Total Pageviews

Monday, 31 December 2012

Pengumuman Mingguan PERTIS

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 31 Disember 2012, bersamaan 17 Safar 1434 Hijrah.

Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad. Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

1. IKLAN JAWATAN KOSONG

1.1. Ibu Pejabat PERTIS Malaysia mempunyai jawatan kosong yang perlu diisi dengan kadar segera.
• Nama jawatan: Pembantu Tadbir Penerbitan.
• Skima perkhidmatan: jawatan tetap.

1.2. Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:-

• Mempunyai kemahiran dalam tulisan jawi braille, Al-Quran Braille serta tulisan rumi braille.
• Mempunyai kemahiran dalam penggunaan komputer.
• Berpengetahuan dan boleh mengendalikan mesin embosser; sekurang-kurangnya mempunyai pengetahuan asas tentang embosser.
• Sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
• Warganegara Malaysia.

1.3. Para pemohon yang berminat diminta mengemukakan surat permohonan beserta salinan sijil-sijil berkaitan serta sekeping gambar berukuran saiz pasport. Dokumen permohonan perlu dialamatkan atas nama Setiausaha Agung PERTIS dan dialamatkan kepada:-

Ibu Pejabat PERTIS Malaysia
Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia
No. 32A, Tingkat 1, Medan Idaman
Jalan Jernai 6/21D
53100 Gombak, Kuala Lumpur

1.4. Semua permohonan yang lengkap perlu sampai sebelum atau pada hari Jumaat, 28 Safar 1434 Hijrah bersamaan 11 Januari 2013 Masihi.

2. Berita perletakan jawatan:-

2.1. En. Azizan bin Salleh akan melepaskan semua jawatan beliau selaku AJK Pusat PERTIS berkuatkuasa pada 31Disember 2012 atas alasan tidak mampu menyempurnakan segala tugas yang diamanahkan serta sebab-sebab peribadi. Buat sementara ini, tugas selaku Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan akan dipangku oleh Ustaz Mohd Nasir bin Mohamed Yusoff, Penolong Setiausaha Agung.

2.2. Sementara itu, Cik Intan Noor Fadhilah binti Khusaini turut melepaskan jawatan beliau selaku Pembantu Tadbir Pentadbiran/Kewangan, Ibu Pejabat PERTIS berkuatkuasa pada 31 Disember 2012 atas alasan mahu berehat. Kekosongan jawatan berkenaan akan diisi oleh En. Mohamad Azim Firdaus bin Mohd Fekkeri bermula pada 2 Januari 2013.

3. YURAN KEAHLIAN PERTIS

Kerjasama dan jasa baik daripada semua ahli PERTIS amatlah dipohon untuk menjelaskan bayaran yuran keahlian bagi tahun 2013. Sebagai makluman, yuran keahlian bagi Ahli Biasa ialah RM6.00, Ahli Bersekutu RM3.00 dan Ahli Tanggungan RM1.00. Sementara itu, yuran bagi Ahli Seumur Hidup ialah RM50.00 dengan syarat sudah dilangsaikan segala hutang yuran yang ada dan bayaran yuran tahunan semasa yang belum dijelaskan. Tarikh akhir bagi pembayaran yuran ialah pada 21 Sya’ban 1434 Hijrah bersamaan 30 Jun 2013. Bayaran yuran tahunan ini penting terutamanya bagi melayakkan penyertaan ke Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan.

4. Ahli PERTIS Ditimpa Musibah.

Salah seorang ahli Biasa PERTIS, En. Mohd Ali Shafudin, telah ditimpa musibah. Rumah kediaman keluarga beliau di Majidi, Johor Baru, telah terbakar pada sekitar jam 4 pagi, 24 Disember 2012 (Isnin). Menurut maklumat yang diterima, keseluruhan rumah tersebut telah hangus sama sekali dan tiada barangan yang dapat diselamatkan. Bagi meringankan bebanan beliau dan keluarganya, dengan ini PERTIS melancarkan kutipan derma kilat. Kepada para ahli PERTIS atau sesiapa sahaja yang ingin membuat sumbangan, anda boleh menghubungi En. Hasbullah bin Junus, Pengerusi Biro Kebajikan Dan Khidmat Komuniti PERTIS di talian tangannya, 013-3404468. Anda juga boleh hubungi terus En. Mohd Ali Shafudin di talian tangannya 013-3807006.

5. Akhir sekali, seluruh barisan kepimpinan dan warga kerja PERTIS di semua peringkat ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru Masihi 2013.

Diselaraskan oleh

(Zakaria bin Yahya)

Yang Di-Pertua

Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Monday, 24 December 2012

Pengumuman Mingguan PERTIS

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 24 Disember 2012, bersamaan 10 Safar 1434 Hijrah.

Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad. Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

1. Pengumuman Daripada Biro Tugas Khas PERTIS.

Biro Tugas Khas melalui PERTIS ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran
semua peserta ke seminar yang telah diadakan pada 23 Disember 2012.
Semoga kita mendapat manfaat dan informasi berguna daripada pelbagai
slot ceramah yang diadakan. Dalam hal ini, Biro memohon ribuan
kemaafan sekiranya kedapatan sebarang kepincangan atau kekurangan di
dalam penganjuran seminar berkenaan. Sebarang perkembangan dan
penerimaan sijil penyertaan akan diwar-warkan menerusi telemaklumat
ini kelak.

2. Perletakan Jawatan Kakitangan PERTIS.

Adalah dimaklumkan bahawa Saudara Muhammad Fadzrul bin Mohd Radi telah pun meletakkan jawatannya selaku kakitangan PERTIS pada 7 Disember 2012 yang lalu.

3. Pengumuman Daripada Biro Muslimah, Kesenian Dan Kebudayaan PERTIS.

Biro ini sedang berusaha menambahkan keahlian dalam kumpulan Barzanji dan Marhaban. Keahlian adalah terbuka kepada lelaki dan wanita. Untuktujuan pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi Pengerusi Biro,Pn. Sariyah Nordin di talian: 013-3411066. Marilah bersama hidupkan kesenian Islam ini.

Diselaraskan oleh

(Zakaria bin Yahya)

Yang Di-Pertua

Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Tuesday, 11 December 2012

Pengumuman Mingguan PERTIS

TeleMaklumat PERTIS (10 Disember 2012)

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 10 Disember 2012, bersamaan 26 Muharram 1434 Hijrah.

Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad. Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

1. PROGRAM KHAS SEMPENA HARI OKU 2012.

(1) Atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, Program KefahamanIslam OKU Penglihatan - Seminar Khas Merongkai Kemusykilan MemperkasaAmalan yang sepatutnya diadakan pada 9 Disember 2012 telah dijadualkansemula kepada hari Ahad, 23 Disember 2012, jam 8.00 pagi hingga jam5.00 petang bertempat di Dewan Datuk Ismail Salleh, Kompleks MAB. Penganjuran aktiviti adalah menerusi kolaborasi antara Biro Tugas Khasdengan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.

(2) Seminar akan memberi tumpuan dan pendedahan khusus kepada kaedahpelaksanaan ibadah di kalangan orang sakit secara teori dan praktikal. Sementara itu, pada sebelah petang, focus perbincangan seminar tertumpu kepada slot khas berkaitan isu halalan toiyiban. Bilangan peserta, 100 orang dan tempat hampir penuh. Biro juga sedang dalam proses penghantaran nota seminar kepada para peserta. Ambil maklumbahawa hanya peserta berdaftar sahaja layak menerima dan dibekalkannota. Atas sebab teknikal, nota cuma akan diberi dalam bentuk softcopy dan inkprint. Justeru, kerjasama daripada para peserta amatlah dipohonuntuk SMS alamat email masing-masing beserta nama bagi mengelakkankekeliruan.

(3) Aturcara program:-

WAKTU ATURCARA MAJLIS

08.00 pagi Pendaftaran peserta dan sarapan pagi.

09.00 pagi Ceramah 1: Adab-adab Menziarahi Orang Sakit (penceramah JAWI).

10.00 pagi Ceramah 2: Panduan dan Kaedah Ibadah Orang Sakit oleh AlFadhil Ustaz Mohd Jais bin Qamus (Jabatan Agama Islam Selangor DarulEhsan).

01.00 t/hari Makan tengah hari dan Solat Fardhu Zohor.

02.15 petang Ceramah 3: Pelbagai Isu Halalan Thoiyiban oleh YangBerbahagia Dr. Abd. Halim bin Zakaria.

04.30 petang Minum petang dan Solat Fardhu Asar.

05.00 petang Bersurai.

(4) Bagi maksud pendaftaran atau maklumat lanjut, sila berhubung dengan Pengerusi Biro di talian, 013-2744943 atau Ustaz Mohd Nasir,Penolong Setiausaha Agung di talian, 019-394 1441.

2. JAWATAN KOSONG Di PERTIS.

Ibu Pejabat PERTIS Malaysia mempunyai satu jawatan kosong untuk diisi iaitu Pembantu Tadbir Pentadbiran/Kewangan. Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:-
• Kelulusan– Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke atas. Walau bagaimanapun, calon-calon yang mempunyai kemahiran dan pengalaman luas dalam bidang pekerjaan turut diberi pertimbangan.
• Cekap dan mahir dalam penggunaan pelbagai perisian computer khususnya Words, Excel, Powerpoint atau seumpamanya.
• Mempunyai pengetahuan asas atau mahir dalam hal ehwal perakaunan dan pengurusan kewangan.
• Boleh berkomunikasi dengan baik dan jelas dengan orang awam.
• Mempunyai pengetahuan dalam tulisan jawi dan berkemampuan menguasai Bahasa Inggeris adalah nilai tambah kepada permohonan anda.
• Gaji boleh dirunding tawar. Jawatan berskima tetap. Pelbagai insentif perkhidmatan seperti caruman KWSP, PERKESO dan skim rawatan perubatan menanti setiap pemohon.
• Bagi calon-calon yang berminat, sila hantarkan surat permohonan dan dokumen-dokumen berkaitan ke alamat – Setiausaha Agung PERTIS, Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), No. 32A, Tingkat 1, Medan Idaman, Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur.
• Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila berhubung dengan En.Zakaria bin Yahya, Yang Dipertua PERTIS di talian, 013-340 7580 atau En. Abu Hasan Ashari, Setiausaha Agung PERTIS di talian, 013-2744943. Semua permohonan hendaklah sampai pada atau sebelum 20 Disember 2012 (Khamis).

3. Pengumuman Daripada Biro Muslimah, Kesenian Dan Kebudayaan PERTIS.

Biro ini sedang berusaha menambahkan keahlian dalam kumpulan Barzanji dan Marhaban. Keahlian adalah terbuka kepada lelaki dan wanita. Untuktujuan pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi Pengerusi Biro,Pn. Sariyah Nordin di talian: 013-3411066. Marilah bersama hidupkankesenian Islam ini.

4. Program Pensijilan Tahfiz Alquran Utuk OKU Penglihatan.

Program Pensijilan Tahfiz al-Quran untuk Orang Kurang Upaya Masalah
Penglihatan di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Terbuka kepada warga kurang upaya masalah penglihatan yang boleh
membaca al-Quran braille dengan baik, berumur 17 hingga 30 tahun dan
belum berkahwin. Program selama 6 bulan ini akan bermula dari 3
Januari 2013. Borang permohonan boleh diperolehi dari PERTIS, MAB, SBM
dan PPOB serta boleh dapatkan terus dari laman web
http://www.google.com/url?q=http%3A%2F%2Fwww.darulquran.gov.my&sa=D&sntz=1&usg=AFQjCNEcKIwtAkJS8Vs6jCro54BWdDRmog. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Ustazah
Nazariah di talian 017-7735518.

5. Iklan Jawatan Kosong Sebagai Refleksologi.

Tempat bekerja masjid sultan salahuddin abdul aziz shah(shah alam) dan Masjid diraja sultan sulaiman (klang). Manakala kelayakan pula ialah mempunyai kemahiran dalam refleksologi, dan berumur 18 tahun ke atas. jawatan kekosongan 8 orang. Kepada yang berminat atau untuk pertanyaan lanjut sila hubungi En. Zikril di talian 017-6068281.

Diselaraskan oleh

(Zakaria bin Yahya)
Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Monday, 3 December 2012

Pengumuman Mingguan PERTIS

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 3 Disember 2012, bersamaan 19 Muharram 1434 Hijrah.

Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad. Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

1. Penghargaan Dan Terima Ksih.

Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan khususnya kepada mereka yang telah terlibat dengan dua aktiviti persatuan yang telah berlangsung pada hujung minggu lepas. Kedua-dua aktiviti yang dimaksudkan ialah Walk For Lights dan juga lawatan ke negeri Melaka. Sesungguhnya dokongan dan sokongan anda merupakan pemangkin kepada kecemerlangan persatuan.

2. PROGRAM KHAS SEMPENA HARI OKU 2012.

(1) Atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, Program KefahamanIslam OKU Penglihatan - Seminar Khas Merongkai
Kemusykilan MemperkasaAmalan yang sepatutnya diadakan pada 9 Disember 2012 telah dijadualkansemula kepada hari Ahad, 23 Disember 2012, jam 8.00 pagi hingga
jam5.00 petang bertempat di Dewan Datuk Ismail Salleh, Kompleks MAB. Penganjuran aktiviti adalah menerusi kolaborasi antara Biro Tugas Khasdengan Bahagian
Pengurusan Dakwah JAWI.

(2) Seminar akan memberi tumpuan dan pendedahan khusus kepada kaedahpelaksanaan ibadah di kalangan orang sakit secara teori
dan praktikal. Sementara itu, pada sebelah petang, focus perbincangan seminar tertumpu kepada slot khas berkaitan isu halalan toiyiban. Bilangan peserta,
100 orang dan tempat hampir penuh. Biro juga sedang dalam proses penghantaran nota seminar kepada para peserta. Ambil maklumbahawa hanya peserta berdaftar sahaja layak menerima dan dibekalkannota. Atas sebab teknikal, nota cuma akan diberi dalam bentuk softcopy dan inkprint. Justeru, kerjasama daripada para peserta amatlah dipohonuntuk SMS alamat email masing-masing beserta nama bagi mengelakkankekeliruan.

(3) Aturcara program:-

WAKTU ATURCARA MAJLIS

08.00 pagi Pendaftaran peserta dan sarapan pagi.

09.00 pagi Ceramah 1: Adab-adab Menziarahi Orang Sakit (penceramah JAWI).

10.00 pagi Ceramah 2:
Panduan dan Kaedah Ibadah Orang Sakit oleh AlFadhil Ustaz Mohd Jais bin Qamus (Jabatan Agama Islam Selangor DarulEhsan).

01.00 t/hari Makan tengah hari
dan Solat Fardhu Zohor.

02.15 petang Ceramah 3: Pelbagai Isu Halalan Thoiyiban oleh YangBerbahagia Dr. Abd. Halim bin Zakaria.

04.30 petang Minum petang
dan Solat Fardhu Asar.

05.00 petang Bersurai.

(4) Bagi maksud pendaftaran atau maklumat lanjut, sila berhubung dengan Pengerusi Biro di talian, 013-2744943 atau Ustaz Mohd Nasir,Penolong Setiausaha Agung di talian, 019-394 1441.

3. JAWATAN KOSONG Di PERTIS.

Ibu Pejabat PERTIS Malaysia mempunyai satu jawatan kosong untuk diisi iaitu Pembantu Tadbir Pentadbiran/Kewangan. Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:-
• Kelulusan– Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke atas. Walau bagaimanapun, calon-calon yang mempunyai kemahiran dan pengalaman luas dalam bidang pekerjaan turut diberi pertimbangan.
• Cekap dan mahir dalam penggunaan pelbagai perisian computer khususnya Words, Excel, Powerpoint atau seumpamanya.
• Mempunyai pengetahuan asas atau mahir dalam hal ehwal perakaunan dan pengurusan kewangan.
• Boleh berkomunikasi dengan baik dan jelas dengan orang awam.
• Mempunyai pengetahuan dalam tulisan jawi dan berkemampuan menguasai Bahasa Inggeris adalah nilai tambah kepada permohonan anda.
• Gaji boleh dirunding tawar. Jawatan berskima tetap. Pelbagai insentif perkhidmatan seperti caruman KWSP, PERKESO dan skim rawatan perubatan menanti setiap pemohon.
• Bagi calon-calon yang berminat, sila hantarkan surat permohonan dan dokumen-dokumen berkaitan ke alamat – Setiausaha Agung PERTIS, Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), No. 32A, Tingkat 1, Medan Idaman, Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur.
• Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila berhubung dengan En.Zakaria bin Yahya, Yang Dipertua PERTIS di talian, 013-340 7580 atau En. Abu Hasan Ashari, Setiausaha Agung PERTIS di talian, 013-2744943.

4. Pengumuman Daripada Biro Muslimah, Kesenian Dan Kebudayaan PERTIS.

Biro ini sedang berusaha menambahkan keahlian dalam kumpulan Barzanji dan Marhaban. Keahlian adalah terbuka kepada lelaki dan wanita. Untuktujuan pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi Pengerusi Biro,Pn. Sariyah Nordin di talian: 013-3411066. Marilah bersama hidupkankesenian Islam ini.

5. Program Pensijilan Tahfiz Alquran Utuk OKU Penglihatan.