Total Pageviews

Wednesday, 29 May 2013

Pengumuman Mingguan PERTIS

TeleMaklumat PERTIS (27 Mei 2013)


Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 27 Mei 2013, bersamaan 17 Rajab 1434 Hijrah.


Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.



1. Barisan AJK Pusat PERTIS 2013-2014.


Pada hujung minggu lepas, Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung kali Ke-18. Dalam mesyuarat berkenaan, pemilihan telah berlangsung untuk 3 tempat bagi AJK Biasa Pusat PERTIS. Berikut adalah senarai penuh AJK Pusat PERTIS bagi sesi 2013-2014 serta portfolio masing-masing:


(1) En. Zakaria bin Yahya, Yang di-Pertua, Pengerusi Biro Penerbitan Dan Pembangunan ICT, Penyelaras Hal-Ehwal Kakitangan, Penyelaras Hal-Ehwal Luar serta Penyelaras PERTIS Pahang.


(2) En. Zamzuri bin Ghani, Naib Yang Di-Pertua, Pengerusi Biro Pendidikan Dan Pembangunan Ummah, Penyelaras Hal Ehwal Domistik serta Penyelaras PERTIS Kelantan.


(3) En. Abu Hassan Ashari bin Razak, Setiausaha Agung, Pengerusi Biro Tugas-tugas Khas, Penyelaras Hal Ehwal Pentadbiran, Penyelaras PERTIS Terengganu.


(4) En. Muhammad Nasir bin Mohammed Yusoff, Bendahari Kehormat, Penyelaras Hal Ehwal Kewangan/Dana serta Penyelaras PERTIS Negeri Sembilan.


(5) Pn. Sariyah binti Nordin, AJK Pusat Biasa PERTIS, Pengerusi Biro Muslimah, Kesenian dan Kebudayaan, Penyelaras PERTIS Kedah.


(6) En. Abdul Majid bin Yusuf, AJK Pusat Biasa, Pengerusi Biro Kebajikan Dan Khidmat Komuniti.


(7) Cik Lele Suyarni binti Omar, AJK Pusat Biasa, Pengerusi Biro Ekonomi Dan Keusahawanan.


(8) En. Mohd Fauzi bin Haji Mansor, Pengerusi PERTIS Terengganu Darul - Iman.

(9) En. Mustafa Saad, Pengerusi PERTIS Kedah Darul – Aman.


(10) En. Mohd Hairie bin Aris, Pengerusi PERTIS Negeri Sembilan Darul – Khusus.


(11) En. Ismail bin Awang Ngah, Pengerusi PERTIS Kelantan Darul – Naim.


(12) En. Ismail bin Mamat, Pengerusi PERTIS Pahang Darul – Makmor.


2. KURSUS PENINGKATAN TAHAP PROFESIONALISMA OKU PENGLIHATAN PERTIS-JAKIM


2.1 Biro Tugas-tugas Khas PERTIS dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan kursus tersebut di atas pada hari Jumaat hingga Ahad, 28 Rejab hingga 1 Sya’ban 1434 Hijrah bersamaan 7 hingga 10 Jun 2013 Masihi. Lokasi, Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur (ILTIM), Bukit Keluang, 22200 Kuala Besut, Terengganu Darul Iman. Quota penyertaan seramai 60 orang telahpun penuh iaitu terdiri daripada majority kakitangan sector awam, sector swasta, ahli-ahli PERTIS Pusat dan ahli-ahli PERTIS Wilayah Terengganu Darul Iman.


2.2 Para peserta yang telah berdaftar diminta memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:


(1) Peserta kursus akan bertolak daripada pekarangan Kompleks MAB, Brickfields pada jam 8.30 pagi, 28 Rejab 1434 Hijrah bersamaan 7 Jun 2013 Masihi. Sebarang kelewatan dan insiden ketinggalan bas terletak kepada tanggungjawab peserta sendiri dan tiada bayaran tuntutan perjalanan akan diberi.

(2) Para peserta juga diminta membawa bekalan makanan ringan dan minuman segera masing-masing dengan secukupnya lantaran lokasi ILTIM terletak berjauhan dengan kedai atau gera menjual makanan. Koperasi ILTIM Cuma beroperasi pada waktu pejabat sahaja.

(3) Suami iseri dibenarkan tinggal bersama.

(4) Kursus hanya akan bermula pada hari Sabtu, jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Kursus akan berakhir pada hari Ahad, jam 12.45 tengah hari iaitu majlis penutupan rasmi dan penyamaian sijil. Tiada kelas sesi malam dijalankan. Walau bagaimanapun, pihak penganjur akan melaksanakan slot qiyamulail pada pagi Ahad.

(5) Slot rekreasi / sukan pantai akan berlangsung pada petang Ahad. Justeru, para peserta diminta membawa pakaian track atau pakaian yang bersesuaian bagi maksud tersebut.

(6) Rombongan kursus akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada pagi Isnin, 10 Jun 2013 iaitu selepas sarapan pagi. Maklumat lokasi lawatan atau persinggahan membeli-belah akan dimaklumkan kemudian.

(7) Lantaran waktu berlangsungnya kursus berkebetulan dengan musim cuti sekolah, para peserta daripada kalangan guru diminta memaklumkan pihak penganjur tentang kaedah anda bertolak ke Besut – sama ada anda akan pergi sendiri atau mengikuti pengangkutan bas yang disediakan.

(8) Surat tawaran kursus untuk kakitangan sector perkhidmatan awam akan menyusul dalam masa terdekat. Surat rasmi daripada JAKIM masih belum diterima.

(9) Mana-mana peserta yang terpaksa menarik diri atas sebab / halangan yang tidak dapat dielakkan diminta memaklumkan pihak penganjur dengan kadar segera agar gantian peserta dapat dibuat. (peserta dari senarai menunggu).

(10) Sebarang perubahan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Bagi maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Pengerusi Biro / Penyelaras kursus peringkat PERTIS di talian, 013-274 4943 atau mlalui perkhidmatan SMS atau email esrawan@gmail.com.


3. PROGRAM KHAS KEFAHAMAN ISLAM – SEMINAR PEMERKASAAN AQIDAH


Biro Tugas-tugas Khas PERTIS dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Dakwah serta Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menganjurkan seminar separuh hari tersebut di atas pada hari Ahad, 7 Sya’ban 1434 Hijrah bersamaan 16 Jun 2013 Masihi, jam 8.00 pagi hingga jam 2.00 petang bertempat di Dewan Datuk Ismail Salleh, Kompleks MAB. Fokus seminar – isu kristianisasi dan dakyah ideology terlarang di Malaysia. Penganjuran seminar juga bertujuan membantu melengkapkan quota kursus tahunan kakitangan Perkhidmatan awam. Bilangan peserta, 120 orang. Sijil penertaan disediakan. Bagi yang berminat, Sila SMS nama penuh dan No. Kad Pengenalan (peserta yang memerlukan sijil penyertaan) ke 013-274 4943 atau ke alamat email .


4. TABUNG KEBAJIKAN AHLI-AHLI TERBENCANA



Dimaklumkan bahawa pengwujudan tabung adalah dengan misi dan objektif membantu ahli-ahli Persatuan yang ditimpa musibah, bencana, terlantar sakit atau seumpamanya. Tabung kebajikan khas ini akan diaktifkan secara berterusan dan dikendalikan oleh Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS. Sumbangan derma berbentuk kewangan atau barangan bolehlah disalurkan kepada Ustaz Abdul Majid bin Yusuf di talian bimbitnya, 013-6434505. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 251 yang bermaksud, “Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangai itu pula mengandungi seratus biji.Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah maha luas kurniaannya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” – hari ini kita embantu insan lain, esok mungkin insan lain pula membantu kita!!


5. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA


5.1 YURAN KEAHLIAN PERTIS



Kerjasama dan jasa baik daripada semua ahli PERTIS amatlah dipohon untuk menjelaskan bayaran yuran keahlian bagi tahun 2013.Sebagai makluman, yuran keahlian bagi Ahli Biasa ialah RM6.00, Ahli Bersekutu RM3.00 dan Ahli Tanggungan RM1.00.Sementara itu, yuran bagi Ahli Seumur Hidup ialah RM50.00 dengan syarat sudah dilangsaikan segala hutang yuran yang ada dan bayaran yuran tahunan semasa yang belum dijelaskan.Tarikh akhir bagi pembayaran yuran ialah pada 21 Sya’ban 1434 Hijrah bersamaan 30 Jun 2013.Bayaran yuran tahunan ini penting terutamanya bagi melayakkan penyertaan ke Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan.


5.2 Kemas Kini Bmaklumat Ahli


Ibu pejabat PERTIS memohon kerjasama daripada semua ahli agar dapat mengemas kini maklumat mengenai keahlian masing-masing seperti alamat tempat tinggal terkini, nombor telefon, alamat email dan sebagainya.Semua maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada pembantu hal ehwal pentadbiran/kewangan, En.Mohamad Azim firdaus di talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat.


6. Pengumuman Daripada Lain-lain Organisasi.


6.1 Pengumuman Daripada Persatuan Kebajikan OKU Penglihatan Bekerja Sendiri Kuala Lumpur (PKB)


Atas faktor Pilihanraya Umum Ke-13 yang telah diadakan pada hari Ahad, 5 hb Mei 2013 lalu, Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kebajikan OKU PenglihatanBekerjaSendiri Kuala Lumpur (PKB Bilangan 5 2013) yang sepatutnya diadakan pada tarikh tersebut telah dijadualkan semula. Mesyuarat Agung PKB akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:--

Tarikh: 2hb Jun 2013 (Ahad).

Masa: 9.00 pagi.

Tempat: Dewan Datuk Dr. Ismail Salleh, MAB, Brickfields, Jln Padang Belia, Brickfields, Kuala Lumpur.

Pada mesyuarat kali ini akan berlangsung pemilihan barisan Ahli Jawatankuasa. Bagi anda yang ingin bertanding, anda perlu mengisi borang pencalonan yang boleh didapatkan dari Yang Mulia Raja Zainudin Bin Raja Ghazali, Pengerusi PKB.Borang hanya akan dikeluarkan pada hari Isnin, 1 hb April 2013.Borang-Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada Pengerusi PKB selewat-lewatnya pada hari Sabtu, 25 hb Mei 2013.Semua ahli PKB adalah dijemput menghadiri mesyuarat ini.

Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.

(Notis bertarikh 19 hb Mac 2013 dikeluarkan oleh Encik Ng Eu Khoon, Setiausaha PKB).


6.2 Pengumuman Daripada PESROB


Berikut merupakan maklumat tentang Liga Indoor Game PESROB Selangor:

Tarikh:  9 Jun2013 (Ahad)

Masa: 9:30 pagi hingga 3:00 petang

Tempat: Dewan Rukun Tetangga Brickfields.

Yuran Penyertaan: RM 2 (ahli) dan RM 4 (bukan ahli)

Jenis Permainan:

(1) Carom

(2) Catur

(3) Dam

(4) Othello

(5) Dominoes

(6) Congkak

Setiap peserta boleh menyertai 1 acara (minimum) hingga 3 acara (maksimum). .

Untuk pendaftaran, sila sms nama penuh dan jenis permainan yang ingin disertai kepada Mohd Faiz bin Isa di tailan 012 6975740 atau hubungi beliau selepas
pukul 6 petang sebelum atau pada 7 Mei 2013.

sekian, terima kasih. -- Muhammad Shahril Azrie bin Zainudin

-- Muhammad Shahril Azrie bin Zainudin



Peringatan:
Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon (03-40223950),sila maklumkannya kepada Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.



Diselaraskan oleh


(Zakaria bin Yahya)

Yang Di-Pertua

Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)


Monday, 13 May 2013

Pengumuman Mingguan PERTIS

TeleMaklumat PERTIS (13 Mei 2013)


Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 13 Mei 2013, bersamaan 3 Rajab 1434 Hijrah.


Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


1. Notis Mesyuarat Agung PERTIS Kali Ke-18.


Kepada,
Semua ahli PERTIS.

1.1 Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Kali Ke-18 akan diadakan seperti berikut:-


Tarikh : 14 hingga 16 Rejab 1434 Hijrah bersamaan 24 hingga 26 Mei 2013 Masihi

Hari : Jumaat hingga Ahad

Tempat : City Villa Kuala Lumpur
69, Jalan Haji Hussein, Off Jalan Tuanku Abdul Rahman
50350, Kuala Lumpur


1.2 Sehubungan itu, perhatian para ahli adalah dirujuk kepada perkara-perkara berikut:-


1.2.1 Penyertaan Cuma dibuka kepada para ahli Persatuan sahaja dengan syarat telah menyelesaikan segala bayaran yuran tahunan semasa atau yuran-yuran tertunggak.


1.2.2 Yuran Penyertaan:-


(1) Ahli PERTIS Pusat – RM20.00 seorang. Walau bagaimanapun, bagi peserta PERTIS Pusat yang memerlukan penginapan, yuran penyertaan yang ditetapkan ialah RM50.00 seorang.


(2) Ahli PERTIS Wilayah – RM50.00 seorang.


(3) Pendaftaran dianggap sah selepas segala bayaran berkaitan selesai dilunaskan.


(4) Hanya peserta berdaftar sahaja dib enarkan hadir.


1.3 Ambil maklum bahawa MAT 18 akan melibatkan pemilihan jawatan bagi 3 orang Ahli Jawatankuasa Biasa PERTIS Malaysia. Borang pencalonan akan mula dibuka pada 29 Jamadil Akhir 1434 Hijrah bersamaan 10 Mei 2013 Masihi. Tarikh tutup penyerahan borang pertandingan ialah pada hari Mesyuarat Agung Tahunan berlangsung iaitu sebelum majlis perasmian (9.00 pagi, 15 Rejab 1434 Hijrah bersamaan 25 Mei 2013
Masihi). Senarai nama calon akan diwar-warkan pada hari mesyuarat itu juga. Borang pencalonan boleh diperolehi daripada Ibu Pejabat PERTIS
Malaysia atau Pejabat-pejabat PERTIS Wilayah. Borang pencalonan yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan kepada Setiausaha Agung pada
tarikh, waktu dan tempat yang telah dinyatakan di atas.


1.4 Dokumen MAT 18 dalam bentuk braille atau cetak boleh diperolehi daripada Ibu Pejabat PERTIS Malaysia dan Pejabat-pejabat PERTIS Wilayah bermula 5 Rejab 1434 Hijrah bersamaan 15 Mei 2013 Masihi. Dokumen mesyuarat juga akan hanya dibekalkan kepada peserta berdaftar
sahaja.


1.5 Selaras dengan Perkara 7, Fasa (8), Perlembgaan PERTIS, semua usul atau perkara yang hendak dibincang atau dimasukkan ke dalam Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-18 perlu sampai kepada Setiausaha Agung sebelum atau pada 14 Jamadil Akhir 1434 Hijrah bersamaan 24 April 2013 Masihi.


1.6 Pendaftaran penyertaan:-


(I) Bagi para peserta PERTIS Pusat, anda diminta berdaftar dengan Cik Raihah binti Pauzi, Pembantu Tadbir Kewangan Am, Ibu Pejabat PERTIS Malaysia di mana beliau boleh dihubungi di talian Ibu Pejabat,
03-4021 2631 antara jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan bagi para ahli PERTIS Pusat adalah pada 10 Mei 2013.


(II) Sementara itu, para peserta peringkat PERTIS Wilayah pula diminta berdaftar dengan Pengerusi atau Pembantu Tadbir Pejabat-pejabat PERTIS Wilayah masing-masing. Tarikh tutup
pendaftaran penyertaan bagi para ahli PERTIS Wilayah pula adalah pada 10 Mei 2013.


1.7 Sebarang perkembangan dan maklumat lanjut akan diwar-warkan dari masa ke semasa.


DISEDIAKAN OLEH

(ABU HASAN ASHARI BIN RAZAK)

SETIAUSAHA AGUNG
PERTIS


Tarikh Notis Dikeluarkan: 1 April 2013 bersamaan 20 Jamadil Akhir 1434 Hijrah.

2. Barisan AJK PERTIS Kedah 2013-2014.


Mesyuarat Agung Tahunan PERTIS Kedah telah berlangsung pada 11 Mei 2013 (Sabtu) lalu. Berikut adalah senarai AJK PERTIS Kedah terkini yang telah terpilih menerusi mesyuarat berkenaan:

2.1 En. Mustafa bin Saad (Pengerusi);

Cikgu Musa bin Abdul Rahman (Naib Pengerusi);

Pn. Sabariah binti Bahari (Setiausaha);\

En. Bakari bin Abdul Aziz (Bendahari)

En. Kasim bin Mad Ludin (AJK Biasa);

En. Mohd Zamani bin Hamzah (AJK Biasa).


Cik Mawar Ismail pula merupakan pemeriksa kira-kira.


3. KURSUS PENINGKATAN TAHAP PROFESIONALISMA OKU PENGLIHATAN PERTIS-JAKIM


Biro Tugas-tugas Khas PERTIS dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan kursus tersebut di atas pada hari Jumaat hingga Isnin, 28 Rejab hingga 1 Sya’ban 1434 Hijrah bersamaan 7 hingga 10 Jun 2013 Masihi bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Besut, Terengganu Darul Iman. Bilangan peserta, 60 orang iaitu 30 tempat dikhususkan untuk kakitangan perkhidmatan sector awam / Badan Berkanun, 20 tempat ahli PERTIS / kakitangan perkhidmatan sector swasta serta 10 tempat khusus untuk ahli-ahli PERTIS Wilayah Terengganu Darul Iman. Walau bagaimanapun, quota bagi ahli-ahli Persatuan dan kakitanganswasta telahpun penuh di mana para peserta berkaitan telahpun berdaftar sebaik sahaja pengumuman aktiviti diwar-warkan pada program 13 April 2013 lalu. Bagi para peserta sector awam yang berminat, sila SMS nama penuh, no. Kad Pengenalan, nama Ketua Jabatan, Alamat Kementerian / Jabatan / Badan Berkanun dan nombor faksimili masing-masing bagi maksud penghantaran surat pelepasan menghadiri kursus atau emailkan ke alamat esrawan@gmail.com. Makumat dan butiran lanjut kursus akan diar-warkan dari masa ke semasa.

4. TABUNG KEBAJIKAN AHLI-AHLI TERBENCANA


Dimaklumkan bahawa pengwujudan tabung adalah dengan misi dan objektif membantu ahli-ahli Persatuan yang ditimpa musibah, bencana, terlantar sakit atau seumpamanya. Tabung kebajikan khas ini akan diaktifkan secara berterusan dan dikendalikan oleh Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS. Sumbangan derma berbentuk kewangan atau barangan bolehlah disalurkan kepada En. Hasbulah bin Junus, Pengerusi Biro dengan menghubungi beliau di talian, 013-340 4468 atau 017-689 4622. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 251 yang bermaksud, “Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangai itu pula mengandungi seratus biji.Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah maha luas kurniaannya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” – hari ini kita embantu insan lain, esok mungkin insan lain pula membantu kita!!


5. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

5.1 YURAN KEAHLIAN PERTIS


Kerjasama dan jasa baik daripada semua ahli PERTIS amatlah dipohon untuk menjelaskan bayaran yuran keahlian bagi tahun 2013.Sebagai makluman, yuran keahlian bagi Ahli Biasa ialah RM6.00, Ahli Bersekutu RM3.00 dan Ahli Tanggungan RM1.00.Sementara itu, yuran bagi Ahli Seumur Hidup ialah RM50.00 dengan syarat sudah dilangsaikan segala hutang yuran yang ada dan bayaran yuran tahunan semasa yang belum dijelaskan.Tarikh akhir bagi pembayaran yuran ialah pada 21 Sya’ban 1434 Hijrah bersamaan 30 Jun 2013.Bayaran yuran tahunan ini penting terutamanya bagi melayakkan penyertaan ke Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan.

5.2 Kemas Kini Bmaklumat Ahli


Ibu pejabat PERTIS memohon kerjasama daripada semua ahli agar dapat mengemas kini maklumat mengenai keahlian masing-masing seperti alamat tempat tinggal terkini, nombor telefon, alamat email dan sebagainya.Semua maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada pembantu hal ehwal pentadbiran/kewangan, En.Mohamad Azim firdaus di talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat.


6. Pengumuman Daripada Lain-lain Organisasi.

6.1 Pengumuman Daripada Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan Komuniti SBM.


Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Komuniti SBM, dengan kerjasama LembagaPenduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN) akan mengadakan kursus keibubapaan seperti butiran yang berikut:Tarikh: 9 Jun 2013 (M) bersamaan 30 Rejab 1434(H) (Ahad)Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Tempat: Ibu Pejabat LPPKN, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur. Yuran: RM10.00 seorang atau sepasang suami isteri. Pendaftaran: SMS nama dan nombor telefon ke 013-3643303 atau 013-3406511sebelum 15 Mei 2013Pengangkutan: Bas disediakan jam 7.30 pagi di hadapan Kompleks MAB,Brickfields. Minum pagi akan disediakan. Jangan lewat.Maklumat lanjut/pertanyaan : hubungi Encik Saifuddin bin Mohamad atau PuanFadzilah Binti aziz ditalian tersebut diatas.Sekian, terima kasih.

6.2 Pengumuman Untuk Guru-guru Cacat Penglihatan.


Perhatian kepada semua golongan pendidik cacat penglihatan, sama ada guru, pensyarah atau seumpamanya. Satu kursus komputer dengan aplikasi JAWS akan dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) dan Kelab Pendidik Cacat Penglihatan. Kursus akan diadakan dari 24 – 28 Jun 2013 di MAB. Kursus akan merangkumi Words, Excel, Power Point serta kaedah untuk memasukkan data PBS juga dengan aplikasi JAWS. Kepada mereka yang berminat, sila berdaftar segera dengan Pn. Jamilah di MAB menerusi talian 03-22722672. Kos tempat tinggal serta makan minum akan ditanggung sepenuhnya oleh MAB. Walau bagaimanapun, para peserta dikehendaki menanggung sendiri kos pengangkutan pergi dan balik.

6.3 Pengumuman Daripada Persatuan Kebajikan OKU Penglihatan Bekerja Sendiri Kuala Lumpur (PKB)


AtasfaktorPilihanrayaUmum Ke-13 yang akandiadakanpadahariAhad, 5hb Mei 2013, MesyuaratAgungTahunanPersatuanKebajikan OKU PenglihatanBekerjaSendiri Kuala Lumpur (PKB Bilangan 5 2013) yang sepatutnyadiadakanpadatarikhtersebuttelahdijadualkansemula. MesyuaratAgung PKB akandiadakanpadatarikh, masadantempatsepertiberikut:--
Tarikh: 1hb Jun 2013 (Sabtu).
Masa: 9.00 pagi.
Tempat: DewanRukunTetangga Brickfields, Jln Padang Belia, Brickfields, Kuala Lumpur.
Padamesyuarat kali iniakanberlangsungpemilihanbarisanAhliJawatankuasa.Bagianda yang inginbertanding, andaperlumengisiborangpencalonan yang bolehdidapatkandari Yang Mulia Raja Zainudin Bin Raja Ghazali, Pengerusi PKB.BoranghanyaakandikeluarkanpadahariIsnin, 1hb April 2013.Borang-Borang yang telahlengkapdiisihendaklahdikembalikankepadaPengerusi PKB selewat-lewatnyapadahariSabtu, 25hb Mei 2013.Semuaahli PKB adalahdijemputmenghadirimesyuaratini.
Sekian, dimaklumkan.Terimakasih.
(Notisbertarikh 19hb Mac 2013 dikeluarkanolehEncik Ng EuKhoon, Setiausaha PKB).



Peringatan:
Sekiranya anda menghadapi masalah untuk menghubungi telemaklumat ini menerusi talian telefon,sila maklumkannya kepada Cik Siti Haida Hamedan di talian ibu pejabat PERTIS Pusat, 03-40212631 pada waktu pejabat.



Diselaraskan oleh


(Zakaria bin Yahya)

Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)