Total Pageviews

Monday, 23 July 2012

Pengumuman Minggu Ini

TeleMaklumat PERTIS (23 Julai 2012)

            Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 23 Julai 2012, bersamaan 3 Ramadhan 1433 Hijrah.

Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.  Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.  Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


1.    Salam Ramadhan.

Bersempena dengan ketibaan Ramadhan 1433 Hijrah, seluruh barisan kepimpinan Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) peringkat pusat dan negeri serta para kakitangan PERTIS pelbagai peringkat ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada seluruh muslimin dan muslimat di mana jua anda berada.  Semoga Ramadhan kali ini akan memperkukuhkan lagi ikatan ukhwah antara sesama kita, insha-Allah.

2.    Waktu Bekerja Ibu Pejabat PERTIS Sepanjang Ramadhan.

Untuk maklumat semua, terdapat perubahan kecil mengenai waktu bekerja di sepanjang bulan Ramadhan Almubarak ini untuk ibu pejabat PERTIS.  Ibu pejabat akan bermula pada setiap pagi jam 8.00 pagi dan akan berakhir pada jam 4.00 petang, Isnin hingga Jumaat.  Waktu bekerja akan kembali seperti waktu biasa selepas cuti hari raya nanti.

3.    Mengenai Agihan Telefon Bimbit Percuma.

Setelah hampir sebulan pengagihan telefon percuma melalui PERTIS, masih terdapat beberapa orang ahli yang terpilih tetapi tidak menuntut telefon berkenaan di ibu pejabat PERTIS.  Adalah dimaklumkan bahawa tempoh untuk anda mengambil set telefon berkenaan akan berakhir pada 27 Julai 2012 (Jumaat).  Sekiranya pada tarikh berkenaan mereka yang berkenaan tidak mengambilnya, kami menganggap bahawa anda tidak berminat untuk memperolehinya dan set berkenaan akan diagihkan pula kepada ahli-ahli lain yang berminat.  Hanya ahli PERTIS peringkat wilayah sahaja yang dikecualikan daripada maklumat ini.  Harap maklum. 

4.    Pemberhentian Sementara Perkhidmatan Telemaklumat PERTIS Menerusi Telefon.

Atas sebab-sebab tertentu, maka perkhidmatan telemaklumat PERTIS menerusi talian 03-40223950 telah diberhentikan buat sementara waktu.  Perkhidmatan tersebut dijangka akan dimulakan semula secepat mungkin dan ia akan dimaklumkan kemudian.  Untuk itu, semua maklumat mengenai PERTIS akan disalurkan menerusi email dan juga laman sesawang PERTIS di www.pertis-malaysia.blogspot.com


Diselaraskan oleh

(Zakaria bin Yahya)
Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)
                                   

Tuesday, 3 July 2012

Pengumuman Minggu Ini

TeleMaklumat PERTIS (2 Julai 2012)

            Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 2 Julai 2012, bersamaan 12 Shaaban 1433 Hijrah.

Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.  Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.  Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


1.     Seminar Wasiat Dan Pengurusan Harta Pusaka Anjuran PERTIS – JAWI.

Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) dentgan kerjasama daripada pihak JAWI akan menganjurkan seminar di atas seperti berikut:
Tarikh: 7 Julai 2012 (Sabtu);
Tempat: Dewan Datuk Dr. Ismail Salleh, Kompleks MAB, Brickfields, Kuala Lumpur;
Masa: 8 Pagi Hingga 2 petang.
Seminar ini hanya terbuka kepada ahli PERTIS yang telah membayar yuran tahun 2012 sahaja.  Seramai 100 orang peserta sahaja yang diperlukan.  Untuk keterangan lanjut atau untuk tujuan pendaftaran, sila hubungi Setiausaha Agung PERTIS merangkapPengerusi Biro Tugas-tugas Khas di talian bimbitnya, 019-2551232; atau kepada Saudara Muhammad Nasir bin Mohammed Yusof di talian tangannya 019-3941441.  Penyertaan dibuka sehingga semua tempat yang diperuntukkan dipenuhi.  Sijil akan dikeluarkan dan ia juga boleh digunakan untuk kakitangan awam.  Sayugia diingatkan golongan kanak-kanak tidak digalakkan untuk hadir kerana dikhuatiri akan mengganggu perjalanan seminar.


2.     Pengagihan Percuma Telefon Bimbit Daripada DMD Mobile.

Sukacita dimaklumkan bahawa DMB Mobile telah bermurah hati memberi 50 set telefon bimbit secara percuma kepada 50 orang ahli PERTIS.  Majlis pengagihan tersebut telah berlangsung di Menara Kuala Lumpur pada 27 Jun lalu.  Pihak PERTIS juga telah pun menyenaraikan 50 orang ahlinya sebagai penerima telefon berkenaan.  Tujuan utama pengagihan berkenaan ialah di mana pihak syarikat akan mendapatkan maklum balas serta cadangan penambahbaikan daripada pengguna mengenai kesesuaian penggunaan telefon berkenaan.  Setiap penerima dikehendaki mengambil sendiri telefon berkenaan di ibu pejabat PERTIS pada waktu pejabat dan harus menandatangani dokumen penerimaan.  Bagi tujuan tersebut, sila berhubung dengan kakitangan PERTIS, Cik Intan Noor Fadhilah di talian 03-40212631 pada waktu pejabat.  Bagi ahli PERTIS peringkat wilayah yang tidak dapat hadir di ibu pejabat PERTIS, sila berhubung dengan penyelaras wilayah masing-masing untuk urusan lanjut.  Untuk menyemak senarai penerima yang lengkap, sila kunjungi blog PERTIS di alamat www.pertis-malaysia.blogspot.com




3.    Pemberhentian Sementara Perkhidmatan Telemaklumat PERTIS Menerusi Telefon.

Atas sebab-sebab tertentu, maka perkhidmatan telemaklumat PERTIS menerusi talian 03-40223950 telah diberhentikan buat sementara waktu.  Perkhidmatan tersebut dijangka akan dimulakan semula pada Julai nanti.  Untuk itu, semua maklumat mengenai PERTIS akan disalurkan menerusi email dan juga laman sesawang PERTIS di www.pertis-malaysia.blogspot.com


Diselaraskan oleh

(Zakaria bin Yahya)
Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)
                                   

Monday, 2 July 2012

Senarai Penerima Telefon Bimbit Sumbangan DMB Mobile

Sukacita dimaklumkan bahawa DMB Mobile telah bermurah hati memberi 50 set telefon bimbit secara percuma kepada 50 orang ahli PERTIS.  Majlis pengagihan tersebut telah berlangsung di Menara Kuala Lumpur pada 27 Jun lalu.  Pihak PERTIS juga telah pun menyenaraikan 50 orang ahlinya sebagai penerima telefon berkenaan.  Tujuan utama pengagihan berkenaan ialah di mana pihak syarikat akan mendapatkan maklum balas serta cadangan penambahbaikan daripada pengguna mengenai kesesuaian penggunaan telefon berkenaan.  Setiap penerima dikehendaki mengambil sendiri telefon berkenaan di ibu pejabat PERTIS pada waktu pejabat dan harus menandatangani dokumen penerimaan.  Bagi tujuan tersebut, sila berhubung dengan kakitangan PERTIS, Cik Intan Noor Fadhilah.  Bagi ahli PERTIS peringkat wilayah yang tidak dapat hadir di ibu pejabat PERTIS, sila berhubung dengan penyelaras wilayah masing-masing untuk urusan lanjut.  Berikut adalah senarai 50 penerima sumbangan berkenaan:
1.    ZAKARIA BIN YAHYA
2.    MOHD NASIR BIN MOHD YUSOF
3.    ZAMZURI BIN GHANI
4.    ABU HASAN ASHARI BIN RAZAK
5.    SARIYAH BINTI NOORDIN
6.    ARILZOH BINTI MOKHTAR
7.    AZIZAN BIN SALLEH
8.    ISMAIL BIN MAMAT
9.    MOHD FAUZI BIN MANSOR
10.                       MOHD HAIRIE BIN ARIS
11.                       MUSA BIN ABDUL RAHMAN
12.                       ISMAIL BIN AWANG NGAH
13.                       SITI HAIDA BINTI HAMEDAN
14.                       NORHAR BIN MAJID
15.                       AHMAD BIN AWANG
16.                       MOHD SAAD BIN KARIM
17.                       MOHAMED DAHLAN BIN ISA
18.                       ISMAIL BIN OMAR
19.                       ROSNAH BINTI AHMAD
20.                       MOHD JAIS BIN ISMAIL
21.                       KHUSAINI BIN SAIMON
22.                       MOHD NOR BIN DON
23.                       ABDUL RAHMAN BIN RAHMAD
24.                       ABDUL RAHMAN SIVA BIN ABDULLAH
25.                       JAMALIAH BINTI MOHD ALI
26.                       ABIAN BIN JAMBOT
27.                       ROZIMI BIN ROZALI
28.                       MUHAMMAD BUKHARI BIN ZAKARIA
29.                       TAHIR BIN MUSA
30.                       MOHAMED BIN ISMAIL (Terengganu)
31.                       CHE MORAD BIN SALLEH
32.                       MUHAMMAD ADAM LEE BIN ABDULLAH
33.                       Amat bin Onggak
34.                       HASBULLAH BIN JUNUS
35. MOHD RAMZI BIN ABU BAKAR
36. MUHD KHAIRUDDIN BIN ABDUL WAHAB
37. MOHD AMIN BIN MAT NOR
38. MOHAMMAD SABRI BIN JAHAYA
39. AHMAD SHAMSURI BIN MUHAMAD
40. ABD AZIZ BIN YUSOF
41. MD BAHARUDIN BIN MD ZAIN
42. WAN MOHD SUHAIMI BIN WAN MOHD ZAWEL ABIDIN
43. ROSMAWATI BINTI MOHAMAD
44. MOHAMAD ALI BIN SHARFUDDIN
45. NUR ALIA MAISARAH ONG BINTI ABDULLAH
46. MOHD SHAFIRI BIN JUSOH
47. AHMAD QUSAIRI BIN MAT ZIZI
48. RAZALI BIN MOHAMAD SHARIFF
49. ABD. AZIZ BIN ABD. WAHAB
50. MOHD FEKKERI BIN MAT JUSOH