Total Pageviews

Monday, 28 October 2013

Pengumuman Mingguan PERTIS

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 28 Oktober 2013, bersamaan 23 Zulhijjah1434 Hijrah.

1. Notis Mesyuarat Agung Khas PERTIS 2013.

Tarikh : 23 Zulhijah 1434h (28 Oktober 2013)

Notis Mesyuarat Agung Khas 2013
Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Kepada
Semua ahli PERTIS Pusat dan Wilayah

Tuan,

Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut di atas akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 13 Muharam 1434 / 17 November 2013 (Ahad)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Hotel City Vila
69, Jalan Haji Hussein, Off Jalan Tuanku Abdul Rahman
50350, Kuala Lumpur

3. Kehadiran tuan ke mesyuarat berkenaan adalah seperti berikut:-
i. Ahli PERTIS sahaja
ii. Menjelaskan segala yuran keahlian tahunan, semasa dan tertunggak
iii. Telah menjelaskan bayaran penyertaan ke mesyuarat:-
a. Ahli PERTIS = RM10.00
b. Ahli PERTIS yang ingin menginap = RM30
c. Bukan Ahli PERTIS = RM 100.00 (untuk yang menginap) atau RM 50.00 (tanpa penginapan)
d. Ahli PERTIS Wilayah adalah sama seperti pusat. Bagaimanapun sekiranya terdapat kos tambahan adalah tertakluk kepada Pengerusi Wilayah masing-masing.

iv. Pendaftaran dianggap sah selepas segala bayaran berkaitan selesai dilunaskan

4. Untuk tujuan pendaftaran:

i. Bagi ahli PERTIS Pusat, sila berdaftar dengan Cik Raihah binti Fauzi di talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat;
ii. Bagi ahli PERTIS di wilayah pula, sila berdaftar dengan pengerusi PERTIS wilayah masing-masing.
iii. Semua pendaftaran hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 8 November 2013 (Jumaat) bagi PERTIS Pusat dan 7 November 2013 (Khamis) bagi PERTIS wilayah.

5. Tujuan utama mesyuarat agung khas ini diadakan adalah untuk memutuskan secara muktamad keputusan/tindakan ke atas Setiausaha Agung yang sedang digantung (En. Abu Hassan Ashari bin Razak).

6. Penganjuran mesyuarat agung khas ini selaras dengan Perkara 7 (10) (a) Perlembagaan PERTIS.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(Norlita Hanim Md Taha)
AJK Pusat / Memangku Tugas Setiausaha Agung
Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

2. KARNIVAL KESENIAN PERTIS Peringkat Kebangsaan 1434 HIJRAH

2.1 PERTIS melalui Biro Pembangunan Muslimah, Kesenian dan Kebudayaan Islam PERTIS Malaysia akan menganjurkan karnival tersebut di atas pada hari Sabtu, 28 Zulhijjah 1434 Hijrah bersamaan 2 November 2013 Masihi, jam 9.00 pagi hingga jam 3.00 petang bertempat di Dewan Datuk Ismail Salleh, Kompleks MAB. Program memartabatkan seni ini akan dimuatkan dengan pengisian seperti berikut:-

(1) Pertandingan Nasyid Kebangsaan PERTIS Malaysia Kali Ke-4. Kategori dipertandingkan, solo dan berkumpulan.

(2) Deklamasi Sajak PERTIS Malaysia Kali Pertama.

Untuk maklumat bersama, penyertaan untuk karnival di atas telah pun ditutup.Walau bagaimanapun, semua dijemput untuk adir dan menyaksikan karnival berkenaan pada tarikh, hari dan masa yang telah dinyatakan. Marilah kita bersama-sama menyokong usaha memartabatkan seni berteraskan Islam khususnya dalam kalangan golongan cacat penglihatan.

3. Kalendar Dan Waktu Solat Bagi Tahun 1435 Hijrah.

Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) menerusi Biro Penerbitannya telah pun mengeluarkan kalendar beserta waktu solat versi Braille bagi tahun 1435 Hijrah.Kalendar berkenaan mengandungi waktu-waktu solat bagi sepanjang tahun 1435 Hijrah bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.Ia boleh diperolehi secara percuma. Kepada yang ingin memilikinya, sila hubungi Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Malaysia 03-40212631 pada waktu pejabat.

4. Pelbagai Tabung Amal PERTIS.

4.1 TABUNG PREMIS PERTIS

Untuk rekod, Tabung Premis PERTIS telah dilancarkan oleh Yang Dipertua PERTIS pada 21 Sya’ban 1434Hijrah bersamaan 30Jun 2013 Masihi bersempena Majlis Di Ambang Ramadhan Al Mubarak. Tabung khas ini adalah antara pelbagai usaha dan perancangan pengumpulan dana ke arah pembelian premis Persatuan. Justeru, sumbangan berterusan berbentuk kewangan, barangan berharga, wasiat, zakat dan apa juga jenis sumbangan amatlah dialu-alukan daripada semua ahli juga bukan ahli PERTIS. Sumbangan bolehlah disalurkan ke Ibu Pejabat PERTIS yang beralamat di “No. 32A, Tingkat 1, Medan Idaman, Jalan Jernai 6/21D, 53100 Gombak, Kuala Lumpur” atau berhubung terus dengan Ibu Pejabat di talian, 03-4021 2631 (jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, hari Isninhingga hari Jumaat). Semoga Allah SWT akan melimah gantikan juga mengurniakan sesuatu yang lebih baik lagi bernilai daripada apa yang telah dan akan disumbangkan.

4.2 TABUNG KEBAJIKAN AHLI-AHLI TERBENCANA

Dimaklumkan bahawa pengwujudan tabung adalah dengan misi dan objektif membantu ahli-ahli Persatuan yang ditimpa musibah, bencana, terlantar sakit atau seumpamanya. Tabung kebajikan khas ini akan diaktifkan secara berterusan dan dikendalikan oleh Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS. Sumbangan derma berbentuk kewangan atau barangan bolehlah disalurkan kepada Cik Lele Suyarni binti Omar di talian bimbitnya, 019-254 4212 atau talian pejabat MAB, 03-2272 2672/2677.

4.3 Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud, “Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangai itu pula mengandungi seratus biji.Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah maha luas kurniaannya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” – hari ini kita embantu insan lain, esok mungkin insan lain pula membantu kita!!

5. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

5.1 Kemas Kini Maklumat Ahli.

Ibu pejabat PERTIS memohon kerjasama daripada semua ahli agar dapat mengemas kini maklumat mengenai keahlian masing-masing seperti alamat tempat tinggal terkini, nombor telefon, alamat email dan sebagainya.Semua maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada pembantu hal ehwal pentadbiran/kewangan, En.Mohamad Azim firdaus di talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat.

Akhirnya, seluruh saf kepimpinan PERTIS di semua peringkat serta seluruh kakitangan PERTIS ingin mengucapkan selamat menyambut Awwal Muharram 1435 kepada seluruh umat Islam di mana jua anda berada, khususnya kepada seluruh warga PERTIS.

Peringatan:

1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950),sila maklumkannya kepada Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

2. Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Diselaraskan oleh

(Zakaria bin Yahya)
Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Monday, 7 October 2013

Pengumuman Mingguan PERTIS

TeleMaklumat PERTIS (7Oktober2013)

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 7 Oktober 2013, bersamaan 2 Zulhijjah1434 Hijrah.

1. Ucapan Penghargaan.

Pihak persatuan ingin merakamkan penghargaan dan berbanyak-banyak terima kasih khusus kepada mereka yang telah hadir dalam program ceramah mengenai ibadah qurban yang telah dilangsungkan pada 6 Oktober yang lalu. Mudah-mudahan kita semua akan beroleh manfaat daripada ceramah yang telah disampai dalam majlis berkenaan.

2. Penerima Sumbangan Pen Pembaca Alquran.

Dalam majlis ceramah pada 6 Oktober lalu, penyampaian sumbangan pen pembaca Alquran turut telah disempurnakan.Seramai 5 penerima telah terpilih untuk menerima sumbangan tersebut. Mereka yang telah terpilih ialah:

(1) Tn. Hj. Muhammad Lee bin Abdullah.
(2) En. Mohd Amin bin Md Nor.
(3) En. Mohd Khairi bin Sulaiman.
(4) Ustaz Sharif bin Baharom.
(5) En. Samsudin bin Abdul Wahab.

3. Harga Pen Pembaca Alquran Untuk Golongan Cacat Penglihatan.

Mulai 7 Oktober, harga pen pembaca Alquran akan menjadi RM 250.00 untuk satu set. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Cik Siti Haida di talian ibu pejabat PERTIS 03-40212631.

4. Bantuan Kepada Bakal Haji Dalam Kalangan Ahli PERTIS.

Sukacita dimaklumkan PERTIS akan menghulurkan sedikit bantuan kewangan kepada bakal-bakal haji dalam kalangan ahli PERTIS yang akan menunaikan rukun Islam kelima tersebut pada tahun 1434 hijrah. Untuk itu, bakal-bakal haji yang berkenaan hendaklah menghantar dokumen berikut ke ibu pejabat PERTIS Malaysia seberapa segera yang boleh, iaitu:

(1) Surat tawaran untuk menunaikan haji daripada Lembaga Tabung Haji;
(2) Jadual penerbangan haji;
(3) Nombor akaun tabung haji.

Jumlah bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun tabung haji penerima sebaik sahaja semua dokumen yang diperlukan diterima oleh ibu pejabat PERTIS.

5. KARNIVAL KESENIAN PERTIS Peringkat Kebangsaan 1434 HIJRAH

5.1 PERTIS melalui Biro Pembangunan Muslimah, Kesenian dan Kebudayaan Islam PERTIS Malaysia akan menganjurkan karnival tersebut di atas pada hari Sabtu, 28 Zulhijjah 1434 Hijrah bersamaan 2 November 2013 Masihi, jam 9.00 pagi hingga jam 3.00 petang bertempat di Dewan Datuk Ismail Salleh, Kompleks MAB. Program memartabatkan seni ini akan dimuatkan dengan pengisian seperti berikut:-

(1) Pertandingan Nasyid Kebangsaan PERTIS Malaysia Kali Ke-4. Kategori dipertandingkan, solo dan berkumpulan.

(2) Deklamasi Sajak PERTIS Malaysia Kali Pertama.

Kepada yang telah mendaftar untuk mengambil bahagian khususnya dalam pertandingan nasyid, sila hantar CD miness 1 selewat-lewatnya hujung minggu ini. Ia boleh dihantar sama ada kepada Cik Siti Haida di ibu pejabat PERTIS Malaysia atau kepada Pn. Sariyah Nordin selaku pengerusi biro. Untuk maklummat lanjut, sila hubungi Pn. Sariyah Nordin di talian 013-3411066.

Untuk maklumat bersama, penyertaan untuk karnival di atas telah pun ditutup. Walau bagaimanapun, semua dijemput untuk adir dan menyaksikan karnival berkenaan pada tarikh, hari dan masa yang telah dinyatakan.

6. Aktiviti PERTIS Terengganu.

Berikut merupakan antara aktiviti PERTIS Terengganu:

(1) Pada 8 Oktober, lawatan daripada Persatuan Wanita Kastam ke kelas pengajian Quran Braille PERTIS Terengganu.
(2) Pada 9 Oktober pula, kursus penggunaan dan penyelenggaraan mesin embosser di pusat kegiatan PERTIS Terengganu.

7. Pelbagai Tabung Amal PERTIS.

7.1 TABUNG PREMIS PERTIS

Untuk rekod, Tabung Premis PERTIS telah dilancarkan oleh Yang Dipertua PERTIS pada 21 Sya’ban 1434Hijrah bersamaan 30Jun 2013 Masihi bersempena Majlis Di Ambang Ramadhan Al Mubarak. Tabung khas ini adalah antara pelbagai usaha dan perancangan pengumpulan dana ke arah pembelian premis Persatuan. Justeru, sumbangan berterusan berbentuk kewangan, barangan berharga, wasiat, zakat dan apa juga jenis sumbangan amatlah dialu-alukan daripada semua ahli juga bukan ahli PERTIS. Sumbangan bolehlah disalurkan ke Ibu Pejabat PERTIS yang beralamat di “No. 32A, Tingkat 1, Medan Idaman, Jalan Jernai 6/21D, 53100 Gombak, Kuala Lumpur” atau berhubung terus dengan Ibu Pejabat di talian, 03-4021 2631 (jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, hari Isninhingga hari Jumaat). Semoga Allah SWT akan melimah gantikan juga mengurniakan sesuatu yang lebih baik lagi bernilai daripada apa yang telah dan akan disumbangkan.

7.2 TABUNG KEBAJIKAN AHLI-AHLI TERBENCANA

Dimaklumkan bahawa pengwujudan tabung adalah dengan misi dan objektif membantu ahli-ahli Persatuan yang ditimpa musibah, bencana, terlantar sakit atau seumpamanya. Tabung kebajikan khas ini akan diaktifkan secara berterusan dan dikendalikan oleh Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS. Sumbangan derma berbentuk kewangan atau barangan bolehlah disalurkan kepada Cik Lele Suyarni binti Omar di talian bimbitnya, 019-254 4212 atau talian pejabat MAB, 03-2272 2672/2677.

7.3 Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud, “Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangai itu pula mengandungi seratus biji.Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah maha luas kurniaannya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” – hari ini kita embantu insan lain, esok mungkin insan lain pula membantu kita!!

8. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

8.1 Kemas Kini Maklumat Ahli.

Ibu pejabat PERTIS memohon kerjasama daripada semua ahli agar dapat mengemas kini maklumat mengenai keahlian masing-masing seperti alamat tempat tinggal terkini, nombor telefon, alamat email dan sebagainya.Semua maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada pembantu hal ehwal pentadbiran/kewangan, En.Mohamad Azim firdaus di talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat.

9. Pengumuman Daripada Lain-lain organisasi.

9.1 Pengumuman Daripada PESROB.

Persatuan Sukan Orang Buta (PESROB) Selangor akan mengadakan satubengkel goalball seperti berikut:

Program: Bengkel Teknikal Goalball
Tarikh: 11 - 13 Oktober 2013 (Jumaat - Ahad)
Tempat: Kompleks Rakan Muda Puchong

Kepada sesiapa yang berminat dan untuk maklumat lanjut, sila hubungiEncik Izadin Bin Abdul Razak di talian, 0123045312.