Total Pageviews

Tuesday, 26 June 2012

Pengumuman Minggu Ini

TeleMaklumat PERTIS (25 Jun 2012)

            Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 25 Jun 2012, bersamaan 5 Shaaban 1433 Hijrah.

Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.  Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.  Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


1.     Seminar Wasiat Dan Pengurusan Harta Pusaka Anjuran PERTIS – JAWI.

Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) dentgan kerjasama daripada pihak JAWI akan menganjurkan seminar di atas seperti berikut:
Tarikh: 7 Julai 2012 (Sabtu);
Tempat: Dewan Datuk Dr. Ismail Salleh, Kompleks MAB, Brickfields, Kuala Lumpur;
Masa: 8 Pagi Hingga 2 petang.
Seminar ini hanya terbuka kepada ahli PERTIS yang telah membayar yuran tahun 2012 sahaja.  Seramai 100 orang peserta sahaja yang diperlukan.  Untuk keterangan lanjut atau untuk tujuan pendaftaran, sila hubungi Setiausaha Agung PERTIS merangkapPengerusi Biro Tugas-tugas Khas di talian bimbitnya, 019-2551232; atau kepada Saudara Muhammad Nasir bin Mohammed Yusof di talian tangannya 019-3941441.  Penyertaan dibuka sehingga semua tempat yang diperuntukkan dipenuhi.  Sijil akan dikeluarkan dan ia juga boleh digunakan untuk kakitangan awam.  Sayugia diingatkan golongan kanak-kanak tidak digalakkan untuk hadir kerana dikhuatiri akan mengganggu perjalanan seminar.




2.      Pengumuman Daripada Biro Pendidikan Dan Pembangunan Ummah.

Pada 1 Julai 2012,  kami ingin menjemput semua ahli/bukan ahli PERTIS untuk menghadiri satu program ceramah yang akan diadakan di Dewan Dr Ismail Kompleks MAB anjuran Biro Pendidikan Dan Pembangunan Ummah PERTIS sempena sambutan israk mikraj dan nesfu Sya’ban. Program ceramah ini akan bermula jam 10,00 pagi dan akan berakhir pada jam 5,00 petang. Pengisian program ialah dua slot ceramah. Kami amat berharap agar semua ahli PERTIS dan bukan ahli  PERTIS dapat menghadirkan diri dalam program ini. Semoga kehadiran tuan/puan akan diberi ganjaran yang besar dari Allah SWT. Sokongan anda kepada PERTIS kami dahului dengan ucapan terimakasih.


3.      Aktiviti Koperasi SMPK Setapak.


Sukacita dimaklumkan bahawa SMPK Setapak akan mengadakan Hari Koperasi pada 30 Jun 2012 (Sabtu) mulai jam 9.00 pagi hingga jam 2.30 petang.
Sehubungan itu tuan / puan dialu-alukan untuk hadir. Pelbagai barangan dan juadah ada dijual dengan harga yang berpatutan. Kemudahan bas akan disediakan bagi mereka yang memerlukan. Sila sahkan penyertaan anda dengan menghubungi En. Mohd Fekkeri di talian 0192292023 dalam kadar segera. Kami menanti kedatangan tuan/puan bagi memeriahkan lagi aktiviti ini.


4.    Pemberhentian Sementara Perkhidmatan Telemaklumat PERTIS Menerusi Telefon.

Atas sebab-sebab tertentu, maka perkhidmatan telemaklumat PERTIS menerusi talian 03-40223950 telah diberhentikan buat sementara waktu.  Perkhidmatan tersebut dijangka akan dimulakan semula pada awal Julai nanti.  Untuk itu, semua maklumat mengenai PERTIS akan disalurkan menerusi email dan juga laman sesawang PERTIS di www.pertis-malaysia.blogspot.com


Diselaraskan oleh

(Zakaria bin Yahya)
Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)
                                   

Friday, 8 June 2012

Kakitangan Baru PERTIS



            Bermula bulan Jun 2012, Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) telah mempunyai 3 orang kakitangan baru.  Penambahan kakitangan ini bukan sahaja untuk memenuhi kekosongan yang telah ditinggalkan oleh Tuan Haji Muhammad Lee dan Seri Alam, ia juga bertujuan untuk menampung pelbagai tugasan yang semakin bertambah di ibu pejabat.

            Pada 1 Jun 2012 (Jumaat) lalu, Pn. Norani binti Mustafa telah pun melaporkan diri di ibu pejabat PERTIS.

            Pada 7 Jun 2012 pula, Cik Raihah binti Pawzy telah melaporkan diri.

            Manakala pada hari yang sama juga, Saudara Fazrul juga telah melaporkan diri di ibu pejabat PERTIS.

            Ketiga-tiga kakitangan baru ini ditempatkan di bahagian penerbitan PERTIS.

            Kepada ketiga-tiga kakitangan yang baru, selamat datang ke ibu pejabat PERTIS selaku kakitangan.  Seluruh warga PERTIS amat mengalu-alukan kehadiran anda bertiga selaku kakitangan.  Lebih jauh dari itu, seluruh warga PERTIS juga amat mengharapkan perkhidmatan terbaik dari seluruh kakitangan PERTIS sama ada yang lama dan juga dari yang baru.


Monday, 4 June 2012

Pengumuman Minggu Ini

TeleMaklumat PERTIS (4 Jun 2012)

            Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 4 Jun 2012, bersamaan 14 Rajab 1433 Hijrah.

Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


1.    Mesyuarat PERTIS Pusat Kali Ke-17

1.1  Terlebih dahulu, seluruh AJK Pusat PERTIS serta barisan uurustia mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua ahli yang terlibat dalam mesyuarat agung hujung minggu lalu.  Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada para sukarelawan yang tidak mengenal penat dan jemu yang sekaligus telah melicinkan lagi perjalanan mesyuarat berkenaan.  Dari maklum balas yang diterima setakat ini, para peserta mesyuarat amat berpuas hati dengan bantuan yang telah diberikan oleh para sukarelawan.

1.2   Berdasarkan keputusan pemilihan dalam mesyuarat agung sebagaimana di atas, berikut adalah barisan AJK Pusat PERTIS bagi sesi 2012-2013:

1.     Cikgu Zakaria bin Yahya;
Yang Di-Pertua;
Pengerusi Biro Penerbitan Dan Pembangunan ICT;
Penyelaras Kakitangan;
Penyelaras Hal Ehwal Luar;
Penyelaras PERTIS Pahang.

2.     En. Zamzuri bin Ghani;
Naib Yang Di-Pertua;
Pengerusi Biro Pendidikan Dan Pembangunan Ummah;
Penyelaras Biro Hal Ehwal Domestik;
Penyelaras PERTIS Kelantan.

3.     En. Abu Hassan Ashari bin Razak;
Setiausaha Agung;
Pengerusi Biro Tugas-tugas Khas;
Penyelaras Hal Ehwal Pentadbiran;
Penyelaras PERTIS Terengganu.

4.    Cik Aimi binti Anuar;
Bendahari Kehormat;
Penyelaras Hal Ehwal Dana.

5.     Pn. Sariyah binti Nordin;
Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita, Kesenian Dan Kebudayaan;
Penyelaras PERTIS Kedah.

6.    En. Azizan bin Salleh;
Pengerusi Biro Ekonomi Dan Keusahawanan;
Penyelaras PERTIS Negeri Sembilan.

7.     En. Hasbullah bin Junus;
Pengerusi Biro Kebajikan Dan Khidmat Komuniti.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pertis-malaysia.blogspot.com


2.    Perletakan Jawatan Tuan Haji Muhammad Lee.

2.1  Tuan Haji Muhammad Lee, kakitangan di bahagian penerbitan PERTIS telah pun meletakkan jawatannya daripada PERTIS.  Perletakan jawatan beliau akanberkuat kuasa pada 11 Jun ini.  Walau bagaimanapun, beliau telah mengambil cuti lebih awal iaitu bermula 1 Jun lalu.  Turut sama meletakkan jawatan ialah Pn. Seri Alam Mansor selaku kakitangan sambilan di Banagian Penerbitan PERTIS.


Diselaraskan oleh

(Zakaria bin Yahya)
Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)