Total Pageviews

Monday, 29 October 2012

Pengumuman Minggu Ini


TeleMaklumat PERTIS (29 Oktober 2012)

            Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 29 Oktober 2012, bersamaan 13 Zulhijjah 1433 Hijrah.

Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.  Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.  Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


1.    Majlis Agihan Daging Qurban.

Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) menerusi Biro Kebajikan Dan Khidmat Komuniti ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak khususnya mereka yang telah terlibat secara langsung dalam majlis agihan daging qurban yang telah pun diadakan pada 28 Oktober 2012 (Ahad) di perkarangan Masjid Kampung Katijah, Brickfields.  PERTIS juga tidak lupa untuk mengucapkan setinggi-tiggi terima kasih kepada 2penyumbang yang telah menaja pemberian daging qurban pada tahun ini, iaitu Yayasan Iktimam Malaysia dan juga Persatuan Antarabangsa Alumni Universiti Al-Azhar Malaysia. 


2.    Program Pensijilan Tahfiz Alquran Utuk OKU Penglihatan.

Program Pensijilan Tahfiz al-Quran untuk Orang Kurang Upaya Masalah
Penglihatan di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Terbuka kepada warga kurang upaya masalah penglihatan yang boleh
membaca al-Quran braille dengan baik, berumur 17 hingga 30 tahun dan
belum berkahwin. Program selama 6 bulan ini akan bermula dari 3
Januari 2013. Borang permohonan boleh diperolehi dari PERTIS, MAB, SBM
dan PPOB serta boleh dapatkan terus dari laman web
http://www.google.com/url?q=http%3A%2F%2Fwww.darulquran.gov.my&sa=D&sntz=1&usg=AFQjCNEcKIwtAkJS8Vs6jCro54BWdDRmog. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Ustazah
Nazariah di talian 017-7735518.


3.    Iklan Minggu Ini.


SABUN MANDI GUAVA.

Sabun Mandi Guava - produk tempatan dan dijamin asli lagi halal.
Ramuan adunan abstrak jambu batu. Kegunaan dari hujung rambut hingga
hujung jari kaki - bahan pencuci muka, membantu menghilangkan
kelumumur, membantu menghilangkan bau badan/ketiak, membantu merawat
gagal-gagal, ruam-ruam, "Hong Kong foot" ataun pecah-pecah pada tapak
kaki, membantu merawat celah-celah jari kaki yang berbau atau
bermasalah dan sebagainya. Pendekata, anda tidak akan menyesal dan
rasa rugi memilikinya; menang membeli alah memakai.

Harga pasaran, RM18.50. Harga promosi, RM16.50. Bagi maklumat lanjut
atau tempahan, hubungi wakil pengedar, The Blues 4ever Network di
talian, 019-255 1232. "Sabun mandi Guava - kebersihan dan kesihatan
menyeluruh, khasiat luar biasa; belian berbaloi-baloi!!!!


Diselaraskan oleh

(Zakaria bin Yahya)
Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)
                                    

Monday, 15 October 2012

Pengumuman Mingguan PERTIS

TeleMaklumat PERTIS (15 Oktober 2012)

            Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 15 Oktober 2012, bersamaan 29 Zulqaidah 1433 Hijrah.

Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.  Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.  Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


1.    Penghargaan Dan Ucapan Terima Kasih.

Terlebih dahulu, pihak Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada En. Ng Eu Khoon dan En. Moktar Soon kerana telah bermurah hati memantu PERTIS unuk memulihkan kembali perkhidmatan talian maklumatnya dari awal.  Walaupun kedua-duanya bukan ahli persatuan ini, tetapi keikhlasan mereka dalam memberikan bantuan tidak akan dilupakan sampai bila-bila.  Sekali lagi, PERTIS ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada En. Ng Eu Khoon dan juga En. Moktar Soon.

2.    Takwim Hijrah Braille PERTIS.

PERTIS telah pun mengeluarkan takwim untuk tahun Hijrah 1434 beserta dengan waktu solat untuk kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Syah Alam.  Sebagai menghargai sokongan dan dokongan ahli, pada kali ini takwim berkenaan akan diedarkan secara percuma kepada ahli-ahli yang memerlukannya.  Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan kakitangan Bahagian Penerbitan PERTIS, Cik Siti Haida Hamedan di talian pejabat PERTIS 03-40212631 pada waktu pejabat.

3.    Yusiran Di HKL.

Salah seorang ahli PERTIS, Saudara Yusiran bin Ahmad, kini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).  Kepada sesiapa yang ingin menziarahi beliau, Saudara Yusiran ditempatkan di wad 1, katil 21 tingkat 2 Hospital Kuala Lumpur.  Sementara itu, kepada yang ingin memberikan sumbangan, ia boleh diajukan kepada Pengerusi Biro Kebajikan Dan Khidmat Komuniti PERTIS, Saudara Hasbullah Junus dan beliau boleh dihubungi di talian 017-6896422.

4.    Agihan Daging Qurban.

Setinggi-tinggi syukur kita (khususnya seluruh warga PERTIS) ke hadhrat Allah kerana pada tahun ini PERTIS akan menerima sejumlah daging qurban untuk diagih-agihkan kepada para ahli.  Untuk maklumat bersama, pada tahun ini dua pihak telah menaja dua ekor lembu sebagai qurban dan dagingnya akan diagih-agihkan kepada para ahli serta mereka yang layak.  Pihak PERTIS juga tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang telah menaja kedua-dua ekor lembu berkenaan.  Untuk itu, majlis agihan daging qurban berkenaan akan diadakan pada 28 Oktober 2012 (Ahad) dan ia akan bermula pada jam 2 petang di perkarangan Masjid Kampung Khadijah, Brickfields, Kuala Lumpur.  Kepada mereka yang ingin mendapatkan daging berkenaan, anda dipersilakan untuk mendaftar dengan kakitangan PERTIS, Cik Intan Noor Fadhilah, menerusi talian pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat.  Pendaftaran juga boleh dibuat dengan menghubungi En. Hasbullah Junus, Pengerusi Biro Kebajikan Dan Khidmat Komuniti PERTIS menerusi talian tangannya, 017-6896422, atau En. Ismail Omar, Setiausaha Biro Kebajikan Dan Khidmat Komuniti PERTIS menerusi talian tangannya 013-3403533.


Diselaraskan oleh

(Zakaria bin Yahya)
Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)