Total Pageviews

Monday, 9 December 2013

Pengumuman Mingguan PERTIS

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 9 Disember 2013, bersamaan 6 Safar 1435 Hijrah.

Pengumuman Terkini

1. Sesi Promosi Al-Tasneem Di Kuala Lumpur.

Syarikat Al-Tasneem Sdn Bhd dengan kerjasama daripada Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) akan mengadakan sesi promosi pen pembaca Alquran kali kedua seperti berikut:

Tarikh : 25 Disember 2013 (Rabu)
Masa : jam 10.00 pagi – jam 1 tengah hari
Tempat : Lecture Room, Kompleks MAB, Brickfields, Kuala Lumpur.

Antara aktiviti dalam sesi kali ini termasuklah, jualan pen pembaca Alquran Braille, pendedahan inovasi terkini daripada Al-
Tasneem serta tunjuk ajar kaedah penggunaan pen berkenaan. Di samping itu, bagi mereka yang telah membeli pen berkenaan sebelum ini dan menghadapi masalah sama ada dengan pen atau nota yang digunakan, anda juga boleh hadir untuk mendapat perkhidmatan yang bersesuaian daripada Al-Tasneem. Sayugia juga dinyatakan, penjualan pen pada sesi kali ini adalah RM 250.00 bagi setiap set.

2. Sesi Promosi Al-Tasneem Di PERTIS Terengganu.

Sukacita juga dimaklumkan iaitu syarikat Al-Tasneem Malaysia Sdn Bhd dengan kerjasama daripada PERTIS akan mengadakan sesi promosi pen pembaca Alquran di pejabat PERTIS Terengganu seperti berikut:

Tarikh : 17 November 2013 (Selasa)
Tempat : Pejabat PERTIS Terengganu, Kuala Terengganu
Masa : Bermula sekitar jam 12.00 tengah hari.

Antara aktiviti dalam sesi berkenaan termasuklah jualan, penerangan mengenai kegunaan pen, tunjuk ajar dan sebagainya. Adalah diharapkan agar mereka yang berminat untuk mengetahui serta mendapatkan pen berkenaan agar sama-sama hadir ke lokasi pada masa dan tarikh sebagaimana yang di nyatakan. Walau bagaimanapun, penganjuran sesi di PERTIS Terengganu ini tertakluk kepada keadaan cuaca. Maklumat lanjut akan dihebahkan pada minggu hadapan, insha-Allah.

3. Pengumuman Daripada PERTIS Negeri Sembilan.

PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul-Khusus (PWNSDK) menjemput tuan/puan ahli PERTIS dan bukan ahli menghadiri Program Majlis Sambutan Awal Muharram PWNSDK yang akan diadakan adalah seperti berikut:

Tarikh: 21 Disember 2013 masihi bersamaan 18 Saffar 1435 Hijriah
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 Pagi
Tempat: No 16, Taman Syukor Ampagan

Pengisian Program:
 Sarapan Pagi
 Pengerangan bahan-bahan memasak, bergotong-royong menyediakan bahan-bahan memasak bubur Asyura dan memasaknya
 Kara ok lagu-lagu dakwah
 Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak
 Bacaan tahlil dan doa selamat
 Ucapan pengerusi
 Ucapan perasmian penutup
 Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna kanak-kanak
 Makan dan bersurai.

Pihak PWNSDK mengalu-alukan kepada tuan/puan yang ingin datang lebih awal bermalam di pejabat PWNSDK pada 20 Disember 2013 (Jumaat).

Bas akan bertolak dari Kompleks MAB pada jam 8.00 pagi21 Disember 2013. Untuk merasai pengalaman bersama-sama menyadiakan bahan-bahan memasak dan mengetahui cara-cara memasak bubur asyura, marilah beramai-ramai mendaftar dan menghadiri program yang dianjurkan. Bagi tujuan pendaftaran tuan/puan bolehlah menghubungi Ustaz Mohd Nasir bin Muhammed Yusoff Penyelaras PWNSDK ditalian 019-3941441 sekarang!

Pengumuman Ulangan

1. PROGRAM PENSIJILAN TAHFIZ AL-QURAN UNTUK ORANG KURANG UPAYA MASALAH PENGLIHATAN SESI 2014

DARUL QURAN
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

DARUL QURAN merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang tahfiz Al-Quran yang diiktiraf oleh Jabatan Awam Malaysia (JPA), mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran bagi Orang Kurang Upaya Masalah Penglihatan.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

• Warganegara Malaysia yang belum berkahwin.
• Berumur 17 hingga 45 tahun.
• Keputusan Percubaan SPM 2013 atau SPM dengan
- Kepujian Bahasa Melayu
- Kepujian Pendidikan Islam/Tasawwur Islam/Pendidikan Quran Sunnah/ Pendidikan Syariah Islam.
- Lulus Bahasa Inggeris
• Bagi calon yang tidak menduduki SPM dibolehkan memohon. Hanya ditawarkan untuk Program Pensijilan DQ- OKUMP sahaja. Manakala bagi calon yang memiliki SPM ditawarkan untuk melanjutkan pengajian sehingga peringkat Diploma.
• Boleh membaca Al-Quran Braille dengan baik.
• Sihat tubuh badan.
• Lulus ujian kelayakan.

CARA MEMOHON

Borang permohonan boleh diperolehi :
1. Laman web Darul Quran http://www.darulquran.gov.my
2. Kementerian Pendidikan Malaysia
3. Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia(PERTIS) Tel : 03-4021 2631
4. Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) Tel : 03-2272 2679
5. Jakim cawangan Sabah dan Sarawak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

1. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :

Pendaftar
Darul Quran
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Jalan Hamzah, Ampang Pecah,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

2. Borang permohonan perlu sampai ke darul Quran sebelum atau pada 20 Disember 2013.
3. Untuk maklumat lanjut dan keterangan lanjut, sila hubungi :
Tel : 03-6063 5333 @ 03-6063 5349 ( Unit Pengambilan & Kemasukan )
Faks : 03-60645497

PERHATIAN

Calon-calon yang tidak mendapat sebarang jawapan dari pihak Darul Quran selepas 06 Januari 2014 adalah dianggap permohonan tidak berjaya.

2. Pelbagai Tabung Amal PERTIS.

2.1 TABUNG PREMIS PERTIS

Untuk rekod, Tabung Premis PERTIS telah dilancarkan oleh Yang Dipertua PERTIS pada 21 Sya’ban 1434Hijrah bersamaan 30Jun 2013 Masihi bersempena Majlis Di Ambang Ramadhan Al Mubarak. Tabung khas ini adalah antara pelbagai usaha dan perancangan pengumpulan dana ke arah pembelian premis Persatuan. Justeru, sumbangan berterusan berbentuk kewangan, barangan berharga, wasiat, zakat dan apa juga jenis sumbangan amatlah dialu-alukan daripada semua ahli juga bukan ahli PERTIS. Sumbangan bolehlah disalurkan ke Ibu Pejabat PERTIS yang beralamat di “No. 32A, Jalan 6/21D, Taman Ibu Kota, 53100 Gombak, Kuala Lumpur” atau berhubung terus dengan Ibu Pejabat di talian, 03-4021 2631 (jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, hari Isninhingga hari Jumaat). Semoga Allah SWT akan melimah gantikan juga mengurniakan sesuatu yang lebih baik lagi bernilai daripada apa yang telah dan akan disumbangkan.

2.2 TABUNG KEBAJIKAN AHLI-AHLI TERBENCANA

Dimaklumkan bahawa pengwujudan tabung adalah dengan misi dan objektif membantu ahli-ahli Persatuan yang ditimpa musibah, bencana, terlantar sakit atau seumpamanya. Tabung kebajikan khas ini akan diaktifkan secara berterusan dan dikendalikan oleh Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS. Sumbangan derma berbentuk kewangan atau barangan bolehlah disalurkan kepada Cik Lele Suyarni binti Omar di talian bimbitnya, 019-254 4212 atau talian pejabat MAB, 03-2272 2672/2677.

2.3 Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud, “Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangai itu pula mengandungi seratus biji.Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah maha luas kurniaannya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” – hari ini kita embantu insan lain, esok mungkin insan lain pula membantu kita!!

3. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

3.1 Kemas Kini Maklumat Ahli.

Ibu pejabat PERTIS memohon kerjasama daripada semua ahli agar dapat mengemas kini maklumat mengenai keahlian masing-masing seperti alamat tempat tinggal terkini, nombor telefon, alamat email dan sebagainya.Semua maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada pembantu hal ehwal pentadbiran/kewangan, En.Mohamad Azim firdaus di talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat.

Peringatan:

1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950),sila maklumkannya kepada Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

2. Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Diselaraskan oleh

(Zakaria bin Yahya)
Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Tuesday, 3 December 2013

TeleMaklumat PERTIS (2 Disember 2013)

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 2 Disember 2013, bersamaan 28 Muharam 1435 Hijrah.

1. Seminar wacana pemerkasaan aqidah

PERTIS melalui Biro Pendidikan Dan Pembangunan Ummah ingin merakamkan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang telah sama-sama menjayakan seminar Wacana Pemerkasaan Akidah yang telah diadakan pada 30 November yang lalu. Mudah-mudahan seminar tersebut telah memberi manfaat terutamanya kepada mereka yang hadir dalam majlis keilmuan tersebut.

2. PROGRAM PENSIJILAN TAHFIZ AL-QURAN UNTUK ORANG KURANG UPAYA MASALAH PENGLIHATAN SESI 2014

DARUL QURAN
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

DARUL QURAN merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang tahfiz Al-Quran yang diiktiraf oleh Jabatan Awam Malaysia (JPA), mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran bagi Orang Kurang Upaya Masalah Penglihatan.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

• Warganegara Malaysia yang belum berkahwin.
• Berumur 17 hingga 45 tahun.
• Keputusan Percubaan SPM 2013 atau SPM dengan
- Kepujian Bahasa Melayu
- Kepujian Pendidikan Islam/Tasawwur Islam/Pendidikan Quran Sunnah/ Pendidikan Syariah Islam.
- Lulus Bahasa Inggeris
• Bagi calon yang tidak menduduki SPM dibolehkan memohon. Hanya ditawarkan untuk Program Pensijilan DQ- OKUMP sahaja. Manakala bagi calon yang memiliki SPM ditawarkan untuk melanjutkan pengajian sehingga peringkat Diploma.
• Boleh membaca Al-Quran Braille dengan baik.
• Sihat tubuh badan.
• Lulus ujian kelayakan.

CARA MEMOHON

Borang permohonan boleh diperolehi :
1. Laman web Darul Quran http://www.darulquran.gov.my
2. Kementerian Pendidikan Malaysia
3. Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia(PERTIS) Tel : 03-4021 2631
4. Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) Tel : 03-2272 2679
5. Jakim cawangan Sabah dan Sarawak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

1. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :

Pendaftar
Darul Quran
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Jalan Hamzah, Ampang Pecah,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

2. Borang permohonan perlu sampai ke darul Quran sebelum atau pada 20 Disember 2013.
3. Untuk maklumat lanjut dan keterangan lanjut, sila hubungi :
Tel : 03-6063 5333 @ 03-6063 5349 ( Unit Pengambilan & Kemasukan )
Faks : 03-60645497

PERHATIAN

Calon-calon yang tidak mendapat sebarang jawapan dari pihak Darul Quran selepas 06 Januari 2014 adalah dianggap permohonan tidak berjaya.

3. Keputusan Mesyuarat Agung Khas PERTIS 17 November 2013.

Adalah dimaklumkan bahawa, mesyuarat agung khas PERTIS pada 17 November 2013 yang lalu secara majoriti telah memutuskan iaitu Saudara Abu Hasan Ashari bin Razak digantung keahliannya selama 3 tahun bermula 17 November 2013. Seluruh AJK Pusat PERTIS juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli mesyuarat yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan mesyuarat agung khas berkenaan.

(Abu Hasan Ashari bin Razak)