Total Pageviews

Monday, 30 September 2013

Pengumuman Mingguan PERTIS

TeleMaklumat PERTIS (23September 2013)

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 30September 2013, bersamaan 24 Zulqaidah 1434 Hijrah.

1. Ucapan Penghargaan.

Pada 28 September 2013 (Sabtu) lalu, Altasneem Malaysia Sdn Bhd dan PERTIS telah menganjurkan sesi promosi pen pembaca Alquran untuk golongan cacat penglihatan di Kompleks MAB.Sehubungan itu, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang telah hadir ke sesi berkenaan.Sesungguhnya sokongan dan dokongan anda pemangkin kepada iltizam kami untuk memartabatkan golongan kita.

2. Harga Pen Pembaca Alquran Untuk Golongan Cacat Penglihatan.

Untuk maklumat bersama, harga promosi pen pembaca Alquran untuk golongan cacat penglihatan ialah RM 200 setiap satu. Harga promosi ini akan tamat pada 6 Oktober 2013. Harga promosi ini juga turut meliputi mereka yang telah membuat tempahan semasa sesi promosi tempoh hari. Mulai 7 Oktober, harganya akan menjadi RM 250.00 untuk satu set. bagi mereka yang telah membuat tempahan untuk membeli pen berkenaan, besarlah harapan kami supaya anda dapat menjelaskan baki bayaran sebelum atau pada 6 Oktober untuk menikmati harga promosi berkenaan. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Cik Siti Haida di talian ibu pejabat PERTIS 03-40212631.

3. Ceramah Ibadah Qurban.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak PERTIS melalui biro pendidikan danpembangunan ummah Yang dipengerusikan oleh En. Zamzuri Ghani akan menganjurkan ceramah seempena ketibaan Aidil Adhayaitu mengenai ibadah qorban pada 6 Oktober 2013 jam 10,00 pagibertempat di Dewan Dr Ismail Salleh, Kompleks MAB, Brickfields, KL.Sehubungan itu, kami menjemput semua ahli/bukan ahli PERTISuntuk menghadiri majlis tersebut.Sokongan dan dokongan amat kamihargai dan dahului dengan ucapan terimakasih.Sebarang maklumat danpertanyaan, bolehlah menghubungi En Zamzuri Ghani di talian019-3869700. Sementara itu, jika tiada aral melintang, insha-Allah penyampaian 3 set pen pembaca Alquran kepada 3 penerima terpilih dalam kalangan ahli PERTIS juga turut akan diadakan dalam majlis berkenaan. 3 set pen berkenaan telah disumbangkan oleh Dr. Wajdi dari Mesir.

4. Perubahan Alamat PERTIS.

Berkuat kuasa serta-merta, alamat surat-menyurat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) telah diubah seperti berikut: No 32A, Jalan 6/21D, Taman Ibu Kota, 53100 Gombak, Kuala Lumpur. Sayugia dnyatakan iaitu lokasi ibu pejabat PERTIS tidak berubah, hanya alamatnya sahaja yang berubah.Ia adalah atas arahan daripada Pos Malaysia.

5. Bantuan Kepada Bakal Haji Dalam Kalangan Ahli PERTIS.

Sukacita dimaklumkan PERTIS akan menghulurkan sedikit bantuan kewangan kepada bakal-bakal haji dalam kalangan ahli PERTIS yang akan menunaikan rukun Islam kelima tersebut pada tahun 1434 hijrah. Untuk itu, bakal-bakal haji yang berkenaan hendaklah menghantar dokumen berikut ke ibu pejabat PERTIS Malaysia seberapa segera yang boleh, iaitu:

(1) Surat tawaran untuk menunaikan haji daripada Lembaga Tabung Haji;
(2) Jadual penerbangan haji;
(3) Nombor akaun tabung haji.

Jumlah bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun tabung haji penerima sebaik sahaja semua dokumen yang diperlukan diterima oleh ibu pejabat PERTIS.

6. KARNIVAL KESENIAN PERTIS Peringkat Kebangsaan 1434 HIJRAH

6.1 PERTIS melalui Biro Pembangunan Muslimah, Kesenian dan Kebudayaan Islam PERTIS Malaysia akan menganjurkan karnival tersebut di atas pada hari Sabtu, 28 Zulhijjah 1434 Hijrah bersamaan 2 November 2013 Masihi, jam 9.00 pagi hingga jam 3.00 petang bertempat di Dewan Datuk Ismail Salleh, Kompleks MAB. Program memartabatkan seni ini akan dimuatkan dengan pengisian seperti berikut:-

(1) Pertandingan Nasyid Kebangsaan PERTIS Malaysia Kali Ke-4. Kategori dipertandingkan, solo dan berkumpulan. Yuran penyertaan – kategori solo, RM10.00 seorang dan kategori berkumpulan, RM20.00 1 kumpulan. Keanggotaan sesebuah kumpulan tidak melebihi 5 orang. Setiap peserta Cuma dibenarkan mempersembahkan sebuah lagu sahaja. CD minus 1 perlu dibawa dan disediakan sendiri. Penyertaan dibuka kepada semua ahli PERTIS Pusat dan Wilayah serta peserta jemputan khas. Sekiranya peserta PERTIS Pusat melebihi quota yang ditetapkan, peringkat saringan bagi memilih wakil Persatuan akan dilaksanakan.

(2) Deklamasi Sajak PERTIS Malaysia Kali Pertama. Penyertaan dibuka kepada semua ahli PERTIS Pusat dan Wilayah serta jemputan khas. Yuran Penyertaan, RM10.00 seorang. Penyediaan dan pemilihan sajak tertakluk kepada urusan peserta sendiri. Walau bagaimanapun, salinan teks sajak perlu diserahkan kepada urusetia penganjur. Seandainya bilangan peserta berdaftar melebihi quota ditetapkan, peringkat saringan bagi memilih wakil Persatuan akan turut dilaksanakan.

6.2 Ambil maklum bahawa pendaftaran dianggap sah selepas yuran penyertaan dilunaskan. Para peserta diingatkan bahawa sebarang pertukaran lagu atau sajak pada saat-saat terakhir tidak akan dilayan dan menyumbang kepada pembatalan penyertaan secara automatic. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan adalah sebelum atau pada 24 Zulqa’edah 1434 Hijrah bersamaan 30 September 2013 Masihi. Bagi tujuan pendaftaran atau maklumat lanjut, sila berhubung dengan Pn. Sariyah binti Noordin sahaja iaitu Pengerusi Biro di talian, 013-341 1066 atau talian pejabat Public Bank, 03-2176 6000.

7. Pelbagai Tabung Amal PERTIS.

7.1 TABUNG PREMIS PERTIS

Untuk rekod, Tabung Premis PERTIS telah dilancarkan oleh Yang Dipertua PERTIS pada 21 Sya’ban 1434Hijrah bersamaan 30Jun 2013 Masihi bersempena Majlis Di Ambang Ramadhan Al Mubarak. Tabung khas ini adalah antara pelbagai usaha dan perancangan pengumpulan dana ke arah pembelian premis Persatuan. Justeru, sumbangan berterusan berbentuk kewangan, barangan berharga, wasiat, zakat dan apa juga jenis sumbangan amatlah dialu-alukan daripada semua ahli juga bukan ahli PERTIS. Sumbangan bolehlah disalurkan ke Ibu Pejabat PERTIS yang beralamat di “No. 32A, Tingkat 1, Medan Idaman, Jalan Jernai 6/21D, 53100 Gombak, Kuala Lumpur” atau berhubung terus dengan Ibu Pejabat di talian, 03-4021 2631 (jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, hari Isninhingga hari Jumaat). Semoga Allah SWT akan melimah gantikan juga mengurniakan sesuatu yang lebih baik lagi bernilai daripada apa yang telah dan akan disumbangkan.

7.2 TABUNG KEBAJIKAN AHLI-AHLI TERBENCANA

Dimaklumkan bahawa pengwujudan tabung adalah dengan misi dan objektif membantu ahli-ahli Persatuan yang ditimpa musibah, bencana, terlantar sakit atau seumpamanya. Tabung kebajikan khas ini akan diaktifkan secara berterusan dan dikendalikan oleh Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS. Sumbangan derma berbentuk kewangan atau barangan bolehlah disalurkan kepada Cik Lele Suyarni binti Omar di talian bimbitnya, 019-254 4212 atau talian pejabat MAB, 03-2272 2672/2677.

7.3 Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud, “Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangai itu pula mengandungi seratus biji.Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah maha luas kurniaannya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” – hari ini kita embantu insan lain, esok mungkin insan lain pula membantu kita!!

8. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

8.1 Kemas Kini Maklumat Ahli.

Ibu pejabat PERTIS memohon kerjasama daripada semua ahli agar dapat mengemas kini maklumat mengenai keahlian masing-masing seperti alamat tempat tinggal terkini, nombor telefon, alamat email dan sebagainya.Semua maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada pembantu hal ehwal pentadbiran/kewangan, En.Mohamad Azim firdaus di talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat.

9. Pengumuman Daripada Lain-lain organisasi.

9.1 Pengumuman Daripada PESROB.

Persatuan Sukan Orang Buta (PESROB) Selangor akan mengadakan satubengkel goalball seperti berikut:

Program: Bengkel Teknikal Goalball
Tarikh: 11 - 13 Oktober 2013 (Jumaat - Ahad)
Tempat: Kompleks Rakan Muda Puchong

Kepada sesiapa yang berminat dan untuk maklumat lanjut, sila hubungiEncik Izadin Bin Abdul Razak di talian, 0123045312.

Peringatan:

1. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950),sila maklumkannya kepada Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

2. Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Diselaraskan oleh

(Zakaria bin Yahya)
Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Monday, 23 September 2013

Pengumuman Mingguan PERTIS

TeleMaklumat PERTIS (23September 2013)

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 23 September 2013, bersamaan 17Zulqaidah 1434 Hijrah.

1. Perubahan Alamat PERTIS.

Berkuat kuasa serta-merta, alamat surat-menyurat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) telah diubah seperti berikut: No 32A, Jalan 6/21D, Taman Ibu Kota, 53100 Gombak, Kuala Lumpur. Sayugia dnyatakan iaitu lokasi ibu pejabat PERTIS tidak berubah, hanya alamatnya sahaja yang berubah.Ia adalah atas arahan daripada Pos Malaysia.

2. Majlis Tahlil Arwah Anjuran PERTIS.

Biro Kebajikan Dan Khidmat komuniti PERTIS yang dipengerusikan oleh Cik Lele Suyarni Omar akan mengadakan Satu majlis tahlil khasnya untuk arwah ahli-ahli PERTIS yang telah kembali ke rahmatullah seperti berikut:

Tarikh : 28 September 2013 (Sabtu);
Tempat : Surau MAB, tingkat 3, Kompleks MAB;
Masa : Sejurus selepas solat zohor.

Majlis akan bermula dengan solat zohor secara berjamaah. Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

3. Sesi Promosi Pen Pembaca Alquran Untuk Golongan Cacat Penglihatan.

Setelah melalui usaha beberapa tahun, akhirnya Syarikat Altasneem Malaysia Sdn Bhd berjaya menghasilkan pen pembaca Alquran untuk golongan cacat penglihatan. Pen pembaca Alquran ini sedia untuk dipasarkan kepada golongan sasarnya dengan kerjasama daripada Persatuan Orang-orang cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS). Pen pembacaa Alquran berkenaan didatangkan dalam dua pakej iaitu yang berharga RM 150.00 dan RM 250.00. Untuk itu, satu sesi promosi serta demonstrasi penggunaan pen berkenaan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 28 September 2013 (Sabtu);
Tempat : Lecture Room, Tingkat 2, Kompleks MAB, Brickfields, KL.
Masa : 2.15 petang – 5.15 petang.

Semua golongan cacat penglihatan dan yang berpenglihatan juga dijemput hadir ke sesi promosi berkenaan.Mereka yang berminat juga boleh terus membeli produk berkenaan.Hadirin juga berkesempatan untuk merasai sendiri perbezaan antara pakej RM 150.00 dan RM 250.00.

4. Perhatian Kepada Bakal Haji Dalam Kalangan Ahli PERTIS.

Sukacita dimaklumkan PERTIS akan menghulurkan sedikit bantuan kewangan kepada bakal-bakal haji dalam kalangan ahli PERTIS yang akan menunaikan rukun Islam kelima tersebut pada tahun 1434 hijrah. Untuk itu, bakal-bakal haji yang berkenaan hendaklah menghantar dokumen berikut ke ibu pejabat PERTIS Malaysia seberapa segera yang boleh, iaitu:

(1) Surat tawaran untuk menunaikan haji daripada Lembaga Tabung Haji;
(2) Jadual penerbangan haji;
(3) Nombor akaun tabung haji.

Jumlah bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun tabung haji penerima sebaik sahaja semua dokumen yang diperlukan diterima oleh ibu pejabat PERTIS.

5. KARNIVAL KESENIAN PERTIS Peringkat Kebangsaan 1434 HIJRAH

5.1 PERTIS melalui Biro Pembangunan Muslimah, Kesenian dan Kebudayaan Islam PERTIS Malaysia akan menganjurkan karnival tersebut di atas pada hari Sabtu, 28 Zulhijjah 1434 Hijrah bersamaan 2 November 2013 Masihi, jam 9.00 pagi hingga jam 3.00 petang bertempat di Dewan Datuk Ismail Salleh, Kompleks MAB. Program memartabatkan seni ini akan dimuatkan dengan pengisian seperti berikut:-

(1) Pertandingan Nasyid Kebangsaan PERTIS Malaysia Kali Ke-4. Kategori dipertandingkan, solo dan berkumpulan. Yuran penyertaan – kategori solo, RM10.00 seorang dan kategori berkumpulan, RM20.00 1 kumpulan. Keanggotaan sesebuah kumpulan tidak melebihi 5 orang. Setiap peserta Cuma dibenarkan mempersembahkan sebuah lagu sahaja. CD minus 1 perlu dibawa dan disediakan sendiri. Penyertaan dibuka kepada semua ahli PERTIS Pusat dan Wilayah serta peserta jemputan khas. Sekiranya peserta PERTIS Pusat melebihi quota yang ditetapkan, peringkat saringan bagi memilih wakil Persatuan akan dilaksanakan.

(2) Deklamasi Sajak PERTIS Malaysia Kali Pertama. Penyertaan dibuka kepada semua ahli PERTIS Pusat dan Wilayah serta jemputan khas. Yuran Penyertaan, RM10.00 seorang. Penyediaan dan pemilihan sajak tertakluk kepada urusan peserta sendiri. Walau bagaimanapun, salinan teks sajak perlu diserahkan kepada urusetia penganjur. Seandainya bilangan peserta berdaftar melebihi quota ditetapkan, peringkat saringan bagi memilih wakil Persatuan akan turut dilaksanakan.

5.2 Ambil maklum bahawa pendaftaran dianggap sah selepas yuran penyertaan dilunaskan. Para peserta diingatkan bahawa sebarang pertukaran lagu atau sajak pada saat-saat terakhir tidak akan dilayan dan menyumbang kepada pembatalan penyertaan secara automatic. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan adalah sebelum atau pada 24 Zulqa’edah 1434 Hijrah bersamaan 30 September 2013 Masihi. Bagi tujuan pendaftaran atau maklumat lanjut, sila berhubung dengan Pn. Sariyah binti Noordin sahaja iaitu Pengerusi Biro di talian, 013-341 1066 atau talian pejabat Public Bank, 03-2176 6000.

6. Pelbagai Tabung Amal PERTIS.

6.1 TABUNG PREMIS PERTIS

Untuk rekod, Tabung Premis PERTIS telah dilancarkan oleh Yang Dipertua PERTIS pada 21 Sya’ban 1434Hijrah bersamaan 30Jun 2013 Masihi bersempena Majlis Di Ambang Ramadhan Al Mubarak. Tabung khas ini adalah antara pelbagai usaha dan perancangan pengumpulan dana ke arah pembelian premis Persatuan. Justeru, sumbangan berterusan berbentuk kewangan, barangan berharga, wasiat, zakat dan apa juga jenis sumbangan amatlah dialu-alukan daripada semua ahli juga bukan ahli PERTIS. Sumbangan bolehlah disalurkan ke Ibu Pejabat PERTIS yang beralamat di “No. 32A, Tingkat 1, Medan Idaman, Jalan Jernai 6/21D, 53100 Gombak, Kuala Lumpur” atau berhubung terus dengan Ibu Pejabat di talian, 03-4021 2631 (jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, hari Isninhingga hari Jumaat). Semoga Allah SWT akan melimah gantikan juga mengurniakan sesuatu yang lebih baik lagi bernilai daripada apa yang telah dan akan disumbangkan.

6.2 TABUNG KEBAJIKAN AHLI-AHLI TERBENCANA

Dimaklumkan bahawa pengwujudan tabung adalah dengan misi dan objektif membantu ahli-ahli Persatuan yang ditimpa musibah, bencana, terlantar sakit atau seumpamanya. Tabung kebajikan khas ini akan diaktifkan secara berterusan dan dikendalikan oleh Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS. Sumbangan derma berbentuk kewangan atau barangan bolehlah disalurkan kepada Cik Lele Suyarni binti Omar di talian bimbitnya, 019-254 4212 atau talian pejabat MAB, 03-2272 2672/2677.

6.3 Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud, “Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangai itu pula mengandungi seratus biji.Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah maha luas kurniaannya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” – hari ini kita embantu insan lain, esok mungkin insan lain pula membantu kita!!

7. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

7.1 Kemas Kini Maklumat Ahli.

Ibu pejabat PERTIS memohon kerjasama daripada semua ahli agar dapat mengemas kini maklumat mengenai keahlian masing-masing seperti alamat tempat tinggal terkini, nombor telefon, alamat email dan sebagainya.Semua maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada pembantu hal ehwal pentadbiran/kewangan, En.Mohamad Azim firdaus di talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat.

8. Pengumuman Daripada Lain-lain organisasi.

8.1 Pengumuman Daripada PESROB.

Persatuan Sukan Orang Buta (PESROB) Selangor akan mengadakan satu bengkel goalball seperti berikut:

Program: Bengkel Teknikal Goalball
Tarikh: 11 - 13 Oktober 2013 (Jumaat - Ahad)
Tempat: Kompleks Rakan Muda Puchong

Kepada sesiapa yang berminat dan untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Izadin Bin Abdul Razak di talian, 0123045312.