TeleMaklumat PERTIS (23 April 2012)
Inilah talian maklumat Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), membawakan pengumuman-pengumuman untuk minggu yang bermula pada 23 April 2012, bersamaan 1 Jamadil Akhir 1433 Hijrah.
Sila ambil maklum, semua pengumuman yang ingin diumumkan menerusi talian maklumat ini hendaklah tiba ke peti e-mail atau ke peti SMS YDP PERTIS selaku penyelaras talian maklumat ini selewat-lewatnya pada jam 8 malam setiap hari Ahad.Kami mohon berbanyak maaf kerana pengumuman yang tiba lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak dapat dimuatkan ke dalam kandungan pengumuman pada minggu berikutnya.Segala kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
1. Notis MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN ORANG CACAT PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA (PERTIS) KALI KETUJUH BELAS
Kepada
Semua Ahli PERTIS
Pusat dan Wilayah
2.1. Dengan ini, adalah dimaklum dan diwar-warkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PERTIS Kali Ketujuh Belas akan diadakan seperti berikut:-
Tarikh : 11 hingga 13Rejab 1433 Hijrah bersamaan 1hingga 3 Jun 2012
Hari : Jumaat hingga Ahad
Tempat : Midah Hotel
No. 8, Jalan Kampung Attap
50460 Kuala Lumpur
2.2. Sehubungan itu, perhatian para ahli adalah dirujuk kepada perkara-perkara berikut:-
2.2.1. Penyertaan Cuma dibuka kepada para ahli Persatuan sahaja dengan syarat telah melunaskan segala bayaran yuran tahunan semasa, Yuran tertunggak (jika ada) serta yuran penyertaan Mesyuarat Agung Tahunan.
2.2.2. Yuran Penyertaan:-
(i) Ahli-ahli kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya dan Selangor Darul Ehsan, RM25.00 seorang. Manakala bagi ahli-ahli luar kawasan Kuala Lumpur pula ialah RM50.00 seorang.
(II) Manakala bagi ahli di negeri-negeri yang tiada mempunyai cawangan/wilayah PERTIS, yuran penyertaan ialah RM50.00 seorang. Justeru tiada kemudahan pengangkutan langsung ke lokasi mesyuarat disediakan, tuntutan perjalanan dengan menggunakan perkhidmatan bas atau keretapi sahaja yang akan dibiayai.
(III) Pemerhati / bukan ahli yang menginap di kawasan Lembah Kelang, RM80.00 seorang dan peserta bukan ahli luar kawasan Kuala Lumpur, RM220.00 seorang.
2.2.3. Para peserta luar kawasan Kuala Lumpur boleh “checked in” di Midah Hotel bermula jam 3.00 petang, hari Jumaat, 11 Rejab 1433 Hijrah bersamaan 1 Jun 2012 Masihi. Ambil maklum bahawa kemudahan penginapan turut disediakan bagi para peserta yang tinggal berjauhan dari kawasan Kuala Lumpur seperti Putrajaya, Kuala Kubu Baru, Sungai Besar, Bandar Kelang atau yang difikirkan munasabah dengan syarat perlu membayar yuran penyertaan sebanyak RM50.00 seorang.
2.2.4. Pengangkutan pergi-balik bagi para peserta PERTIS Pusat Cuma disediakan pada hari Sabtu, 12 Rejab 1433 Hijrah bersamaan 2 Jun 2012 Masihi. Bas-bas akan bertolak dari pekarangan Kompleks MAB bermula jam 7.00 pagi. Ia adalah bagi membolehkan para peserta menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh pihak Midah Hotel.
2.2.5. Ambil maklum bahawa MAT 17 akan melibatkan pemilihan dan perlantikan semua jawatan dalam PERTIS Malaysia. Borang pencalonan akan mula dibuka pada 11 Jamadil Akhir 1433 Hijrah bersamaan 3 Mei 2012 Masihi. Tarikh tutup penyerahan borang pencalonan ialah pada jam 9.00 pagi, Sabtu, 12 Rejab 1433 Hijrah bersamaan 2 Jun 2012 Masihi iaitu sebelum majlis perasmian. Senarai nama calon akan diwar-warkan pada hari mesyuarat itu juga. Borang pencalonan boleh diperolehi daripada Ibu Pejabat PERTIS Malaysia atau Pejabat-pejabat PERTIS Wilayah.
2.2.6. Dokumen MAT 17 dalam bentuk braille atau cetak boleh diperolehi daripada Ibu Pejabat PERTIS Malaysia dan Pejabat-pejabat PERTIS Wilayah bermula 22 Jamadil Akhir 1433 Hijrah bersamaan 14 Mei 2012 Masihi. Memandangkan peningkatan kos percetakan, dokumen mesyuarat hanya akan dibekalkan kepada peserta berdaftar dan atas permintaan sahaja.
2.2.7. Berdasarkan Perlembagaan PERTIS, Perkara 7 (8) bertajuk, “-“, Fasa (-), semua usul atau cadangan perlu dihantar kepada Setiausaha Agung PERTIS sebelum atau pada 11 Jamadil Akhir 1433 Hijrah bersamaan 3 Mei 2012 Masihi. Usul atau cadangan juga boleh dihantar terus ke Email beliau iaitu “esrawan@gmail.com” atau ke Email Ibu Pejabat PERTIS iaitu “pertis@streamyx.com”
2.2.8. Pendaftaran penyertaan:-
(1) Bagi para peserta PERTIS Pusat, anda diminta berdaftar dengan Cik Intan Noor Fadhilah binti Khusaini, Pembantu Tadbir Pentadbiran dan Kewangan, Ibu Pejabat PERTIS Malaysia di mana beliau boleh dihubungi di talian, 03-4021 2631 antara jam 8.30 pagi hingga jam 5.30 petang. Dalam hal ini, yuran keahlian dan yuran penyertaan MAT 17 bolehlah diserahkan kepada mana-mana AJK PERTIS Malaysia atau kepada kerani Ibu Pejabat di kaunter khas PERTIS bersempena penganjuran pelbagai aktiviti Persatuan.
(2) Sementara itu, para peserta peringkat PERTIS Wilayah pula diminta berdaftar dengan Pengerusi serta Kerani PERTIS Wilayah masing-masing.
(3) Pendaftaran Cuma dianggap sah selepas bayaran yuran keahlian dan bayaran penyertaan MAT 17 dilunaskan.
(4) Tarikh tutup pendaftaran penyertaan adalah pada hari Isnin, 18 Jamadil Akhir 1433 Hijrah bersamaan 7 Mei 2012 Masihi.
(5) Segala perkembangan dan maklumat lanjut akan diwar-warkan dari masa ke semasa.
2.2.9. Notis MAT 15 bertarikh 10 Jamadil Awwal 1433 Hijrah bersamaan 2 April 2012 Masihi ini disediakan oleh En. Abu Hasan Ashari bin Razak, Setiausaha Agung PERTIS.
2. KEMASKINI MAKLUMAT BERKAITAN SIJIL PELBAGAI PROGRAM DAN AKTIVITI
2.1 Ibu Pejabat PERTIS mempunyai sijil-sijil bagi pelbagai program dan aktiviti yang masih belum dituntut oleh para peserta. Antaranya, Sijil Seminar OKU Mapan yang diadakan pada 21 September 2011 dan Sijil Program Perhutanan yang diadakan pada 7 Disember 2011. Sijil-sijil berkenaan telah dibawa ke lokasi program-program anjuran Persatuan, namun masih gagal dituntut oleh para peserta berkenaan. Justeru, tindakan pelupusan akan dibuat pada akhir bulan April 2012 sekiranya ia masih tidak dituntut.
2.2 Dimaklumkan juga bahawa sijil Seminar Keluarga Sakinah PERTIS/JAWI yang diadakan pada 18 Februari 2012, Seminar Pemerkasaan Aqidah yang diadakan pada 23 Februari 2012 dan Kursus Penyelenggaraan Jenazah yang diadakan pada 6 Mac 2012 sudah diperolehi serta boleh dituntut oleh para peserta. Sementara itu, sijil-sijil berkenaan akan dibawa ke lokasi aktiviti pada 14 April 2012 bersempena program Biro Pembangunan Muslimah, Kesenian dan Kebudayaan Islam PERTIS Malaysia.
3. TARIKH-TARIKH MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
BIL
|
BUTIRAN/PERKARA
|
TARIKH MESYUARAT
|
1.
|
Mesyuarat Agung Tahunan PERTIS Wilayah Terengganu Darul Iman
|
9 Jamadil Akhir 1433 Hijrah bersamaan 1 Mei 2012 Masihi
|
2.
|
Mesyuarat Agung Tahunan PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus
|
9 Jamadil Akhir 1433 Hijrah bersamaan 1 Mei 2012 Masihi
|
3.
|
Mesyuarat Agung Tahunan PERTIS Wilayah Kedah Darul Aman
|
9 Jamadil Akhir 1433 Hijrah bersamaan 1 Mei 2012 Masihi
|
4.
|
Mesyuarat Agung Tahunan PERTIS Kali Ke-17
|
11 hingga 13 Rejab 1433 Hijrah bersamaan 1 hingga 3 Jun 2012 Masihi
|
Segala perincian dan maklumat lengkap berkaitan Mesyuarat Agung Tahunan akan diwar-warkan dari masa ke semasa.
4. kursus urutan saraf dan bekam
satu kursus urutan saraf & bekam akan diadakan di kolej
kumuniti selayang iaitu pada
tarikh: 5 & 6 mei, sabtu & ahad dengan kadar yuran
penyertaan rm40 seorang. bilangan peserta 20 ke 30
orang.
sijil adalah dikeluarkan oleh kementerian pengajian
tinggi malaysia
para peserta diminta berkumpul di stesen lrt terminal
putra pada jam 7.30 pagi
untuk maksud pendaftaran, sila hubungi
cik siti haida bt hamedan di talian ibu pejabat pertis,
03 4021 2631
atau talian bimbignya, 019 230 8330
& untuk maklumat lanjut mengenai kursus ini, sila
hubungi
en zamzuri bin ghani, 019 386 9700
atau en azizan bin salleh, 013 331 2157
5. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS MALAYSIA
5.1 Dimaklumkan bahawa tempoh pembayaran dan penjelasan yuran tahunan 2012 telah dibuka kembali. Sehubungan itu, ahli-ahli PERTIS adalah dinasihatkan untuk menjelaskan yuran tahunan 2012 masing-masing sebelum atau pada 10 Sya’ban 1433 Hijrah bersamaan 30 Jun 2012 Masihi. Untuk rekod, yuran tahunan bagi Ahli Biasa ialah RM6.00 seorang, Ahli Bersekutu ialah RM3.00 seorang dan Ahli Tanggungan pula ialah RM1.00 seorang. Sementara itu, yuran keahlian Ahli Seumur Hidup ialah RM50.00 seorang dengan syarat telah menjelaskan bayaran yuran tahunan semasa dan segala tunggakan yuran keahlian (jika ada).Bagi sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Setiausaha Agung di talian, 019-255 1232 atau Bendahari Kehormat di talian, 019-386 9700.
5.2 CD ceramah bertajuk “Indahnya Rawatan Islam”, “Program Maulidur Rasul PERTIS/JAWI 1433 Hijrah” dan lain-lain CD ceramah anjuran Persatuan telah sedia untuk tempahan serta jualan. Harga, RM5.00 1 keping CD. Bagi tempahan atau maklumat lanjut, sila berhubung dengan Tn. Hj. Muhammad Lee, Pembantu Penerbitan PERTIS di talian, 013-340 3045. Untuk mengelakkan sebarang kesulitan dan kekeliruan, sila berurusan dengan beliau sahaja.
Diselaraskan oleh
(Zakaria bin Yahya)
Yang Di-Pertua
Persatuan Orang-orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)