Total Pageviews

Monday, 28 January 2013

Pengumuman Mingguan PERTIS

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 28 Januari 2013, bersamaan 16 Rabiul-Awwal 1434 Hijrah.

Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

1. MESYUARAT AGUNG LUARBIASA DAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDIR RASUL PERTIS

1.1. Susulan daripada penganjuran mesyuarat agung luarbiasa pada 24 Januari 2013 yang lalu, Ustaz Mohd Nasir bin Mohamed Yusoff, mantan Penolong Setiausaha Agung telah dipilih sebagai Bendahari Kehormat PERTIS Sesi perkhidmatan 2013/2014. Persatuan mengucapkan tahniah dan adalah diharapkan dengan perlantikan ini, beliau berupaya memacu struktur kewangan PERTIS ke arah kecemerlangan.

1.2. PERTIS juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua ahli Persatuan ke program-program yang telah dianjurkan pada 24 Januari 2013. Adalah diharapkan agar momentum kehadiran amat memberangsangkan ini dapat diteruskan dalam apa juga aktiviti yang dianjurkan. Sukacita dimaklumkan bahawa kehadiran semasa sambutan berkenaan di luar jangkaan. Justeru, sebarang kekurangan dalam apa bentuk amat dikesali dan PERTIS mohon kemaafan. Sesungguhnya, sokongan moral dan dokongan padu daripada para ahli Persatuan adalah pemangkin ke arah kecemerlangan serta kejayaan PERTIS dalam pelbagai aspek.

2. MAJLLIS SAMBUTAN MAULIDIR RASUL 1434 HIJRAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN

Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) telah terpilih untuk menerima anugerah khas kategori NGO cemerlang bersempena Majlis Sambutan Maulidir Rasul 1434 Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan. Susulan daripada itu, pihak JAWI telah memperuntukkan 40tempat khusus bagi penyertaan ahli-ahli Persatuan. Majlis akan berlangsung pada hari Khamis, 19 Rabi’ul Awwal 1434 Hijrah bersamaan 31 Januari 2013 Masihi bermula jam 8.00 pagi hingga jam 1.00 tengah hari bertempat di Dewan Mutamar, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Pengangkutan disediakan daripada pekarangan Kompleks MAB bermula jam 7.30 pagi. Sila berdaftar dengan Pembantu Tadbir PERTIS iaitu Cik Raihah binti Pauzi di talian Ibu Pejabat PERTIS, 03-4021 2631 di antara jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, hari Isnin hingga hari Jumaat. Memandangkan majlis bersifat keraian dan bukan berbentuk seminar, kursus, bengkel atau yang seumpama dengannya, perhatian kepada para ahli yang bekerja tetap adalah dirujuk bahawa PERTIS tiada “authority” serta kebenaran bagi mengeluarkan surat perlepasan atau kemudahan Cuti Tanpa Rekod kepada mana-mana peserta. Penjawat sektor awam mahupun swasta yang berminat untuk menghadiri majlis berkenaan diminta menguruskan hal ehwal perlepasan atau cuti dengan pihak majikan masing-masing. Pada hari tersebut juga, Ibu Pejabat PERTIS akan beroperasi separuh hari bagi membolehkan semua Pembantu Tadbir Ibu Pejabat menghadiri majlis dimaksudkan. Ibu Pejabat akan kembali beroperasi seperti biasa selepas jam 2.00 petang.

3. TABUNG KEBAJIKAN AHLI-AHLI TERBENCANA

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat PERTIS telah bersetuju mewujudkan tabung tersebut di atas dengan misi dan objektif membantu mana-mana ahli Persatuan yang ditimpa musibah, bencana, terlantar sakit atau seumpamanya. Tabung kebajikan khas ini akan diaktifkan secara berterusan dan dikendalikan oleh Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS. Sumbangan derma berbentuk kewangan atau barangan bolehlah disalurkan kepada En. Hasbulah bin Junus, Pengerusi Biro dengan menghubungi beliau di talian, 013-340 4468 atau 017-689 4622. Di samping itu, kutipan untuk tabung ini juga akan dijalankan pada setiap kali aktiviti anjuran PERTIS dijalankan, insha-Allah. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 251 yang bermaksud, “Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah maha luas kurniaannya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” – hari ini kita embantu insan lain, esok mungkin insan lain pula membantu kita!!

4. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

4.1. YURAN KEAHLIAN PERTIS

Kerjasama dan jasa baik daripada semua ahli PERTIS amatlah dipohon untuk menjelaskan bayaran yuran keahlian bagi tahun 2013. Sebagai makluman, yuran keahlian bagi Ahli Biasa ialah RM6.00, Ahli Bersekutu RM3.00 dan Ahli Tanggungan RM1.00. Sementara itu, yuran bagi Ahli Seumur Hidup ialah RM50.00 dengan syarat sudah dilangsaikan segala hutang yuran yang ada dan bayaran yuran tahunan semasa yang belum dijelaskan. Tarikh akhir bagi pembayaran yuran ialah pada 21 Sya’ban 1434 Hijrah bersamaan 30 Jun 2013. Bayaran yuran tahunan ini penting terutamanya bagi melayakkan penyertaan ke Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan.

4.2. KAD ASUH (KAD AHLI SEUMUR HIDUP)

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PERTIS bertarikh 29 dan 30 Disember 2012 telah memutuskan supaya No. Kad OKU yang baru dicatatkan di dalam Kad ASUH sejajar dengan ketetapan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ia bertujuan mengelakkan sebarang kesulitan di dalam sesuatu urusan dan keistimewaan yang akan diwar-warkan dari masa ke semasa. Justeru, kerjasama segera daripada semua Ahli Seumur Hidup amatlah dipohon untuk memberikan No. Kad OKU yangn baru bagi membantu mempercepatkan proses penyediaan kad dimaksudkan. Sila SMS No. Kad OKU anda yang baru kepada Pengerusi Biro Tugas Khas di talian, 013-274 4943 atau hubungi Ibu Pejabat PERTIS di talian yang dinyatakan di atas. Tarikh tutup, 10 Februari 2013. Biro memohon ribuan kemaafan di atas kelewatan dan kesulitan yang timbul justeru gangguan kemalangan yang menimpa Pengerusi Biro pada tahun lepas yang mana turut menyumbang kepada tergendalanya proses penyaluran maklumat kepada pembuat kad.

4.3. Kemas Kini Bmaklumat Ahli

Ibu pejabat PERTIS memohon kerjasama daripada semua ahli agar dapat mengemas kini maklumat mengenai keahlian masing-masing seperti alamat tempat tinggal terkini, nombor telefon, alamat email dan sebagainya. Semua maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada pembantu hal ehwal pentadbiran/kewangan, En. Mohamad Azim firdaus di talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat.

5. BERITA DAN AKTIVITI WILAYAH-WILAYAH PERTIS

5.1. Majlis Sambutan Maulidir Rasul 1434 Hijrah peringkat PERTIS Wilayah Pahang Darul Makmur akan diadakan pada hari Ahad, 3 Februari 2013 bermula jam 10.00 pagi bertempat di premis wilayah yang terletak di Simpang Mambang Berulang, Mentakab, Pahang Darul Makmur. Bagi maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila berhubung Dengan En. Ismail bin Mamad, Pengerusi Wilayah di talian, 014-829 6205.

Diselaraskan oleh

(Zakaria bin Yahya)

Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Friday, 25 January 2013

Mesyuarat Agung Khas

Pada 24 Januari (Khamis) yang lalu, Persatuan Orang-orang cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) telah melaksanakan satu mesyuarat agung khas. Mesyuarat agung khas ini mempunyai dua agenda utama, iaitu, memilih bendahari kehormat PERTIS serta membuat pindaan kecil pada perlembagaan PERTIS berkenaan dengan tempat berurusan.

Mesyuarat telah berlangsung di Dewan Datuk Dr. Ismail Salleh, Kompleks Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), Brickfields, Kuala Lumpur. Sayugia dinyatakan bahawa PERTIS dan MAB adalah dua badan bukan kerajaan (NGO) yang berlainan. Justeru, penggunaan dewan di Kompleks MAB adalah atas dasar sewaan.

Mesyuarat telah bermula pada jam 9.00 pagi. Sebagaimana yang dikehendaki dalam perlembagaannya, mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh Yang Di-Pertuanya. Berdasarkan senarai kehadiran ahli yang disemak, seramai 71 Ahli Biasa PERTIS telah hadir dalam mesyuarat tersebut. Semua mereka layak untuk mengundi. Mengikut perlembagaan persatuan, seramai 26 ahli biasa hendaklah hadir bagi mencukupkan korum mesyuarat dan seterusnya mengesahkan perjalanan mesyuarat.

Untuk jawatan Bendahari Kehormat PERTIS, terdapat 3 orang calon yang telah dicadangkan. Setelah melalui proses pengundian, maka En. Muhammad Nasir Yusof telah dipilih untuk menyandang jawatan tersebut dengan memperoleh 36 undi.

Usul pindaan perlembagaan PERTIS mengenai Perkara 1 (2) pula tiada masalah. Ia telah diluluskan dengan sokongan sebulat suara.

Seluruh barisan kepimpinan PERTIS mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih khususnya kepada ahli-ahli PERTIS yang telah hadir dalam mesyuarat agung khas berkenaan di atas kerjasama yang begitu baik yang telah diberikan sehingga memungkinkan perjalanan mesyuarat dengan begitu baik dan teratur.

Sekitar jam 10.10 pagi, Yang Di-Pertua selaku pengerusi mesyuarat telah menangguhkan mesyuarat.

Sambutan Maulidul Rasul Peringkat PERTIS Pusat

Pada 24 Januari 2013, Persatuan Orang-orang Cacat Pengtlihatan Islam Malaysia (PERTIS) telah menganjurkan sambutan maulidul Rasul peringkat PERTIS Pusat. Sambutan telah berlangsung di Dewan Datuk Dr. Ismail Salleh, Kompleks Persatuan Orang-orang Buta Malaysia (MAB) di Brickfields, Kuala Lumpur. Penganjuran majlis ini turut mendapat kerjasama erat daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan menaja kos untuk makanan.

Majlis telah bermula sekitar jam 11.00 pagi dengan bacaan doa yang telah dipimpin oleh Saudara Muhammad Nasir Yusof.

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ayat-ayat suci Alquran Al-Karim yang telah diperdengarkan oleh Saudara Khairul Azmi Saad. Beliau telah membaca Surah Al-Mu’mnun bermula dari ayat 1.

Ia diikuti pula dengan berselawat beramai-ramai. Acara ini telah diketuai oleh pasukan marhaban dan berzanji PERTIS di bawah pimpinan En. Ali Yahya.

Seterusnya majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Di-Pertua PERTIS. Dalam ucapannya, antara lain beliau mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak terutama pihak JAWI yang telah memberikan kerjasama dan bantuan dalam menganjurkan majlis sambutan maulidul Rasul pada kali ini.

Setelah perasmian selesai, maka tampil pula Ustaz Afnan yang juga merupakan Penolong Pengarah di Bahagian Pendidikan JAWI untuk menyampaikan ceramahnya. Dalam ceramahnya, beliau banyak memperkatakan betapa pentingnya kita selaku umat Islam untuk mematuhi dan beriman dengan Rasulullah S.A.W. Beliau juga mengatakan bahawa orang yang celik sebenarnya ialah orang yang celik kepada peringatan Allah yang telah disampaikan melalui Rasul-Nya. Ceramah beliau telah berlangsung selama lebih daripada sejam dan ia telah berjaya menarik perhatian hadirin.

Majlis sambutan Maulidul Rasul kali ini telah diakhiri dengan jamuan tengah hari.

Sayugia dimaklumkan bahawa penganjuran majlis sambutan maulidul Rasul ini merupakan kerjasama penuh antara PERTIS dan pihak JAWI sahaja. Ia tiada kena-mengena dengan MAB itu sendiri. Kerana itulah juga penggunaan dewan MAB adalah atas dasar sewaan.

Seluruh barisan kepimpinan PERTIS ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah sudi hadir dalam majlis yang telah dianjurkan. Mengikut jangkaan asal, seramai 150 orang dijangka akan hadir di majlis ini. Namun demikian kehadiran kali melebihi daripada jangkaan. Jumlah kehadiran kali ini dianggarkan melebihi daripada 200 orang.

Pihak penganjur juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dalam penganjuran majlis sambutan Maulidul Rasul kali ini. Kami akan cuba memperbaikinya dari masa ke masa, insha-Allah.

Monday, 21 January 2013

Pengumuman Mingguan PERTIS

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 21 Januari 2013, bersamaan 9 Rabiul-Awwal 1434 Hijrah.

Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

1. NOTIS MESYUARAT AGUNG Khas, PERSATUAN ORANG CACAT PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA (PERTIS)

KEPADA,

SEMUA AHLI PERTIS,

PUSAT DAN WILAYAH.

1.1. Adalah dimaklum dan diwar-warkan bahawa selaras dengan Peruntukan 7 (10) (a), Perlembagaan PERTIS, satu Mesyuarat Agung Khas, Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) akan diadakan seperti butiran berikut:-

Tarikh : 12 Rabi’ul Awwal 1434H bersamaan 24 Januari 2013M.

Hari : Khamis

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Dewan Datuk Dr. Ismail Salleh,
Jalan Tebing Off Jalan Tun Sambanthan 4,
Brickfields, 50470 Kuala Lumpur.

1.2. Sehubungan itu, perhatian para ahli PERTIS adalah dirujuk kepada perkara-perkara berikut:-

(1) Penganjuran Mesyuarat Agung Khas ini adalah bagi membolehkan pemilihan dan perlantikan Bendahari Kehormat PERTIS yang baru. Ia juga bertujuan untuk membuat pindaan kecil terhadap tempat berurusan persatuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peruntukan 1 (2) Perlembagaan PERTIS.

(2) Para peserta PERTIS Pusat yang berhasrat menghadiri EGM ini diminta berdaftar dengan Cik Raihah binti Pauzi, Pembantu Tadbir Kewangan Am PERTIS di talian Ibu Pejabat, 03-4021 2631 di antara jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, hari Isnin hingga Jumaat.

(3) Sementara itu, para PERTIS Wilayah yang berhasrat menghadiri Mesyuarat Agung Luarbiasa ini diminta berdaftar dengan pejabat Wilayah masing-masing.

(4) Yuran penyertaan, RM5.00 seorang. Penyertaan dianggap sah selepas bayaran dibuat.

(5) Bagi tujuan penyelarasan dan kelancaran perjalanan Mesyuarat Agung Khas, hanya peserta berdaftar dan ahli PERTIS sahaja dibenarkan hadir.

Dikeluarkan oleh : Abu Hassan Ashari bin Razak (Setiausaha Agung PERTIS)

Tarikh Dikeluarkan : 24 Safar 1434H (7 Januari 2013M)

2. MAJLIS SAMBUTAN MAULIDIR RASUL 1434 HIJRAH

Sejurus Selepas itu, Persatuan melalui Biro Pendidikan dan Pembangunan Ummah PERTIS Malaysia (BPPU) akan menganjurkan Majlis Sambutan Maulidir Rasul 1434 Hijrah. Majlis kolaborasi PERTIS dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ini dijangka bermula pada jam 10.30 pagi. Penceramah undangan, Yang Berbahagia Ustaz Afnan bin Abdul Rahman. Bilangan peserta, 150 orang. Penyertaan dibuka kepada semua ahli dan bukan ahli PERTIS. Makan tengah hari turut disediakan. Tiada pendaftaran penyertaan disyaratkan. Bagi sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Zamzuri bin Ghani, Naib Yang Dipertua yang juga merupakan Pengerusi BPPU di talian, 019-386 9700.

3. MAJLLIS SAMBUTAN MAULIDIR RASUL 1434 HIJRAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN

Dengan penuh kesyukuran dan sukacita dimaklum dan diar-warkan bahawa Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) telah terpilih untuk menerima anugerah khas kategori NGO cemerlang bersempena Majlis Sambutan Maulidir Rasul 1434 Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan. Susulan daripada itu, pihak JAWI telah memperuntukkan 40tempat khusus bagi penyertaan ahli-ahli Persatuan. Majlis akan berlangsung pada hari Khamis, 19 Rabi’ul Awwal 1434 Hijrah bersamaan 31 Januari 2013 Masihi bermula jam 8.00 pagi hingga jam 1.00 tengah hari bertempat di Dewan Mutamar, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Pengangkutan bas disediakan daripada pekarangan Kompleks MAB bermula jam 7.30 pagi. Sila berdaftar dengan Pembantu Tadbir PERTIS iaitu Cik Raihah binti Pauzi di talian Ibu Pejabat PERTIS, 03-4021 2631 di antara jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, hari Isnin hingga hari Jumaat. Memandangkan majlis bersifat keraian dan bukan berbentuk seminar, kursus, bengkel atau yang seumpama dengannya, perhatian kepada para ahli yang bekerja tetap adalah dirujuk bahawa PERTIS tiada “authority” serta kebenaran bagi mengeluarkan surat perlepasan atau kemudahan Cuti Tanpa Rekod kepada mana-mana peserta. Penjawat sektor awam mahupun swasta yang berminat untuk menghadiri majlis berkenaan diminta menguruskan sendiri hal ehwal perlepasan atau cuti dengan pihak majikan masing-masing. Pada hari tersebut juga, Ibu Pejabat PERTIS akan beroperasi separuh hari bagi membolehkan semua Pembantu Tadbir Ibu Pejabat menghadiri majlis dimaksudkan. Ibu Pejabat akan kembali beroperasi seperti biasa selepas jam 2.00 petang.

4. TABUNG KEBAJIKAN AHLI-AHLI TERBENCANA

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat PERTIS telah bersetuju mewujudkan tabung tersebut di atas dengan misi dan objektif membantu mana-mana ahli Persatuan yang ditimpa musibah, bencana, terlantar sakit atau seumpamanya. Tabung kebajikan khas ini akan diaktifkan secara berterusan dan dikendalikan oleh Biro Kebajikan dan Khidmat Komuniti PERTIS. Sumbangan derma berbentuk kewangan atau barangan bolehlah disalurkan kepada En. Hasbulah bin Junus, Pengerusi Biro dengan menghubungi beliau di talian, 013-340 4468 atau 017-689 4622. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 251 yang bermaksud, “Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah maha luas kurniaannya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” – hari ini kita embantu insan lain, esok mungkin insan lain pula membantu kita!!

5. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

5.1. Pada 4 Rabi’ul Awwal 1434 Hijrah bersamaan 16 Januari 2013 Masihi, Cik Nur Saliza binti Jusoh telah melapr diri sebagai anggota baru sector perkhidmatan PERTIS. Penempatan beliau adalah atas kapasiti jawatan Pembantu Tadbir Penerbitan.

5.2. YURAN KEAHLIAN PERTIS

Kerjasama dan jasa baik daripada semua ahli PERTIS amatlah dipohon untuk menjelaskan bayaran yuran keahlian bagi tahun 2013. Sebagai makluman, yuran keahlian bagi Ahli Biasa ialah RM6.00, Ahli Bersekutu RM3.00 dan Ahli Tanggungan RM1.00. Sementara itu, yuran bagi Ahli Seumur Hidup ialah RM50.00 dengan syarat sudah dilangsaikan segala hutang yuran yang ada dan bayaran yuran tahunan semasa yang belum dijelaskan. Tarikh akhir bagi pembayaran yuran ialah pada 21 Sya’ban 1434 Hijrah bersamaan 30 Jun 2013. Bayaran yuran tahunan ini penting terutamanya bagi melayakkan penyertaan ke Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan.

5.3. KAD ASUH (KAD AHLI SEUMUR HIDUP)

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PERTIS bertarikh 29 dan 30 Disember 2012 telah memutuskan supaya No. Kad OKU yang baru dicatatkan di dalam Kad ASUH sejajar dengan ketetapan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ia bertujuan mengelakkan sebarang kesulitan di dalam sesuatu urusan dan keistimewaan yang akan diwar-warkan dari masa ke semasa. Justeru, kerjasama segera daripada semua Ahli Seumur Hidup amatlah dipohon untuk memberikan No. Kad OKU yangn baru bagi membantu mempercepatkan proses penyediaan kad dimaksudkan. Sila SMS No. Kad OKU anda yang baru kepada Pengerusi Biro Tugas Khas di talian, 013-274 4943 atau hubungi Ibu Pejabat PERTIS di talian yang dinyatakan di atas. Tarikh tutup, 10 Februari 2013. Biro memohon ribuan kemaafan di atas kelewatan dan kesulitan yang timbul justeru gangguan kemalangan yang menimpa Pengerusi Biro pada tahun lepas yang mana turut menyumbang kepada tergendalanya proses penyaluran maklumat kepada pembuat kad.

5.4 SIJIL SEMINAR IBADAH ORANG SAKIT ANJURAN PERTIS DENGAN KERJASAMA JAWIYANG TELAH DIADAKAN PADA 23 DISEMBER 2012 SUDAH BOLEH DIPEROLEHIDARIPADA
IKBU PEJABAT PERTIS ATAU DI LOKASI PROGRAM/AKTIVITI ANJURANPERSATUAN.

6. BERITA DAN AKTIVITI WILAYAH-WILAYAH PERTIS

6.1. PERTIS Wilayah Terengganu Darul Iman:-

(1) Program Pengajian Qur’an Braille (PPQB) tajaan Majlis Agama Islam dan Adat Resam (MAIDAM), Terengganu Darul Iman. Kelas berlangsung pada setiap hari Ahad hingga Selasa.

(2) Kelas Feqah dan Tauhid – berlangsung pada setiap hari Ahad iaitu selepas PPQB berakhir.

(3) Bengkel Tajwid – berlangsung pada setiap hari Isnin iaitu selepas Solat Fardhu Zohor. Penyertaan bengkel dikhususkan kepada guru-guru PPQB dengan misi dan objektif memperkasa serta mempertingkatkan penguasaan tajwid. Sekaligus, bengkel ini bermatlamat melahirkan guru-guru Qur’an OKU Penglihatan yang berkualiti dan melangkah seiring dengan perkembangan zaman.

(4) Kelas Tafsir dan Sirah – dilaksanakan pada setiap hari Selasa iaitu selepas tamatnya PPQB.

(5) PERTIS Wilayah juga akan mengendalikan kuiz khas bersempena bulan Maulidir Rasul 134 Hijrah pada hari Selasa, 29 Januari 2013.

(6) Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa En. Khairul Amelin bin Mohd Nawi dan Mohd Amainuddin bin Mohd Jaafar, ahli PERTIS Wilayah Terengganu Darul Iman telah kembali ke Rahmatullah. Kepulangan mereka ke hadhrat Ilahi pastinya merupakan satu kehilangan besar kepada PERTIS Wilayah khasnya dan satu kesedihan kepada seluruh ahli Persatuan amnya. Justeru, bersama-samalah kita doakan kesejahteraan berp0anjangan ke atas roh-roh mereka dan semoga mereka ditempatkan dalam kalangan insan soleh. Al-Fatihah ‘’’

6.2. Majlis Sambutan Maulidir Rasul Peringkat Wilayah-wilayah PERTIS:-

(1) PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus – hari Ahad, 27 Januari 2013 bermula jam 11.00 pagi bertempat di premis wilayah yang terletak di Taman Syukur, Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Bagi maklumat lanjut, sila berhubung dengan En. Mohd Hairie bin Aris, Pengerusi Wilayah di talian, 013-360 1063.

(2) PERTIS Wilayah Pahang Darul Makmur – hari Ahad, 3 Februari 2013 bermula jam 10.00 pagi bertempat di premis wilayah yang terletak di Simpang Mambang Berulang, Mentakab, Pahang Darul Makmur. Bagi maklumat, sila berhubung Dengan En. Ismail bin Mamad, Pengerusi Wilayah di talian, 014-829 6205.

Diselaraskan oleh

(Zakaria bin Yahya)

Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Tuesday, 15 January 2013

Penyerahan Cek Walk For Lights

Petang semalam, 4penuntut daripada semester 5, Fakulti Komunikasi Dan Multimedia, UITM Shah Alam telah berkunjung ke ibu pejabat PERTIS. Tujuan kunjungan mereka adalah untuk menyerahkan cek kepada PERTIS hasil daripada aktiviti Walk For Lights yang telah berlangsung pada 30 November 2012 yang lalu. Keempat-empat penuntut tersebut turut diserta oleh En. Abu Zar yang merupakan pensyarah mereka.

Penyerahan cek telah dilakukan sendiri oleh En. Abu Zar kepada Yang Di-Pertua PERTIS.

Aktiviti Walk For Lights telah berlangsung pada 30 November 2012 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Ia merupakan anjuran para penuntut semester 5 daripada Fakulti Komunikasi dan Multimedia,UITM kampus Shah Alam dngan kerjasama daripada PERTIS sendiri. Tujuan utama aktiviti berkenaan ialah untuk mengumul dana bagi tujuan menampung kos penerbitan dan pengedaran Alquran Braille oleh PERTIS.

Seluruh warga PERTIS ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada para penuntut semester 5, Fakulti Komunikasi Dan Multimedia UITM kampus Shah Alam di atas inisiatif mereka untuk membantu persatuan ini. Semoga hubungan yang telah sedia terjalin akan berterusan hendaknya, insha-Allah.

Monday, 14 January 2013

Pengumuman Mingguan PERTIS

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 14 Januari 2013, bersamaan 2 Rabiul-Awwal 1434 Hijrah.

Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

1. NOTIS MESYUARAT AGUNG Khas, PERSATUAN ORANG CACAT PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA (PERTIS)

KEPADA,

SEMUA AHLI PERTIS,

PUSAT DAN WILAYAH.

1.1. Adalah dimaklum dan diwar-warkan bahawa selaras dengan Peruntukan 7 (10) (a), Perlembagaan PERTIS, satu Mesyuarat Agung Khas, Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) akan diadakan seperti butiran berikut:-

Tarikh : 12 Rabi’ul Awwal 1434H bersamaan 24 Januari 2013M.

Hari : Khamis

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Dewan Datuk Dr. Ismail Salleh,
Jalan Tebing Off Jalan Tun Sambanthan 4,
Brickfields, 50470 Kuala Lumpur.

1.2. Sehubungan itu, perhatian para ahli PERTIS adalah dirujuk kepada perkara-perkara berikut:-

(1) Penganjuran Mesyuarat Agung Khas ini adalah bagi membolehkan pemilihan dan perlantikan Bendahari Kehormat PERTIS yang baru. Ia juga bertujuan untuk membuat pindaan kecil terhadap tempat berurusan persatuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peruntukan 1 (2) Perlembagaan PERTIS.

(2) Para peserta PERTIS Pusat yang berhasrat menghadiri EGM ini diminta berdaftar dengan Cik Raihah binti Pauzi, Pembantu Tadbir Kewangan Am PERTIS di talian Ibu Pejabat, 03-4021 2631 di antara jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang, hari Isnin hingga Jumaat.

(3) Sementara itu, para PERTIS Wilayah yang berhasrat menghadiri Mesyuarat Agung Luarbiasa ini diminta berdaftar dengan pejabat Wilayah masing-masing.

(4) Yuran penyertaan, RM5.00 seorang. Penyertaan dianggap sah selepas bayaran dibuat.

(5) Bagi tujuan penyelarasan dan kelancaran perjalanan Mesyuarat Agung Khas, hanya peserta berdaftar dan ahli PERTIS sahaja dibenarkan hadir.

Dikeluarkan oleh : Abu Hassan Ashari bin Razak (Setiausaha Agung PERTIS)

Tarikh Dikeluarkan : 24 Safar 1434H (7 Januari 2013M)

2. MAJLIS SAMBUTAN MAULIDIR RASUL 1434 HIJRAH

Sejurus Selepas itu, Persatuan melalui Biro Pendidikan dan Pembangunan Ummah PERTIS Malaysia (BPPU) akan menganjurkan Majlis Sambutan Maulidir Rasul 1434 Hijrah. Majlis kolaborasi PERTIS dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ini dijangka bermula pada jam 10.30 pagi. Penceramah undangan, Yang Berbahagia Ustaz Afnan bin Abdul Rahman. Bilangan peserta, 150 orang. Penyertaan dibuka kepada semua ahli dan bukan ahli PERTIS.Makan tengah hari turut disediakan.Tiada pendaftaran penyertaan disyaratkan.Bagi sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Zamzuri bin Ghani, Naib Yang Dipertua yang juga merupakan Pengerusi BPPU di talian, 019-386 9700.

3. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA

3.1. Berita perletakan jawatan:-

(I) Cik Aimi Anuar, telah pun melepaskan jawatannya selaku Bendahari Kehormat PERTIS berkuat kuasa pada 31 disember 2012 lalu.

3.2. YURAN KEAHLIAN PERTIS

Kerjasama dan jasa baik daripada semua ahli PERTIS amatlah dipohon untuk menjelaskan bayaran yuran keahlian bagi tahun 2013.Sebagai makluman, yuran keahlian bagi Ahli Biasa ialah RM6.00, Ahli Bersekutu RM3.00 dan Ahli Tanggungan RM1.00.Sementara itu, yuran bagi Ahli Seumur Hidup ialah RM50.00 dengan syarat sudah dilangsaikan segala hutang yuran yang ada dan bayaran yuran tahunan semasa yang belum dijelaskan.Tarikh akhir bagi pembayaran yuran ialah pada 21 Sya’ban 1434 Hijrah bersamaan 30 Jun 2013.Bayaran yuran tahunan ini penting terutamanya bagi melayakkan penyertaan ke Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan.

3.3. KAD ASUH (KAD AHLI SEUMUR HIDUP)

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PERTIS bertarikh 29 dan 30 Disember 2012 telah memutuskan supaya No.Kad OKU yang baru dicatatkan di dalam Kad ASUH sejajar dengan ketetapan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.Ia bertujuan mengelakkan sebarang kesulitan di dalam sesuatu urusan dan keistimewaan yang akan diwar-warkan dari masa ke semasa. Justeru, kerjasama segera daripada semua Ahli Seumur Hidup amatlah dipohon untuk memberikan No. Kad OKU yangn baru bagi membantu mempercepatkan proses penyediaan kad dimaksudkan. Sila SMS No. Kad OKU anda yang baru kepada Pengerusi Biro Tugas Khas di talian, 013-274 4943 atau hubungi Ibu Pejabat PERTIS di talian yang dinyatakan di atas. Tarikh tutup, 10 Februari 2013. Biro memohon ribuan kemaafan di atas kelewatan dan kesulitan yang timbul justeru gangguan kemalangan yang menimpa Pengerusi Biro pada tahun lepas yang mana turut menyumbang kepada tergendalanya proses penyaluran maklumat kepada pembuat kad.

4. BERITA DAN AKTIVITI WILAYAH-WILAYAH PERTIS

4.1. PERTIS Wilayah Terengganu Darul Iman:-