Total Pageviews

Tuesday, 2 April 2013

Pengumuman Mingguan PERTIS



Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 1 April 2013, bersamaan 20 Jamadil-Awwal 1434 Hijrah.


Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.



1. Notis Mesyuarat Agung PERTIS Kali Ke-18.


Kepada,


Semua ahli PERTIS.






1.1 Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Kali Ke-18 akan diadakan seperti berikut:-




Tarikh : 14 hingga 16 Rejab 1434 Hijrah bersamaan 24 hingga 26 Mei 2013 Masihi


Hari : Jumaat hingga Ahad


Tempat : City Villa Kuala Lumpur


69, Jalan Haji Hussein, Off Jalan Tuanku Abdul Rahman
50350, Kuala Lumpur




1.2 Sehubungan itu, perhatian para ahli adalah dirujuk kepada perkara-perkara berikut:-


1.2.1 Penyertaan Cuma dibuka kepada para ahli Persatuan sahaja dengan syarat telah menyelesaikan segala bayaran yuran tahunan semasa atau yuran-yuran tertunggak.


1.2.2 Yuran Penyertaan:-



(1) Ahli PERTIS Pusat – RM20.00 seorang. Walau bagaimanapun, bagi peserta PERTIS Pusat yang memerlukan penginapan, yuran penyertaan yang ditetapkan ialah RM50.00 seorang.



(2) Ahli PERTIS Wilayah – RM50.00 seorang.



(3) Pendaftaran dianggap sah selepas segala bayaran berkaitan selesai dilunaskan.



(4) Hanya peserta berdaftar sahaja dib enarkan hadir.



1.3 Ambil maklum bahawa MAT 18 akan melibatkan pemilihan jawatan bagi 3 orang Ahli Jawatankuasa Biasa PERTIS Malaysia. Borang pencalonan akan mula dibuka pada 29 Jamadil Akhir 1434 Hijrah bersamaan 10 Mei 2013 Masihi. Tarikh tutup penyerahan borang pertandingan ialah pada hari Mesyuarat Agung Tahunan berlangsung iaitu sebelum majlis perasmian (9.00 pagi, 15 Rejab 1434 Hijrah bersamaan 25 Mei 2013 Masihi). Senarai nama calon akan diwar-warkan pada hari mesyuarat itu juga. Borang pencalonan boleh diperolehi daripada Ibu Pejabat PERTIS Malaysia atau Pejabat-pejabat PERTIS Wilayah. Borang pencalonan yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan kepada Setiausaha Agung pada tarikh, waktu dan tempat yang telah dinyatakan di atas.


1.4 Dokumen MAT 18 dalam bentuk braille atau cetak boleh diperolehi daripada Ibu Pejabat PERTIS Malaysia dan Pejabat-pejabat PERTIS Wilayah bermula 5 Rejab 1434 Hijrah bersamaan 15 Mei 2013 Masihi. Dokumen mesyuarat juga akan hanya dibekalkan kepada peserta berdaftar sahaja.


1.5 Selaras dengan Perkara 7, Fasa (8), Perlembgaan PERTIS, semua usul atau perkara yang hendak dibincang atau dimasukkan ke dalam Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-18 perlu sampai kepada Setiausaha Agung sebelum atau pada 14 Jamadil Akhir 1434 Hijrah bersamaan 24 April 2013 Masihi.


1.6 Pendaftaran penyertaan:-


(I) Bagi para peserta PERTIS Pusat, anda diminta berdaftar dengan Cik Raihah binti Pauzi, Pembantu Tadbir Kewangan Am, Ibu Pejabat PERTIS Malaysia di mana beliau boleh dihubungi di talian Ibu Pejabat, 03-4021 2631 antara jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan bagi para ahli PERTIS Pusat adalah pada 10 Mei 2013.



(II) Sementara itu, para peserta peringkat PERTIS Wilayah pula diminta berdaftar dengan Pengerusi atau Pembantu Tadbir Pejabat-pejabat PERTIS Wilayah masing-masing. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan bagi para ahli PERTIS Wilayah pula adalah pada 10 Mei 2013.


1.7 Ambil maklum bahawa tarikh MAT 18 adalah tertakluk kepada pindaan dan penjadualan semula iaitu bergantung kepada tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13. Sebarang perkembangan dan maklumat lanjut akan diwar-warkan dari masa ke semasa.


DISEDIAKAN OLEH
(ABU HASAN ASHARI BIN RAZAK)
SETIAUSAHA AGUNG
PERTIS


Tarikh Notis Dikeluarkan: 1 April 2013 bersamaan 20 Jamadil Akhir 1434 Hijrah.



2. Pengumuman Daripada Biro Pendidikan Dan Pembangunan Ummah.


Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Pendidikan dan Pembangunan Ummah PERTIS akan mengadakan kursus perubatan islam secara bersiri bermla pada bulan april 2013. Kursus tersebut akan diadakan sebulan sekali di ibu pejabat PERTIS Malaysia pada hari ahaddari jam 9,00 pagi hingga 5,00 petang. Objektif kursus ini ialah bertujuan mendedahkan ahli PERTIS dengan kaedah rawatan perubatan islam yang sebenar disamping menjadi perawat yang berilmu. Antara modul yang akan diajar kepada peserta ialah mengenai sihir rumahtangga, pengasih, racun, santau, Rawatan penyakit kronik, dan lain-lain. Bayaran yang akan dikenakan untuk setiap modul bagi ahli PERTIS ialah RM65.00 dan bukan ahli ialah RM 100.00. Kursus tersebut dijangka akan dimulakan pada bulan April. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi pengerusi biro pendidikan dan dakwah En Zamzuri Bin Ghani di talian 019-3869700.



3. MESYUARAT-MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTIS PUSAT DAN WILAYAH


3.1 PERTIS Wilayah Terengganu Darul Iman – Sabtu, 25 Jamadil Awwal 1434H | 6 April 2013M. Lokasi, premis baru PERTIS Wilayah Terengganu.Bagi maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Mohd Fauzi bin Mansor, Pengerusi PERTIS Wilayah Terengganu Darul Iman di talian, 013-908 3130 atau Pejabat Wilayah di talian, 09-667 2452.


3.2 PERTIS Wilayah Pahang Darul Makmur - Ahad, 26 Jamadil Awwal 1434H | 7 April 2013M. Lokasi, premis PERTIS Wilayah Pahang.Bagi maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Ismail bin Mamad, Pengerusi PERTIS Wilayah Pahang Darul Makmur di talian, 014-829 6285 atau Pejabat Wilayah di talian, 09-277 0144.


3.3 PERTIS Wilayah Kelantan Darul Naim – Sabtu, 9 Jamadil Akhir 1434H | 20 April 2013M. Lokasi, premis PERTIS Wilayah Kelantan.Bagi maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Ismail bin Awang Ngah, Pengerusi PERTIS Wilayah Kelantan Darul Naim di talian, 013-981 2257 atau En. Mohd Nazri bin Mohd Nawi, Setiausaha Wilayah di talian, 013-980 6650.


3.4 PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus – Sabtu 16 Jamadil Akhir 1434H | 27 April 2013M. Lokasi, premis PERTIS Wilayah Negeri Sembilan.Bagi maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En.Mohd Hairie bin Aris, Pengerusi PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus di talian, 013360 1063.


3.5 PERTIS Wilayah Kedah Darul Aman – Sabtu, 23 Jamadil Akhir 1434H | 4 Mei 2013M. Bagi maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Musa bin Abd. Rahman, Pengerusi PERTIS Wilayah Kedah Darul Aman di talian, 012-584 0124.



4. PROGRAM “MEMPERKAYA ILMU MEMPERLUAS JANGKAUAN KEHIDUPAN”


4.1 Aktiviti akan berlangsung pada hari Sabtu, 2 Jamadil Akhir 1434H | 13 April 2013M, bermula jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Datuk Dr. Ismail Salleh, Kompleks MAB. Aktiviti anjuran bersama Biro Tugas-tugas Khas serta Biro Pembangunan Muslimah, Kesenian dan Kebudayaan Islam PERTIS Malaysia. Bilangan peserta, 150 orang. Bagi Maksud pendaftaran atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Pengerusi Biro Tuas-tugas Khas di talian, 013-274 4943 atau Pengerusi Biro Pembangunan Muslimah di talian, 013-341 1066. Hanya peserta berkupon sahaja layak menikmati makaan tengah hari dan minum petang.


4.2 ATURCARA PROGRAM “MEMPERKAYA ILMU, MEMPERLUAS JANGKAUAN KEHIDUPAN” ANJURAN BERSAMA BIRO TUGAS-TUGAS KHAS SERTA BIRO PEMBANGUNAN MUSLIMAH, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN ISLAM PERSATUAN ORANG CACAT PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA (PERTIS)


WAKTU ATURCARA MAJLIS


10.00 PG KETIBAAN PARA PESERTA.



11.00 PG CERAMAH MOTIVASI KEKELUARGAAN BERTAJUK, “LAKSANAKAN AMANAH, JANGAN U-TURN” DISAMPAIKAN OLEH YANG BERBAHAGIA USTAZAH ZAWIYAH BINTI HASSAN (MANTAN KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN, BAHAGIAN PEMBANGUNAN KELUARGA, SOCIAL DAN KOMUNITI).


01.00 T/H MAKAN TENGAH HARI DAN SOLAT FARDHU ZOHOR.


02.30 PTG CERAMAH / PENERANGAN ISU-ISU KEPENGGUNAAN BERTAJUK, “BIMBINGAN DAN DIALOG KEPENGGUNAAN” DISAMPAIKAN OLEH YANG BERBAHAGIA PUAN REIHANA BINTI ABD RAZAK, PENGERUSI TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA, KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN MALAYSIA.


05.00 PTG MINUM PETANG DAN SOLAT FARDHU ASAR.


05.30 PTG MAJLIS BERSURAI.



4.3 Dimaklumkan juga bahawa slot khas pada petang hari terbuka kepada peserta beragama Islam dan bukan beragama Islam yang merupakan program advokasi PERTIS kepada semua OKU Penglihatan. Urusetia penganjur juga telah mendapatkan persetujuan dan jasa baik bagi mengeluarkan “surat pengesahan kehadiran” kepada peserta daripada kalangan kakitangan sector perkhidmatan awam. Jumlah surat dikeluarkan agak terhad iaitu hanya 20 pucuk sahaja. Ia adalah selaku sokongan kepada pengkategorian aktiviti sebagai sebahagian daripada keperluan kursus/latihan tahunan (laporan prestasi tahunan). Kepada mana-mana kakitangan awam yang berminat, sila berhubung dengan Pengerusi Biro Tugas-tugas Khas sepertimana talian telefon di atas. Surat Cuma diberi kepada peserta yang hadir penuh iaitu dari jam 10.00 pagi hingga jam 5.00 petang.



5. TABUNG KEBAJIKAN AHLI-AHLI TERBENCANA


Dimaklumkan bahawa pengwujudan tabung adalah dengan misi dan objektif membantu ahli-ahli Persatuan yang ditimpa musibah, bencana, terlantar sakit atau seumpamanya. Tabung kebajikan khas ini akan diaktifkan secara berterusan dan dikendalikan oleh Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS. Sumbangan derma berbentuk kewangan atau barangan bolehlah disalurkan kepada En. Hasbulah bin Junus, Pengerusi Biro dengan menghubungi beliau di talian, 013-340 4468 atau 017-689 4622. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 251 yang bermaksud, “Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangai itu pula mengandungi seratus biji.Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah maha luas kurniaannya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” – hari ini kita embantu insan lain, esok mungkin insan lain pula membantu kita!!



6. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA


6.1 YURAN KEAHLIAN PERTIS


Kerjasama dan jasa baik daripada semua ahli PERTIS amatlah dipohon untuk menjelaskan bayaran yuran keahlian bagi tahun 2013.Sebagai makluman, yuran keahlian bagi Ahli Biasa ialah RM6.00, Ahli Bersekutu RM3.00 dan Ahli Tanggungan RM1.00.Sementara itu, yuran bagi Ahli Seumur Hidup ialah RM50.00 dengan syarat sudah dilangsaikan segala hutang yuran yang ada dan bayaran yuran tahunan semasa yang belum dijelaskan.Tarikh akhir bagi pembayaran yuran ialah pada 21 Sya’ban 1434 Hijrah bersamaan 30 Jun 2013.Bayaran yuran tahunan ini penting terutamanya bagi melayakkan penyertaan ke Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan.


6.2 Kemas Kini Bmaklumat Ahli


Ibu pejabat PERTIS memohon kerjasama daripada semua ahli agar dapat mengemas kini maklumat mengenai keahlian masing-masing seperti alamat tempat tinggal terkini, nombor telefon, alamat email dan sebagainya.Semua maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada pembantu hal ehwal pentadbiran/kewangan, En.Mohamad Azim firdaus di talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat.



7. LAWATAN / ROMBONGAN WALIMATUL URUS


Cikgu Haji Mohd Hafiz bin Abd. Rahman, Ahli Seumur Hidup PERTIS Wilayah Kedah Darul Aman dan Cik Mastura binti Zahari ingin menjemput ahli-ahli Persatuan ke majlis Walimatul Urus mereka yang akan berlangsung pada 1 Jun 2013 bertempat di Kampung Gelam, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Sehubungan itu, rombongan bagi menghadiri majlis perkahwinan mereka akan dianjurkan dengan caj RM70.00 seorang. Caj merangkumi bayaran pengangkutan bas, membeli-belah di Padang Besar dan hadiah. Bayaran tidak merangkumi kos makanan. Rombongan akan bertolak dari Kuala Lumpur pada 31 Mei 2013 dan pulang selepas menghadiri majlis berkenaan. Bagi maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Abu Hasan di talian, 013-274 4943 termasuk mendapatkan borang penyertaan lawatan.



8. Pengumuman Daripada Lain-lain Organisasi.


8.1 Pengumuman Daripada SBM Kebangsaan.


Dengan sukacitanya bahawa SBM ingin mempelawa anda untuk menyertai pertandingan menulis peringkat kebangsaan 2013.hadiah yang menarik disediakan. pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori utama iaitu bawah 19 tahun dan 19 tahun ke atas. Tarikh tutup adalah pada 15 Mei 2013.syarat-syaratnya boleh diperolehi dalam borang penyertaan dan anda boleh dapatkan borang itu di semua pejabat SBM.


8.2 Pengumuman Daripada Persatuan Kebajikan OKU Penglihatan Bekerja Sendiri Kuala Lumpur (PKB)


Kepada semua
ahli Persatuan Kebajikan OKU Penglihatan Bekerja SendiriKuala Lumpur.Notis Mesyuarat Agung Tahunan Ke-5 Persatuan Kebajikan OKU PenglihatanBekerja Sendiri
Kuala Lumpur.Persatuan Kebajikan OKU Penglihatan Bekerja Sendiri Kuala Lumpur (PKB)akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang kelima pada tarikh, masadan
tempat seperti berikut:--Tarikh: 5hb Mei 2013 (Ahad).Masa: 9.00 pagi.Tempat: Dewan Rukun Tetangga Brickfields, Jln Padang Belia,Brickfields, Kuala Lumpur.Pada
mesyuarat kali ini akan berlangsung pemilihan barisan AhliJawatankuasa. Bagi anda yang ingin bertanding, anda perlu mengisiborang pencalonan yang boleh
didapatkan dari Yang Mulia Raja ZainudinBin Raja Ghazali, Pengerusi PKB. Borang hanya akan dikeluarkan padahari Isnin, 1hb April 2013. Borang-Borang
yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada Pengerusi PKB selewat-lewatnya pada hariSelasa, 30hb April 2013. Semua ahli PKB adalah dijemput
menghadiri mesyuarat ini.Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.(Notis bertarikh 19hb Mac 2013 dikeluarkan oleh Encik Ng Eu Khoon,Setiausaha PKB).



Diselaraskan oleh


(Zakaria bin Yahya)

Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)