Total Pageviews

Monday, 19 November 2012

Pengumuman Mingguan PERTIS

TeleMaklumat PERTIS (19 November 2012)

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 19 November 2012, bersamaan 5 Muharram 1434 Hijrah.

Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad. Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya. Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


1. MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1434 HIJRAH.

PERTIS ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program sambutan Maal Hijrah peringkat PERTIS Pusat yang telah berlangsung pada 18 November 2012.



2. Aktiviti Walk For Lights.

Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) bersama-sama dengan Fakulti Media Dan Komunikasi, Universiti Institut Teknologi Mara (UITM) Shah Alam, selaku penganjur utama, akan menganjurkan satu aktiviti yang dinamakan Walk For Lights. Tujuan utama aktiviti ini ialah untuk mengumpul dana bagi membantu PERTIS khususnya dalam penerbitan Alquran Braille. Butiran aktiviti adalah seperti berikut:
Tarikh: 30 November 2012 (Jumaat);
Tempat: Dataran MBSA, Shah Alam;
Masa: 6.30 petang – 11.00 malam.
Antara pengisian program termasuklah persembahan kesenian dan aktiviti utamanya nanti ialah berjalan kaki secara santai secara berpasangan antara ahli PERTIS dengan peserta yang berpenglihatan. Untuk itu, 40 tempat telah diperuntukkan kepada ahli PERTIS yang berminat untuk menyertainya. Pengangkutan pergi dan balik akan disediakan. Kepada yang ingin keterangan lanjut atau untuk tujuan pendaftaran, boleh hubungi Cik Raihah Fauzi, salah seorang kakitangan PERTIS di talian ibu pejabat PERTIS pada waktu pejabat, 03-40212631. Maklumat lanjut mengenai aktiviti ini akan diumumkan pada minggu hadapan.

3. Lawatan Ke Melaka.

BIRO PEMBANGUNAN MUSLIMAH DAN KESENIAN ISLAM,Persatuan Orang-orang cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) AKAN MENGADAKAN SATU SESI LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEHARI KE NEGERI MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH. TARIKH LAWATAN IALAH PADA HARI SAABTU BERSAMAAN 01.12.2012. LAWATAN INI TERBUKA KEPADA SEMUA AHLI PERTIS KHUSUSNYA KAUM WANITA. BAYARAN SEBANYAK RM50.00 MERANGKUMI TAMBANG, MAKAN TENGAHHARI DAN LAWATAN AKAN DIKENAKAN KEPADA PESERTA. UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN TUJUAN PENDAFTARAN, SILA HUBUNGI PUAN WAN DI TALIAN 012-9162015 ATAU PUAN SARIYAH DI TALIAN 013-3411066.

4. PROGRAM KHAS SEMPENA HARI OKU 2012.

(1) Biro Tugas Khas PERTIS merancang menganjurkan beberapa program khas bersempena sambutan Hari OKU 2012. Salah satu daripada pengisian program ialah Program Kefahaman Islam OKU Penglihatan, Seminar Khas Merongkai Kemusykilan Memperkasa Amalan. Penganjuran aktiviti adalah menerusi kolaborasi dengan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.

(2) Walau bagaimanapun atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, seminar 1 hari ini telah ditangguhkan kepada hari Ahad, 25 Muharram 1434 Hijrah bersamaan 9 Disember 2012, bermula jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang bertempat di Dewan Datuk Ismail Salleh, Kompleks MAB. Seminar akan memberi tumpuan dan pendedahan khusus kepada kaedah pelaksanaan ibadah di kalangan orang sakit secara teori dan praktikal. Bilangan peserta, 100 orang. Sementara itu, pada sebelah petang, focus perbincangan seminar tertumpu kepada slot khas berkaitan isu halalan thoiyiban.

(3) Aturcara program:-

WAKTU ATURCARA MAJLIS
08.00 pagi Pendaftaran peserta dan sarapan pagi.
09.00 pagi #Majlis perasmian:-
#Kata alu-aluan pengacara majlis.
#Bacaan doa.
#Ucapan (PERTIS).
#Ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Dato’ Che Mat Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
#Penyampaian cenderahati.
09.30 pagi Ceramah 1: Adab-adab Menziarahi Orang Sakit (penceramah JAWI).
11.00 pagi Ceramah 2: Panduan dan Kaedah Orang Sakit Beribadah oleh Al Fadhil Mohd Jais bin Qamus.
01.00 t/hari Makan tengah hari dan Solat Fardhu Zohor.
02.15 petang Ceramah 3: Pelbagai Isu Halalan Thoiyiban oleh Yang Berbahagia Dr. Abd. Halim bin Zakaria.
04.30 petang Minum petang dan Solat Fardhu Asar.
05.00 petang Bersurai.

(4) Bagi maksud pendaftaran atau maklumat lanjut, sila berhubung dengan Pengerusi Biro di talian, 013-274 4943 atau Ustaz Mohd Nasir, Penolong Setiausaha Agung di talian, 019-394 1441.

5. AKTIVITI PERTIS WILAYAH TERENGGANU DARUL IMAN.

(1) Sementara itu pada 21 dan 28 November 2012, PERTIS Wilayah dengan kerjasama masyarakat setempat akan menganjurkan Bengkel Pelaksanaan Solat Jenazah Siri 1 dan 2. Program Khidmat Tanggungjawab Masyarakat PERTIS Wilayah Terengganu ini akan berlangsung di Pejabat Wilayah. Bagi maklumat lanjut, sila berhubung dengan En. Mohd Fauzi bin Mansor, Pengerusi PERTIS Wilayah Terengganu Darul Iman di talian, 013-908 3130 atau pejabat Wilayah di talian, 09-667 2452.

6. Program Pensijilan Tahfiz Alquran Utuk OKU Penglihatan.

Program Pensijilan Tahfiz al-Quran untuk Orang Kurang Upaya Masalah
Penglihatan di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Terbuka kepada warga kurang upaya masalah penglihatan yang boleh
membaca al-Quran braille dengan baik, berumur 17 hingga 30 tahun dan
belum berkahwin. Program selama 6 bulan ini akan bermula dari 3
Januari 2013. Borang permohonan boleh diperolehi dari PERTIS, MAB, SBM
dan PPOB serta boleh dapatkan terus dari laman web
http://www.google.com/url?q=http%3A%2F%2Fwww.darulquran.gov.my&sa=D&sntz=1&usg=AFQjCNEcKIwtAkJS8Vs6jCro54BWdDRmog. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Ustazah
Nazariah di talian 017-7735518.


Diselaraskan oleh

(Zakaria bin Yahya)
Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)

Monday, 5 November 2012

Pengumuman Mingguan PERTIS


TeleMaklumat PERTIS (5 November 2012)

Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 5 November 2012, bersamaan 20 Zulhijjah 1433 Hijrah.



Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.  Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.  Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.




1.  LAWATAN PELAJAR DARUL QURAN JAKIM KE IBU PEJABAT PERTIS.

Seramai 35 orang pelajar Jabatan Pengajian Quran dan Sunnah, Darul
Quran JAKIM berserta guru pengiring akan melakukan lawatan sambil
belajar ke Ibu Pejabat PERTIS, Jalan Gombak pada hari Khamis, 23
Zulhijjah 1433 Hijrah bersamaan 8 November 2012 Masihi bermula jam
8.30 pagi hingga jam 2.00 petang. Semua AJK PERTIS Pusat yang
berkelapangan dijemput hadir. Dimaklumkan juga bahawa semua Pembantu
Tadbir Ibu Pejabat akan terlibat secara langsung dalam pelaksanaan
serta menjayakan program berkenaan. Sehubungan itu, ahli-ahli PERTIS
dan orang awam adalah dinasihatkan untuk melaksanakan segala urusan
rasmi selepas jam 2.00 petang. Segala kesulitan amatlah dikesali serta
dipohonkan ribuan kemaafan.



2.  MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1434 HIJRAH.


PERTIS melalui Biro Pendidikan dan Pembangunan Ummah PERTIS dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI akan menganjurkan majlis
tersebut di atas pada hari Ahad, 4 Muharram 1434 Hijrah bersamaan 18
November 2012 Masihi bermula jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Datuk
Ismail Salleh, Kompleks MAB. Bilangan peserta, 150 orang. Justeru,
kehadiran semua ahli dan bukan ahli ke majlis berkenaan amatlah
dialu-alukan lagi dihargai. Bagi  maklumat lanjut atau sebarang
pertanyaan, sila berhubung dengan En. Zamzuri bin Ghani, Naib Yang
Dipertua PERTIS yangn juga merupakan Pengerusi Biro di talian, 019-386
9700.




3.  PROGRAM KHAS SEMPENA HARI OKU 2012.

Biro Tugas Khas PERTIS merancang menganjurkan beberapa program khas
bersempena sambutan Hari OKU 2012. Salah satu daripada pengisian
program ialah Seminar Khas Merongkai Kemusykilan Memperkasa Amalan
iaitu kolaborasi aktiviti dengan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.
Seminar 1 hari ini akan berlangsung pada hari Sabtu, 17 Muharram 1434
Hijrah bersamaan 1 Disember 2012, bermula jam 8.00 pagi hingga jam
5.00 petang bertempat di Dewan Datuk Ismail Salleh, Kompleks MAB.
Seminar 1 hari ini akan memberi tumpuan dan pendedahan kepada kaedah
pelaksanaan ibadah di kalangan orang sakit secara teori dan praktikal.
Bilangan peserta, 100 orang. Sementara itu, pada sebelah petang, fokus
perbincangan seminar tertumpu kepada slot khas berkaitan isu halalan thoiyiban. Bagi maksud pendaftaran atau maklumat lanjut, sila
berhubung dengan Pengerusi Biro di talian, 013-274 4943 atau Ustaz
Mohd Nasir, Penolong Setiausaha Agung di talian, 019-394 1441.



4.  Lawatan Ke Melaka.

BIRO PEMBANGUNAN MUSLIMAH DAN KESENIAN ISLAM,Persatuan Orang-orang cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)  AKAN MENGADAKAN SATU SESI LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEHARI KE NEGERI MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH. TARIKH LAWATAN IALAH PADA HARI SAABTU BERSAMAAN 01.12.2012. LAWATAN INI TERBUKA KEPADA SEMUA AHLI PERTIS KHUSUSNYA KAUM WANITA. BAYARAN SEBANYAK RM50.00  MERANGKUMI TAMBANG, MAKAN TENGAHHARI DAN LAWATAN AKAN DIKENAKAN KEPADA PESERTA. UNTUK  MAKLUMAT LANJUT DAN TUJUAN PENDAFTARAN, SILA HUBUNGI PUAN WAN DI TALIAN  012-9162015 ATAU PUAN SARIYAH DI TALIAN 013-3411066.



5.  AKTIVITI PERTIS WILAYAH TERENGGANU DARUL IMAN.

1. PERTIS Wilayah Terengganu Darul Iman akan menerima lawatan daripada
40 orang ahli Majlis Guru-guru Kaunseling Kuala Selangor, Selangor
Darul Ehsan. Aktiviti akan berlangsung pada hari Ahad, 18 November
2012.

2. Sementara itu pada 21 dan 28 November 2012, PERTIS Wilayah dengan
kerjasama masyarakat setempat akan menganjurkan Bengkel Pelaksanaan
Solat Jenazah Siri 1 dan 2. Program Khidmat Tanggungjawab Masyarakat
PERTIS Wilayah Terengganu ini akan berlangsung di Pejabat Wilayah.

6.  Program Pensijilan Tahfiz Alquran Utuk OKU Penglihatan.

Program Pensijilan Tahfiz al-Quran untuk Orang Kurang Upaya Masalah
Penglihatan di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Terbuka kepada warga kurang upaya masalah penglihatan yang boleh
membaca al-Quran braille dengan baik, berumur 17 hingga 30 tahun dan
belum berkahwin. Program selama 6 bulan ini akan bermula dari 3
Januari 2013. Borang permohonan boleh diperolehi dari PERTIS, MAB, SBM
dan PPOB serta boleh dapatkan terus dari laman web
http://www.google.com/url?q=http%3A%2F%2Fwww.darulquran.gov.my&sa=D&sntz=1&usg=AFQjCNEcKIwtAkJS8Vs6jCro54BWdDRmog. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Ustazah
Nazariah di talian 017-7735518.


Iklan Minggu Ini.

SABUN MANDI GUAVA.

Sabun Mandi Guava - produk tempatan dan dijamin asli lagi halal.
Ramuan adunan abstrak jambu batu. Kegunaan dari hujung rambut hingga
hujung jari kaki - bahan pencuci muka, membantu menghilangkan
kelumumur, membantu menghilangkan bau badan/ketiak, membantu merawat
gagal-gagal, ruam-ruam, "Hong Kong foot" ataun pecah-pecah pada tapak
kaki, membantu merawat celah-celah jari kaki yang berbau atau
bermasalah dan sebagainya. Pendekata, anda tidak akan menyesal dan
rasa rugi memilikinya; menang membeli alah memakai.

Harga pasaran, RM18.50. Harga promosi, RM16.50. Bagi maklumat lanjut
atau tempahan, hubungi wakil pengedar, The Blues 4ever Network di
talian, 013-274 4943. "Sabun mandi Guava - kebersihan dan kesihatan
menyeluruh, khasiat luar biasa; belian berbaloi-baloi!!!!



Diselaraskan oleh


(Zakaria bin Yahya)
Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)