Total Pageviews

Monday, 22 July 2013

Pengumuman Mingguan PERTIS

TeleMaklumat PERTIS (22 Julai2013)

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 22 Julai 2013, bersamaan 13 Ramadhan 1434 Hijrah.

Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Terlebih dahulu, kami ingin memohon berbanyak maaf kerana di sepanjang minggu lepas info ini tidak dapat diakses menerusi telemaklumat talian telefon (03-40223950) kerana sebab teknikal. Kami sedang berusaha untuk memperbaikinya. Harap maklum

1. PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 1434 HIJRAH

1.1 PERTIS melalui Biro Tugas-tugas Khas PERTIS Malaysia dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Commerce International Merchant Bankers (CIMB Bank) akan menganjurkan program tersebut di atas pada hari Sabtu dan Ahad, 18 dan 19 Ramadhan 1434 Hijrah bersamaan 27 dan 28 Julai 2013 Masihi bertempat di Kompleks MAB. Majlis yang bermula pada jam 2.00 petang ini akan dimuatkan dengan pelbagai pertandingan iringan untuk kategori dewasa dan anak-anak, slot ceramah, Solat Sunat Tarawih, Qiyamulail dan lain-lain. Makanan berbuka, moreah dan sahur disediakan. Penyertaan Cuma dibuka kepada 200 orang terawal berdaftar dan mestilah merupakan ahli PERTIS. Kehadiran anak-anak Cuma dibuka kepada mereka yang berusia di bawah 15 tahun sahaja justeru asas dan perkiraan diambil bahawa individu yang berumur 15 tahun ke atas sudah layak menjadi ahli Persatuan. Namun demikian, penyertaan dibuka kepada umum bagi kehadiran ke Qiyamulail, Kuliah Subuh dan sahur.

1.2 Susulan perolehan sumber tajaan daripada CIMB Bank, pertandingan iringan yang telah dirancang ialah “Realiti Ramadhan Al Mubarrak 1434 Hijrah”. Pertandingan yang menyerlahkan bakat terpendam, kebolehan dan keupayaan sebenar setiap peserta terbuka kepada kategori penyertaan berumur 15 tahun ke atas termasuk peserta dewasa. Pertandingan bercerita terbuka kepada penyertaan anak-anak berumur di bawah 14 tahun.

1.3 Berikut diwar-warkan atur cara majlis sebagai panduan setiap peserta:

1.3.1 SABTU, 18 RAMADHAN 1434H | 27 OGOS 2013M )

WAKTU dan ATUR CARA MAJLIS

01.23 TGH HARI
SOLAT FARDHU ZOHOR.

02.00 PETANG
KETIBAAN PESERTA DAN PENDAFTARAN PESERTA PELBAGAI PERTANDINGAN.

02.30 PETANG
PELBAGAI PERTANDINGAN BERMULA:

  • - PROGRAM REALITI RAMADHAN (PESERTA BERUMUR 15 TAHUN KE ATAS).
  • - PERTANDINGAN BERCERITA (ANAK-ANAK BERUMUR 10 HINGGA 14 TAHUN).
  • - UJIAN HAFAZAN SURAH JUZUK AMMA (ANAK-ANAK DI BAWAH UMUR 9 TAHUN)

04.45 PETANG
SOLAT FARDHU ASAR.

05.00 PETANG
CERAMAH AGAMA BERTAJUK, “RAMADHAN KITA!! RAMADHAN MEREKA???”, AL FADHIL USTAZ SHAHROM BIN ABU HASSAN, PENGURUS SEK. MEN. AL AMIN, GOMBAK, SELANGOR DARUL EHSAN.

06.10 PETANG
KETIBAAN TETAMU-TETAMU KEHORMAT.

06.15 PETANG
KETIBAAN TETAMU KEHORMAT UTAMA.

06.18 PETANG
- KATA ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS.

- BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QUR’AN.

06.30 PETANG
UCAPAN ALU-ALUAN OLEH YANG DIPERTUA PERSATUAN ORANG CACAT PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA (PERTIS).

06.40 PETANG
UCAPAN DAN PERASMIAN PROGRAM EHYA’ RAMADHAN AL MUBARAK 1434 HIJRAH ANJURAN BERSAMA PERTIS-JAWI-CIMB.

07.10 MALAM
- PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA JURI/HAKIM.

- PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PARA PEMENANG PELBAGAI PERTANDINGAN.

- PENYAMPAIAN SUMBANGAN KHAS BULAN RAMADHAN AL MUBARAK 1434 HIJRAH.

- PENYAMPAIAN PELBAGAI CENDERAHATI.

07.20 MALAM
PESERTA BERKUMPUL DI KAFETARIA MAB BAGI PERSIAPAN BERBUKA PUASA.

07.30 MALAM
SOLAT FARDHU MAGHRIB DAN WAKTU BERBUKA PUASA.

08.00 MALAM
SOLAT FARDHU MAGHRIB DAN TAHLIL (SURAU MAB).

08.44 MALAM
- SOLAT FARDHU ISYA’.

- SOLAT SUNAT TARAWIH.

- TAZKIRAH TARAWIH DIPIMPIN OLEH AL FADHIL USTAZ FAZLULRAHIMI BIN MAAROP (PENDAKWAH BEBAS DAN AHLI PERNIAGAAN DARI RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN).

10.00 MALAM
JAMUAN MOREH.

10.30 MALAM
REHAT.

1.3.2 AHAD, 19 RAMADHAN 1434H | 28 JULAI 2013M

WAKTU dan ATUR CARA MAJLIS

03.00 PAGI
BERKUMPUL DI SURAU MAB.

03.15 PAGI
QIYAMULAIL.

05.00 PAGI
MAKAN SAHUR.

05.41 PAGI
WAKTU IMSAK.

05.51 PAGI
SOLAT FARDHU SUBUH.

06.15 PAGI
KULIAH SUBUH.

07.15 PAGI
- PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA PENCERAMAH.

- MAJLIS BERSURAI.

1.4 Bagi maksud pendaftaran atau maklumat lanjut, sila berhubung dengan Pengerusi Biro di talian, 013-274 4943 atau melalui perkhidmatan SMS ke talian dimaksudkan.

2. KARNIVAL KESENIAN PERTIS 1434 HIJRAH

2.1 PERTIS melalui Biro Pembangunan Muslimah, Kesenian dan Kebudayaan Islam PERTIS Malaysia akan menganjurkan karnival tersebut di atas pada hari Sabtu, 28 Zulhijjah 1434 Hijrah bersamaan 2 November 2013 Masihi, jam 9.00 pagi hingga jam 3.00 petang bertempat di Dewan Datuk Ismail Salleh, Kompleks MAB. Program memartabatkan seni ini akan dimuatkan dengan pengisian seperti berikut:-

(1) Pertandingan Nasyid Kebangsaan PERTIS Malaysia Kali Ke-4. Kategori dipertandingkan, solo dan berkumpulan. Yuran penyertaan – kategori solo, RM10.00 seorang dan kategori berkumpulan, RM20.00 1 kumpulan. Keanggotaan sesebuah kumpulan tidak melebihi 5 orang. Setiap peserta Cuma dibenarkan mempersembahkan sebuah lagu sahaja. CD minus 1 perlu dibawa dan disediakan sendiri. Penyertaan dibuka kepada semua ahli PERTIS Pusat dan Wilayah serta peserta jemputan khas. Sekiranya peserta PERTIS Pusat melebihi quota yang ditetapkan, peringkat saringan bagi memilih wakil Persatuan akan dilaksanakan.

(2) Deklamasi Sajak PERTIS Malaysia Kali Pertama. Penyertaan dibuka kepada semua ahli PERTIS Pusat dan Wilayah serta jemputan khas. Yuran Penyertaan, RM10.00 seorang. Penyediaan dan pemilihan sajak tertakluk kepada urusan peserta sendiri. Walau bagaimanapun, salinan teks sajak perlu diserahkan kepada urusetia penganjur. Seandainya bilangan peserta berdaftar melebihi quota ditetapkan, peringkat saringan bagi memilih wakil Persatuan akan turut dilaksanakan.

2.2 Ambil maklum bahawa pendaftaran dianggap sah selepas yuran penyertaan dilunaskan. Para peserta diingatkan bahawa sebarang pertukaran lagu atau sajak pada saat-saat terakhir tidak akan dilayan dan menyumbang kepada pembatalan penyertaan secara automatic. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan adalah sebelum atau pada 24 Zulqa’edah 1434 Hijrah bersamaan 30 September 2013 Masihi. Bagi tujuan pendaftaran atau maklumat lanjut, sila berhubung dengan Pn. Sariyah binti Noordin sahaja iaitu Pengerusi Biro di talian, 013-341 1066 atau talian pejabat Public Bank, 03-2176 6000.

3. PELBAGAI TABUNG AMAL PERSATUAN

3.1 TABUNG PREMIS PERTIS

Untuk rekod, Tabung Premis PERTIS telah dilancarkan oleh Yang Dipertua PERTIS pada 21 Sya’ban 1434Hijrah bersamaan 30Jun 2013 Masihi bersempena Majlis Di Ambang Ramadhan Al Mubarak. Tabung khas ini adalah antara pelbagai usaha dan perancangan pengumpulan dana ke arah pembelian premis Persatuan. Justeru, sumbangan berterusan berbentuk kewangan, barangan berharga, wasiat, zakat dan apa juga jenis sumbangan amatlah dialu-alukan daripada semua ahli juga bukan ahli PERTIS. Sumbangan bolehlah disalurkan ke Ibu Pejabat PERTIS yang beralamat di “No. 32A, Tingkat 1, Medan Idaman, Jalan Jernai 6/21D, 53100 Gombak, Kuala Lumpur” atau berhubung terus dengan Ibu Pejabat di talian, 03-4021 2631 (jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, hari Isninhingga hari Jumaat). Semoga Allah SWT akan melimah gantikan juga mengurniakan sesuatu yang lebih baik lagi bernilai daripada apa yang telah dan akan disumbangkan.

3.2 TABUNG KEBAJIKAN AHLI-AHLI TERBENCANA

Dimaklumkan bahawa pengwujudan tabung adalah dengan misi dan objektif membantu ahli-ahli Persatuan yang ditimpa musibah, bencana, terlantar sakit atau seumpamanya. Tabung kebajikan khas ini akan diaktifkan secara berterusan dan dikendalikan oleh Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS. Sumbangan derma berbentuk kewangan atau barangan bolehlah disalurkan kepada Cik Lele Suyarni binti Omar di talian bimbitnya, 019-254 4212 atau talian pejabat MAB, 03-2272 2672/2677.

3.3 Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud, “Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangai itu pula mengandungi seratus biji.Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah maha luas kurniaannya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” – hari ini kita embantu insan lain, esok mungkin insan lain pula membantu kita!!

4. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

4.1 Kemas Kini Maklumat Ahli.

Ibu pejabat PERTIS memohon kerjasama daripada semua ahli agar dapat mengemas kini maklumat mengenai keahlian masing-masing seperti alamat tempat tinggal terkini, nombor telefon, alamat email dan sebagainya.Semua maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada pembantu hal ehwal pentadbiran/kewangan, En.Mohamad Azim firdaus di talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat.

4.2 Perubahan Waktu Kerja Kakitangan Ibu Pejabat PERTIS Bersempena Ramadhan.

Bersempena dengan bulan Ramadhan, waktu operasi bagi ibu pejabat PERTIS Malaysia ialah dari jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang. Ia akan berkuat kuasa di sepanjang bulan puasa sahaja.

5. BERITA DAN AKTIVITI PERTIS WILAYAH TERENGGANU.

5.1 Seluruh saf kepimpinan PERTIS Wilayah Terengganu Darul Iman ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua ahli serta sanak family ke Majlis Berbuka Puasa 1434 Hijrah pada 19 Julai 2013 yang lalu. Semoga pelbagai pengisian yang dirancang mampu menyuntik ilmu keagamaan, memberi manfaat dan memperkukuh hubungan ukhuwah sesama kita. Barisan kepimpinan Wilayah memohon ribuan kemaafan di atas segala kelemahan dan kekurangan yang kedapatan. Insya’ Allah, ianya akan diperbaiki dan dipertingkatkan dari masa ke semasa.

5.2 Sementara itu, Kelas Al-Qur’an Braille Khas sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak 1434 Hijrah berlangsung pada setiap hari Rabu dan Khamis. Lokasi, Taman Rahmat.

5.3 Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan dengan aktiviti-aktiviti PERTIS Wilayah Terengganu Darul Iman, sila berhubung dengan En. Mohd Fauzi bin Mansor, Pengerusi PERTIS Wilayah di talian, 013-908 3130 atau 013-984 3130 atau Pejabat PERTIS Wilayah di talian, 09-662 1630.

6. Iklan Minggu Ini.

6.1 Kuih Raya

RAMADHAN AL MUBARAK TIBA MENJELANG,
AIDILFITRI MENEMPAH RUANGBERTANDANG, PESTA KUIH RAYA KEMBALI BERGENDANG BERDENDANG, BUATHIDANGAN TAMU DAN RAKAN BERTANDANG...DAPATKAN PELBAGAI BISKUT RAYAYANG
DIJAMIN ENAK LAGI MENGGUGAH SELERA.MARZOLA, 50 BIJI, RM20.00.SEMPERIT, 50 BIJI, RM20.00.MADU CORNFLAKES, 50 BIJI, RM20.00.ROLL JAM TART, 50 BIJI, RM20.00.CHOCOLATE
CHIP, 50 BIJI, RM25.00.CHOCOLATE ALMOND COOKIES, 50 BIJI, RM25.00.BAGI MAKLUMAT LANJUT ATAU TEMPAHAN, SILA BERHUBUNG DENGAN CIKROSMAWATI BINTI MOHAMAD DI TALIAN, 012-260 3512 ATAU 019-955 2142.

Peringatan:
Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950),sila maklumkannya kepada Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

Diselaraskan oleh

(Zakaria bin Yahya)

Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Monday, 15 July 2013

Pengumuman Mingguan PERTIS

TeleMaklumat PERTIS (15 Julai2013)

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 15 Julai 2013, bersamaan 6 Ramadhan 1434 Hijrah.

Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

1. Pengumuman Daripada PERTIS Negeri Sembilan.

Persatuan Orang-orang Cacat Islam Malaysia (PERTIS) Negeri Sembilan akan menganjurkan majlis berbuka puasa. Butiran penganjuran adalah seperti berikut:

Tarikh: 20 Julai 2013/11 Ramadhan 1434 Hijriah.

Masa: 2.00 Petang hinga 11.00 malam

Tempat: Pejabat PERTIS Wilayah Negeri Sembilan No 16, Taman Syukor Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan.

Selain berbuka puasa, majlis turut akan diserikan dengan program ceramah dan juga solat maghrib, isya dan solat sunat tarawih berjamaah.

Pendaftaran dibuka untuk 40 orang kerana bas disediakan diperkarangan kompleks MAB yang akan bertolak pada jam 2.00 Petang. Bagi maksud pendaftaran dan pertanyaan boleh menghubungi Bendahari Kehormat PERTIS merangkap Penyelaras PWNSDK Ustaz Mohd Nasir bin Haji Mohamed Yusoff ditalian 019-3941441

2. Program IHYA’ RAMADHAN 1434 HIJRAH PERTIS PUSAT

PERTIS melalui Biro Tugas-tugas Khas PERTIS Malaysia dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menganjurkan program tersebut di atas pada hari Sabtu dan Ahad, 18 dan 19 Ramadhan 1434 Hijrah bersamaan 27 dan 28 Julai 2013 Masihi bertempat di Kompleks MAB. Majlis yang bermula pada jam 4.00 petang ini akan dimuatkan dengan pelbagai slot ceramah, Solat Sunat Tarawih dan Qiyamulail. Makanan berbuka, moreah dan sahur disediakan. Penyertaan Cuma dibuka kepada 200 orang terawal berdaftar dan mestilah merupakan ahli PERTIS. Kehadiran anak-anak Cuma dibuka kepada mereka yang berusia di bawah 15 tahun sahaja justeru asas dan perkiraan diambil bahawa individu yang berumur 15 tahun ke atas sudah layak menjadi ahli Persatuan. Namun demikian, penyertaan dibuka kepada umum bagi kehadiran ke Qiyamulail, Kuliah Subuh dan sahur. Bagi maksud pendaftaran atau maklumat lanjut, sila berhubung dengan Pengerusi Biro di talian, 013-274 4943. Sebarang perkembangan dan tambahan pengisian majlis akan diwar-warkan dari masa ke semasa.

3. KARNIVAL KESENIAN PERTIS 1434 HIJRAH

3.1 PERTIS melalui Biro Pembangunan Muslimah, Kesenian dan Kebudayaan Islam PERTIS Malaysia akan menganjurkan karnival tersebut di atas pada hari Sabtu, 28 Zulhijjah 1434 Hijrah bersamaan 2 November 2013 Masihi, jam 9.00 pagi hingga jam 3.00 petang bertempat di Dewan Datuk Ismail Salleh, Kompleks MAB. Program memartabatkan seni ini akan dimuatkan dengan pengisian seperti berikut:-

(1) Pertandingan Nasyid Kebangsaan PERTIS Malaysia Kali Ke-4. Kategori dipertandingkan, solo dan berkumpulan. Yuran penyertaan – kategori solo, RM10.00 seorang dan kategori berkumpulan, RM20.00 1 kumpulan. Keanggotaan sesebuah kumpulan tidak melebihi 5 orang. Setiap peserta Cuma dibenarkan mempersembahkan sebuah lagu sahaja. CD minus 1 perlu dibawa dan disediakan sendiri. Penyertaan dibuka kepada semua ahli PERTIS Pusat dan Wilayah serta peserta jemputan khas. Sekiranya peserta PERTIS Pusat melebihi quota yang ditetapkan, peringkat saringan bagi memilih wakil Persatuan akan dilaksanakan.

(2) Deklamasi Sajak PERTIS Malaysia Kali Pertama. Penyertaan dibuka kepada semua ahli PERTIS Pusat dan Wilayah serta jemputan khas. Yuran Penyertaan, RM10.00 seorang. Penyediaan dan pemilihan sajak tertakluk kepada urusan peserta sendiri. Walau bagaimanapun, salinan teks sajak perlu diserahkan kepada urusetia penganjur. Seandainya bilangan peserta berdaftar melebihi quota ditetapkan, peringkat saringan bagi memilih wakil Persatuan akan turut dilaksanakan.

3.2 Ambil maklum bahawa pendaftaran dianggap sah selepas yuran penyertaan dilunaskan. Para peserta diingatkan bahawa sebarang pertukaran lagu atau sajak pada saat-saat terakhir tidak akan dilayan dan menyumbang kepada pembatalan penyertaan secara automatic. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan adalah sebelum atau pada 24 Zulqa’edah 1434 Hijrah bersamaan 30 September 2013 Masihi. Bagi tujuan pendaftaran atau maklumat lanjut, sila berhubung dengan Pn. Sariyah binti Noordin sahaja iaitu Pengerusi Biro di talian, 013-341 1066 atau talian pejabat Public Bank, 03-2176 6000.

4. PELBAGAI TABUNG AMAL PERSATUAN

4.1 TABUNG PREMIS PERTIS

Untuk rekod, Tabung Premis PERTIS telah dilancarkan oleh Yang Dipertua PERTIS pada 21 Sya’ban 1434Hijrah bersamaan 30Jun 2013 Masihi bersempena Majlis Di Ambang Ramadhan Al Mubarak. Tabung khas ini adalah antara pelbagai usaha dan perancangan pengumpulan dana ke arah pembelian premis Persatuan. Justeru, sumbangan berterusan berbentuk kewangan, barangan berharga, wasiat, zakat dan apa juga jenis sumbangan amatlah dialu-alukan daripada semua ahli juga bukan ahli PERTIS. Sumbangan bolehlah disalurkan ke Ibu Pejabat PERTIS yang beralamat di “No. 32A, Tingkat 1, Medan Idaman, Jalan Jernai 6/21D, 53100 Gombak, Kuala Lumpur” atau berhubung terus dengan Ibu Pejabat di talian, 03-4021 2631 (jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, hari Isninhingga hari Jumaat). Semoga Allah SWT akan melimah gantikan juga mengurniakan sesuatu yang lebih baik lagi bernilai daripada apa yang telah dan akan disumbangkan.

4.2 TABUNG KEBAJIKAN AHLI-AHLI TERBENCANA

Dimaklumkan bahawa pengwujudan tabung adalah dengan misi dan objektif membantu ahli-ahli Persatuan yang ditimpa musibah, bencana, terlantar sakit atau seumpamanya. Tabung kebajikan khas ini akan diaktifkan secara berterusan dan dikendalikan oleh Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS. Sumbangan derma berbentuk kewangan atau barangan bolehlah disalurkan kepada Cik Lele Suyarni binti Omar di talian bimbitnya, 019-254 4212 atau talian pejabat MAB, 03-2272 2672/2677.

4.3 Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud, “Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangai itu pula mengandungi seratus biji.Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah maha luas kurniaannya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” – hari ini kita embantu insan lain, esok mungkin insan lain pula membantu kita!!

5. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

5.1 Kemas Kini Maklumat Ahli.

Ibu pejabat PERTIS memohon kerjasama daripada semua ahli agar dapat mengemas kini maklumat mengenai keahlian masing-masing seperti alamat tempat tinggal terkini, nombor telefon, alamat email dan sebagainya.Semua maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada pembantu hal ehwal pentadbiran/kewangan, En.Mohamad Azim firdaus di talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat.

5.2 Perubahan Waktu Kerja Kakitangan Ibu Pejabat PERTIS Bersempena Ramadhan.

Bersempena dengan bulan Ramadhan, waktu operasi bagi ibu pejabat PERTIS Malaysia ialah dari jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang. Ia akan berkuat kuasa di sepanjang bulan puasa sahaja.

6. BERITA DAN AKTIVITI PERTIS WILAYAH TERENGGANU.

6.1 Majlis Berbuka Puasa PERTIS Wilayah Terengganu Darul Iman akan diadakan pada hari Jumaat, 10 Ramadhan 1434 Hijrah bersamaan 19 September 2013 Masihi bertempat di D’otai Corner, Pulau Duyung.

6.2 Sementara itu, Kelas Al-Qur’an Braille Khas sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak 1434 Hijrah berlangsung pada setiap hari Rabu dan Khamis. Lokasi, Taman Rahmat.

6.3 Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan dengan aktiviti-aktiviti PERTIS Wilayah Terengganu Darul Iman, sila berhubung dengan En. Mohd Fauzi bin Mansor, Pengerusi PERTIS Wilayah di talian, 013-908 3130 atau 013-984 3130 atau Pejabat PERTIS Wilayah di talian, 09-662 1630.

7. Iklan Minggu Ini.

7.1 Kuih Raya

RAMADHAN AL MUBARAK TIBA MENJELANG,
AIDILFITRI MENEMPAH RUANGBERTANDANG, PESTA KUIH RAYA KEMBALI BERGENDANG BERDENDANG, BUATHIDANGAN TAMU DAN RAKAN BERTANDANG...DAPATKAN PELBAGAI BISKUT RAYAYANG
DIJAMIN ENAK LAGI MENGGUGAH SELERA.MARZOLA, 50 BIJI, RM20.00.SEMPERIT, 50 BIJI, RM20.00.MADU CORNFLAKES, 50 BIJI, RM20.00.ROLL JAM TART, 50 BIJI, RM20.00.CHOCOLATE
CHIP, 50 BIJI, RM25.00.CHOCOLATE ALMOND COOKIES, 50 BIJI, RM25.00.BAGI MAKLUMAT LANJUT ATAU TEMPAHAN, SILA BERHUBUNG DENGAN CIKROSMAWATI BINTI MOHAMAD DI TALIAN, 012-260 3512 ATAU 019-955 2142.

Peringatan:
Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950),sila maklumkannya kepada Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

Diselaraskan oleh

(Zakaria bin Yahya)

Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Monday, 8 July 2013

Pengumuman Mingguan PERTIS

TeleMaklumat PERTIS (8 Julai2013)

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 8 Julai 2013, bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah.

Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

1. Program Tadarus Alquran PERTIS.

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan
Islam Malaysia melalui biro pendidikan dan pembangunan Ummahakanmengadakan majlis tadarrus Al-quran di sepanjang bulan Ramadhan nanti. Majlis tadarus tersebutakan diadakan di ibu pejabat PERTIS Malaysia pada jam 3,00 hingga 5,00
petang setiap hari Sabtu sepanjang bulan ramadhan. Ia juga bertujuan untuk mengimarahkan lagi ibu pejabat PERTIS. Oleh yang demikian,kami amat mengalu-alukan penyertaan ahli PERTIS untuk menyertai majlis
ini. Juadah untuk berbuka puasa juga akan disediakan.Semoga pengorbanankita akan mendapat kasih-sayang dan rahmat dari Allah. Bagi maksudpendaftaran, sila hubungi Chek Raihah Bt Fauzi di talian ibu pejabatPERTIS Malaysia yaitu 03-40212631. Sebarang pertannyaan dan maklumat,anda bolehlah menghubungi pengerusi biro yaitu En Zamzuri Bin Ghani di talian 019-3869700.

2. PELBAGAI TABUNG AMAL PERSATUAN

2.1 TABUNG PREMIS PERTIS

Untuk rekod, Tabung Premis PERTIS telah dilancarkan oleh Yang Dipertua PERTIS pada 21 Sya’ban 1434Hijrah bersamaan 30Jun 2013 Masihi bersempena Majlis Di Ambang Ramadhan Al Mubarak. Tabung khas ini adalah antara pelbagai usaha dan perancangan pengumpulan dana ke arah pembelian premis Persatuan. Justeru, sumbangan berterusan berbentuk kewangan, barangan berharga, wasiat, zakat dan apa juga jenis sumbangan amatlah dialu-alukan daripada semua ahli juga bukan ahli PERTIS. Sumbangan bolehlah disalurkan ke Ibu Pejabat PERTIS yang beralamat di “No. 32A, Tingkat 1, Medan Idaman, Jalan Jernai 6/21D, 53100 Gombak, Kuala Lumpur” atau berhubung terus dengan Ibu Pejabat di talian, 03-4021 2631 (jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, hari Isninhingga hari Jumaat). Semoga Allah SWT akan melimah gantikan juga mengurniakan sesuatu yang lebih baik lagi bernilai daripada apa yang telah dan akan disumbangkan.

2.2 TABUNG KEBAJIKAN AHLI-AHLI TERBENCANA

Dimaklumkan bahawa pengwujudan tabung adalah dengan misi dan objektif membantu ahli-ahli Persatuan yang ditimpa musibah, bencana, terlantar sakit atau seumpamanya. Tabung kebajikan khas ini akan diaktifkan secara berterusan dan dikendalikan oleh Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS. Sumbangan derma berbentuk kewangan atau barangan bolehlah disalurkan kepada Cik Lele Suyarni binti Omar di talian bimbitnya, 019-254 4212 atau talian pejabat MAB, 03-2272 2672/2677.

2.3 Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 251 yang bermaksud, “Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangai itu pula mengandungi seratus biji.Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah maha luas kurniaannya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” – hari ini kita embantu insan lain, esok mungkin insan lain pula membantu kita!!

3. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

3.1 Kemas Kini Maklumat Ahli.

Ibu pejabat PERTIS memohon kerjasama daripada semua ahli agar dapat mengemas kini maklumat mengenai keahlian masing-masing seperti alamat tempat tinggal terkini, nombor telefon, alamat email dan sebagainya.Semua maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada pembantu hal ehwal pentadbiran/kewangan, En.Mohamad Azim firdaus di talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat.

3.2 Perubahan Waktu Kerja Kakitangan Ibu Pejabat PERTIS Bersempena Ramadhan.

Bersempena dengan bulan Ramadhan, waktu operasi bagi ibu pejabat PERTIS Malaysia ialah dari jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang. Ia akan berkuat kuasa di sepanjang bulan puasa sahaja.

4. Iklan Minggu Ini.

4.1 Kuih Raya

RAMADHAN AL MUBARAK TIBA MENJELANG,
AIDILFITRI MENEMPAH RUANGBERTANDANG, PESTA KUIH RAYA KEMBALI BERGENDANG BERDENDANG, BUATHIDANGAN TAMU DAN RAKAN BERTANDANG...DAPATKAN PELBAGAI BISKUT RAYAYANG
DIJAMIN ENAK LAGI MENGGUGAH SELERA.MARZOLA, 50 BIJI, RM20.00.SEMPERIT, 50 BIJI, RM20.00.MADU CORNFLAKES, 50 BIJI, RM20.00.ROLL JAM TART, 50 BIJI, RM20.00.CHOCOLATE
CHIP, 50 BIJI, RM25.00.CHOCOLATE ALMOND COOKIES, 50 BIJI, RM25.00.BAGI MAKLUMAT LANJUT ATAU TEMPAHAN, SILA BERHUBUNG DENGAN CIKROSMAWATI BINTI MOHAMAD
DI TALIAN, 012-260 3512 ATAU 019-955 2142.

Bersempena dengan kedatangan Ramadhan Almubarak 1434 kali ini, seluruh barisan kepimpinan PERTIS di semua peringkat serta seluruh kakitangan PERTIS dengan penuh tulus dan ikhlas mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada seluruh warga PERTIS serta kepada semua muslimin dan muslimat di mana jua anda berada. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Marilah sama-sama kita manfaatkan Ramadhan kali ini demi keredhaan Allah serta kebahagiaan dunia dan akhirat.

Peringatan:
Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950),sila maklumkannya kepada Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.

Diselaraskan oleh

(Zakaria bin Yahya)

Yang Di-Pertua

Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Monday, 1 July 2013

Pengumuman Mingguan PERTIS

TeleMaklumat PERTIS (1 Julai 2013)

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 1 Julai 2013, bersamaan 22 Syaaban 1434 Hijrah.

Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

1. Pengumuman Daripada Biro Pendidikan Dan Pembangunan Ummah PERTIS.

Biro Pendidikan Dan Pembangunan Ummah melalui Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang telah menghadiri majlis ceramah diambang Ramadhan yang telah diadakan pada hari Ahad, 30 Jun 2013. Mudah-mudahan kita telah mendapat manfaat daripada penganjuran ceramah berkenaan. Adalah diharapkan agar motivasi Ramadhan yang diberikan menjadikan kita lebih bersemangat menjalani ibadah puasa sepanjang bulan mulia tersebut.

2. Program Tadarus Alquran PERTIS.

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan
Islam Malaysia melalui biro pendidikan dan pembangunan Ummah akan mengadakan majlis tadarrus Al-quran di sepanjang bulan Ramadhan nanti. Majlis tadarus tersebut akan diadakan di ibu pejabat PERTIS Malaysia pada jam 3,00 hingga 5,00
petang setiap hari Sabtu sepanjang bulan ramadhan. Ia juga bertujuan untuk mengimarahkan lagi ibu pejabat PERTIS. Oleh yang demikian, kami amat mengalu-alukan penyertaan ahli PERTIS untuk menyertai majlis
ini. Juadah untuk berbuka puasa juga akan disediakan. Semoga pengorbanan kita akan mendapat kasih-sayang dan rahmat dari Allah. Bagi maksud pendaftaran, sila hubungi Chek Raihah Bt Fauzi di talian ibu pejabat PERTIS Malaysia yaitu 03-40212631. Sebarang pertannyaan dan maklumat, anda bolehlah menghubungi pengerusi biro yaitu En Zamzuri Bin Ghani di talian 019-3869700.

3. PROGRAM TAHLIL ARWAH DAN DOA SELAMAT

Bagi meneruskan kesinambungan aktiviti berkala yang tergendala sebentar sebelum ini, Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS akan mengendalikan Majlis Bacaan Yasin dan tahlil arwah pada hari Khamis, 25 Sya’ban 1434 Hijrah bersamaan 4 Julai 2013 Masihi, selepas Solat Fardhu Maghrib bertempat di Surau MAB. Kehadiran semua ahli dan rakan-rakan amatlah dialu-alkan. Bagi yang berhasrat untuk menyertai dan berminat menaja perjalanan majlis, sila berhubung dengan Cik Lele Suyarni binti Omar, Pengerusi Biro di talian, 019-254 4212 atau talian Pejabat MAB, 03-2272 2672/2677. Beliau juga boleh dijumpai secara langsung di Perpustakaan MAB.

4. PELBAGAI TABUNG AMAL PERSATUAN

4.1 TABUNG PREMIS PERTIS

Untuk rekod, Tabung Premis PERTIS telah dilancarkan oleh Yang Dipertua PERTIS pada 21 Sya’ban 1434Hijrah bersamaan 30Jun 2013 Masihi bersempena Majlis Di Ambang Ramadhan Al Mubarak. Tabung khas ini adalah antara pelbagai usaha dan perancangan pengumpulan dana ke arah pembelian premis Persatuan. Justeru, sumbangan berterusan berbentuk kewangan, barangan berharga, wasiat, zakat dan apa juga jenis sumbangan amatlah dialu-alukan daripada semua ahli juga bukan ahli PERTIS. Sumbangan bolehlah disalurkan ke Ibu Pejabat PERTIS yang beralamat di “No. 32A, Tingkat 1, Medan Idaman, Jalan Jernai 6/21D, 53100 Gombak, Kuala Lumpur” atau berhubung terus dengan Ibu Pejabat di talian, 03-4021 2631 (jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, hari Isninhingga hari Jumaat). Semoga Allah SWT akan melimah gantikan juga mengurniakan sesuatu yang lebih baik lagi bernilai daripada apa yang telah dan akan disumbangkan.

4.2 TABUNG KEBAJIKAN AHLI-AHLI TERBENCANA

Dimaklumkan bahawa pengwujudan tabung adalah dengan misi dan objektif membantu ahli-ahli Persatuan yang ditimpa musibah, bencana, terlantar sakit atau seumpamanya. Tabung kebajikan khas ini akan diaktifkan secara berterusan dan dikendalikan oleh Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS. Sumbangan derma berbentuk kewangan atau barangan bolehlah disalurkan kepada Cik Lele Suyarni binti Omar di talian bimbitnya, 019-254 4212 atau talian pejabat MAB, 03-2272 2672/2677.

4.3 Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 251 yang bermaksud, “Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangai itu pula mengandungi seratus biji.Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah maha luas kurniaannya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” – hari ini kita embantu insan lain, esok mungkin insan lain pula membantu kita!

5. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

5.1 Kemas Kini Maklumat Ahli.

Ibu pejabat PERTIS memohon kerjasama daripada semua ahli agar dapat mengemas kini maklumat mengenai keahlian masing-masing seperti alamat tempat tinggal terkini, nombor telefon, alamat email dan sebagainya.Semua maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada pembantu hal ehwal pentadbiran/kewangan, En.Mohamad Azim firdaus di talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat.

5.2 Perubahan Waktu Kerja Kakitangan Ibu Pejabat PERTIS Bersempena Ramadhan.

Bersempena dengan bulan Ramadhan, waktu operasi bagi ibu pejabat PERTIS Malaysia ialah dari jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang. Ia akan berkuat kuasa di sepanjang bulan puasa sahaja.

6. Pengumuman Daripada Lain-lain Pihak.

6.1 JEMPUTAN KE MAJLIS KHAS DI AMBANG RAMADHAN AL UBARAK DAN TAHLIL ARWAH

Pn. Hajjah Ramlah (Kak Ramlah), pemilik kedai makan di Medan Selera Food Court, Medan MARA ingin menjemput semua OKU Penglihatan serta seisi keluarga ke majlis tersebut di atas. Majlis yang berbentuk keraian berkala bagi warga OKU Pengihatan ini akan berlangsung pada hari Ahad, 28 Sya’ban 1434 Hijrah bersamaan 7 Julai 2013 Masihi iaitu selepas Solat Fardhu Zohor bertempat di Tingkat 2, Food Court Bangunan Medan MARA, Kuala Lumpur. Insya’ Allah, ada sesuatu yang menarik menanti anda!!

6.2 Pengumuman Daripada PESROB.

PESROB Selangor akan mengnjurkan Bengkel Goal Ball dengan kerjasama
Jabatan Belia dan Sukan Selangor.  Berikut merupakan maklumat lanjut
tentang bengkel tersebut:

Tarikh: 6 - 7 Julai 2013 (Sabtu - Ahad)

Masa:  8:00 pagi - 6:00 petang

Tempat:  Gelanggang Goal Ball Kompleks MAB

Yuran:  RM 10 (ahli PESROB Selangor), RM 20 (bukan ahli)

Tarikh tutup:  3 Julai 2013

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, boleh hubungi Mohd Faiz bin
Isa, di talian 012 6975740,

6.3 Pengumuman Daripada Kelab Pendidik OKU Cacat Penglihatan.

Kelab Pendidik OKU Penglihatan akan mengadakan Kursus Aplikasi 'JAWS'dalam Sistem Komputer dari perspektif OKU Penglihatan pada Disember2013. Ia merangkumi Microsoft Office Word, Excell, Power Point danaplikasi Internet. Kami mengalu-alukan sekurang-kurangnya 50penyertaan di kalangan guru dan warga pendidik OKU Penglihatan.Penginapan dan makan minum disediakan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Nazariah di talian 017-7735518.