Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS Setiausaha Agong PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat.alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut, email:  rosmelati60@gmail.com,   no. telefon 012 216 3354/013 261 7278 atau  03 2034 7007 pada waktu pejabat.

 

Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat, daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Diselaraskan Oleh

Puan Rosnah BintiHaji   Ahmad

Setiausaha Agung 

Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Tuesday, 4 November 2014

Maklumat terkini Pertis

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 3  November  2014 Masihi, bersamaan 10 Muharram  1436 Hijrah.(Isnin)

 

Pengumuman Terkini

 

1.Pengumuman dari ibu pejabat Pertis.

 

1.1 Majlis Sambutan Maal Hijrah 1436Hijrah, bersamaan 2014 Masihi.

 

PERTIS melalui Biro Pendidikan Dan Dakwah  akan menganjurkan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1436Hijrah bersamaan 2014 Masihi.

 

Majlis tersebut akan di jalankan seperti berikut:

 

Tarikh: 22 Muharram 1436Hijrah  bersamaan  15 November 2014Masihi (hari sabtu)

Tempat: di Dewan Datuk Dr. Ismail Saleh, Kompleks MAB, Brickfields, Kuala Lumpur.

Masa: Majlis akan bermula jam 8.30 pagi dengan pendaftaran para hadirin, dan dijangka tamat pada jam 1.00 petang.

Penceramah jemputan: Insya Allah, Penceramah Jemputan yang bakal menghiasi majlis ini nanti ialah Imam Muda Miril.

Tajuk: “Sambutan Maal Hijriah, Satu Penghayatan atau Rutin Tahunan Yang Wajib Disambut”.

 

Sebanyak 150 tempat disediakan untuk para ahli bagi tujuan penyediaan makanan tengah hari. Ahli PERTIS yang ingin menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijriah ini sila berdaftar dengan Pengerusi Biro Pendidikan Dan Dakwah PERTIS  iaitu encik Wan Mohd Suhaimi bin Wan Mohd Zawil Abidin sahaja di talian bimbitnya, 013-4030531 melalui panggilan telefon atau SMS. Pendaftaran melalui pihak lain dianggap tidak sah.

 

 Kupon akan disediakan pada hari penyemakan  pendaftaran nanti.

 

1.2 Bengkel Smart Solat.

 

Bahagian Pembangunan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) dengan kerjasama  Biro Pendidikan Dan Dakwah PERTIS Pusat akan menganjurkan  Bengkel Smart Solat.

 

Bengkel tersebut akan di jalankan seperti berikut:

 

Tarikh: 6 Saffar  1436 Hijrah bersamaan 29 November 2014 Masihi. Hari sabtu.

Tempat: bertempat di Surau MAB, Brickfields, Kuala Lumpur.

Masa: Bengkel akan bermula jam 7.30 pagi dengan pendaftaran para peserta dan dijangka tamat pada jam 5.00 petang.

 

Bengkel ini juga akan melibatkan praktikal (amali) solat bagi memantapkan lagi solat kita.

 

Para ahli yang berminat untuk menyertai bengkel ini sila hubungi Pengerusi Biro Pendidikan dan Dakwah, iaitu Encik Wan Mohd Suhaimi bin Wan Mohd Zawil Abidin sahaja di talian bimbitnya, 013-4030531 dengan mengemukakan Nama Penuh dan nombor kad Pengenalan para peserta untuk tujuan penyediaan sijil.

 

Insya Allah sijil akan disediakan oleh Pihak JAWI pada akhir  bengkel ini.

 

 Pendaftaran melalui pihak lain dianggap tidak sah.

 

Hanya 50 orang peserta sahaja buat masa ini dibuka untuk menyertai bengkel ini.

Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat penambahan kuota, ianya akan diwar-warkan semula di dalam telemaklumat ini. sila ikutinya dari semasa ke semasa.

 

1.3Kelas Alquran Braille.

 

Kelas Asas al-Quran Braille sesi baharu akan dibuka kepada para ahli PERTIS. Ia akan dijalankan pada awal Januari 2015.

 

Kepada para ahli yang berminat untuk mengikuti kelas asas al-Quran Braille ini, sila  berdaftar dengan Pengerusi Biro Pendidikan Dan Dakwah, iaitu encik Wan Mohd Suhaimi bin Wan Mohd Zawil Abidin sahaja di talian bimbitnya, 013-4030531 melalui panggilan telefon atau SMS.

 

 Pendaftaran melalui pihak lain dianggap tidak sah.

 

1.4 Ahli di timpa musibah.

 

Encik Baseri Bin Ahmad, masih berada di  hospital Pusat Perubatan Universiti.

 

Beliau telah di tmpatkan di tingkat7, Menara timur, katil no.13.

 

Sumbangan bantuan kepada encik Baseri suami/isteri masih di alu-alukan  bagi meringan bebanan yang di tangganungi  oleh keluarga tersebut.

 

Sebarang sumbangan hendaklah di salurkan  kepada encik Osman Nordin Bin Omar, Pengerusi Biro Kesejahteraan dan Kemasyarakatan PERTIS Pusat.

 

Beliau boleh  di hubungi di talian 013 364 1994.

 

Pihak PERTIS dahului dengan ucapan ribuan terimakasih.

 

2. Program Sambutan Maal Hijrah PERTIS  Wilayah Negeri Sembilan.

 

 Kepada  mereka yang telah  berdaftar untuk mengikuti program sambutan Maal Hijrah PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul Khursus yang bertarikh 15 Muharram 1436 Hijrah bersamaan 8 November 2014 (hari sabtu)

 

Sila berkumpul d perkarangan Kompleks MABBrickfields,   pada pukul 8.00pagi, kerana bas akan bertolak dari perkarangan  Kompleks MAB  pada pukul 8.30 pagi.

 

Sekali lagi di maklumkan  bahwa sarapan pagi tidak  di sediakan.

 

3. Pengumuman daripada NGO atau persatuan lain.

 

3.1 Pertubuhan Orang Cacat penglihatan Malaysia, Society Of The Blind In Malaysia (SBM)

 

Program Sesi Percambahan Fikiran di antara OKU Penglihatan & Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

 

Ibu pejabat Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia, Society Of The Blind In Malaysia (SBM) melalui  Jawatankuasa Komunikasi, Advokasi dan Hak Asasi (JAKAHA) dengan kerjasama SBM cawangan KL/Selangor akan menganjurkan sesi percambahan fikiran antara OKU Penglihatan dan SPAD.

 

Program tersebut akan di jalankan seperti berikut:

 

Tarikh: 15 Muharram 1436 Hijrah bersamaan 8 November 2014 Masihi.(hari sabtu)

Tempat: premis SBM cawangan KL/Selangor, No. 123A Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, Kuala Lumpur.

Masa: dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

 

Tujuan utama sesi ini bagi Memberi peluang kepada OKU penglihatan untuk mengetahui mengenai tugas dan peranan SPAD dalam mengurus dan mengawal system pengangkutan awam darat di Negara ini dan seterusnya memberi peluang kepada golongan oku penglihatan yang hadir dalam sesi tersebut menyuarakan beberapa cadangan  dan permasalahan golongan cacat penglihatan secara langsung kepada pihak SPAD  bagi tujuan penambahbaikan system pengangkutan awam darat dan juga  bagi menangani issue-isue pengangkutan awam yang sedang di hadapi

 oleh golongan OKU penglihatan ketika ini.

 

Pihak SPAD akan menghantar dua orang pegawainya iaitu Pengurus Jabatan teksi dan esekutif jabatan Bas dari bahagian perlesenan jalanraya.

 

Anda di jemput beramai-ramai untuk hadir ke sesi tersebut kerana ini adalah peluang terbaik bagi kita menyuarakan permasalahan mengenai pengangkutan awam darat  secara langsung kepada pihak berwajib.

 

 

Peringatan:

 

1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950), sila maklumkannya kepada Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

 

2. Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS Setiausaha Agong PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Jumaat.alamat dan nombor telefon beliau adalah seperti berikut, email:  rosmelati60@gmail.com,   no. telefon 012 216 3354/013 261 7278 atau  03 2034 7007 pada waktu pejabat.

 

Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat, daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Diselaraskan Oleh

Puan Rosnah BintiHaji   Ahmad

Setiausaha Agung 

Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)





Saturday, 26 July 2014

Salam Iedil FItri

بركاتهو رحمةالله و عليكم السلام

 

Mewakili seluruh saf kepimpinan Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis), saya mengucapkan selamat hari raya Iedil Fitri, maaf zahir dan batin  kepada seluruh ahli-ahli, muslimin dan muslimat seluruhnya.

 

Kami mendoakan agar seluruh ahli-ahli dan muslimin muslimat yang bersiap sedia atau sedang dalam perjalanan balik ke kampung selamat dalam perjalanan pergi dan balik.

 

Jadikanlah hari-hari terakhir Ramadhan 1435H ini sebagai waktu-waktu yang cukup dimanfaatkan agar kita menjadi hamba Allah yang kian bertaqwa.

 

Marilah kita semua mengeratkan tali persaudaraan sesama kita demi menempuh hari-hari yang mendatang yang penuh dengan cabaran.

 

Tidak lupa juga kami mendoakan agar seluruh ahli keluarga kepada mangsa-mangsa yang terkorban dalam tragedi MH17 dan mereka yang terlibat dalam peristiwa MH370 diberi kekuatan oleh Allah SWT dalam menempuh waktu-waktu yang cukup mencabar ini.

 

Sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanyalah sementara untuk kita semua bersiap sedia menemui Allah Rabul Jalil pada hari pembalasan kelak.

 

Pada kesempatan ini juga kami mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua pihak yang terus-terusan memberi sokongan dan dokongan tidak berbelah bahagi kepada Pertis Malaysia selam aini.

 

Akhir kata kami mendoakan agar Allah SWT menerima setiap dari amalan kita sebagai amal soleh yang akan diganjari secukupnya.

 

Selamat hari raya Iedil Fitri, maaf zahir dan batin dari Pertis Malaysia.

 

(Mohammad Faizal Che Yusof)

Yang Dipertua

Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia

Friday, 27 June 2014

Pengumuman mingguan Pertis

 

            Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 23 Jun 2014, bersamaan 25 Sya’ban 1435 Hijrah.

 

 

Pengumuman Terkini

1.            Pengumuman dari Ibu Pejabat.

 

i) Pengumuman dari Biro Kesejahteraan dan Kemasyarakatan Pertis.

 

Pihak biro akan mengagihkan 100 kotak kurma sempena menjelang Ramadhan 435H. agihan tersebut akan dilakukan sebagaimana berikut:

Tarikh: 28 Jun 2014 (sabtu).

Masa: 2:00 petang hingga 5:00 petang.

Tempat: Bilik KRM, MAB Brickfields.

Agihan akan dibuat selagi bekalan masih ada. Sila hubungi Pengerusi biro iaitu saudara Othman Nordin Omar di talian 013 364 1994 untuk sebarang pertanyaan.

 

ii) Pengumuman daripada Biro Pendidikan Dan Dakwah.

Satu program Ihya' Ramadhan akan dijalankan bermula pada 29 Jun hingga 20
Julai 2014 bersamaan 1 Ramadhan hingga 22 Ramadhan 1435 Hijriah.
Terdapat tiga aktiviti utama bagi memeriahkan program Ihya' Ramadhan
ini iaitu Program Tadarus al-Quran, Majlis Khatam al-Quran dan Majlis
berbuka puasa.

1. Program Tadarus Al-quran.

 

Bagi Program Tadarus al-Quran, Biro merancang untuk mendapatkan 6
kumpulan tadarus. Setiap kumpulan mempunyai 5 orang ahli. Biro akan
membahagi-bahagikan juzu' setelah ke semua kumpulan didaftarkan kelak.

Kepada mereka yang berminat, anda dijemput untuk membentuk
kumpulan dan mendaftarkan kumpulan tersebut kepada pengerusi biro,
iaitu En Wan Mohd Suhaimi bin Wan Mohd Zawil Abidin di talian
0134030531 dengan menyatakan nama setiap ahli kumpulan mereka. Tarikh
tutup pendaftaran adalah pada Hari Jumaat, 27 Jun 2014.

Setiap kumpulan boleh mengadakan tadarus al-quran di mana-mana
sahaja dan pada bila-bila masa bermula daripada 29 Jun hingga 19 Julai
2014 mengikut keselesaan kumpulan itu.

Sebagai penghargaan di atas kejayaan program tadarus ini kelak,
cenderamata akan diberikan kepada kumpulan-kumpulan yang berdaftar, di
dalam majlis berbuka puasa nanti.

2. Majlis Khatam al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa.
Bagi maklumat berkenaan dengan Majlis Khatam al-Quran dan Majlis
berbuka puasa, ianya akan diwar-warkan pada hebahan minggu berikutnya.

 

2.      Dari Pertis Negeri Sembilan.

pertis negeri sembilan akan mengadakan majlis berbuka puasa seperti berikut, tarikh  5 julai 2014 masa 2 ptg bertolak dari kompleks mab hingga 11 mlm bertolak pulang dari pertis negeri sembilan bertempat di pejabat pwnsdk no 16 taman shukor ampangan Negeri Sembilan.,  sebagai makluman  pengangkutan dari kompleks mab ke rumah di sekitar kuala lumpur di sediakan, untuk mendaftar sila hubungi/sms nama di talian pwnsdk bernombor 0136381327, sekian terima kasih

 

3. Makluman dari pertubuhan-pertubuhan lain.

 

 Pertubuhan Amal Pembangunan Usahawan OKU Penglihatan Malaysia (PERKUM Malaysia) akan menganjurkan program tersebut di atas sepertimana butiran maklumat berikut:-

 Tarikh: 15 Ramadhan 1435H bersamaan 13 Julai 2014M.

Hari: Ahad.

 

Masa: 2.00 petang hingga 8.00 malam.

Tempat: Kompleks MAB, Brickfields, Kuala Lumpur.

Bilangan peserta: 150 orang (terbuka kepada semua OKU Penglihatan dan  sanak famili. Setiap peserta akan dibekalkan dengan kupon makan).

Pengisian: kuiz, ceramah agama, majlis berbuka puasa.

 Selaras dengan itu juga, PERKUM Malaysia juga akan menganjurkan slot Pertandingan kuiz. Setiap kumpulan perlu terdiri daripada 3 orang peserta termasuk seorang peserta wanita.

Hadiah-hadiah menarik sepertimana berikut menanti setiap pemenang:-

 Johan: RM300.00.

 Naib johan: RM200.00.

 Tempat ketiga: RM100.00.

 Bagi maksud pendaftaran atau pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan:-

 (1) Pn. Noor Hazira, Presiden PERKUM Malaysia: 019-2525351.

 (2) En. Muhammad Faiz, Naib Presiden PERKUM Malaysia: 013-3330048.

 (3) En. Abu Hasan, Setiausaha Agung PERKUM Malaysia: 013-2522001.

 (4) Cikgu Saifudin, Bendahari PERKUM Malaysia: 013-3643303.

 Tarikh tutup, 5 Julai 2014.

 Kehadiran semua OKU Penglihatan amatlah dialu-alukan, dihargai serta didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 "PERKUM MALAYSIA - PENTERAJU USAHAWAN, PENGGERAK KEBAJIKAN, PENCETUS KECEMERLANGAN"

 

 

4.     Iklan.

 

Berikut adalah senarai kerepek untuk pesanan dan tempahan sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

 

1. Kerepek pisang tanduk masin: RM25.00 untuk 1 kg.

2. Keropok dal: RM15.00 untuk 1 kg.

3. Kacang salut: RM15.00 untuk 1 kg.

4. Jari ikan bilis: RM14.00 untuk 1 kg.

5. Ubi masin: RM13.00 untuk 1 kg.

6. Ubi black pepper atau kari: RM15.00 untuk 1 kg.

7. Pisang tanduk manis: RM23.00 untuk 1 kg.

8. Jari ubi: RM15.00 untuk 1 kg.

9. Bawang: RM14.00 untuk 1 kg.

10. Kentang kari: RM16.00 untuk 1 kg.

11. Kacang parang: RM16.00 untuk 1 kg.

 

Tempahan ini boleh dibuat selagi stok masih ada. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi saya, Mahsuri Mansor di talian 019-3427069 atau Rasida Mohamed Zali di talian 012-2155645. Sekian, terima kasih.

 

 

Peringatan:

 

1.     Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950),sila maklumkannya kepada Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

 

2.     Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.alamat dan nomboer telefon beliau adalah seperti berikut, mfcy76@gmail.com nombor telefon 012-9376539. Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

 

Diselaraskan oleh

Mohammad Faizal Bin Che Yusof

Yang dipertua

Persatuan orang-orang cacat penglihatan islam Malaysia (PERTIS)

 

Thursday, 12 June 2014

Pengumuman Mingguan PERTIS

TeleMaklumat PERTIS (9 Jun 2014)

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 9 Jun 2014, bersamaan 11 Sya'ban 1435 Hijrah.

Pengumuman Terkini

Suatu mesyuarat kerja telah diadakan pada 8 Jun 2014 bersamaan 9 Sya'ban 1435 lalu di ibu pejabat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia, Pertis.

Hasil dari mesyuarat tersebut, keputusan-keputusan berikut telah dicapai:

1. Perlantikan Pengerusi-pengerusi biro.

• Biro ekonomi dan pembangunan usahawan: En. Zamzuri Ghani.
• Biro pendidikan dan dakwah: En. Wan mohd Suhaimi Wan Mohd Zawil Abidin.
• Biro wanita, kesenian, dan kebudayaan, Puan Sariyah Nordin.
• Biro kesejahteraan dan kemasyarakatan, En. Osman Nordin Omar.

2. Pembentukan tiga unit khas.

Mesyuarat juga bersetuju mewujudkan tiga unit khas yang difikirkan amat perlu bagi kelangsungan pada masa hadapan. Ketiga-tiga unit tersebut akan diselia dan dipantau oleh Yang Dipertua.

Butiran unit-unit tersebut sebagaimana berikut:

• Unit penerbitan diketuai oleh En. Wan Mohd Suhaimi Bin Wan Mohd Zawil Abidin..
• Unit ICT dan enovasi diketuai oleh En. Mohammad Faizal Bin Che Yusof.
• Unit pembangunan AlQuran Braille diketuai oleh En. Mohammad Faizal Bin Che Yusof.

3. Perlantikan Bendahari Kehormat.

Mesyuarat juga memutuskan untuk melantik Puan Norlita Hanim Mohd Taha selaku Bendahari Kehormat Pertis bagi sesi 2014-2016. Justeru, beliau telah melepaskan jawatan Setiausaha Agong bagi membolehkan mesyuarat menawarkan jawatan tersebut kepada Pn. Rosnah Ahmad yang merupakan calon kedua dalam pertandingan semasa mesyuarat agong tahunan Pertis ke-19 lalu.

4. Penyelaras-penyelaras Pertis wilayah-wilayah.

• Pertis Wilayah Pahang, En. Zamzuri Ghani.
• Pertis Wilayah Kelantan, En. Mohammad Faizal Che Yusof.
• Pertis Wilayah Terengganu, En. Osman Nordin Omar.
• Pertis Wilayah Negeri Sembilan,En. Wan Mohd Suhaimi Bin Wan Mohd Zawil Abidin.
• Pertis Wilayah Kedah, Puan Sariyah Nordin.

Suatu kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh Yang Dipertua Pertis melalui laman blog rasmi Pertis terhadap pembentukan biro-biro dan portfolio bagi makluman semua ahli dalam masa terdekat.

Peringatan:

1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950),sila maklumkannya kepada Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

2. Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.alamat dan nomboer telefon beliau adalah seperti berikut, mfcy76@gmail.com nombor telefon 012-9376539. Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Diselaraskan oleh
En. Mohd Faizal Bin Che Yusof
Yang dipertua
Persatuan orang-orang cacat penglihatan islam Malaysia (PERTIS)

Tuesday, 27 May 2014

Pengumuman Mingguan PERTIS



Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 26 Mei 2014, bersamaan 26 Rajab 1435 Hijrah.


Pengumuman Terkini

1. Maklumat Terkini Mesyuarat Agung Tahunan PERTIS Kali Ke-19

1.1 Untuk maklumat bersama, pendaftaran untuk menghadiri ke mesyuarat agung tahunan PERTIS kali ke-19 telah pun ditutup. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, hanya mereka yang telah berdaftar dan membayar yuran mesyuarat sahaja yang akan dibenarkan menghadiri mesyuarat agung kali ini.

1.2 Untuk maklumat bersama, borang pencalonan bagi AJK Pusat PERTIS telah pun dikeluarkan bermula 16 Mei yang lalu. Dalam mesyuarat agung kali ini, semua jawatan AJK Pusat akan diprtandingkan. Mereka yang berminat untuk menjadi calon, sila dapatkan borang berkenaan dengan menghubungi ibu pejabat PERTIS di talian 03-40212631 pada waktu pejabat dan bercakap dengan En. Azim, kakitangan yang bertugas. Semua borang pencalonan hendaklah diisi dengan lengkap dan dikembalikan kepada jawatankuasa pemilihan yang dipengerusikan oleh YDP sendiri selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah hari, 31 Mei 2014 (Sabtu). Jika bakal-bakal calon menghadapi sebarang masalah dalam mengisi borang pencalonan berkenaan, anda dipersilakan untuk menghubungi terus pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Cikgu Zakaria Yahya di talian 013-3407580. Borang yang dikembalikan selepas daripada tarikh/masa yang telah ditetapkan dikira tidak berminat untuk menjadi calon.

1.3 Mengenai dokumen mesyuarat, selaras dengan Perkara 7 (9) Perlembagaan PERTIS, maka semua dokumen mesyuarat telah pun mula diedarkan pada 24 Mei 2014 (Sabtu) yang lalu. Ia boleh diperolehi dari ibu pejabat PERTIS. Hanya mereka yang telah berdaftar untuk menghadiri mesyuarat agung sahaja yang akan diberikan dokumen mesyuarat. Sila hubungi En. Azim untuk mendapatkan dokumen bertulisan biasa, atau Cik Siti Haida Hamedan untuk mendapatkan dokumen yang bertulisan Braille. Kedua-dua kakitangan PERTIS berkenaan boleh dihubungi pada waktu pejabat menerusi talian 03-40212631. Anda juga boleh memperoleh dokumen berkenaan pada hari mesyuarat dengan menempahnya terlebih dahulu daripada kedua-dua kakitangan berkenaan.

1.4 Bagi ahli mesyuarat yang telah mendaftar untuk menginap, anda boleh mula daftar masuk ke hotel bermula jam 3.00 petang, 30 Mei 2014, Jumaat. Sesi daftar masuk akan berakhir pada jam 6.30 petang. Bagi peserta mesyuarat yang datang lewat daripada masa tersebut, anda dinasihatkan untuk menghubungi En. Azim di talian 013-2682661 atau Cik Siti Haida di talian 019-2308330 untuk bantuan lanjut.

1.5 Manakala bagi ahli mesyuarat tanpa penginapan, anda dinasihatkan supaya tiba awal ke lokasi mesyuarat pada 31 Mei 2014, Sabtu, bermula jam 7,30 pagi. Sarapan untuk anda juga turut disediakan. Walau bagaimanapun, kemudahan pengangkutan untuk peserta mesyuarat tanpa penginapan tidak disediakan.

1.6 Kami amat berharap kerjasama daripada semua ahli mesyuarat agar sentiasa mematuhi arahan daripada urusetia dan sukarelawan bertugas setiap masa bagi memastikan kelancaran perjalanan sepanjang mesyuarat berlangsung.


1.7 Untuk jadual penuh perjalanan mesyuarat, bagi yang mengikuti telemaklumat PERTIS menerusi telefon, sila tekan butang 9.

1.8 Untuk notis penuh mesyuarat agung tahunan kali ke-19, sila rujuk pengumuman pada 31 Mac lalu atau sila tekan butang 8 bagi mereka yang mengikuti pengumuman ini menerusi talian telefon.


Pengumuman Ulangan

1. Majlis Penyampaian Bantuan Alquran Braille.


Satu majlis penyampaian bantuan Alquran Braille kepada ahli-ahli PERTIS akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya pada 29 Mei 2014 (Khamis). Majlis berkenaan akan berlangsung sekitar jam 1.30 tengah hari. Untuk itu, seramai 40 orang ahli PERTIS telah dijemput untuk menghadiri majlis berkenaan dan seterusnya akan menjadi penerima bantuan berkenaan. Bas akan disediakan dan bertolak dari perkarangan Kompleks MAB, Brickfields, pada jam 11.30 pagi 29 Mei. Kepada yang berminat untuk menghadiri majlis berkenaan, anda dipersilakan untuk berdaftar dengan Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS 03-40212631 pada waktu pejabat.

2. Pengumuman Pelbagai Tabung Amal PERTIS.

2.1 TABUNG PREMIS PERTIS

Untuk rekod, Tabung Premis PERTIS telah dilancarkan oleh Yang Dipertua PERTIS pada 21 Sya’ban 1434Hijrah bersamaan 30Jun 2013 Masihi bersempena Majlis Di Ambang Ramadhan Al Mubarak. Tabung khas ini adalah antara pelbagai usaha dan perancangan pengumpulan dana ke arah pembelian premis Persatuan. Justeru, sumbangan berterusan berbentuk kewangan, barangan berharga, wasiat, zakat dan apa juga jenis sumbangan amatlah dialu-alukan daripada semua ahli juga bukan ahli PERTIS. Sumbangan bolehlah disalurkan ke Ibu Pejabat PERTIS yang beralamat di “No. 32A, Jalan 6/21D, Taman Ibu Kota, 53100 Gombak, Kuala Lumpur” atau berhubung terus dengan Ibu Pejabat di talian, 03-4021 2631 (jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, hari Isninhingga hari Jumaat). Semoga Allah SWT akan melimah gantikan juga mengurniakan sesuatu yang lebih baik lagi bernilai daripada apa yang telah dan akan disumbangkan.

2.2 TABUNG KEBAJIKAN AHLI-AHLI TERBENCANA

Dimaklumkan bahawa pengwujudan tabung adalah dengan misi dan objektif membantu ahli-ahli Persatuan yang ditimpa musibah, bencana, terlantar sakit atau seumpamanya. Tabung kebajikan khas ini akan diaktifkan secara berterusan dan dikendalikan oleh Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS. Sumbangan derma berbentuk kewangan atau barangan bolehlah disalurkan kepada Cik Lele Suyarni binti Omar di talian bimbitnya, 019-254 4212 atau talian pejabat MAB, 03-2272 2672/2677.

2.3 Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud, “Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangai itu pula mengandungi seratus biji.Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah maha luas kurniaannya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” – hari ini kita embantu insan lain, esok mungkin insan lain pula membantu kita!!


3. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

3.1 Yuran Tahunan 2014

Sukacita dimaklumkan iaitu yuran tahunan (kecuali ahli seumur hidup) bagi persatuan ini sudah boleh mula dijelaskan bermula sekarang.Sebagai maklumat, yuran bagi ahli biasa adalah sebanyak RM6.00 seorang.Manakala bagi ahli bersekutu pula ialah sebanyak RM3.00 seorang.Untuk ahli tanggungan pula ialah sebanyak RM1.00 sahaja. Ahli tanggungan ialah ketika yuran dijelaskan, ahli berkenaan berada dalam tanggungan nafkah atau di bawah jagaan seorang ahli yang lain (Perlembagaan PERTIS, Perkara 5 (3)).Untuk ahli-ahli peringkat wilayah, pembayaran yuran boleh dibuat kepada bendahari di wilayah-wilayah masing-masing.Manakala bagi ahli PERTIS pusat pula, pembayaran yuran boleh dilakukan kepada bendahari pusat.Tarikh akhir untuk membuat pembayaran yuran ialah pada 30 Jun.



3.2 Kemas Kini Maklumat Ahli.

Ibu pejabat PERTIS memohon kerjasama daripada semua ahli agar dapat mengemas kini maklumat mengenai keahlian masing-masing seperti alamat tempat tinggal terkini, nombor telefon, alamat email dan sebagainya.Semua maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada pembantu hal ehwal pentadbiran/kewangan, En.Mohamad Azim firdaus di talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat.


4. Iklan.

4.1 Jualan Kek Lapis Sarawak

Salam sejahtera... Kami kini kembali menjual kek lapis Sarawak.Ianya masih pada harga Rm20.00 seketul. Senarai jenis perasa adalah seperti berikut:

1. Blueberry Cheese.
2. Masam Manis.
3. Sisik Ikan.
4. Chocolate Cheese.
5. Lapis Horlick.
6. Lapis Cheese.
7. Lapis Honeydew.
8. Lapis Keladi.
9. Lapis Oreo.
10. Lapis Tembikai.
11. Lapis Coklat.
12. Lapis Susu.
13. Lapis Kopi.
14. Evergreen.
15. Satu Malaysia.
16. Tiga Rasa.
17. Chocolate Strawbeery.
18. Honeydew Cheese.
19. Hati Pari.
20. Lapis Mutiara.

Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin membuat tempahan, sila hubungi kami di talian 012-2046863 atau 019-3494744 (Abian Jambot), 012-2155645 (Rasida MohamedZali) dan 019-3427069 (Mahsuri Mansor).Sekian, harap maklum.

Yang benar,
Abian Jambot.


Peringatan:

1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950),sila maklumkannya kepada Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

2. Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


Diselaraskan oleh

(Zakaria bin Yahya)
Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)