Total Pageviews

Tuesday, 26 March 2013

Pengumuman Mingguan PERTIS

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 25 Mac 2013, bersamaan 13 Jamadil-Awwal 1434 Hijrah.

Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

1. Pengumuman Daripada Biro Pendidikan Dan Pembangunan Ummah.

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Pendidikan dan Pembangunan Ummah PERTIS akan mengadakan kursus perubatan islam secara bersiri bermla pada bulan april 2013. Kursus tersebut akan diadakan sebulan sekali di ibu pejabat PERTIS Malaysia pada hari ahaddari jam 9,00 pagi hingga 5,00 petang. Objektif kursus ini ialah bertujuan mendedahkan ahli PERTIS dengan kaedah rawatan perubatan islam yang sebenar disamping menjadi perawat yang berilmu. Antara modul yang akan diajar kepada peserta ialah mengenai sihir rumahtangga, pengasih, racun, santau, Rawatan penyakit kronik, dan lain-lain. Bayaran yang akan dikenakan untuk setiap modul bagi ahli PERTIS ialah RM65.00 dan bukan ahli ialah RM 100.00. Kursus tersebut dijangka akan dimulakan pada bulan April. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi pengerusi biro pendidikan dan dakwah En Zamzuri Bin Ghani di talian 019-3869700.

2. MESYUARAT-MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTIS PUSAT DAN WILAYAH

2.1 PERTIS Wilayah Terengganu Darul Iman – Sabtu, 25 Jamadil Awwal 1434H | 6 April 2013M. Lokasi, premis baru PERTIS Wilayah Terengganu.Bagi maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Mohd Fauzi bin Mansor, Pengerusi PERTIS Wilayah Terengganu Darul Iman di talian, 013-908 3130 atau Pejabat Wilayah di talian, 09-667 2452.

2.2 PERTIS Wilayah Pahang Darul Makmur - Ahad, 26 Jamadil Awwal 1434H | 7 April 2013M. Lokasi, premis PERTIS Wilayah Pahang.Bagi maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Ismail bin Mamad, Pengerusi PERTIS Wilayah Pahang Darul Makmur di talian, 014-829 6285 atau Pejabat Wilayah di talian, 09-277 0144.

2.3 PERTIS Wilayah Kelantan Darul Naim – Sabtu, 9 Jamadil Akhir 1434H | 20 April 2013M. Lokasi, premis PERTIS Wilayah Kelantan.Bagi maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Ismail bin Awang Ngah, Pengerusi PERTIS Wilayah Kelantan Darul Naim di talian, 013-981 2257 atau En. Mohd Nazri bin Mohd Nawi, Setiausaha Wilayah di talian, 013-980 6650.

2.4 PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus – Sabtu 16 Jamadil Akhir 1434H | 27 April 2013M. Lokasi, premis PERTIS Wilayah Negeri Sembilan.Bagi maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En.Mohd Hairie bin Aris, Pengerusi PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus di talian, 013360 1063.

2.5 PERTIS Wilayah Kedah Darul Aman – Sabtu, 23 Jamadil Akhir 1434H | 4 Mei 2013M. Bagi maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Musa bin Abd. Rahman, Pengerusi PERTIS Wilayah Kedah Darul Aman di talian, 012-584 0124.

2.6 Mesyuarat Agung Tahunan PERTIS Kali Ke-18 – hari Jumaat hingga hari Ahad, 14 hingga 16 Rejab 1434H | 24 hingga 26 Mei 2013M. Notis dan maklumat lanjut akan diwar-warkan secara rasmi bermula 1 April 2013.

3. PROGRAM “MEMPERKAYA ILMU MEMPERLUAS JANGKAUAN KEHIDUPAN”

Aktiviti akan berlangsung pada hari Sabtu, 2 Jamadil Akhir 1434H | 13 April 2013M, bermula jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Datuk Dr. Ismail Salleh, Kompleks MAB. Aktiviti anjuran bersama Biro Tugas-tugas Khas serta Biro Pembangunan Muslimah, Kesenian dan Kebudayaan Islam PERTIS Malaysia. Maklumat lanjut akan diwar-warkan dari masa ke semasa. Bilangan peserta, 150 orang. Bagi Maksud pendaftaran atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Pengerusi Biro Tuas-tugas Khas di talian, 013-274 4943 atau Pengerusi Biro Pembangunan Muslimah di talian, 013-341 1066. Hanya peserta berkupon sahaja layak menikmati makaan tengah hari dan minum petang.

4. TABUNG KEBAJIKAN AHLI-AHLI TERBENCANA

Dimaklumkan bahawa pengwujudan tabung adalah dengan misi dan objektif membantu ahli-ahli Persatuan yang ditimpa musibah, bencana, terlantar sakit atau seumpamanya. Tabung kebajikan khas ini akan diaktifkan secara berterusan dan dikendalikan oleh Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS. Sumbangan derma berbentuk kewangan atau barangan bolehlah disalurkan kepada En. Hasbulah bin Junus, Pengerusi Biro dengan menghubungi beliau di talian, 013-340 4468 atau 017-689 4622. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 251 yang bermaksud, “Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangai itu pula mengandungi seratus biji.Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah maha luas kurniaannya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” – hari ini kita embantu insan lain, esok mungkin insan lain pula membantu kita!!

5. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

5.1 YURAN KEAHLIAN PERTIS

Kerjasama dan jasa baik daripada semua ahli PERTIS amatlah dipohon untuk menjelaskan bayaran yuran keahlian bagi tahun 2013.Sebagai makluman, yuran keahlian bagi Ahli Biasa ialah RM6.00, Ahli Bersekutu RM3.00 dan Ahli Tanggungan RM1.00.Sementara itu, yuran bagi Ahli Seumur Hidup ialah RM50.00 dengan syarat sudah dilangsaikan segala hutang yuran yang ada dan bayaran yuran tahunan semasa yang belum dijelaskan.Tarikh akhir bagi pembayaran yuran ialah pada 21 Sya’ban 1434 Hijrah bersamaan 30 Jun 2013.Bayaran yuran tahunan ini penting terutamanya bagi melayakkan penyertaan ke Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan.

5.2 Kemas Kini Bmaklumat Ahli

Ibu pejabat PERTIS memohon kerjasama daripada semua ahli agar dapat mengemas kini maklumat mengenai keahlian masing-masing seperti alamat tempat tinggal terkini, nombor telefon, alamat email dan sebagainya.Semua maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada pembantu hal ehwal pentadbiran/kewangan, En.Mohamad Azim firdaus di talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat.

6. Pengumuman Daripada Lain-lain Organisasi.

6.1 Pengumuman Daripada SBM Kebangsaan.

Dengan sukacitanya bahawa SBM ingin mempelawa anda untuk menyertai pertandingan menulis peringkat kebangsaan 2013.hadiah yang menarik disediakan. pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori utama iaitu bawah 19 tahun dan 19 tahun ke atas. Tarikh tutup adalah pada 15 Mei 2013.syarat-syaratnya boleh diperolehi dalam borang penyertaan dan anda boleh dapatkan borang itu di semua pejabat SBM.

6.2 Pengumuman Daripada Persatuan Kebajikan OKU Penglihatan Bekerja Sendiri Kuala Lumpur (PKB)

Kepada semua
ahli Persatuan Kebajikan OKU Penglihatan Bekerja SendiriKuala Lumpur.Notis Mesyuarat Agung Tahunan Ke-5 Persatuan Kebajikan OKU PenglihatanBekerja Sendiri
Kuala Lumpur.Persatuan Kebajikan OKU Penglihatan Bekerja Sendiri Kuala Lumpur (PKB)akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang kelima pada tarikh, masadan
tempat seperti berikut:--Tarikh: 5hb Mei 2013 (Ahad).Masa: 9.00 pagi.Tempat: Dewan Rukun Tetangga Brickfields, Jln Padang Belia,Brickfields, Kuala Lumpur.Pada
mesyuarat kali ini akan berlangsung pemilihan barisan AhliJawatankuasa. Bagi anda yang ingin bertanding, anda perlu mengisiborang pencalonan yang boleh
didapatkan dari Yang Mulia Raja ZainudinBin Raja Ghazali, Pengerusi PKB. Borang hanya akan dikeluarkan padahari Isnin, 1hb April 2013. Borang-Borang
yang telah lengkap diisihendaklah dikembalikan kepada Pengerusi PKB selewat-lewatnya pada hariSelasa, 30hb April 2013. Semua ahli PKB adalah dijemput
menghadirimesyuarat ini.Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.(Notis bertarikh 19hb Mac 2013 dikeluarkan oleh Encik Ng Eu Khoon,Setiausaha PKB).

Diselaraskan oleh

(Zakaria bin Yahya)

Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Monday, 18 March 2013

Pengumuman Mingguan PERTIS

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 18 Mac 2013, bersamaan 6 Jamadil-Awwal 1434 Hijrah.

Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

1. Pengumuman Daripada Biro Pendidikan Dan Pembangunan Ummah.

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Pendidikan dan Pembangunan Ummah PERTIS akan mengadakan kursus perubatan islam secara bersiri bermla pada bulan april 2013. Kursus tersebut akan diadakan sebulan sekali di ibu pejabat PERTIS Malaysia pada hari ahaddari jam 9,00 pagi hingga 5,00 petang. Objektif kursus ini ialah bertujuan mendedahkan ahli PERTIS dengan kaedah rawatan perubatan islam yang sebenar disamping menjadi perawat yang berilmu. Antara modul yang akan diajar kepada peserta ialah mengenai sihir rumahtangga, pengasih, racun, santau, Rawatan penyakit kronik, dan lain-lain. Bayaran yang akan dikenakan untuk setiap modul bagi ahli PERTIS ialah RM65.00 dan bukan ahli ialah RM 100.00. Kursus tersebut dijangka akan dimulakan pada bulan April. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi pengerusi biro pendidikan dan dakwah En Zamzuri Bin Ghani di talian 019-3869700.

2. MESYUARAT-MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTIS PUSAT DAN WILAYAH

2.1 PERTIS Wilayah Terengganu Darul Iman – Sabtu, 25 Jamadil Awwal 1434H | 6 April 2013M. Lokasi, premis baru PERTIS Wilayah Terengganu. Bagi maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Mohd Fauzi bin Mansor, Pengerusi PERTIS Wilayah Terengganu Darul Iman di talian, 013-908 3130 atau Pejabat Wilayah di talian, 09-667 2452.

2.2 PERTIS Wilayah Pahang Darul Makmur - Ahad, 26 Jamadil Awwal 1434H | 7 April 2013M. Lokasi, premis PERTIS Wilayah Pahang. Bagi maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Ismail bin Mamad, Pengerusi PERTIS Wilayah Pahang Darul Makmur di talian, 014-829 6285 atau Pejabat Wilayah di talian, 09-277 0144.

2.3 PERTIS Wilayah Kelantan Darul Naim – Sabtu, 9 Jamadil Akhir 1434H | 20 April 2013M. Lokasi, premis PERTIS Wilayah Kelantan. Bagi maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Ismail bin Awang Ngah, Pengerusi PERTIS Wilayah Kelantan Darul Naim di talian, 013-981 2257 atau En. Mohd Nazri bin Mohd Nawi, Setiausaha Wilayah di talian, 013-980 6650.

2.4 PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus – Sabtu 16 Jamadil Akhir 1434H | 27 April 2013M. Lokasi, premis PERTIS Wilayah Negeri Sembilan. Bagi maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Mohd Hairie bin Aris, Pengerusi PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus di talian, 013360 1063.

2.5 PERTIS Wilayah Kedah Darul Aman – Sabtu, 23 Jamadil Akhir 1434H | 4 Mei 2013M. Bagi maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Musa bin Abd. Rahman, Pengerusi PERTIS Wilayah Kedah Darul Aman di talian, 012-584 0124.

2.6 Mesyuarat Agung Tahunan PERTIS Kali Ke-18 – hari Jumaat hingga hari Ahad, 14 hingga 16 Rejab 1434H | 24 hingga 26 Mei 2013M. Notis dan maklumat lanjut akan diwar-warkan secara rasmi bermula 1 April 2013.

3. PROGRAM “MEMPERKAYA ILMU MEMPERLUAS JANGKAUAN KEHIDUPAN”

Aktiviti akan berlangsung pada hari Sabtu, 2 Jamadil Akhir 1434H | 13 April 2013M, bermula jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Datuk Dr. Ismail Salleh, Kompleks MAB. Aktiviti anjuran bersama Biro Tugas-tugas Khas serta Biro Pembangunan Muslimah, Kesenian dan Kebudayaan Islam PERTIS Malaysia. Maklumat lanjut akan diwar-warkan dari masa ke semasa. Bilangan peserta, 150 orang. Bagi Maksud pendaftaran atau sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Pengerusi Biro Tuas-tugas Khas di talian, 013-274 4943 atau Pengerusi Biro Pembangunan Muslimah di talian, 013-341 1066. Hanya peserta berkupon sahaja layak menikmati makaan tengah hari dan minum petang.

4. TABUNG KEBAJIKAN AHLI-AHLI TERBENCANA

Dimaklumkan bahawa pengwujudan tabung adalah dengan misi dan objektif membantu ahli-ahli Persatuan yang ditimpa musibah, bencana, terlantar sakit atau seumpamanya. Tabung kebajikan khas ini akan diaktifkan secara berterusan dan dikendalikan oleh Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS. Sumbangan derma berbentuk kewangan atau barangan bolehlah disalurkan kepada En. Hasbulah bin Junus, Pengerusi Biro dengan menghubungi beliau di talian, 013-340 4468 atau 017-689 4622. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 251 yang bermaksud, “Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah maha luas kurniaannya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” – hari ini kita embantu insan lain, esok mungkin insan lain pula membantu kita!!

5. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

5.1 YURAN KEAHLIAN PERTIS

Kerjasama dan jasa baik daripada semua ahli PERTIS amatlah dipohon untuk menjelaskan bayaran yuran keahlian bagi tahun 2013. Sebagai makluman, yuran keahlian bagi Ahli Biasa ialah RM6.00, Ahli Bersekutu RM3.00 dan Ahli Tanggungan RM1.00. Sementara itu, yuran bagi Ahli Seumur Hidup ialah RM50.00 dengan syarat sudah dilangsaikan segala hutang yuran yang ada dan bayaran yuran tahunan semasa yang belum dijelaskan. Tarikh akhir bagi pembayaran yuran ialah pada 21 Sya’ban 1434 Hijrah bersamaan 30 Jun 2013. Bayaran yuran tahunan ini penting terutamanya bagi melayakkan penyertaan ke Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan.

5.2 Kemas Kini Bmaklumat Ahli

Ibu pejabat PERTIS memohon kerjasama daripada semua ahli agar dapat mengemas kini maklumat mengenai keahlian masing-masing seperti alamat tempat tinggal terkini, nombor telefon, alamat email dan sebagainya.Semua maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada pembantu hal ehwal pentadbiran/kewangan, En.Mohamad Azim firdaus di talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat.

6. Pengumuman Daripada SBM Kebangsaan.

Dengan sukacitanya bahawa SBM ingin mempelawa anda untuk menyertai pertandingan menulis peringkat kebangsaan 2013. hadiah yang menarik disediakan. pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori utama iaitu bawah 19 tahun dan 19 tahun ke atas. Tarikh tutup adalah pada 15 Mei 2013. syarat-syaratnya boleh diperolehi dalam borang penyertaan dan anda boleh dapatkan borang itu di semua pejabat SBM.

Diselaraskan oleh

(Zakaria bin Yahya)

Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Monday, 4 March 2013

Pengumuman Mingguan PERTIS

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 4 Mac 2013, bersamaan 21 Rabi’ul-Akhir 1434 Hijrah.

Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

1. Menziarahi Pn. Rabiah Basir.

1.1 Beberapa orang ahli PERTIS Pusat akan menziarahi Pn. Rabiah Basir yang sedang terlantar sakit di Kedah. Ziarah berkenaan akan diadakan pada hujung minggu ini. Peserta ziarah akan diketuai sendiri oleh Pn. Sariyah Nordin selaku Pengerusi Biro Muslimah, Kebudayaan Dan Kesenian PERTIS merangkap Penyelaras PERTIS Kedah.

1.2 Untuk itu, sesiapa yang berhasrat untuk menghulurkan sumbangan kepada Pn. Rabiah, terutamanya yang berbentuk wang ringgit melalui rombongan ziarah berkenaan, anda boleh menghubungi terus Pn. Sariyah di talian bimbitnya 013-3411066. Mudah-mudahan sumbangan yang kita sama-sama hulurkan itu dapat meringankan penderitaan yang sedang ditanggung oleh Pn. Rabiah dan keluarganya. Ia juga sebagai tanda ingat dan kasih kita di antara sesama saudara.

2. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

2.1. YURAN KEAHLIAN PERTIS

Kerjasama dan jasa baik daripada semua ahli PERTIS amatlah dipohon untuk menjelaskan bayaran yuran keahlian bagi tahun 2013.Sebagai makluman, yuran keahlian bagi Ahli Biasa ialah RM6.00, Ahli Bersekutu RM3.00 dan Ahli Tanggungan RM1.00.Sementara itu, yuran bagi Ahli Seumur Hidup ialah RM50.00 dengan syarat sudah dilangsaikan segala hutang yuran yang ada dan bayaran yuran tahunan semasa yang belum dijelaskan.Tarikh akhir bagi pembayaran yuran ialah pada 21 Sya’ban 1434 Hijrah bersamaan 30 Jun 2013.Bayaran yuran tahunan ini penting terutamanya bagi melayakkan penyertaan ke Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan.

2.2. KAD ASUH (KAD AHLI SEUMUR HIDUP)

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PERTIS bertarikh 29 dan 30 Disember 2012 telah memutuskan supaya No.Kad OKU yang baru dicatatkan di dalam Kad ASUH sejajar dengan ketetapan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.Ia bertujuan mengelakkan sebarang kesulitan di dalam sesuatu urusan dan keistimewaan yang akan diwar-warkan dari masa ke semasa. Justeru, kerjasama segera daripada semua Ahli Seumur Hidup amatlah dipohon untuk memberikan No. Kad OKU yangn baru bagi membantu mempercepatkan proses penyediaan kad dimaksudkan. Sila SMS No. Kad OKU anda yang baru kepada Pengerusi Biro Tugas Khas di talian, 013-274 4943 atau hubungi Ibu Pejabat PERTIS di talian yang dinyatakan di atas. Tarikh tutup, 10 Februari 2013. Biro memohon ribuan kemaafan di atas kelewatan dan kesulitan yang timbul justeru gangguan kemalangan yang menimpa Pengerusi Biro pada tahun lepas yang mana turut menyumbang kepada tergendalanya proses penyaluran maklumat kepada pembuat kad.

2.3. Kemas Kini Bmaklumat Ahli